Ahad, 18 Disember 2011

.

.


19 GLC catat kerugian sebelum cukai RM0.71 bilion

Posted: 17 Dec 2011 07:55 PM PST

19 GLC catat kerugian sebelum cukai RM0.71 bilion


15/12/2011 3:03pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Sebanyak 19 daripada 47 syarikat, yang Menteri Kewangan (Diperbadankan) memiliki saham melebihi 50 peratus, mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah RM0.71 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2009.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, antara syarikat berkenaan ialah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), yang mengalami kerugian RM367.12 juta, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebanyak RM92.59 juta dan Assests Global Network Sdn. Bhd. (AGN) sebanyak RM41.05 juta.

Kerugian yang dicatatkan oleh ketiga-tiga syarikat itu, antara lain akibat perbelanjaan tinggi dalam kos pelaburan (impak melalui perbelanjaan susut nilai) dan peningkatan kos operasi (pada kadar tambang yang dikenakan pula rendah) serta pembayaran faedah kewangan yang tinggi.

"Sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk memenuhi obligasi sosial dalam menyediakan kemudahan awam atau sebagai syarikat Tujuan Khas (SPV), ketiga-tiga syarikat itu bukanlah bermotifkan keuntungan semata-mata," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Mohamad Ezam bertanya mengenai dakwaan 40 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mencatatkan kerugian terbesar sebanyak RM0.71 bilion serta langkah strategik yang diambil untuk memastikan GLC terus bersaing di peringkat global. - BERNAMA


Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Masa untuk jatuhkan Umno BN, bukan bertelagah

Posted: 17 Dec 2011 08:08 AM PST

Masa untuk jatuhkan Umno BN, bukan bertelagah ||
Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 17 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan teguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa umpama pemimpin yang sayangkan sahabatnya.

Beliau ketika ditemui di majlis Tawaran PAS Negara Berkebajikan di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas pagi tadi menambah, apa yang diperkatakan oleh Mustafa itu bukan untuk memanjangkan isu sebaliknya untuk memberitahu kedua-dua tokoh tersebut bahawa mereka telah terjerat dengan agenda Umno.

"Apa yang ditegurkan oleh Datuk Mustafa Ali umpama teguran seorag pemimpin yang sayangkan sahabatnya yang dilihat sudah memasuki zon musuh.

"Jika tidak ditegur mungkin mereka terperangkap terus dalam kancah untuk merosakan PAS dari dalam, tambahan lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.

Sambungnya, fenomena itu tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan mendahului kepimpinan.

Sekarang ini, katanya masa lebih memerlukan kepada kerja untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan pertelagahan sesama sendiri dalam isu yang kecil.

"Masa ini kita patut memperkasakan kedudukan menjadi lebih mantap bersama Pakatan Rakyat agar rakyat lebih percaya Pakatan Rakyat yang dibarisi parti seperti PAS, PKR dan DAP daripada Umno dan BN yang jelas meruntuhkan negara dalam jangka masa panjang.

"Marilah kita bersatu hati merancang menjatuhkan Umno dan BN dengan memperkemaskan semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat, mudah-mudahan PR dapat mengulang kejayaan nanti," kata Tuan Ibrahim lagi.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7098-masa-untuk-jatuhkan-umno-bn-bukan-bertelagah

Tiada ulasan:

Nuffnang