Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri |
MENDIDIK ANAK KE JALAN DI REDHOI ALLAH. Posted: 05 Nov 2011 02:03 AM PDT SIK - 02 Nov 2011. Mendidik anak-anak ke jalan keredhoan Allah menjadi tuntutan dan kewajipan setiap ibu bapa semua, berilah masa dan peluang untuk anak kita berjaya di dalam pelajaran dan kehidupan mereka, InsyaAllah ianya akan menjadi pahala kita di akhirat kelak, demikian kata Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Majlis Penyampaian Sumbangan kepada pelajar-pelajar IPTA & IPTS. Beliau juga menasihati supaya anak-anak belajarlah bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan di menara gading dan tunjukkan kepada ibu bapa kita yang kita sayangkan mereka dengan kejayaan ini, katanya yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Pada majlis tersebut YB. Haji Yahya Abdullah merangkap ADUN Jeneri menyampaikan sumbangan Kafalah kepada 80 orang waris si mati, yang mana Kafalah ini atas kesungguhan kerajaan Negeri Kedah untuk membantu keluarga yang tidak mampu. |
You are subscribed to email updates from Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan