Ahad, 18 Disember 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


MAKAN MALAM BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN PAS DI TELUK INTAN BERJAYA DAN MERIAH

Posted: 17 Dec 2011 07:56 PM PST


TELUK INTAN, 17 Disember - PAS Kawasan Teluk Intan menerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Dana Pilihan Raya Bersama Mat Sabu. Majlis telah diadakan di perkarangan Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Pengarah Program, Hj. Akram menyampaikan ucapan aluan.

Menurut pengarah program, Hj. Mohammad Akram Ayub, antara objektif program ialah untuk mengumpul dana pilihan raya peringkat DUN Changkat Jong yang sekarang diwakili oleh PAS menerusi YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara rakyat dan pimpinan serta wakil rakyat PAS selain memberi peluang rakyat mengetahui isu semasa melalui ceramah yang disampaikan oleh pimpinan kawasan.

Sambutan yang diberikan amat menggalakan dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum. 

Antara pimpinan PKR Cabang Teluk Intan yang hadir.
YB Anuar Sudin menikmati jamuan bersama Ketua Cabang PKR (kiri) dan YB Manogaran.
Hj. Mohamad Sabu beramah mesra dengan pimpinan DHPP Teluk Intan.

Pada malam itu juga telah dilancarkan Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera (KERABAT) peringkat parlimen Teluk Intan. Ia telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Sabu. Turut hadir ialah Presiden KERABAT, Lt. Kol. (B) Mohd. Nazari Mokhtar dan Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid. Mereka juga turut menyampaikan ceramah.
Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid menyampaikan ceramah penuh bersemangat.

Presiden KERABAT, Lt. Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar menyampaikan ceramah.

Pelancaran KERABAT Teluk Intan dan penyerahan borang ahli kepada Timbalan Presiden PAS.

Selain itu,  Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran turut menyampaikan ceramah. Akhir sekali kemuncak majlis ialah ceramah yang disampaikan oleh Hj. Mohamad Sabu. Beliau telah menyentuh begitu banyak maklumat dan isu semasa.
Tayangan multimedia.
YB Anuar berceramah.
YB Manogaran turut menyampaikan ceramah yang menarik.
Ceramah yang penuh informasi daripada Abang Mat.
Terhibur sambil menerima maklumat isu semasa mendengar ceramah Mat Sabu.

Tayangan multimedia tentang aktiviti ADUN Changkat Jong juga telah diadakan sebagai memberikan gambaran kepada orang ramai akan pengisian kemenangan oleh ADUN dan PAS kawasan setelah memenangi DUN Changkat Jong pada PRU12 yang lalu.

Lagi gambar-gambar menarik...
Lebih banyak gambar lagi di facebook intanhijau.
 intanhijau.blogspot.com

TOLAK UMNO/BN KERANA MEREKA KHIANAT KEPADA RAKYAT

Posted: 17 Dec 2011 06:42 PM PST


TELUK INTAN, 14 Disember - Rakyat perlu membuat keputusan tiga bulan daripada sekarang untuk menolak UMNO/BN dalam PRU13 akan datang. Demikian diucapkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak dekat sini.
DS Nizar bersama YDP kawasan, Ustaz Ismail Che Nik.

DS Nizar bersama pengerusi majlis ceramah, Hj. Mohd. Azhar.

Menurut Hj. Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, rakyat perlu menolak UMNO/BN kerana mandat telah diberi oleh rakyat selama 54 tahun memerintah negara ini tetapi malangnya UMNO/BN telah khianat kepada rakyat. Begitu banyak perkara yang telah dilakukan oleh UMNO/BN terhadap rakyat sehingga menyusahkan hidup rakyat terutamanya orang Melayu. Rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya begitu berleluasa dan sebahagian besarnya telah diperakui sendiri di dalam Laporan Audit Negara.
YB Anuar Sudin menyampaikan ceramah isu semasa.
Sdr. Suria turut menyampaikan ceramah.

Di samping itu, menurut beliau lagi, UMNO sendiri sejak akhir-akhir ini telah menyerlahkan wajah sebenar mereka sebagai sebuah parti rasis atau perkauman. Ini terbukti untuk sekali lagi di dalam ucapan-ucapan pimpinan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Ini adalah berlawanan dengan apa yang disarankan oleh Allah SWT di dalam surah al Maidah ayat ke-28 yang meminta umat Islam tidak membenci mana-mana kaum dan hendaklah berlaku adil kerana adil itu mendekatkan diri dengan ketaqwaan. Ini adalah kerana Rasulullah SAW sendiri tidak mengajar umatnya dengan mana ketuanan berasaskan bangsa atau kaum.

Oleh kerana itu, UMNO tidak berani menyebut nama pertubuhannya di dalam Bahasa Melayu kerana maknanya di dalam Bahasa Melayu begitu jelas menampakkan perkauman yang amat bertentangan dengan Islam.Hj. Nizar juga menyentuh isu semasa seperti isu duit lembu RM250 juta.

Turut menyampaikan ceramah ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Naib Ketua DHPP Pusat Sdr. Suria Narayanan dan Sdr. Ahmad Kabir Mahdin.
DS Nizar menyampaikan tazkirah tentang hijrah.

Sebelum itu, DS Nizar juga telah menyampaikan tazkiran di Surau Kg. Ayer Hitam.

intanhijau.blogspot.com

MUSLIMAT PAS TELUK INTAN LAWAT KELANTAN

Posted: 17 Dec 2011 04:10 PM PST



TELUK INTAN, 16 Disember - Dewan Muslimat PAS Teluk Intan telah berjaya menganjurkan rombongan lawatan ke negeri Kelantan. Rombongan tersebut telah melibatkan dua buah bas dan diketuai oleh isteri ADUN Changkat Jong, Pn. hjh. Faridah Rajiah binti Ahmad Fahkrul Razi yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Teluk Intan.
Bergambar di hadapan Masjid Beijing, Rantau Panjang.

Menurut Pn. Hjh. Faridah, sebahagian besar daripada ahli rombongan adalah terdiri daripada para pemenang Pertandingan Memasak Piala Isteri YB ADUN Changkat Jong yang telah diadakan di sepanjang tahun ini di peringkat cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan. Ia adalah sebahagian daripada bentuk hadiah kepada peserta yang menang. Selain itu, ahli rombongan terdiri daripada ahli jawatankuasa muslimat kawasan serta cawangan. Turut ikut serta ialah Ketua Dewan Muslimat PASkawasan, Pn. Robiatun Mohd. Abas, Timbalan YDP PAS kawasan dan Ketua Pemuda PAS kawasan.

Menurut beliau lagi, antara objektif lawatan ialah untuk menunjukkan kepada ahli rombongan akan kesejahteraan negeri Che Siti Wan Kembang yang selama ini telah diberikan gambaran yang negatif oleh sesetengah pihak terutama UMNO/BN.
Peserta diberi taklimat oleh YB Kak Ani.
Pimpinan Dewan Muslimat Teluk Intan sedang khusyuk mendengar penerangan.
Perbincangan mesra.
YB Rohani Ibrahim menyampaikan taklimat tentang negeri Kelantan.
Ketua Muslimat PAS Teluk Intan mengemukan pertanyaan dalam sesi dialog.
Setiausaha Dewan Muslimat menyampaikan ucapan pernghargaan.
Penyampaian cenderahati.
Sambil menikamati jamuan, berbincang tentang or

Antara destinasi utama yang disinggahi ialah Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Tanjung Mas di Kota Bharu. Di sana, para ahli rombongan telah diberikan taklimat oleh ADUN Tanjung Mas iaiti YB Rohani Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan YB Kak Ani. Beliau telah menyampaikan taklimat tentang dasar kerajaan PAS Kelantan yang telah memerintah selama 21 tahun.

Selain itu, rombongan juga telah meninjau ke kediaman Menteri Besar Kelantan di Pulau Melaka. Di samping itu, para ahli rombongan juga telah berpeluang membeli-belah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, kedai pengusaha serunding dan Rantau Panjang.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang