Ahad, 18 Disember 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sudut Hijau Muslimah eratkan perpaduan masyarakat

Posted: 17 Dec 2011 07:41 AM PST



Sudut Hijau Muslimat (SUHIM) atau "Muslimah Green Corner (MGC)" yang terletak bersebelahan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi di Taman Tasik Jaya , Senawang telah didirikan hasil gotong royong masyarakat setempat serta derma dari orang ramai. Tujuan SUHIM atau MGC adalah merupakan pusat mini setempat untuk pengumpulan produk usahawan serta jualan amal barangan terpakai untuk memperkemaskan aktiviti sosio masyarakat setempat khususnya yang melibatkan wanita antaranya ibu tinggal, ibu tunggal serta mereka yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu SUHIM menjemput orang ramai untuk hadir di program Hari Terbuka pada hari Ahad 25 Disember 2011 bermula jam 8.30 pagi dimana antara acara yang akan diadakan pada hari tersebut ialah jualan amal barangan terpakai, promosi produk usahawan serta khidmat kesihatan asas percuma.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut perjalanan SUHIM ini serta Hari Terbuka SUHIM bolehlah menghubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Fauziah 0137779328.

Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Dewan Muslimat Kawasan Rembau di BANK ISLAM dengan No. Akaun: 05-012-01-006165-3

Premis SUHIM terletak di No 22 , Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban , N.Sembilan

Tentera perlu pulih imej selepas dikaitkan kes 2 rompakan

Posted: 17 Dec 2011 06:32 AM PST



Keterlibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam 2 kes rompakan pada tahun ini amat menggusarkan orang ramai. Pada bulan Ogos 2011 yang lalu seorang tentera berpangkat Staf Sarjan telah ditembak mati oleh polis dalam satu kes rompakan sebuah kafe siber di Kuala Lumpur yang turut melibatkan 4 anggota tentera yang lain. Awal minggu ini negara dikejutkan lagi dengan satu kes rompakan sebuah bank yang menggunakan senapang otomatik Steyr milik ATM. 2 insiden ini benar-benar telah mencalar imej ATM serta mendatangkan keraguan orang ramai terhadap kredibiliti dan integriti ATM serta Kementerian Pertahanan.


Styer milik pegawai ATM diguna merompak
Utusan Malaysia 17 Dis 2011

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan senjata yang digunakan seorang lelaki yang mati ditembak ketika cuba merompak sebuah bank di Taman Muda, Ampang pada Selasa lalu adalah milik seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Difahamkan, siasatan pada nombor siri senjata jenis Styer yang digunakan suspek berusia 30-an itu adalah milik seorang pegawai tentera yang bertugas di sebuah kem di Kedah, yang juga salah seorang ahli keluarga suspek.

Bagaimanapun, Ismail ketika ditanya enggan mengulas lanjut kerana kes itu itu masih dalam siasatan.

"Walaupun suspek telah ditembak mati, kes ini belum lagi kerana siasatan kini menjurus kepada siapa lagi yang berkait dalam jenayah tersebut.

"Senjata itu disahkan milik seorang pegawai tentera dan kita telah melakukan tindakan susulan dengan merujuk kepada ATM," katanya selepas Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Selasa lalu, seorang perompak bersenjatakan senjata api mati ditembak ketika cuba melarikan wang RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda. Suspek ditembak oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bersembunyi di belakang kaunter dari jarak 50 meter.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin dalam pada sidang akhbar berasingan berkata, polis telah merakam keterangan 46 saksi dan menahan seorang lelaki berhubung penemuan senjata api itu.

Antara yang dirakam keterangan adalah pegawai dan anggota ATM malah turut diambil keterangan adalah kakitangan bank berkenaan serta orang awam.

"Seorang lelaki telah ditahan reman sehingga 20 Disember depan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 bagi membantu siasatan.

"Siasatan juga masih dijalankan bagi mengesan bagaimana suspek boleh memperoleh senjata berkenaan," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan kes berkenaan.

Katanya, tindakan undang-undang tentera akan tetap dilakukan jika pegawai berkenaan disabitkan bersalah menyebabkan senjata berkenaan jatuh ke tangan orang awam.

"PDRM telah berhubung dengan kami dan kami sendiri telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta menyalurkan kesemua maklumat yang diperlukan.

"Kes ini diserahkan sepenuhnya kepada polis berdasarkan perundangan negara untuk menyiasat bagaimana suspek terbabit memperoleh senjata berkenaan daripada daripada seseorang (anggota tentera).

"Malah kementerian sendiri akan mengambil tindakan kepada orang berkenaan (pemilik senjata) berdasarkan kepada undang-undang tentera dan awam," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat, Ray Mabus.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_07.htm

Cybercafes easy targets for robbers, say cops
Wednesday, August 24th, 2011

KUALA LUMPUR: Robberies at Internet cafés have been on the rise and police say this is mainly because of lack of security at such outlets which are also cash cows.

Brickfields police chief ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid (pic) urged cybercafe operators to invest in security or risk being robbed frequently.

"Installing closed-circuit television could act as a deterrent and the cybercafe operators should also hire security guards," he said.

"Robbers are attracted to cybercafes because there is constant cash flow and they can also easily intimidate the female staff there."

Wan Bari also urged the cybercafe operators to co-operate with the police.

"Last Wednesday at 4pm, we received a tip-off on parangwielding robbers at a cybercafe at Jalan Lazat in Sri Petaling," he said.

"When our officers arrived, the three robbers were still inside. We surrounded all the entrances and the robbers had no choice but to surrender."

During the incident, the robbers ordered the outlet assistant, a 17-year-old boy, to stuff the cash into a bag. There were some customers at the time but they could not do anything.

"After questioning the three suspects, we arrested another two suspects a few hours later, also in Sri Petaling, and seized a Proton Satria. We believe this gang was responsible for up to 20 robberies at cybercafes and other outlets in Brickfields and other areas under our jurisdiction."

All five suspects, aged between 20 to 35 years, were from Subang, and their leader and mastermind was the 35-year-old who was found to have seven previous criminal records, including for armed robbery, causing grievious hurt, snatch thefts and drugs.

"We are looking for a sixth suspect connected to this gang," said Wan Bari.

Last Sunday morning, two robbers struck at a cybercafe in Jalan Besar, Kampung Baru Sungai Buloh. Using a Glock pistol and sickle, they stormed the cashier but they were in for a shock as there were two police officers conducting a raid there.

The robbers refused to surrender and the Glock-carrying gunman fired several shots.

Police returned fire, killing one suspect (an army staff sergeant) and injured his accomplice (a ranger). Subsequently, police arrested three more suspects who turned out to be army personnel as well.

http://www.mmail.com.my/content/81007-cybercafes-easy-targets-robbers-say-cops

Menteri tak sepakat isu Borang Bantuan RM500

Posted: 17 Dec 2011 05:29 AM PST



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin menegaskan hanya borang asli BR1M boleh digunakan untuk memproses bantuan RM500, tidak boleh menggunakan borang yang difotostat. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula berkata boleh guna yang difotostat. Apakah Menteri pun tidak sependapat dengan cara memproses bantuan RM500 ini atau ada sesuatu yang tidak kena?

Hanya borang asli
Harian Metro, 17 Dis 2011

BACHOK: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.
"Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya.

Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/2011121703120520111217031205/Article

Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni
Berita Harian 17 Dis 2011

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu. Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.
Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BorangBR1Myangdifotostatbolehdigunakan_AhmadHusni/Article

Ahli Politik Indonesia persoal Tentera Laut Amerika di Singapura

Posted: 17 Dec 2011 05:26 AM PST



Ahli politik di Indonesia telah mula mempersoalkan perancangan penempatan kapal perang Amerika Syarikat di Singapura setelah 2,500 anggota marin Amerika ditempatkan di Australia. Penempatan kapal perang adalah berbeza dengan lawatan kapal perang untuk sementara waktu. Kita harapkan ahli politik di Malaysia juga harus mempersoalkan tindakan tentera Amerika Syarikat tersebut.

Saturday, December 17, 2011
Kemlu Perlu Klarifikasi Penempatan Kapal Perang AS di Singapura

Senayan (Jurnal Parlemen): Setelah menempatkan 2.500 anggota pasukan marinir di Darwin, Australia, pemerintah Amerika Serikat dikabarkan akan segera menempatkan kapal perangnya di Singapura. Anggota Komisi I DPR Teguh Juwarno menilai, rencana kehadiran kapal perang angkatan laut AS di salah satu negara di kawasan ASEAN itu dapat menimbukan permasalahan serius dan ketegangan baru di kawasan Asia, apapun alasan dari penempatan kapal perang tersebut.

"Kementerian Luar Negeri RI harus segera memanggil Duta Besar AS di Jakarta untuk segera mengklarifikasi kebenaran informasi ini," ujar Teguh di sela-sela menghadiri sidang paripurna DPR, Jumat (16/12).

Teguh mengatakan, jika benar AS akan menempatkan kapal perangnya di Singapura, maka pemerintah Indonesia perlu mengajukan keberatan dan protes keras. Sebab, kondisi ini akan menyeret posisi Asia menjadi sulit terkait ketegangan soal tapal batas antara China dengan sejumlah negara ASEAN, seperti Filipina dan Taiwan. Di mana AS tampaknya akan mengambil peran dengan atas nama menjaga stabilitas kawasan Asia, menempatkan kapal perangnya tersebut.

"Ini semakin menunjukkan bahwa sesungguhnya AS tengah dalam kondisi panik menghadapi China. Dengan berusaha mengambil peran menjaga stabiltas kawasan Asia. Kita khawatir kalau sampai terjadi gesekan, jelas hal ini akan menempatkan kondisi ASEAN menjadi sulit dan terancam," tegas sekretaris Fraksi PAN DPR ini.

Menurut Teguh, pemerintah Indonesia perlu membahas persoalan ini di tingkat ASEAN. Negara-negara ASEAN sejak lama telah terjalin kerjasama dan komitmen bersama untuk melakukan pengamanan bersama di wilayah ASEAN dengan tidak melibatkan kekuatan militer negara lain.

"Kehadiran kapal perang AS di Singapura itu jelas hanya akan berusak hubungan kerjasama yang sudah terjalin dengan baik di tinggkat sesama negara ASEAN. Untuk itu pihak Singapura perlu juga mengklarifikasi hal ini," tegasnya.

Seperti diketahu, dalam kumpulan makalah ilmiah yang diterbitkan US Naval Institute terbaru menyebutkan bahwa Panglima Operasi Angkatan Laut AS Laksamana Jonathan Greenert mengatakan rencana itu merupakan bagian dari pemfokusan strategi militer AS di kawasan 'persimpangan jalur maritim' Asia Pasifik.

AS berencana menempatkan beberapa kapal tempur pantai (littoral combat ships/LCS) di fasilitas AL Singapura. LCS adalah jenis kapal perang terbaru yang dikembangkan US Navy yang dirancang khusus untuk beroperasi di kawasan perairan dangkal dekat pantai. Kapal ini mampu menghadapi berbagai ancaman, seperti ranjau laut, kapal selam diesel, dan perahu cepat bersenjata.

Selain menempatkan kapal-kapal LCS di Singapura, AS juga akan menempatkan pesawat patroli P-8A Poseidon atau pesawat pengintai tak berawak pada 2025. Pesawat-pesawat itu secara rutin akan diterbangkan di atas wilayah Filipina dan Thailand untuk membantu negara-negara itu meningkatkan kewaspadaan wilayah maritim.

Sumber: http://beritahankam.blogspot.com/2011/12/kemlu-perlu-klarifikasi-penempatan.html

Tiada ulasan:

Nuffnang