Isnin, 21 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Mari kita bersama pikul tanggunjawab sosial ini

Posted: 21 Nov 2011 12:44 AM PST



Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang begitu aktif membimbing saudara-saudara baru serta lain-lain kerja kebajikan menyeru kepada orang ramai yang prihatin untuk bersama memikul tanggungjawab sosial sebagai seorang Islam dengan menyumbang ke akaun YKSNS.

Maklumat lanjut mengenai YKSNS di laman web http://yksnegerisembilan.com/

Sumbangan boleh disalurkan melalui Cek/Transfer/Bank In:-
Nama Akaun :
YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
No Akaun : 05021010019276
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Sumbangan juga boleh dihantar ke alamat :
Pejabat Urusan YKSNS
No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel: 06-4810092 / 0122 Faks: 06-4810576
Pegawai Bertugas: Puan Zarinah binti Abdul Kabor

Rumah Kasih Sayang ( Kuala Pilah )
Kompleks Masjid Tok Muar,
No. 1 Taman Cemerlang,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel : 06-4810 068
Pegawai Bertugas: Ustaz Muhammad Aiman Danial bin Abdullah

One Stop Center
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
Pusat Dakwah Islamiah Paroi
Tel: 06-678 1021
Pegawai Bertugas: Puan Rehan binti Kassim

Sumber : http://yksnegerisembilan.com/archives/803

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Senawang

Posted: 20 Nov 2011 04:50 AM PST




PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :019-6692431 Cikgu Zaharah
019-9103431 Encik Nazri

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah

Posted: 20 Nov 2011 02:56 AM PST



Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah
Malaysiakini , 20 Nov , 2011

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat 'telur di hujung tanduk'.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi 'kudung' dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.
"Kita beli mesin gun HK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampakkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang," katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita," rintihnya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/181858

50 penggiat ICT, media baru NS berhimpun

Posted: 20 Nov 2011 02:53 AM PST



50 penggiat ICT, media baru NS berhimpun
Harakahdaily




SEREMBAN, 19 Nov: Seramai 50 orang menyertai Himpunan Penggiat ICT dan Media Baru Negeri Sembilan yang diadakan selama 4 jam mulai jam 2.00 petang di sebuah dewan dekat Senawang pada petang tadi.

Himpunan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob.

Hadir sama adalah Pengarah IT PAS Negeri Sembilan, Samsul Kamal Idris, Pengarah IT PAS Negeri Pahang Ahmad Samsuri bersama 3 ahli jawatankuasanya.

Turut hadir adalah Setiausaha Perhubungan, Ketua Penerangan dan Ketua Muslimat PAS Negeri Sembilan.

Dr. Rosli menyebut, Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi setelah mempunyai 15 daripada 36 kerusi untuk menguasai kerajaan Negeri Sembilan selepas menerima resolusi yang diputuskan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 yang diadakan sebelum ini dari Pengarah IT Pusat.

Beliau berharap penggiat ICT dan Media Baru yang hadir hari ini dapat mengenal pasti sasaran yang tepat supaya dapat menyampaikan mesej yang berkesan kepada pengundi-pengundi sasaran.

Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong telah memberikan taklimat khas bertajuk 'Perlaksanaan ICT dan Media Baru Menghadapi PRU ke-13' dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman pula menyampaikan ucapan berkaitan dengan tajuk 'Strategi dan kandungan Media menghadapi PRU ke-13'.

Suhaimi dalam taklimatnya berkata, persaingan dalam menguasai ruang siber pada PRU ke-13 nanti adalah kemuncak kepada 'perang siber' setelah dimulakan dalam pilihanraya ke-10 dalam tahun 1999 dulu.

Manakala Ahmad Lutfi Othman menyebut pilihanraya umum ke-13 ini adalah paling sengit kepada BN kerana pertama kalinya dapat disaingi secara seimbang oleh PR dengan adanya media baru ini.

Beliau dalam ucapannya turut mengimbau kembali kenangannya bersama harakah dalam menghadapi pilihanraya sejak Pilihanraya Umum ke-8 pada tahun 1990.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/79-negeri-sembilan/6596-50-penggiat-ict-media-baru-ns-berhimpun-

Tiada ulasan:

Nuffnang