N45 Dr Halimah Ali |
Posted: 24 Nov 2011 07:23 AM PST Sambutan Tahun Baru Islam 1433Hijrah GeMS Selangor mahu mendepani masalah-masalah yang sinonim dengan golongan remaja Muslim seperti yang selalu terlalu terpapar di dada akhbar media massa arus perdana samada media cetak mahupun media elektronik dengan pendekatan proaktif dan positif.Ini berbeza dengan kaedah reaktif dan menekan serta punitif yang semakin menjauhkan golongan remaja-belia(golongan REM-BEL) ini dari kalangan dewasa. Ini bererti golongan REM-BEL akan semakin renggang dari ibubapa, guru-guru, pimpinan masyarakat seperti ketua kampung, imam, mana-mana ketua komuniti kerana wujudnya jurang komunikasi yang lebar. Jiwa mereka akan memberontak terhadap apa yang ditanggapi sebagai membebankan, membosankan dan membelenggukan dan menyakitkan hati, meluap perasaan hingga menatijahkan pemikiran yang sekaligus diikuti dengan tindakan yang negatif dan merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negeri amnya. Lazimnya, golongan REM-BEL dianggap kanak-kanak dewasa yang sudah tidak perlu diberi perhatian khas kerana mereka sudah 'besar'. Perkembangan dan pembangunan harian, mingguan, bulanan mereka sangat jarang dirancang.Keluarga mereka dapati mereka 'tiba-tiba' besar secara fizikal.Mereka sudah pandai melawan kata-kata orang tuanya. Mereka sudah mula memarahi ibunya.Mereka sudah tidak pedulikan teguran ayahnya.Mereka sudah mula kerap keluar rumah tanpa had masa pulang.Akhirnya derita ibu dan bapa menyaksi gelagat anak yang dahulu kecil, lemah dan bergantung sepenuhnya kepada mereka sudah semakin 'hilang'. Bukan sekadar tutur bahasa yang biadap, tingkah laku yang tidak sopan, mengaji, belajar payah sekali.Si anak mula menghisap rokok.Kemudian naik pangkat kepada dadah berperingkat-peringkat tanpa disedari ibubapa. Akhirnya terlalu lambat.Nasi sudah menjadi bubur.Si anak menjadi penagih dadah.Untung-untung bukan pengedar dadah.Risiko tetap melangit untuk menjadi keldai dadah, pengedar bahkan penjenayah kerana runtunan ketagihan memaksa sipenagih melakukan apa sahaja hatta membunuh. Sanggup menjualkan maruah diri samada REM-BEL ini perempuan mahupun lelaki. Pemerhatian jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Ngeri Selangor(GeMS) menunjukkan REM-BEL Muslim mencari-cari pengisian JIWA mereka.Hati yang gersang kasih sayang, rohani tenat yang memerlukan rawatan spiritual jelas terbukti apabila lambakan golongan REM-BEL akan berada di dataran-dataran untuk menyambut tahun baru, buat perkara yang lagha hingga terlanjur ke kancah dosa dan maksiat,minum arak dan berzina. Justeru, Jawatankuasa GeMS Negeri Selangor memutuskan memberi erti, makna dan nilai kepada sambutan tahun baru Islam, mulanya tahun baru dalam kalendar Islam.Mengembalikan signifikan peristiwa Hijrah di mana bermula kalendar Islam untuk dihayati dan dipahat kekal ke sanubari ummat. Inilah permulaannya proses hijrah daripada hidup dalam suasana jahil kepada suasana iman dan taqwa melalui proses pengilmuan berterusan diri. Maka, satu program tajdid fokus kepada REM-BEL dan semua stakeholders yang berkaitan dengan REM-BEL yang terdiri dari ahli keluarga, komuniti setempat, pemimpin, aktivis masyarakat serta role models melalui satu program yang berupa 'rebranding' atau penjenamaan semula program tahunan biasa yang selama ini seolah-olah tidak menggamit minat REM-BEL iaitu MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU ISLAM 1433H. Perincian program: Tarikh: Bermula 26.11.11(SABTU) Waktu: 6.00ptg doa akhir tahun 7.15mlm maghrib berjemaah 7.30mlm doa awal tahun 8.20mlm isya' berjemaah 9.00mlm ceramah perdana 10.30mlm kambing bakar(REM-BEL) 12mlm:rehat 27.11.11: 4.00pg:qiyamullail:Us Othman Ibrahim 6.00pg: solat subuh 6.20pg kuliyyah Subuh( Us.Don) 7.30pg persiapan berarak 9.00pg majlis perasmian anugerah TOKOH MAAL HIJRAH KLANG; Anugerah pelajar cemerlang; anugerah jasamu dikenang Tempat:MASJID NURUL AMIN, Kpg Delek, Klang. JOM datang ramai-ramai. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan