Ahad, 18 Disember 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Luasnya pengertian hijrah

Posted: 17 Dec 2011 05:13 PM PST

Hulu Terengganu : Pengertian hijrah tidak sepatutnya disempitkan dengan hanya perpindahan fizikal seperti yang dilakukan oleh rasulullah sahaja.

Malah jauh dari itu hijrah itu mempunyai maksud yang sangat luas untuk kita memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan kita.

Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Allah didalam surah al-Mudatssir agar bangun dan memberi peringatan ke pada manusia, membesarkan Allah meninggalkan membesarkan nafsu.

Seterusnya Allah menyuruh kita agar membersihkan pakaian dan meninggalkan perangai-perangai buruk.

Tafsiran ini dijelaskan oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam forum Penghayatan Hijrah yang diadakan di Pasti al-Manar Kuala Pueh di sini.

Menurut beliau lagi semua seruan dari Allah ini adalah anjuran kepada mukmin supaya berhijrah dari perkara-perkara yang negatif kepada perkara yang positif.

"Hati kita kena hijrah daripada kufur kepada iman.

Kita kena hijrah untuk melakukan pembaharuan dalam sistem masyarakat kita agar selari dengan kehendak Allah," katanya.

Beliau menjelaskan lagi bagaimana keteguhan hati rasulullah dan sahabat-sahabat baginda begitu kental mempertahankan prinsip Islam walaupun ditawarkan dengan pelbagai kesenangan dunia.

Oleh itu beliau berpesan kepada semua ahli PAS agar menerima wang bantuan sekali sebanyak RM500 yang diberikan kerajaan kerana wang itu adalah wang rakyat dan jangan termakan umpan BN.

Dalam kesimpulan beliau diakhir forum itu, beliau menasihatkan kepada seluruh ahli-ahli PAS agar tidak hanya sibuk mendakwah orang lain tetapi wajib secara serius mendakwah ahli keluarga mereka terlebih dahulu.

Amatlah rugi bagi ahli-ahli PAS apabila mereka gagal berhijrah bersama-sama keluarga mereka dek kerana terlalu sibuk diluar hinggakan terabai keluarga mereka.

Forum ini turut disertai oleh Timbalan MTD Telemong, Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai ahli panel kedua.

Sementara itu, Ustaz Kamaruzaman, dalam isi ucapannya menyatakan bahawa hijrah ini adalah warisan para rasul.

Akan tetapi, tambah beliau lagi, kesemua itu ada harganya iaitu pasti ada ujian yang mendatang diatas usaha kita untuk menjulang Islam ini.

Dalam nasihatnya diakhir forum, beliau menekankan agar ahli-ahli PAS berusaha bersungguh-sungguh agar membentuk syahsiah diri terlebih dahulu.

"Inilah perkara yang ditekankan oleh rasulullah kepada penduduk Madinah ketika perjanjian Aqabah dahulu.

Akhirnya selepas ratusan tahun berbalah, Aus dan Khazraj menjadi saudara kerana mereka berjaya membentuk peribadi Islam," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang