Isnin, 12 Disember 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Hotel tergantung di puncak gunung

Posted: 12 Dec 2011 01:00 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

ROM - Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali.

Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter.

Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.

Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.

Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.

sinar harian/-

Kes Bukit Kepong: Peguam akan failkan rayuan

Posted: 12 Dec 2011 12:45 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Mohamad Hanipa Maiden berkata, beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan ekoran penolakan saman Mohamad Sabu ke atas akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ini kerana, penolakan saman oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini adalah isu teknikal yang sebelum ini tidak menjadi kesalahan kepada kes yang lain.

"Apa yang berlaku adalah mahkamah menyalahkan permohonan saman itu kerana saya tidak masukkan sebab penuh saman itu dalam saman tetapi memasukkannya dalam afidavit yang dikepilkan sekali.

"Semasa saya failkan kes Khalid Samad terhadap Utusan, saya menang kes itu walaupun cara yang saya buat sama sahaja.

"Jadi ia soal tafsiran yang saya rasa saya betul dan tidak menjejaskan permohonan Mohamad dan tidak menjejaskan hak pihak defendan kerananya.

(Hanipa bercakap dengan A Samad selepas pelancaran buku Subky, Anak Apak di Mid Valley Megamall)

"Oleh itu, saya akan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap penolakan ini," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Hanipa ditemui di majlis pelancaran buku Haji Subky Latif, Anak Apak, yang dilancarkan oleh Datuk A Samad Said di Mid Valley Megamall hari ini.

Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Disember lepas menolak Mohamad terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu.

Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah.

Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang.

harakahdaily/-

Khatan beramai-ramai tarik pelancong asing

Posted: 12 Dec 2011 12:40 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

Sebahagian daripada 40 pelajar asing membawa bunga manggar bagi memeriahkan majlis berkhatan beramai-ramai di Kampung Relau, Bandar Baharu semalam.

BANDAR BAHARU - Keunikan majlis berkhatan beramai-ramai, mendorong sekumpulan penuntut asing untuk turut memeriahkan suasana, sekalipun sekadar memegang bunga manggar mengiringi peserta di Kampung Relau di sini semalam.

Kumpulan 40 penuntut dari program pertukaran pelajar antarabangsa Universiti Sains Malaysia itu jelas teruja melihat 80 kanak-kanak lelaki melalui proses yang dituntut agama Islam tersebut.

"Ini kali pertama saya menyaksikan majlis ini dan saya berasa bertuah," kata Fredrik Blom, 22, yang tidak sabar mahu berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan dan keluarganya di Sweden.

kosmo/-

Leher ditikam, dada dirodok

Posted: 12 Dec 2011 12:30 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

SIASAT...anggota polis memeriksa tempat kejadian mangsa dibunuh di Jeti Maling, dekat Dataran Sibu Fasa II.

SIBU: Lima kesan tikaman termasuk empat di dada dan satu di leher dipercayai menggunakan pisau ditemui pada tubuh seorang wanita yang menanggung azab lebih sejam sebelum menemui ajal di Jeti Maling, berdekatan Dataran Sibu Fasa II, malam kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang sebelum diheret ke dalam semak di kawasan itu.

Sebelum kejadian, mangsa, Chiew Ming, 40, bersendirian menunggu feri untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Bidut, sebaik selesai kerja, jam 8 malam.

Mangsa yang menetap di Jalan Chong Sang, di sini, dan masih bujang menunggang motosikal berhenti di jeti terbabit sebelum diserang individu tidak dikenali.

Sumber berkata, ketika diserang, seorang wanita yang melalui tempat kejadian terdengar suara individu menjerit meminta pertolongan.

Berikutan itu, dia yang dibantu orang ramai kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui mangsa dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

metro/-

Penghormatan bersejarah buat Sultan Abdul Halim

Posted: 12 Dec 2011 12:21 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD]-

ALOR SETAR, 12 Dis: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang akan melaksanakan amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula adalah sebagai satu penghormatan bersejarah kepada baginda.

"Sesungguhnya, penghormatan bersejarah bagi kali kedua kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini, adalah satu kebanggaan bagi patik-patik sekalian dan patik berdoa agar Ke Bawah Duli Tuanku berdua, sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Persekutuan," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Istiadat Perlantikan Jemaah Pemangku Sultan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau yang mewakili semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat dengan penuh hormat dan takzimnya menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikann Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu.

Bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri yang tercinta itu terus kekal dan terpelihara, beliau mewakili kerajaan negeri, kakitangan awam dan rakyat berikrar dengan penuh taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri terus terjamin.

"Agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong, hubungan baik kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dijaga serta mengekalkan perpaduan antara pelbagai kaum di kalangan rakyat di negeri ini," ujarnya.

Pastinya, kata beliau pesanan serta pandangan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selama ini yang sentiasa memberi pandangan yang konstruktif, memberi galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekalian serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan di negeri Kedah yang dicintai, menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri.

Beliau dan seluruh hamba turut berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan dan mempermudahkan segala urusan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Yang di-Pertuan Agong serta mendapat hidayah-Nya.

Pada istiadat tersebut, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.

Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.

Harakah Daily

Doktor saksi ketiga kes Husam saman blogger

Posted: 12 Dec 2011 12:16 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 12 Dis: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menolak andaian peguam, nama Faisal Rohban dan Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad adalah orang berlainan.

Beliau berkata, blogger terbabit yang menggunakan nama Ruang Bicara Faisal (RBF) adalah orang yang sama biar pun memaparkan nama berlainan dalam blognya.

Sebelum itu peguam Adly Abdul Manas mewakili Mohd Faisal cuba menimbulkan keraguan tersebut pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Ketika awal perbicaraan Adly membantah peguam plaintif, Hisham Fauzi mahu memanggil semula saksi pertama dan kedua kes saman Husam terhadap blogger terbabit.

Bagaimanapun Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan peguam plaintif memanggil semula saksi pertama, Husam dan saksi kedua Mohd Syahfarin Ali Rajkumar Abdullah, 40 pada prosiding berkenaan.

Hisham turut dibantu peguam Zainal Abidin Mustafa dan Hazalawati.

Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.

Ekoran itu plaintif melalui peguam mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000.

Selain itu gantirugi teladan, gantirugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, pada awalnya tulisan memfitnahnya turut dipetik dalam banyak blog proUmno yang juga memuatkan gambar Faisal. Bagaimanapun selepas fail saman dikemukakan Husam memberitahu gambar Faisal dihilangkan dalam blognya dan milik group Umno.

Bagaimanapun hakim menegur peguam defendan kerana cuba menimbulkan kekeliruan mengenai siapa sebenarnya pemilik blog terbabit.

Mohd Syahfarin ketika tampil di kandang saksi bagi kali kedua juga memberitahu mahkamah, beliau cam penulis blog terbabit dan ada dalam mahkamah.

Pihak plaintif juga akan memanggil seorang lagi saksi, Dr Ahmad Sharwan Mohd Sidek yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Perbicaraan bersambung pagi esok.

Harakah Daily

Baitul Ateeq: Keajaiban Dunia Yang Terunggul Sepanjang Zaman!

Posted: 12 Dec 2011 12:15 AM PST


16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

It's a great time to get a great-looking new PC. Offers here.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.

Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.

Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.

Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna 'batu yang berwarna hitam' setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

Selain itu, Kaabah turut dibina dengan 'pakej ajaib' dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud 'berkumpullah..berkumpullah', yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat 'surat jemputan' dari Allah SWT sebagai 'tetamu'Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat 'surat jemputan' itu untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima 'surat' itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua'lam.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Liwat II : Ucapan Najib boleh pengaruhi mahkamah

Posted: 12 Dec 2011 12:09 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Karpal Singh dalam hujah penggulungannya pagi tadi mendakwa ucapan Datuk Seri Najib pada Perhimpunan Agung Umno lalu yang menyerang Datuk Seri Anwar adalah campur tangan berat dalam kes Liwat II.

Tindakan itu juga ujarnya bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mempengaruhi keputusan yang akan dibuat.

Sementara itu, Anwar yang ditemui juga turut menyatakan pendirian sama dan mahu mahkamah mengambil perhatian berhubung perkara itu.

"Melihat kepada perbicaraan sebelum ini kita telah menyediakan segala bukti yang mencukupi dan fakta yang jelas terhadap kes tersebut.

"Tetapi apa yang dilakukan tadi Peguam Karpal Singh telah menyatakan bahawa ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agong Umno yang lalu telah menyerang saya secara terus," kata Anwar ketika mahkamah berehat seketika tengah hari tadi.

"Ini dilihat sebagai menghina perjalanan perbicaraan kes hari ini dan ia dilihat dapat mempengaruhi rakyat serta keputusan yang akan dibuat nanti," katanya yang juga ketua pembangkang.

Selain itu, pada penggulungan pagi tadi, Karpal turut mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.

Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.

Hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kertas pendakwaan.

Dalam pada itu, perbicaraan liwat II yang bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar penggulungan hujah kedua-dua pihak.

Hujahan yang sepatutnya dijadualkan pada 23 hingga 24 November lalu berlangsung hari ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Turut hadir mendegar penghujahan hari ini adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya, Naib Presiden N Surendran, dan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Harakah Daily

4 dilantik anggota jemaah pemangku Sultan Kedah

Posted: 12 Dec 2011 12:00 AM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melantik satu jemaah pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan baginda ke Istana Negara esok.

azlanAnggota jemaah yang dilantik terdiri daripada adinda baginda Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.

Istiadat pemasyhuran Jemaah Pemangku Sultan berkenaan diadakan di Istana Anak Bukit, di Alor Setar, hari ini.

Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di depan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.

Sultan Abdul Halim akan berangkat ke Istana Negara esok bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun.

Tuanku Mizan berangkat pulang

Sementara itu, keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.

NONETuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 11 pagi.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya, Datin Seri Che Sharifah Ismail.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.

Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai "muskat" turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja.

- Bernama

Sembunyikan Amalan

Posted: 11 Dec 2011 11:40 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka menyembunyikan amalannya." (HR Muslim)

Imam Syafie berkata, "Sudah sepatutnya seorang alim memiliki amalan yang tersembunyi, hanya Allah dan dirinya saja yang mengetahuinya. Amalan yang dinampakkan pada manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat."

tazkirah/-

Awang Hitam nekad terjun elak dicekup

Posted: 11 Dec 2011 11:30 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Afrika nekad terjun dari tingkat dua sebuah pangsapuri berhampiran sebuah kolej swasta dekat sini sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa yang melancarkan Ops Ajar, malam kelmarin.

Tindakan itu mengakibatkan kaki kanan lelaki berkenaan patah dan dia seterusnya ditahan anggota penguat kuasa yang curiga dengan kelakuannya.

Pengarah Jabatan Imi­gresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, suspek yang dipercayai penuntut kolej swasta merupakan antara 17 warga asing termasuk tiga wanita ditahan dalam operasi bermula jam 8 malam hingga 1 pagi itu.

"Penahanan lelaki terbabit juga membawa kepada penemuan beberapa barang yang disyaki digunakan bagi kegiatan penipuan di dalam unit pangsapuri yang didiami bersama tiga lelaki lain," katanya.

Menurut beliau, pada mulanya, pintu unit pangsapuri berkenaan gagal dibuka menyebabkan anggota penguat kuasa mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum berjaya memasukinya.

Kata Faizal, tiga lelaki warga Afrika dipercayai rakan serumah suspek yang berada dalam premis berkenaan cuba menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan menemui sebuah komputer riba yang disorok atas siling tandas dan sebuah lagi komputer riba disembunyikan dalam kusyen.

"Siasatan lanjut mendapati komputer riba yang ditemui atas siling tandas itu mengandungi beberapa bukti berkaitan unsur-unsur penipuan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini, malam kelmarin.

Faizal berkata, barang-barang lain yang turut ditemui dalam rumah berkenaan adalah dokumen digital, salinan MyKad dan gambar yang dipercayai dipalsukan, pasport serta borang-borang pemindahan wang dikeluarkan pelbagai agensi antarabangsa.

"Turut ditemui adalah sembilan telefon bimbit, sejumlah wang tunai, tujuh kad prabayar, 15 kad SIM telefon bimbit dan kondom," katanya.

Menurutnya, tiga warga asing berumur antara 20-an hingga 30-an itu ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki terlibat dalam unsur penipuan.

Manakala, katanya, baki 14 warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan Seksyen 15 (1) (c) akta sama kerana tinggal di negara ini melebihi masa dibenarkan.

"Secara keseluruhan, seramai 215 lelaki dan 85 wanita warga Afrika diperiksa dalam operasi disertai 50 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen negeri, 45 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta 15 pegawai dan anggota polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan mengenai penahanan tiga suspek terbabit untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan perbankan melalui Internet.

Sinar Harian

Hujahan kes liwat Anwar bermula

Posted: 11 Dec 2011 11:30 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

Selepas dua tahun, perbicaraan liwat II bermula, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar penggulungan hujah kedua-dua pihak hari ini.

Hujahan yang sepatutnya dijadualkan pada 23 hingga 24 November lalu berlangsung hari ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

malaysiakini/-

Penunggang warga emas maut dirempuh motosikal

Posted: 11 Dec 2011 11:26 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Seorang wanita warga emas menemui ajal dalam satu kemalangan ngeri berhampiran Maybank di Jalan Jelutong, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa Liang Took How, 56, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala selepas motosikal ditungganginya dikatakan dirempuh sebuah motosikal.

Kemalangan itu membabitkan tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPPP) untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Inspektor Zhafran Ariff Mohd Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Setakat ini, polis masih menyiasat punca berlakunya kemalangan ini.

"Mana-mana saksi awam yang melihat atau mengetahui kemalangan ini diminta menghubungi telefon bimbit saya di talian 0197172681 atau IPDTL di talian 06-2834139 membantu siasatan," katanya.

Mayat Took How dihantar ke HPP untuk dibedah siasat.

Sinar Harian

Uda digesa banyakkan pembangunan hartanah

Posted: 11 Dec 2011 11:22 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

ROMPIN – Uda Holding Berhad (Uda) diminta supaya memperbanyakkan lagi usaha-usaha pembangunan rumah kedai dan projek perumahan di Rompin bagi mengimbangi kos hartanah yang kian meningkat di seluruh negara.

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, daerah Rompin yang sedang pesat membangun memerlukan komitmen sepenuhnya Uda dalam membantu rakyat pelbagai kaum memiliki ruang niaga dan tempat tinggal.

Menurutnya, penduduk sekitar Rompin dan Muadzam Shah kini dihantui kebimbangan berikutan kos rumah kedai dan pemilikan rumah kediaman yang dijual oleh syarikat swasta pada harga yang jauh lebih tinggi dan sukar dimiliki.

"Warga Rompin kini melahirkan rasa bimbang bagaimana mereka mahu memiliki ruang niaga atau rumah kediaman sendiri sedangkan harganya lebih tinggi dan di luar kemampuan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Majlis Daerah Rompin (MDR) dengan Uda Holding Berhad bagi Pembangunan Desa dan Teras Konsortium Sdn Bhd dengan Uda Holding Berhad bagi Pembangunan Hartanah Daerah Rompin.

Turut hadir sama, Pengerusi Uda, Datuk Nur Jazlan Mohamed , Yang Dipertua MDR, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain.

Dr Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, pada masa ini, Uda bercadang membina 12 unit kedai pejabat dua tingkat di atas sebahagian lot tanah seluas satu ekar milik Majlis Daerah Rompin (MDR).

"Usaha ini akan merancakkan lagi pembangunan di Rompin itu sendiri dan ia sudah tentu membuka ruang niaga kepada penduduk setempat selaras dengan usaha kerajaan bagi membangunkan masyarakat luar bandar," katanya.

Selain itu, katanya, Uda juga bersetuju untuk berbincang dengan TDK bagi melihat ruang-ruang niaga dan projek pembinaan rumah kediaman di Muadzam Shah untuk dibangunkan pada masa depan.

Sinar Harian

Bersedia kemungkinan banjir

Posted: 11 Dec 2011 11:20 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

SEGAMAT - Sebanyak 30 buah bot lengkap dengan enjin dan jaket keselamatan diperuntukkan di bawah Parlimen Sekijang bagi kegunaan penduduk sekitar Parlimen berkenaan sekiranya berlaku banjir.

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamed berkata, bot yang diserahkan itu akan menjadi kegunaan penhttp://www.blogger.com/img/blank.gifting bagi persediaan menghadapi banjir kelak memandangkan kemungkinan paras air membanjiri kawasan berlaku dengan pantas.

Menurutnya, terdapat beberapa buah bot serta enjin yang telah diserahkan kepada penduduk setempat bagi kegunaan banjir dan ia dilihat cukup berguna ketika berhadapan banjir Januari lalu.

"Sebelum ini saya melihat sekiranya bot sudah diserahkan, sedikit sebanyak tanggungjawab saya akan selesai namun, ia sebenarnya bukan seperti yang disangka kerana walaupun bot kecemasan tersedia, ia tidak bermakna jika tiada siapa yang boleh mengendalikannya.

"Memandangkan perkara sebegini terjadi, kita mengambil inisiatif untuk menjalankan Kursus Pengendalian Bot bagi setiap tempat yang menempatkan bot ini dan menjadi kawasan 'hot spot' ditenggelami banjir ketika hujan lebat," katanya ketika majlis penyerahan bot terbabit di sini, semalam.

Katanya, setiap bot itu berharga dalam lingkungan RM 5,000 hingga ke RM 7,000 lengkap beserta enjin dan lima jaket keselamatan disediakan bagi menampung mangsa yang tersangkut ketika banjir kelak.

"Setiap bot ini mampu menampung di antara empat sehingga enam orang dan buat masa ini semua tempat di bawah Parlimen Sekijang sudah mempunyai bot sendiri cuma penambahan akan dilakukan secara berperingkat bagi tempat yang hanya mempunyai satu bot sahaja," katanya.

Sementara itu, tenaga pengajar dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Nazlan Ruslan berkata, kursus yang akan dikendalikan ini lebih menjurus kepada asas membawa bot, cara membaling tali dan pelampung kepada mangsa serta teori penjagaan enjin bot.

"Perkara asas ini menjadi keutamaan dalam memandu serta menjaga enjin bot supaya sentiasa diselenggarakan untuk kegunaan bersama ketika kecemasan," katanya.

Sinar Harian

Permohonan PAS cabar Bil Perhimpunan ditangguh

Posted: 11 Dec 2011 11:20 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

Keputusan bagi kebenaran untuk PAS mencabar perlembagaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah ditangguhkan hingga Khamis ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pagi ini membenarkan penangguhan itu atas permintaan timbalan pendakwa raya kanan Muzila Mohamed Arsad.

Hakim Datuk Rohana Yusof dimaklumkan oleh Muzila bahawa responden tidak bersedia kerana beberapa timbalan pendakwa raya persekutuan terpaksa menghadiri sebuah persidangan dari 7 hingga 10 Disember lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh PAS itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.

Saman berkenaan difailkan pada 2 Disember oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan ahli jawatankuasa pusatnya, Dr Dzulkefly Ahmad.

Mereka diwakili oleh peguam Mohamad Hanipa Maidin yang dibantu oleh Aminuddin Zulkifli dan Ahmad Zambri As'ad Khuzami.

"Rang undang-undang itu adalah bertentangan dengan Perkara 10 perlembagaan persekutuan kerana setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara bebas. Walaupun sekatan boleh dikenakan, namun ia tidaklah sehingga tahap melarangnya," kata Mohamad Hanipa.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman itu yang melarang sama sekali demonstrasi jalanan diluluskan oleh Dewan Rakyat bulan lalu dan kini di peringkat perbahasan di Dewan Negara.

Selain kebenaran untuk mencabar rang undang-undang itu, PAS juga memohon writ bagi menghalang bil berkenaan digubal di Parlimen dan writ mandamus bagi memaksa para responden menarik balik atau memindanya mengikut perlembagaan.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa responden telah melampaui dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan pembentangan rang undang-undan itu dengan melanggar perlembagaan.

malaysiakini/-

Papan tanda hospital sudah naik lalang

Posted: 11 Dec 2011 11:15 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

PENSIANGAN, 12 Dis: Janji manis sebuah kerajaan Barisan Nasional Sabah di daerah ini sudah tidak memberi apa-apa erti lagi.

Pembangunan sebuah hospital yang dijanjikan sejak beberapa tahun lalu kini umpama 'hospital lalang' yang tidak ubah mencekik duit dan nyawa rakyat.

Yang Dipertua PAS Pensiangan, Hisammuddin Sulaiman berkata, janji yang diberikan Barisan Nasional kepada penduduk kawasan Pensiangan dan Keningau ibarat 'janji pilihanraya' yang mencekik darah dan nyawa rakyat.

"Janji hospital 5 tahun dulu, hari ini janji lagi… nak buat klinik. Tanah yang rata dah tumbuh lalang. Bukan pendek-pendek… tapi datanglah tengok sendiri.

"Papan tanda pun dah nampak nak terbalik, macam beri signal BN akan terbalik macam itu," katanya dalam nada yang marah.

Menurutnya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Daerah Nabawan, OKK Sayau dalam sebuah akhbar tempatan Utusan Borneo mengesahkan lagi mengenai ketidakupayaan sebuah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Musa Aman yang hanya berjanji tapi tidak melaksanakan.

"Bukan saya yang dedahkan maklumat ini. Rakyat Sabah sudah baca kenyataan ini yang dikeluarkan sendiri oleh rakyat Sabah," jelasnya.

Kata Hisammuddin, keresahan rakyat terutama golongan ibu yang mengandung yang menghadapi kesukaran mendapat bantuan di saat kelahiran bayi.

"Bayangkan ibu-ibu yang ingin melahirkan bayi terpaksa mengharungi jalan berbatu sejauh di pedalaman Sook menuju ke hospital terdekat di Keningau.

"Ada kemungkinan tidak sempat tiba di hospital, anak sudah dilahirkan dalam perjalanan," dakwanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah mendesak kerajaan negeri menyediakan prasarana yang mencukupi di Klinik Nabawan.

"Klinik ini bukan kekurangan kakitangan, malah ubat-ubatan yang diperuntukkan tidak mampu menampung keperluan penduduk," katanya.

Harakah Daily

NFC: Muhyidin kena undur bersama Sharizat

Posted: 11 Dec 2011 11:13 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berpendapat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin lebih bertanggungjawab atas skandal yang berlaku dalam Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC).

Ini kerana, ketika pinjaman mudah RM250 juta itu diberikan, Muhyidin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah pihak yang bertanggungjawab memantau projek itu.

"Shahrizat sebagai menteri dan suami kepada Pengerusi Eksekutif NFC dan ibu kepada anak-anaknya yang menjadi pengarah NFC juga bertanggungjawab, namun bagi saya Muhyidin sebagai menteri lebih bertanggungjawab.

"Oleh itu, bukan Shahrizat sahaja yang kena letak jawatan, Muhyidin juga tidak terlepas," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui di majlis pelancaran buku Haji Subky Latif, Anak Apak, yang dilancarkan oleh Datuk A Samad Said di Mid Valley Mega Mall hari ini. (gambar)

Mohamad mengulas desakan demi desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan pinjaman mudah RM250 juta kerajaan tetapi digunakan untuk tujuan lain itu.

Terbaru Tun Dr Mahathir juga campur tangan yang meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebelum dia dihalau dari Kabinet.

Sebelum itu, tiga pemimpin Umno Ghafur Salleh, Bung Mokhtar Radin dan Syed Ali Al Habshi juga mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.

Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik juga mengulasnya dengan berkata, pimpinan Umno seharusnya mengambil tindakan.

NFC ditubuhkan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) untuk meningkatkan hasil daging negara dari bergantung kepada negara asing.

Namun, ia semacam telah diselewengkan termasuk membelankan wang pinjaman itu untuk pembelian kondo dan kereta mewah serta memberikan gaji yang mahal kepada pemimpin projek itu iaitu keluarga Shahrizat.

Muhyidin selaku menteri berkaitan ketika itu diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi untuk melaksanakannya.

Menteri Menteri Pertanian Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noih Omar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai pinjaman itu kerana ia tidak pernah diluluskan dalam Kabinet.

Ketika itu, Noh turut berada dalam Kabinet tetapi menjaga portfolio lain.

Beliau menafikan keputusan mahu menganugerahkan projek NFC pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet.

"Saya boleh sahkan bahawa NFC (sebenarnya) terletak di bawah Jawatankuasa Projek Impak Tinggi dan ketika pinjaman diluluskan kepada NFC, ia bukan di bawah Kabinet, tidak (disebutkan) dalam mesyuarat (Kabinet)," kata beliau kepada pemberita di sini.

Noh, bagaimanapun enggan menyebut nama pegawai yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa yang menghalusi perkara berkenaan.

Jumaat lepas, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan agar kerajaan merampas harta termasuk kondo dan kereta mewah NFC untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung kerajaan.

Mahfuz sokong

Pandangan Mohamad disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berkata, adalah tidak wajar jika tekanan hanya diberikan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja, sedangkan projek yang dianugerahkan kepada syarikat suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat itu diluluskan sendiri oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian.

"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri sahkan wang dikeluarkan kepada akaun khas dengan kelulusan pihak kementerian pertanian.

"Siasatan menyeluruh wajib diadakan bukan sahaja kepada dakwaan penyalahguanaan wang RM250 juta itu oleh keluarga Shahrizat, tetapi juga kena siasat pihak kementerian dan kabinet," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

PAC sebelum ini juga mendedahkan duit RM250 juta tersebut habis dikeluarkan dari tahun 2008 hingga 2009, namun perjanjian hanya dibuat pada 2010.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga menjelaskan bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.

"Apakah jawatankuasa itu sahaja yang buat keputusan? Tanpa kelulusan kabinet?

"Muhyiddin selaku bekas menteri juga perlu dipertanggungjawab. Kita nak tahu apa bentuk perbincangan yang menyebabkan kabinet luluskan projek ini," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, rakyat tidak mahu kes Fidlot ini sama mengulangi apa yang berlaku pada skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) di mana kabinet hanya sedar ditipu hanya selepas menteri berkenaan bersara.

"Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu.

"Kita tidak mahu Fidlot ini jadi macam PKFZ, sebab itu kita minta siasatan menyeluruh ketika semua menteri terlibat masih belum pencen lagi ni," katanya.

Salleh kena jelaskan

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi meminta Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail menjawab sendiri tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Katanya, sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

"Saya gesa Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera untuk menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat oleh pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan.

"Bila berdiam diri, tak jawab segala dakwaan, seolah-olah dia tidak bertanggungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan Umno dan kerajaan," katanya kepada Bernama Ahad.

Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tuduhan berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Harakah Daily

Isa sendiri mahu Dzulkifli cuti 9 bulan?

Posted: 11 Dec 2011 11:11 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Seorang 'orang dalam' Felda mendakwa, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sendiri yang mahukan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab bercuti selama sembilan bulan.

Menurut surat bertarikh 21 November yang diemel kepada Harakahdaily, Isa mahukan Dzulkifli diberi cuti sambil belajar selama 6 hingga 9 bulan bagi mengikuti Kursus Pengurusan lanjutan kononnya bagi meningkatkan lagi prestasi beliau.

Surat Isa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menyebut ia sebagai program Transformasi Felda.

Cadangan Isa itu diluluskan oleh Najib pada 26 November.

Menurut maklumat itu lagi, hari ini barang-barang di pejabat Dzulkifli sudah dikemaskan tetapi sebelum ini beliau sudah tidak dibenarkan memasuki pejabatnya.

Sebelum ini Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda semakin kritikal apabila Dzulkifli menerima surat arahan bercuti daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

Sebelum ini juga terdapat beberapa desakan daripada pemimpin Umno supaya menyingkirkan pemimpin tertentu dalam Felda yang didakwa menjadi 'duri dalam daging' sejak Isa menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan hasrat membawa Felda ke bursa saham melalui Felda Global Ventures (FGV).

Harakah Daily

Subky wajar jadi idola anak muda

Posted: 11 Dec 2011 11:08 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Dis: "Bukan setakat buku ini mencerita kehidupan Subky tetapi cara hidup beliau sekarang yang perlu menjadi idola anak muda," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas buku terbaru Subky Latif, Anak Apak yang dilancar Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hari ini.

Buku memoir Subky sejak kecilnya itu dilancarkan di Karnival MPH 2011 di Mid Valley Mega Mall.

Mohamad Sabu sepatutnya melancarkan buku itu namun di saat akhir ia telah tidak dibenarkan oleh pihak penganjur.

Tidak diketahui sama ada ia adalah arahan pihak tertentu atau daripada penganjur sendiri.

Namun atas dasar setia kawan, Mohamad hadir dalam majlis hari ini bersama Pak Samad.

"Dalam buku ini saya dapati, Subky rapat dengan semua orang yang hebat-hebat namun dia tidak senang dan kaya juga tetapi kekal sebagai wartawan dan negarawan.

"Dia kenal rapat dengan Datuk Harun, Jaffar Albar, Tun Razak, Tun Musa dan lain-lain.

"Inilah yang patut dijadikan turutan anak muda kita," kata Mohamad.

Subky ketika ditanya selepas penyataan Mohamad Sabu kenapa beliau tidak senang sebagaimana orang lain yang senang selepas kena pembesar negara, menjawab penuh tersirat: "Sebab saya tidak tahu kira duit".

Harakah Daily

Sudah 3 pemimpin BN desak Shahrizat letak jawatan

Posted: 11 Dec 2011 11:00 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Sejak pendedahan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang mengaitkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sekurang-kurangnya tiga pemimpin besar BN secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan parti dan kerajaan.

Terbaru, desakan dari Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Ghapur berkata isu yang membabitkan Shahrizat itu cukup memalukan dan telah menjejaskan BN dan Umno secara keseluruhan.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga turut memberi isyarat agar Shahrizat melepaskan jawatan demi survival perti politik itu.

Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat 'untuk kebaikan parti' telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti.

Seorang lagi Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin antara yang begitu lantang meminta Shahrizat meletak jawatan bahkan beliau berulang kali mendesak Ketua Wanita Umno itu berbuat demikian.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional itu mengaku isu NFC yang membabitkan Shahrizat itu sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

Skandal NFC membaitkan sejumlah RM250 juta dana awam yang telah diberikan kepada syarikat milik suami Shahrizat bagi tujuan menjalankan projek penternakan lembu pada tahun 2008.

Bagaimanapun Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan projek tersebut berdada dalam keadaan kucar kacir.

Ekoran itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa telah berlaku penyelewengan terhadap dana tersebut.

Dalam pendedahan mereka, dana RM250 juta itu antara lain telah digunakan untuk tujuan berikut:

- Membeli dua buah Kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
- Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
- Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
- Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
- Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
- Percutian mewah (RM455,423)

Harakah Daily

Menara besi unik di Taiwan

Posted: 11 Dec 2011 10:45 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

TAIPEI - Bakal menghiasi ruang udara bandar Taichung di Taiwan, struktur besi mengagumkan ini mungkin akan menjadi antara bangunan paling menarik di dunia.

Menara Taiwan setinggi 305 meter ini akan dihasilkan menggunakan ribuan batang besi dan membentuk struktur segi tiga. Ia akan menempatkan sebuah taman bumbung, iaitu yang tertinggi di dunia untuk dinikmati pelawat.

Dengan ketinggian sama seperti Menara Eiffel di Perancis, bangunan ini adalah hasil idea arkitek dari Jepun, Sou Fujimoto yang memenangi pertandingan antarabangsa untuk mereka bangunan itu.

Dijangka siap pada 2017, bangunan dengan kos mencecah 6.59 bilion dolar Taiwan (RM688 juta) itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti air hujan dan solar untuk keperluan tenaga.

sinar harian/-

Felda dalam proses kehancuran - Aspan Alias

Posted: 11 Dec 2011 10:30 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

FELDA sedang dalam proses kehancuran, tunggu sahaja

Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.

Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang ber[pecah pada tahun 1988 dahulu.

Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu.

UMNO sebenarnya tidak boleh langsung enyalahkan mana-mana pihka termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka krana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana 'culture' yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu.

D imana sahaj UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsept pengswastaan serta 'corporatization' ciptaan Dr Mahathir dahulu.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkan apabila perbedanan ini telah di pindahkan dari Kemeneterian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemipin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air lior yang meleleh seperti anjing nampak tulang.

Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin 'topple' menople dalam badan yang sangat kaya itu.

Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.

Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.

Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.

Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.

Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.

Buat setekat ini, peneroka hanya hafalkan satu perbilangan, iaitu 'ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.

ATAU pun ingat kepada satu lagi, 'peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi'.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/12/felda-sedang-dalam-proses-kehancuran.html

Rumah ahli PPKM dilontar bom petrol

Posted: 11 Dec 2011 08:00 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KULIM - Akibat dipercayai ingin membalas dendam, rumah seorang ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) diserang dengan dua botol bom petrol di Taman Senangin kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Ketika kejadian, mangsa keluar membuat rondaan sebelum menerima panggilan telefon daripada ibunya menyatakan bahagian hadapan rumah mereka terbakar.

Mangsa yang berada kira-kira 500 meter dari rumahnya bergegas balik dan melihat kelibat dua motosikal suspek cuba melarikan diri.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, perbuatan khianat ini berlaku mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka yang ditahan oleh PPKM kerana terlibat dalam pelbagai perlakuan jenayah.

Menurutnya, PPKM akan mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini dan menyerahkan kepada polis.

"Kita membantu polis dalam menjalankan tanggungjawab membanteras kejadian jenayah di Kulim dan saya berharap polis dapat melindungi semua ahli PPKM dari sebarang ancaman.

"Sehingga kini, kerjasama PPKM dan polis berjaya menurunkan indeks jenayah di Kulim. Ini menunjukkan PPKM komited dalam melaksanakan tugas pencegahan jenayah," katanya.

Menurutnya, PPKM telah mengesan tiga nombor pendaftaran motosikal dipercayai digunakan oleh suspek terlibat dan menyerahkannya kepada Ketua Polis Daerah Kulim.

"Mereka yang melakukan perbuatan itu harus sedar, keahlian PPKM sudah melebihi 2,000 ahli. PPKM akan pastikan individu atau kumpulan terlibat melakukan perbuatan khianat dengan melontar bom petrol ke rumah ahli PPKM di Taman Senangin ditahan dalam masa terdekat dengan bantuan polis," katanya.

Sinar Harian

Pas sedia 10 agenda

Posted: 11 Dec 2011 07:45 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Pas berikrar melaksanakan 10 agenda permulaan sepanjang peng­gal pertama pemerintahan bagi merea­li­sa­si­­kan konsep Negara Berkebajikan jika diberi mandat memerintah negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dokumen Negara Berkebajikan dianggap sebagai sebagai mukadimah kepada manifesto yang akan dikemukakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Ia mengandungi konsep umum di mana mesej Negara Berkebajikan ini dimasukkan juga di dalam Buku Jingga yang menjadi agenda bersama Pakatan Rakyat (PR), kita mendahulukan perkara yang sama dan tiada perbezaan antara satu sama lain.

"Ia bukan hanya bincang isu politik, ekonomi dan sosial, bahkan isu moral yang turut melibatkan pemimpin," katanya pada sidang media selepas melancarkan okumen Negara Berkebajikan di kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), semalam.

Dokumen Negara berkebajikan yang dicetuskan Abdul Hadi itu adalah susulan kepada ucapan dasarnya pada Muktamar Pas Jun lalu.

Pas memutuskan untuk menjadikan 10 agenda itu sebagai prinsip penggubalan tiga polisi umum iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Di bawah polisi politik, ia akan mewujudkan sistem politik yang mengembalikan prinsip pengasingan kuasa sebagaimana termaktub dalam perlembagaan supaya tidak berlakunya pemusatan kuasa kepada suatu kumpulan tertentu demi menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Ia juga menyebut setiap parti politik berhak mendapat peruntukan tahunan daripada dana negara sekali gus mengelakkan hubungan tidak sihat antara ahli politik dan golongan korporat.

Selain itu, masyarakat juga diberi ruang menunaikan hak awam untuk tidak bersetuju dengan kerajaan asalkan dilakukan dengan tertib dan aman.

sinar harian/-


Tiada ulasan:

Nuffnang