Khamis, 24 November 2011

.

.

MEE SEGERA, bahaya?

Posted: 28 Nov 2011 02:29 PM PST

Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.
Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.
Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.
Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.
Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.
Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:
· Masak mee segera dalam periuk.
· Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
· Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
· Makan seperti biasa.
Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.
Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan. Contohnya…apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari.

Sumber : email yg diterima >http://uk.mg5.mail.yahoo.com/neo/launch?.rand=2pfhfrc2dls50#

Teras: Akta Perhimpunan Aman regresif, bukannya progresif

Posted: 23 Nov 2011 02:43 PM PST

November 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 Nov ― Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mendakwa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan bacaan kali pertama semalam menafikan hak rakyat dan memutlakkan kuasa menteri dan polis.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Teras membantah undang-undang itu kerana ada unsur yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Rang Undang-undang Perhimpunan Aman itu pada hakikatnya tidak membenarkan perhimpunan. Dengan hanya mengguna nama perhimpunan aman, akta itu tidak dapat berselindung dari isinya yang sebenar iaitu tidak membenarkan perhimpunan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katany, Teras mendapati rang undang-undang itu, yang dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz itu memberi lebih kuasa kepada menteri dan polis.

"Dengan tidak membenarkan protes di jalanan menunjukkan pihak kerajaan tidak menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pendapatnya secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Malah ini menandakan ujudnya konflik peraturan antara Perlembagaan dan akta yang digubal," katanya.

Azmi berkata, isu melarang protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat, bagi Teras menunjukkan akta ini akan diguna untuk menyempitkan hak rakyat untuk berhimpunan.

Malah kata beliau, mengikut akta yang digubal itu, perhimpunan boleh ditarik balik bila polis sendiri membuat bantahan.

Azmi berkata Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A itu sendiri menunjukkan ujud unsur zalim.

"Dengan menggubal akta yang baru ini polis diberi kuasa yang lebih untuk bertindak mengikut arahan pihak kerajaan.

"Kami melihat akta ini hanya bertujuan untuk memastikan tindakan pihak polis atas arahan kerajaan lebih terjamin dari sebarang tindakan dicabar di mahkamah," katanya.

Jelas kata beliau, akta ini bukan untuk membawa perubahan yang progresif dari sudut hak demokrasi untuk rakyat, di sebaliknya adalah adalah regresif iaitu melindungi kerajaan dan polis untuk bertindak ke atas rakyat yang mahu mezahirkan protes.

"Pada hakikatnya undang-undang ini cuba menta'rifkan erti kebebasan yang tidak mutlak. Akan tetapi perhimpunan yang aman jika diadakan dengan tertib dan aman sepatutnya dibenarkan sesuai dengan peruntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Azmi berkata, nampaknya rakyat selalu dingatkan bahawa tiada kebebasan yang mutlak akan tetapi nampaknya pihak polis dan menteri pula diberi kuasa yang mutlak.

"Akta yang menyenaraikan tempat-tempat yang dilarang untuk berhimpun mungkin punyai rasional atas nama keselamatan awam, namun di kawasan rumah ibadat seperti masjid bila turut disenaraikan akan menafikan masyarakat Islam dari menyatakan pendirian secara beramai-ramai. "Perhimpunan di masjid untuk menyatukan umat Islam menghadapi pelbagai isu tidak sepatutnya dijadikan isu untuk menyekat masyarakat dari berhimpunan dan bersuara," katanya.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/teras-akta-perhimpunan-aman-regresif-bukannya-progresif/

Tiada ulasan:

Nuffnang