Khamis, 3 November 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


FESTIVAL SEKS BEBAS!

Posted: 02 Nov 2011 11:58 PM PDT

(Mangsa seks songsang luar tabi'e memohon keadilan dari Ilahi)
(Mangsa amalan seks bebas)

Salam 2 all.

Teman mengutuk keras penglibatan Bar Council, Presidennya Lim Chee Wee dan bekas Presiden Ambiga Sreenavasan dalam penganjuran dan pelancaran Festival Seks Bebas yang diputar-belitkan dengan nama "Seksualiti Merdeka" pada 09 November ini!

Festival Seks Bebas ini adalah berpaksikan kepada Pertemuan Yogyakarta 2006 yang mempromosikan dan menggalakkan perlakuan seks bebas LBGT - iaitu Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Ini adalah usaha menukar ketamadunan kemanusiaan kepada ketamadunan haiwan - mempromosikan dan menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e lesbianisma (wanita dengan wanita), bisexual (semua jantina boleh balun), gay (seks melalui dubur) dan transgender (pertukaran jantina)!

Ini adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e yang ditolak bukan sahaja oleh tamadun kemanusiaan dan akhlak insani, malah ditolak oleh semua agama termasuk agama samawi Islam, Kristian & Yahudi!

Teman menegaskan bahawa Bar Council, serta Presidennya Lim Chee Wee serta bekas Presiden Bar Council merangkap pengerusi himpunan haram 09 Julai yang disokong oleh kaum Anwarinas iaitu Ambiga Sreenavasan TIDAK BERHAK mengheret Bar Council menyokong festival seks bebas songsang dan luar tabi'e ini. Ini kerana daripada lebih 13,000 peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam, lebih 40% adalah peguam beragama Islam.

Apabila mereka mengheret Bar Council menyokong Festival Seks Bebas ini, ianya memberi gambaran, malahan boleh membawa fitnah kepada para peguam yang beragama Islam. Malahan fitnah ini sudah muncul kerana banyak pertanyaan oleh orang awam khususnya dikalangan umat Islam apa pendirian para peguam beragama Islam dengan gelagat Bar Council menyokong Festival Seks Bebas ini!

Teman dan beberapa peguam beragama Islam mengambil sikap mengutuk keras sikap Lim Chee Wee, Ambiga Sreenavasan dan Bar Council yang mengambil sikap menyokong penganjuran Festival Seks Bebas ini!

DAN TEMAN MENYERU SEMUA PEGUAM BERAGAMA ISLAM DAN PEGUAM YANG MENGHORMATI AKHLAK DAN PERADABAN KEMANUSIAAN SUPAYA BANGKIT MENENTANG KEMUNGKARAN INI DAN MENGHENTIKAN PERBUATAN TERKUTUK DAN TIDAK BERTAMADUN PIMPINAN BAR COUNCIL INI!


Dan teman mendesak Lim Chee Wee serta pimpinan Bar Council menarik balik sokongan itu. Kalau mereka nak menyokong, mereka boleh berbuat sedemikian atas sifat peribadi dan bukannya dengan mengheret Bar Council!

Apa yang menjadi kerisauan teman, usaha mempromosikan seks bebas LBGT ini akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e ini, terutamanya untuk menghapuskan peruntukkan Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan.

Seksyen tersebut menjadikan hubungan seks songsang dan luar tabi'e melalui lubang dubur samada antara lelaki dengan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isterinya), samada secara rela mahupun secara paksa sebagai satu kesalahan jenayah yang serius dan dikenakan hukuman berat 20 tahun penjara maksimum dan sebatan. Dan kesemua Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri menjadikan perbuatan ini termasuk zina sebagai satu kesalahan jenayah syari'e yang boleh dihukum penjara, sebatan dan denda!

DAN INILAH PERUNTUKKAN DIMANA KETUA KAUM ANWARINAS IAITU ANWAR IBRAHIM DIDAKWA DI MAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR DAN PEMBANTUNYA SAIFUL BUKHARI AZLAN!

Sekali lagi teman ingatkan kenyataan Tan Sri Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang menegaskan bahawa dunia kini, termasuk negara kita Malaysia, sedang dilanda "virus hak asasi manusia", yang bukan sahaja bertentangan dengan ketamadunan dan peradaban manusia, malah akan menghancurkan keujudan dan kesinambungan kemanusiaan!

Apabila melihat gelagat mereka ini, teman teringat teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia ini berasal dari spesis beruk! Teman memang tidak percaya, malah menolak teori Darwin tersebut. Tetapi bila melihat kaum yang mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT ini, agaknya teori Darwin ni merujuk kepada kaum ini kot?!

Pernah teman bertemu dengan kaum ini, dan berlaku perdebatan dengan mereka. Mereka beriya-iya menyatakan bahawa ini soal hak asasi mereka. Mereka kata "it's our body, it's our right"!

Teman jawab dengan mudah, kalau mak-bapak ngkorang mengamalkan seks songsang dan luar tabi'e macam ngkorang, sudah pasti muka ngkorang pun tak akan ujud pun dimuka bumi ini!!!

Teman menyeru semua rakyat Malaysia yang masih mempunyai tamadun dan akhlak kemanusiaan supaya menolak dan membantah dengan keras Festival Seks Bebas ini!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
07 Zulhijjah 1432
03 Nov 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang