PARLIMEN BUKIT GANTANG |
DS Nizar terima Kunjungan Hormat Kedutaan Jepun Posted: 12 Nov 2011 05:26 AM PST IPOH, 12 Nov : Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor bahagian Politik, Kedutaan Jepun di malaysia Cik Natsuko Sakata. Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan situasi politik di Negara ini khususnya dalam konteks negeri Perak. Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika pentadbir Negeri Perak. Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Nizar dan menyatakan perasaan bangga beliau dengan pentadbiran baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan. "Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur," katanya. Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan Negeri Perak selepas di rampas kuasa dari Barisan Nasional. |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan