Khamis, 3 November 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SHAM KAMIKAZE BERCERAMAH DI TELUK INTAN SABTU INI...!

Posted: 03 Nov 2011 07:16 AM PDT

Insya-Allah Sham Kamikaze (Shamril Mohd. Salleh) akan berkongsi pengalaman hijrah beliau di samping mengalunkan petikan gitar. Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Hj. Masduki turut menyampaikan ceramah beliau. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh : 5 November 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.15 malam
Tempat : Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak, Teluk Intan.
Acara 6.00 petang : Sdr. Sham Kamikaze bersama ADUN Changkat Jong akan bertemu dengan anak-anak muda di Padang Bola Taman Melor.

SEMUA DIJEMPUT HADIR...


DEMO BANTAH SEKSUALITI MERDEKA ESOK DI SELURUH MASJID NEGERI..!!!

Posted: 03 Nov 2011 03:55 AM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Nov: Bagi menyatakan bantahan terhadap panganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang berlangsung sehingga 13 November ini, Dewan Pemuda PAS pusat akan mengadakan himpunan aman di di seluruh Masjid Negeri esok.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan, arahan itu telah dikeluarkan kepada ketua dewan pemuda PAS negeri-negeri hari ini.

"Hari ini kita telah mengarahkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri agar mengadakan himpunan aman di masjid negeri masing-masing selepas solat Jumaat esok," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Himpunan itu ujarnya bagi membantah program yang disifatkan sebagai bertentangan dengan cara hidup semua agama itu dan menuntut ianya dibatalkan dengan segera.

Bagaimanapun menurutnya, masjid yang akan diadakan himpunan tersebut akan diputuskan oleh dewan pemuda PAS negeri mengikut kesesuaian negeri masing-masing.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh masyarakah perihatin agar turun beramai-ramai menyatakan bantahan bersama dewan pemuda PAS esok.

Selain himpunan tersebut, Dewan Pemuda PAS Negeri juga diarahkan membuat laporan polis serentak pada jam 10 pagi esok di Ibu Pejabat Polis Negeri masing-masing.

Program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear telah berlangsung kelmarin hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Banyak pihak berpandangan, ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, bagi Kuala Lumpur demonstrasi tersebut akan di adakan di Masjid Kampung Baru esok.

Lihat bantahan di sini , komen Dr. MAZA di sini , dan komen TG Nik Abdul Aziz di sini.

Dalam pada itu, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) turut akan mengadakan bantahan isu sama esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka memaklumkan bantahan tersebut akan diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam, sejurus solat Jumaat.

"Demonstrasi ini adalah bertujuan membantah kepada gerakan jahat yang tidak bermoral ini serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," kenyataan mereka dipetik.(harakahdaily)

MP PASIR SALAK MENGAMUK DALAM PARLIMEN...!!! ha..haha...haa

Posted: 03 Nov 2011 03:36 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR PR SEMPENA 1K HARI RAMPASAN KUASA PERAK

Posted: 02 Nov 2011 11:42 PM PDT


Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat Perak Sempena 1,000 Hari Rampasan Kuasa Kerajaan pilihan Rakyat Perak.
  1. 1)     Tanggal 6/2/2009 adalah tarikh hitam yang wajib diingat dan ditangisi oleh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana pada tarikh tersebut sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat Perak (dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8/3/2008) telah dijatuhkan melalui kerja-kerja jahat pemimpin-pemimpin UMNO/BN.
  1. 2)      Rakyat jangan lupa bahawa pada 25/1/2009 2 orang ADUN Behrang dan Changkat Jering telah hilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa bahkan isteri dan anak mereka pun tidak mengetahui dimana mereka berada. Pada 1/2/2009 pula tiba-tiba ADUN Bota yang telah mengistiharkan keluar BN menyertai PKR secara sukarela juga telah hilang. Ini disahkan oleh isteri beliau yang membuat aduan kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.
  1. 3)      Tiba-tiba pada 3/2/2009 ketiga-tiga ADUN yang hilang tersebut dan ADUN dari Jelapang telah ditontonkan kepada umum melalui sidang akhbar oleh Timbalan Presiden UMNO/ Timbalan Perdana Menteri ketika itu – Dato Seri Najib Razak yang juga ketika itu adalah Ketua Perhubungan UMNO Perak, Mereka mengistiharkan keluar PR dan menyokong BN sebagai ADUN-ADUN Bebas.
  1. 4)      Bukankah ini bermakna kehilangan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah dirancang dan dilakukan dengan arahan 'mastermind' UMNO BN, kemudian berlakulah kerja jahat menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat (PR Perak) dan menggantikan dengan kerajaan yang diangkat melalui proses perbicaraan yang penuh dengan manipulasi yang diatur oleh tangan-tangan ghaib manakala mahkamah pula telah mengambil alih tugas pembentukkan Kerajaan secara kotor dan tidak beradab.
5)         Dengan rentetan peristiwa 6/2/2009 tersebut wajib bagi rakyat mengenang dan mengambil iktibar berikut
  1. i)                    Kerajaan PR pimpinan Dato' Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin adalah kerajaan yang dibentuk melalui proses demokrasi sihat.
  1. ii)                   'Kerajaan' Barisan Nasional pimpinan Datso' Seri  Dr. Zambry Kadir adalah 'Kerajaan' pintu belakang yang dibentuk melalui proses-proses kotor termasuk ugutan rasuah, ugutan seks, culik wakil rakyat dan manipulasi mahkamah
  1. iii)                 Kerajaan UMNO/BN adalah 'democratically illegal' dan meletakkan satu 'precedent' yang bahaya kepada sistem demokrasi Negara. Kuasa telah menjadi milik orang kaya. Menculik, membeli dan mengugut wakil rakyat seolah-olah boleh diterima sebagai 'norm' yang tak perlu benci.
  1. iv)                 Baik dari segi moral dan agama Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Dato' Seri Dr. Zambry dan barisan Exconya telah melakukan pengkhianatan terbesar kepada rakyat Perak. Kaedah Islam iaitu "redha mungkar adalah mungkar" menggambarkan segala-galanya.
  1. v)                  Rakyat wajib belajar daripada sejarah hitam ini dan memilih kebenaran dan keadilan melalui proses demokrasi yang sah dan jaminan perlembagaan persekutuan untuk masa depan generasi akan datang. Kedaulatan undang-undang mestilah ditegakkan hatta kepada sesiapapun. Tiada manusia di Negara ini yang mengatasi undang-undang.
  1. 6)      Besok pada 3/11/2011 adalah hari ke 1,000 'rampasan kuasa' berlaku di Perak. Tarikh ini wajib dikenang sebagai titik hitam dalam sejarah moden Perak. Bangsa yang hebat akan menjadi hebat hanya jika mengambil iktibar daripada sejarah lampau.
  1. 7)      Melihat ke belakang (retrospectively) Perak telah jauh ketinggalan ke belakang berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat yang maju dan sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak. Negeri-Negeri dibawah Pakatan Rakyat begitu berjaya dalam mengurus ekonomi, menarik pelabur asing, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru dan menjadi negeri-negeri yang banyak program kebajikan. Kenapa negeri-negeri Pakatan Rakyat berjaya ? Jawapannya kerajaan mereka demokratik, telus dan berintegriti.
  1. 8)       Keyakinan kami InsyaAllah jika Perak juga tidak dirampas kuasa kami mampu mengangkat kemajuan di Perak setanding dengan Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. 
Dr. Haji Khairuddin Bin Dato' Abd. Malik
( Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri Perak )

Tiada ulasan:

Nuffnang