:: cina islam | 2011 :: |
- Kenapa Najib Perlu Diberikan Kawalan Keselamatan Di Mekah?
- The West Australian akui silap siar artikel anak PM, tetapi tidak nafikan laporan mengenai wanita pertama.
- 42 pelombong batu arang di China diselamatkan
Kenapa Najib Perlu Diberikan Kawalan Keselamatan Di Mekah? Posted: 04 Nov 2011 08:45 PM PDT 8 Zulhijjah 1432H. [MOD] - http://greenboc.blogspot.com
Agak mengejutkan apabila PM, DS Mohd Najib Tun Razak terpaksa diberikan kawalan keselamatan sewaktu menunaikan hajinya di Mekah. Ia memberikan pelbagai persepsi yang menghairankan seolah-olah Mekah sudah menjadi tempat yang tidak selamat dan kedua sudah ada "kasta" di dalam Islam yang membezakan seorang pemimpin negara dengan rakyat terbanyak, sekaligus mencemarkan ibadah haji yang sepatutnya menyamaratakan semua manusia tanpa mengira pangkat, kedudukan, harta dan harta. Berikut dipetik dari blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit: Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad : Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak : Presiden Iran : Beliau juga dikawal oleh tentera Arab Saudi tapi tidaklah sampai 23 pengawal tentera yang berpegangan tangan seperti Najib.Beliau lebih bebas bergerak bersama jamaah haji serata dunia. Inilah falsafah haji sebenar, tiada kaya, meskin, hamba, bangsawan, orang putih atau hitam, mereka semua tiada beza disisi Allah... Perdana Menteri Malaysia : Ketika Najib dan Rosmah mengerjakan ibadah haji. Seramai 23 orang askar Arab Saudi diperlukan untuk mengepong mereka bagi memastikan tiada jemaah haji lain yang dapat datang menghampiri dan berasak-asak dengan mereka. Fadhilat ditinggalkan, hanya kerja haji yang dibuat. Antara tujuan mengerjakan ibadah haji adalah merasai pengorbanan, keperitan, kesusahan para anbiya' terdahulu dengan tidak membezakan pangkat, darjat, kuasa, harta dan sebagainya. Kesimpulan : biarpun berisiko tinggi diapa-apakan oleh musuhnya, Presiden Iran ini hanya menerima kawalan keselamatan minimum semasa menunaikan haji. .Itu Presiden Iran, orang yang banyak musuh di dunia ini. Apa hal pula dengan Najib yang sudah tentunya tidak bermusuh dengan AS atau Israel? Namun, apabila melihat puluhan pasukan keselamatan Saudi mengawalnya sambil berpegangan tangan, 1Malaysia (kecuali pencacai) berasa pelik dan hairan. |
Posted: 04 Nov 2011 08:24 PM PDT 8 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Akhbar The West Australian semalam mengakui kesilapannya berhubung penyiaran artikel yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan sebanyak $60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli belah di Perth semasa Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini. Dalam ruangan pembetulan dan penjelasan yang diterbitkan, akhbar berkenaan turut mengesahkan bahawa anak perempuan Perdana Menteri juga tidak berada di Perth dan ini bercanggah dengan laporan yang mereka siarkan pada Isnin lepas. Kenyataan akhbar itu boleh dilayari menerusi portal akhbar The Borneo Post yang menerima salinan halaman tersebut yang diemelkan oleh wartawan ekonominya, Neale Prior. The West Australian juga menyebut adalah menjadi polisi akhbar itu untuk memperbetulkan setiap kesilapan mereka seboleh yang mungkin. Semalam, Najib dalam Twitter terbaharunya menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri CHOGM di Perth, baru-baru ini. Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan. Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan $60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli belah di Perth, lokasi CHOGM. Laporan itu juga menyebut: "Seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000 (RM485,476)." Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya. |
42 pelombong batu arang di China diselamatkan Posted: 04 Nov 2011 08:23 PM PDT 8 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BEIJING: Pasukan penyelamat menarik keluar 42 pelombong batu arang yang terperangkap akibat letupan batu Khamis lalu di bandar Samenxia, wilayah Henan, China. Agensi media negara itu berkata, ia selepas 36 jam pelombong terbabit terperangkap dan kini pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa lain. Katanya, usaha menyelamat itu dipertingkatkan selepas tujuh pelombong berjaya diselamatkan semalam. Susulan kejadian itu, empat pelombong terbunuh dan tujuh yang lain dianggarkan jumlah yang masih hilang. - AP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan