Ahad, 13 November 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kereta ketua srikandi PKR dicuri

Posted: 13 Nov 2011 12:31 AM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 13 Nov: Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.

Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.

"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.

"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.

"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.

"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.

Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.

Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.

"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.
 

PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari

Posted: 12 Nov 2011 08:13 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga  perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya

Angka kematian di lombong arang batu China kini 34 orang

Posted: 12 Nov 2011 07:58 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEIJING: Pegawai China berkata, seramai 34 pelombong disahkan mati setakat ini selepas kebocoran gas di lombong arang batu barat daya negara manakala sembilan
pelombong lain masih terperangkap.

Kejadian berkenaan di salah satu kawasan bawah tanah Lombong Arang Batu Sizhuang, wilayah Yunnan Khamis lalu dan merebak ke bahagian lain menyebabkan 43 pelombong terperangkap.

Kejadian dalam lombong arang batu itu adalah yang kedua terburuk dalam tempoh kurang seminggu. Perlombongan arang batu di China memang tempat paling berbahaya di dunia. - AP

Bekas PM Itali tinggalkan kediaman.

Posted: 12 Nov 2011 07:14 PM PST


16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -BEKAS Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi melambai kepada orang ramai ketika meninggalkan kediamannya di Rome, hari ini. Beliau secara rasmi meletak jawatan semalam selepas krisis hutang negara itu dan menamatkan eranya selama hampir dua dekad dalam kancah politik. - Foto REUTERS

Pemandu powerboat meninggal dunia akibat nahas perlumbaan

Posted: 12 Nov 2011 06:50 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MIAMI: Seorang pemandu powerboat meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan pada Kejohanan Dunia Key West kelmarin sekali gus muncul pemandu ketiga terbunuh dalam sukan berkenaan.

Joey Gratton, 59, dari Sarasota, Florida meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Kecemasan Ryder, Miami selepas mengalami kecederaan yang dialami pada perlumbaan berkenaan.

Jurucakap Super Boat International, Roderick Cox, berkata rakan sepasukan Gratton, Stephen Page dari Fort Myers pula sudah dibenarkan keluar dari hospital.

PM Itali letak jawatan

Posted: 12 Nov 2011 06:42 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meletak jawatan semalam selepas krisis hutang negara itu menamatkan eranya selama hampir dua dekad dalam kancah politik.

Pengumuman peletakan jawatan Berlusconi dibuat oleh pejabat media Presiden Giorgio Napolitano yang secara rasmi menerima peletakan jawatan berkenaan.

Sementara itu, pakar ekonomi, Mario Monti disebut-sebut bakal menggantikan Berlusconi untuk mengatasi krisis hutang yang melanda negara berkenaan. - AFP

Kumpulan pertama 442 jemaah haji kembali ke tanah air

Posted: 12 Nov 2011 05:53 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEPANG 13 Nov. - Kumpulan pertama 442 jemaah haji selamat tiba ke tanah air dengan pesawat Saudi Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.30 malam semalam.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, segala urusan Tabung Haji yang melibatkan rakyat Malaysia serta jadual penerbangan pergi dan balik tahun ini berjalan lancar.

"Alhamdulillah, tahun ini segala urusan yang melibatkan urusan Lembaga Tabung Haji berjalan dengan lancar, kita tengok penerbangan pulang pertama jemaah haji juga telah menepati jadual.

"Dan apa-apa masalah yang dialami oleh jemaah haji ketika berada di sana juga kita dapat menyelesaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, Lembaga Tabung Haji turut menguruskan jenazah 32 jemaah haji yang meninggal dunia ketika menunaikan rukun kelima itu di tanah suci. - Bernama

27 anggota tentera elit mati dalam letupan di Tehran

Posted: 12 Nov 2011 05:44 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TEHRAN 13 Nov. - Satu letupan besar di pangkalan Pengawal Revolusi yang terletak di barat Iran hari ini mengorbankan 27 orang anggota tentera elit, lapor pegawai.

Menurut jurucakap pangkalan tersebut, Komander Ramezan Sharif, letupan tersebut berlaku di gudang senjata yang terletak di pangkalan Bid Ganeh, berdekatan dengan pinggir Tehran, 20 kilometer dari pusat bandar.

Sekurang-kurangnya 23 orang tercedera dalam letupan tersebut. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang