Isnin, 21 November 2011

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Zambry bentang bajet pilihanraya - DS Nizar

Posted: 20 Nov 2011 11:56 PM PST

IPOH, 21 Nov : Ketua Pembangkang Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak sebagai bajet pilihanraya.


Beliau berkata, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta. Bajet yang dibentangkan ini tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian.


"Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang DUN Perak ditangguhkan.


Tambahnya lagi, bajet tahun 2012 ini mengalami defisit yang sangat besar. Ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.


" Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya lagi.


Sidang ditangguhkan hingga esok dan akan berlanjutan hingga Jumaat.

Oleh: Muhammad Faeez

Tiada ulasan:

Nuffnang