Khamis, 24 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jalan runtuh hampir tiga bulan

Posted: 23 Nov 2011 11:42 PM PST



Jalan runtuh hampir tiga bulan
Tarikh : November 24, 2011

LUI SELATAN - Penduduk Felda Lui Selatan Dua menggesa pihak berkaitan supaya menyegerakan kerja baik pulih jalan runtuh yang menempatkan hampir 100 rumah peneroka, di sini.

Sinar Harian difahamkan, jalan berkenaan merupakan laluan alternatif yang menghubungkan jalan lain, selain berhampiran sekolah serta pejabat Felda kawasan.

Ketua Umno cawangan Lui Selatan Dua, Mohd Shariffuddin Saad berkata, hampir tiga bulan keadaan jalan yang runtuh itu tidak dibaik pulih, sekali gus menyukarkan penduduk untuk keluar masuk.

"Walaupun ada jalan lain, namun ia agak jauh. Malah, jalan itu juga sering digunakan penduduk dan sekiranya ada orang luar datang, tentunya akan menimbulkan masalah.

"Tambahan pula, sekiranya pada waktu malam. Papan tanda menunjukkan ada jalan rosak pun tiada di sini.

"Kita sudah maklumkan kepada pihak bertanggungjawab, namun setakat hari ini masih belum ada tindakan," katanya.

Ketua Peneroka kawasan, Roslan Kasim, berkata, beliau tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku lagi di kawasan itu.

"Sebelum ini sudah ada orang jatuh dalam runtuhan itu. Bagaimanapun, mujurlah dia selamat. Keadaan ini sememangnya menyusahkan banyak pihak terutamanya, penduduk," katanya.

Mangsa, Muhammad Zaki Buang, 20, berkata, sewaktu kejadian dia tidak sedar akan keadaan jalan yang runtuh itu.

"Ketika itu waktu Maghrib, saya dalam perjalanan menunggang motosikal menuju ke masjid.

"Maklumlah, waktu malam, tahu-tahu saya sudah jatuh dan termasuk dalam lubang. Habis badan luka tetapi mujur tidak parah.

"Saya bersusah payah menolak motor yang rosak naik ke atas jalan. Malah, terpaksa tolak motor sampai ke rumah. Oleh sebab itu, saya berharap sangat supaya jalan yang runtuh ini segera dibaiki," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/jalan-runtuh-hampir-tiga-bulan-1.7614

Sultan Selangor tegur PDRM

Posted: 23 Nov 2011 10:12 PM PST



Sultan Selangor tegur PDRM. Untuk mendapatkan keyakinan orang awam, polis perlu terlebih dahulu perbaiki kelemahan mereka – titah Sultan Selangor

Sultan tells police to clean up act
Malay Mail
Thursday, November 24th, 2011

SHAH ALAM: To earn the public trust, the police must first get their house in order, said the Sultan of Selangor.

While expressing his disappointment with certain quarters who continue to criticise and condemn the police, Sultan Sharafuddin Idris Shah also said negative public perception on the force was partly because of the abuses and wrongdoings of certain members of the force themselves.

Saying the police should not abuse their powers entrusted to them for personal gains, he stressed that a clean-up of the force was crucial if the police wanted to win back the trust and respect of the people.

Citing instances of drug involvement, graft and misuse of powers, the Sultan also cautioned the force over the improper storage and handling of exhibits and evidence which may affect the outcome of criminal cases.

"Loosing a small piece of evidence can make a huge difference to the punishment given to offenders when the case goes to court," said Sultan Sharafuddin at the officiating ceremony of the Selangor police headquarters here.

The Sultan said mishandling of evidence would also call into question the police's credibility.

However, he conceded that members of the force were only human and needed the understanding and support of the public.

"The police are just like any human being. They also had feelings and put themselves in harms way," he said, while "saluting" the force for its dedication, patience and successes.

Sultan Sharafuddin also advised the police to embrace technology and take steps to improve themselves through the proposed programmes under the National Key Results Areas (NKRA).

"Observe what is going on nationwide, research on how to counter new crime tactic ,tools and be an all-rounder," he said.

The headquarters, which started construction in 2006 was only completed in July 2009, also comprises storage rooms, centralised lockups, media rooms, transport offices, a workshop, as well as apartments and bungalows for officers.

http://www.mmail.com.my/content/86545-sultan-tells-police-clean-act

Pencen, caruman LTAT, Jangan aniaya bekas tentera

Posted: 23 Nov 2011 06:01 PM PST



KUALA LUMPUR, 23 Nov 2011 : Kementerian Pertahanan diminta bertindak adil kepada bekas-bekas anggota tentera dan mereka yang masih berada dalam perkhidmatan, terutama melibatkan pencen dan caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sehingga kini skim pencen yang diberikan kepada bekas-bekas anggota tentera hanyalah dikhususkan kepada mereka yang berkhidmat sehingga tidak kurang 21 tahun, manakala mereka yang berhenti ketika perkhidmatan kurang tempoh itu tidak diberikan pencen.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, langkah tersebut ternyata tidak adil, malah jelas menganiaya bekas anggota tentera terbabit, pada hal mereka juga telah melakukan pengorbanan besar kepada negara walaupun tempoh perkhidmatannya kuurang 21 tahun.

Menurut beliau, untuk memberikan keadilan, mereka yang berkhidmat kurang 21 tahun juga patut diberikan pencen oleh pihak Kementerian Pertahanan.

Katanya, selain itu, kadar pencen di kalangan bekas tentera juga tidak sama antara mereka yang menamatkan perkhidmatan bermula tahun 2001 dan sebelumnya.

"Anggota tentera yang telah berkhidmat sehingga 21 tahun dan bersara mulai tahun 2001 menerima bayaran pencen llebih tinggi berbanding yang bersara sebelum tahun 2001. Ini jelas tidak adil dan menganiaya anggota tentera yang telah bersara sebelum tahun 2001.

" Oleh itu, bayaran pencen kepada mereka perlu diselaraskan bagi membolehkan mereka yang bersara sebelum tahun 2001 turut menerima bayaran pencen sama tinggi dengan mereka yang bersara mulai tahun 2001," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Pertahanan hari ini, beliau berkata, ketidakadilan juga turut berlaku berhubung caruman LTAT, apabila caruman tersebut hanya memberikan peluang kepada para pegawai.

Katanya, tabung tersebut ditubuhkan pada tahun 1991 yang disertakan penyelarasan gaji di kalangan anggota tentera ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.

"Namun amat dikesali, caruman yang dibuat menerusi pembelian saham dengan potongan gaji 10 peratus itu tidak pula turut sama memberikan peluang kepada anggota tentera lain-lain pangkat.

"Demi keadilan, saya berharap agar anggota lain-lain pangkat turut diberkan peluang oleh pihak Kementerian Pertahanan bagi membolehkan mereka turut sama membuat caruman dalam tabung tersebut," ujarnya.

Beliau turut menyarankan pihak kementerian agar memberikan anugerah kepada Allahyarham Lafternan Adnan Saidi yang telah terkorban bersama 42 rakan-rakannya dalam mempertahankan negara ketika penjajahan Jepun.

Kehebatan, komitmen dan kesungguhan Allahyarham dalam mempertahankan negara, katanya, tidak dapat dinafikan lagi oleh sebarang pihak malah turut diakui pihak tentera Jepun.

"Pihak tentera Jepun sendiri mengatakan jika ada 10 orang rakyat Malaysia seperti Allahyarham Adnan Saidi belum tentu negara ini dapat dijajah," tegasnya.

Pengorbanan Allahyarham, menurutnya, tidak sepatutnya dipandang sebelah mata dengan tidak diberikan anugerah yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik, Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman dan Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika bangun mencelah sewaktu penggulungan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, turut mendesak pihak kerajaan memberikan keadilan kepada bekas anggota-anggota tentera.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, Nasir Zakaria berharap agar pendedahannya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Sumber Manusia kelmarin diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian terbabit.

Dalam ucapannya, beliau mendedahkan beberapa aduan masalah yang sedang mencengkam pemandu-pemandu bas MARA Liner di seluruh negara.

Cengkaman tersebut berlaku ekoran tindakan pihak pentadbiran bas MARA Liner yang kini telah menghapuskan cuti isteri bersalin selama 7 hari kepada para pemandu bas tersebut.

Selain itu, cuti kematian waris dikurangkan dari 3 hari kepada 2 hari, kesukaran mendapatkan pinjaman bank disebabkan tidak mendapat sokongan majikan, tuntutan kerja lebih masa (OT) tidak dibayar jika melebihi 1/3 daripada gaji pokok.

Di samping itu, tuntutan elaun sewa khas bagi pemandu yang diarahkan keluar atas urusan sewa khas sebanyak RM17.00 terpaksa menunggu kadang-kadang hampir 6 bulan baru dibayar, manakala bil hospital untuk rawatan dan perubatan keluarga pula tidak 'dicover' oleh majikan.

"Tentang jawatan pula, dari pengurus, penyelia sampai ke pemandu, semuanya bertaraf kontrak. Mereka terpaksa 'sign' kontrak dua tahun sekali. Sampai bila tak tahu bila mereka akan diberikan taraf jawatan tetap dan disahkan jawatan oleh majikan," jelasnya.

Belau berharap agar segala permasalahan yang dialami oleh para pemandu dan kakitangan bas tersebut diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian terbabit bagi kepentingan kebajikan mereka.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6673-pencen-caruman-ltat-jangan-aniaya-bekas-tentera-

Bekas komando tuntut hak

TANGGA BATU - Bekas Komando Angkatan Tentera yang pernah berjuang ketika zaman menentang pengganas komunis era 70-an menuntut kerajaan memberikan hak sama rata bagi Elaun Hilang Upaya anggota yang mengalami kecacatan kekal sewaktu mereka berkhidmat dahulu.

Koperal (B) Yaacob Hassan, 58, mendakwa, ketika ini kerajaan hanya menyediakan Skim Bayaran Pampasan Bencana Kerja (Ex-Gratia) bagi anggota tentera yang mengalami kecederaan bermula pada 2001 hingga sekarang.

Sedangkan menurutnya, anggota tentera sezaman dengannya hanya diberikan sedikit pampasan dianggap tidak setimpal berbanding zaman kini yang diberikan pelbagai kemudahan oleh pihak kerajaan.

Yaacob yang kehilangan pergelangan tangan kanan dan mengalami kecacatan tangan kiri akibat jerangkap samar ketika menyertai operasi mempertahankan negara daripada ancaman komunis pada 1976 di Gubir, Kedah mendakwa, hanya diberikan pampasan RM2,000 atas kecederaannya itu.

Menurutnya, ketika itu dia berumur 25 tahun dan terpaksa menerima hakikat menjalani kehidupan sebagai orang kurang upaya (OKU) seumur hidup.

"Umum sedia maklum, pada 2001 ke atas tiada lagi ancaman komunis. Bagi anggota yang menerima skim pencen bawah RM720 naik ke RM720.

"Tetapi, bagi yang sudah mencecah RM720 tidak merasa naik lagi. Begitu juga kadar elaun kecacatan kekal yang dibayar tidak sama rata antara kami. Tangan saya kudung dapat RM500 tetapi ada dalam kalangan rakan seperjuangan yang kudung kaki dapat RM150 sahaja," katanya ketika meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di rumahnya di Kampung Tanah Merah Jaya, semalam.

Yaacob berkata, golongan sepertinya berjuang melawan komunis tetapi jasa dan pengorbanannya bagaikan tidak dihargai.

"Apa salahnya jika kerajaan samakan bayaran kami semua dan serapkan dalam pencen. Saya dah jumpa pelbagai pihak untuk menyuarakan masalah ini tetapi malangnya masih tidak berhasil walaupun saya sudah perjuangkan perkara ini sejak 1978 lagi.

"Bukan saya sahaja yang tertunggu-tunggu perkara ini, bahkan hampir 200 bekas tentera seperti saya yang menjadi OKU kerana berperang dengan komunis menunggu tindakan kerajaan," katanya.

Menurutnya, golongan tentera kini dilayan istimewa oleh kerajaan apabila disediakan dengan pelbagai kemudahan dan insurans berkelompok serta pelbagai skim berbanding zaman dahulu.

"Bagi yang cedera atau terkorban ketika berkhidmat di luar negara, mereka dibayar dengan puluhan ribu ringgit.

"Kami pula diberikan sedikit sumbangan, kadang-kadang RM200 dan kadang-kadang RM500 ketika menghimpunkan kami sewaktu menyambut Hari Pahlawan, Hari Kemerdekaan ataupun hari raya," katanya.

Beginilah nasib pembeli prumahan terbengkalai ketika ini

Posted: 23 Nov 2011 06:01 PM PST



Koleksi permasalahan perumahan terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com/

290 pembeli cuba dimufliskan kerana rumah terbengkalai
24 Nov 2011

Seramai 290 pembeli rumah dalam proses untuk dimufliskan pihak bank setelah gagal membayar pinjaman pembelian rumah yang terbengkalai.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abd Razak berkata seramai 19 pembeli rumah telah dimufliskan oleh pihak bank atas sebab sama.

"Dua angka ini merupakan mereka yang membuat aduan kepada PPIM namun, kami percaya ramai lagi yang menjadi mangsa. PPIM akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu mereka.

"PPIM akan menggunakan segala saluran dan tindakan undang-undang yang ada untuk membantu mangsa ini mendapatkan keadilan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata antara lain PPIM akan membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan.

"Kami dapati kes-kes ini mengandungi unsur-unsur penipuan yang menindas mereka yang tidak bersalah," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zaki, 43, yang menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai di Klang, berkata projek itu dibangunkan pada 1999 tetapi dihentikan sejak 2001.

"Saya terpaksa membayar balik pinjaman sebanyak RM93,000 kepada pihak bank walaupun rumah yang dijanjikan baru dinaikkan satu tiang. Status projek berhampiran Pulau Indah itu juga tiada dalam rekod Majlis Perbandaran Klang," katanya.

Selain itu, mangsa penipuan pinjaman kenderaan, yang telah disenaraihitamkan pihak bank, juga meminta bantuan PPIM untuk menyelesaikan kes mereka.

Zilah Mahmood, 34, berkata pihak bank menghantar penyata bank sebagai bukti pinjaman yang kononnya dibuat olehnya dengan jaminan isterinya, sedangkan pada ketika itu dia belum berkahwin dan tidak mengenali penjamin itu.

"Saya terkejut kerana pendapatan bulanan saya tidak mencecah RM1,000 pun sebulan, mana mungkin saya mampu untuk memiliki kenderaan sendiri, inikan pula dua buah kereta sekaligus," katanya.
Zameri Zakeria, 47, turut mengalami situasi sama apabila namanya disenaraihitamkan pada 1997 setelah didakwa berhutang RM29,136 untuk 48 ansuran bulanan bagi kenderaan Proton Saga, yang tidak pernah dimilikinya.

"Nama saya tertulis di atas penyata bank dikeluarkan, tetapi tanda tangan itu bukan milik saya. Saya telah membuat pengesahan di Jabatan Forensik, dan hasil pengesahan jabatan membuktikan tanda tangan itu bukan milik saya," katanya.

- Bernama
http://malaysiakini.com/news/182241


RM60,000 atau bankrap
24 Nov 2011

KUALA LUMPUR: "Bagaimana saya hendak bayar pinjaman perumahan kepada bank sedangkan hanya sebatang tiang didirikan pemaju," demikian keluhan Ahmad Zaki Samuri, 43, pembeli projek perumahan Yamin Height di Pulau Indah, Klang, yang terbengkalai sejak 2001.

"Kini bank mahu saya melunaskan pinjaman sehingga RM93,000 walaupun pemaju hanya menyiapkan satu peratus daripada projek berkenaan.

"Selepas rundingan, pihak bank mengurangkan bayaran itu kepada RM60,000 dan saya perlu membayarnya sehingga langsai jika tidak mahu diisytiharkan muflis," katanya dalam sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini semalam.

Bagaimanapun, jumlah itu masih terlalu tinggi selain menganggap tidak perlu membayar sesen pun kepada pihak bank berikutan rumah yang dibeli tidak siap.

"Malah, saya juga tidak dimaklumkan mengenai tindakan mahkamah pada 2009 sedangkan pihak bank mempunyai nombor telefon saya," katanya.

Ahmad Zaki bakal muflis sekiranya gagal melantik peguam pertengahan Disember ini, untuk membuat rayuan selepas dijatuhkan hukuman itu di peringkat Mahkamah Seksyen pada 2009.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM60_000ataubankrap/Article/index_html

Tiada ulasan:

Nuffnang