Ahad, 13 November 2011

.

.


Penduduk sekitar Kuantan terus bantah loji Lynas

Posted: 13 Nov 2011 12:46 AM PST

Penduduk sekitar Kuantan terus bantah loji Lynas


Penduduk sekitar Kuantan terus bantah loji Lynas

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan sekitar kawasan pembinaan loji pemprsosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang, hari ini menyertai perhimpunan anti-Lynas yang dianjurkan oleh jawatankuasa 'Selamatkan Malaysia'.

NONESebagai tanda sokongan terhadap bantahan yang diadakan di Taman Gelora, Kuantan, itu, mereka membawa beberapa 'pinata' - iaitu objek yang diperbuat daripada cenisan kertas - dan memukulnya secara simbolik.

Menurut pengerusi penganjur bantahan itu, Tan Bun Teet, pihak polis sejak awal pagi memantau keadaan sekitar taman itu dan orang ramai yang hendak ke taman awam itu terpaksa mendaftarkan diri mereka.

Selain itu, dakwanya, mereka juga diingatkan supaya tidaak menyertai perhimpunan haram itu.

NONEWalaupun, Tan mengakui, pihaknya tidak mempunyai permit, namun katanya, Taman Gelora adalah kawasan awam, di mana orang ramai tidak boleh dihalang daaripada pergi ke sana.

Tiada perkara yang tidak diingini dilaporkan.

Sementara itu sebuah lagi NGO anti-Lynas, Gabungan Hentikan Lynas (GHL) mahu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya tidak mengeluarkan kenyatan berbaur rasis dan cuba memutarbelikkan isu sebenar.

Bersifat rasis

Dalam kenyataan medianya, GHL menasihatkan Adnan supaya menghentikan kenyataannya yang bercanggah dari segi logik dan rasional tetapi bersifat rasis.

NONE"Dalam temuramah tersebut (dengan aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September lalu), Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (Lamp) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia.

"Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau.

"Jika tidak, Adnan selaku menteri besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman," petik kenyataan itu.

NONESehubungan itu, GHL berkata Adnan perlu berhenti menjadi jurujual kepada Lamp dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna.

"Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja," petik kenyatan itu lagi.


Source: http://malaysiakini.com/news/181226

Tiada ulasan:

Nuffnang