:: cina islam | 2011 :: |
- Mayat mereput dalam semak
- Majikan arah amah buat kerja lain didenda RM500k
- PRU13: Cecah RM300 juta
- Pemandu kontena ditipu dua rakan diisytihar muflis
- Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan
- Auku: Jangan ulangi janji mansuh ISA
- Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik
- Nafi tinggalkan anak sendirian
- Hak asasi bukan tiket wanita Islam tanding ratu cantik
- Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej pada 2013
- Hutang Perak makin besar, defisit membuncit
- Sidang DUN Perak hari ke 4
- 4 - 5 orang di Singapura cuba bunuh diri setiap hari
- Berani bertemu tok mudin
- PAS Perak tubuh Bilik Gerakan Banjir
- Bajet Ketua Menteri tidak mesra rakyat!
- Kg Baru: Pemuda PAS Titiwangsa kecewa sikap MAS
- Lagi kematian di Kaherah
- Sidang DUN Perak hari ke 4
- Dua askar Mesir ditembak mati oleh penyeludup
- Kenderaan baharu teroka Marikh
- Sidang DUN Perak hari ke 4
- Sidang DUN Perak hari ke 4
- Sidang DUN Perak hari ke 4
- Laman web 1 Malaysia digodam "hacked" oleh hacker Indonesia.
Posted: 24 Nov 2011 01:00 AM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ANGGOTA polis mengusung mayat lelaki yang ditemui dalam semak di Presint 11, Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Seorang pemandu jengkaut tidak menyangka kehadiran dua ekor ayam hutan yang cantik di kawasan belukar berhampiran landasan Express Rail Link (ERL) di Presint 11 di sini semalam membongkar penemuan mayat seorang lelaki di dalam semak di kawasan itu. Ketika ditemui pada pukul 9.30 pagi, mayat yang lengkap berpakaian termasuk memakai jaket itu ditemui dalam keadaan hampir reput dan dipercayai telah mati sejak dua hingga tiga minggu lalu. Si mati tidak memakai kasut. Sepasukan anggota forensik yang melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa. Seorang pemandu jengkaut warga Indonesia dikenali sebagai Yan dikatakan pergi ke kawasan semak itu untuk melakukan kerja-kerja menyelenggara landasan ERL tetapi dia tersalah lokasi. "Semasa pekerja asing itu berada di kawasan tersebut, dia ternampak dua ekor ayam hutan cantik dan cuba menangkap haiwan itu. "Lelaki itu mengejar ayam itu hingga memasuki kawasan semak sebelum ternampak mayat berulat yang berbau busuk," kata sumber itu semalam. Pemandu jengkaut yang panik itu terus menghubungi penyelianya sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada polis. Jarak jalan besar ke kawasan semak lokasi mayat ditemui ialah kira-kira 700 meter. Jalan tersebut menjadi laluan utama bagi penduduk di Kompleks Kejiranan Presint 11. Lokasi mayat itu ditemui juga tidak jauh dari Hospital Putrajaya dan Masjid Putra. KOSMO/- |
Majikan arah amah buat kerja lain didenda RM500k Posted: 24 Nov 2011 12:45 AM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Majikan yang menggaji pembantu rumah Indonesia dan mengarahkan mereka menjalankan kerja selain daripada di rumah boleh didenda sekurang-kurangnya RM500,000 atau penjara tiga hingga 20 tahun. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed, berkata kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 itu termasuklah mengarahkan pembantu rumah membantunya bekerja di pasar malam atau kedai runcit, menjaga orang sakit di rumah selain di rumah majikan itu serta meminta mereka bekerja di rumah lain walaupun di rumah saudara-mara sendiri. Indonesian domestic helpers maids 2"Di Indonesia, apabila kita memohon pembantu rumah, kita akan ditanya untuk tujuan apa, kerana kalau pembantu rumah diambil untuk menjaga orang tua, latihan yang akan diberi khusus untuk jaga orang tua saja. Kalau diambil untuk kerja-kerja rumah, latihan yang diberi hanya berkaitan dengan tugas kerja-kerja rumah," katanya pada sidang akhbar mengenai isu pembantu rumah dan penarikan balik moratorium di Putrajaya, hari ini. Ditanya sekiranya pembantu rumah itu sendiri secara sukarela ingin membuat kerja berkenaan sama ada di rumah majikan atau di tempat lain untuk mendapatkan wang tambahan, Sheikh Yahya berkata: "Tidak dibenarkan kerana mungkin pada masa itu dia kata setuju tetapi kemudian hari akan timbul isu lain. "Dia digajikan untuk rumah A, jadi mesti kerja di rumah A. Kerana dalam pas dia pun ada nama majikan itu. Jika dia ditangkap di rumah lain selain dari rumah A, pembantu rumah juga boleh dikenakan tindakan dan majikan juga boleh didakwa." Indonesian domestic helpers maidsDengan persetujuan pihak Indonesia untuk menyambung semula penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai 1 Disember ini, Sheikh Yahya menasihatkan majikan dan agensi pekerjaan supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati semua persetujuan yang dicapai antara Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Bali, baru-baru ini. Antara persetujuan itu adalah mengenai keperluan mengadakan kontrak kerja untuk pembantu rumah, kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditetapkan pada kadar RM4,511, wajib kursus selama 200 jam, cuti satu hari seminggu kepada pembantu rumah selain tidak dibenarkan melakukan kerja lain selain daripada kerja domestik. Majikan pula hanya dibenarkan mengambil balik RM1,800 daripada kos yang mereka dulukan kepada pekerja dengan memotong gaji tidak lebih daripada 50 peratus sebulan daripada pekerja mereka. "Kita tidak mahu peristiwa moratorium pada 2009 berlaku kembali yang sebelum ini terjadi akibat daripada penderaan terhadap pekerja hingga menyebabkan kematian, penganiayaan serta tidak membayar gaji," katanya. Sheikh Yahya berkata, hanya 121 daripada 400 agensi pekerja berdaftar di Malaysia yang bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk menguruskan penggajian pembantu rumah Indonesia. "Senarai agensi itu akan dipaparkan di portal jabatan itu pada awal Disember depan. Agensi yang tidak bersetuju tidak dibenarkan membuat urusan membekalkan pembantu rumah Indonesia," katanya. domestic maids 070606 child careBeliau berkata, antara alasan mereka tidak bersetuju adalah kos struktur yang dipersetujui kedua-dua negara iaitu sebanyak RM4,511 yang didakwa tidak memberi keuntungan kepada agensi berkenaan selain daripada segi jaminan. "Dulu tiga bulan sekarang dah dilanjut kepada enam bulan, jadi banyak agensi kata dia takut nanti lepas lima bulan baru ada majikan datang kepada mereka dan beritahu pembantu ini disahkan tidak layak daripada segi kesihatan untuk bekerja dan minta pembantu rumah yang baru," katanya. - Bernama |
Posted: 24 Nov 2011 12:40 AM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BANDARAYA MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kos mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan mencecah RM300 juta, berbanding RM200 juta untuk PRU12. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, anggaran kos itu sekiranya pilihan raya diadakan serentak, termasuk di negeri diperintah pembangkang. Menurutnya, peningkatan kos itu disebabkan bila-ngan pemilih meningkat dan peralatan pilihan raya bertambah. "Sekiranya kita mahu melaksanakan undi pos untuk pemilih di luar negara, ia turut membabitkan penambahan kos kerana untuk setiap pemilih, kos penghantaran adalah kira-kira US$10. "Persediaan kita sekarang hanyalah persediaan awal. Kita masih dalam proses penyediaan belanjawan dan masih menilai perkara yang perlu penambahbaikan supaya semuanya sempurna apabila pilihan raya diadakan nanti," katanya. Beliau berkata demikian selepas satu taklimat untuk pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus PRU13, di sini, semalam. Abdul Aziz berkata, SPR juga sedang merancang beberapa pembaharuan termasuk penggunaan dakwat kekal, proses penamaan calon, undi awal, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan sebagainya, yang mana kini diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Menurutnya, ada antara pembaharuan itu yang boleh dilaksanakan segera manakala ada pula perlu mengambil masa lama. SINAR HARIAN/- |
Pemandu kontena ditipu dua rakan diisytihar muflis Posted: 24 Nov 2011 12:30 AM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kontena dari Puchong dekat sini bingung setelah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sejak 12 tahun lalu ekoran masalah kereta yang tidak pernah dibelinya. Zameri Zakeria, 47, mendakwa, hidupnya kini semakin terhimpit akibat dianiaya dua rakannya apabila tidak dapat membuat pinjaman akibat diisytiharkan muflis. "Saya diisytiharkan muflis atas dakwaan tidak membuat bayaran bulanan kereta Proton Saga yang tidak pernah saya beli pada tahun 1999," katanya kepada pemberita pada program Sembang-Sembang The Mall di sini semalam. Pemandu kontena itu memberitahu, pada tahun 1997, dia telah didatangi dua rakannya yang dikenali sebagai Johari dan Mat Desa meminta tandatangannya bagi membantunya menguruskan pembelian kereta terpakai jenis Nissan Langley aeroback. Bagaimanapun, selepas pertemuan itu, dia tidak mendapat sebarang dokumen dan berita mengenai pembelian kereta tersebut sehingga pada 2003 dia menerima surat bayaran tertunggak 48 bulan dari sebuah institusi kewangan berjumlah RM29,136. Zameri menambah, dia hairan bagaimana institusi kewangan berkenaan boleh meluluskan pinjaman kepada dua rakannya itu yang menggunakan namanya tanpa kebenaran. Kosmo/- |
Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan Posted: 24 Nov 2011 12:25 AM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat. Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan. Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak. Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain. Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus). Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya. Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis. "Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli. "Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif. "Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang," katanya di sini. Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air. "Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat. "Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat. "Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama. "Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya," ujarnya. Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit. Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB. HARAKAHDAILY/- |
Auku: Jangan ulangi janji mansuh ISA Posted: 24 Nov 2011 12:20 AM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 24 Nov: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik. Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari (gambar), kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan yang sedia ada sudah mula faham dan akur dengan desak pelbagai pihak yang saban tahun memperjuangkan permansuhan Auku sejak Tun Dr Mahathir Mohamad lagi iaitu pada tahun 1971 berikutan demonstrasi Baling di Kedah. Katanya, setiap undang-undang yang digubal berdiri atas satu-satu niat penggubalan, begitu juga dengan Auku. "Saya melihat Auku ini digubal bertitik tolak pada beberapa peristiwa antaranya PMUM isytihar manifesto sokong pembangkang dalam PRU ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969. "Juga Demonstrasi Anti Tunku oleh PMUM di Universiti Malaya pada 29 Ogos 1969 dan Demonstrasi 'Papan Tanda' 5 Okt 1970 iaitu pertembungan PMUM dan PBMUM sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu dan pendidikan," ujarnya kepada Harakahdaily. Setelah itu, katanya kerajaan membentuk 'Jawatankuasa Mengkaji Kampus' sehingga tergubal dan diwartakan Auku pd 18 Mac 1971. Ini, ujarnya membuktikan niat Auku digubal untuk sebenarnya ialah untuk menutup 'pekung' kerajaan sebenarnya. "Saya juga melihat Auku ini juga membunuh aktivisme mahasiswa. Mahasiswa tidak lagi bebas berfikir, berpersatuan, menyuarakan pandangan secara idealis dan akademik malah kehidupan mereka sentiasa diancam," katanya lagi. Natijahnya, tambah beliau mahasiswa Malaysia saban ini tidak lagi menjadi jurubicara ummah demi pembangunan negara sebagaimana mahasiswa Malaysia pada era 1960-an dan 1970-an, malah ianya turut terkesan kepada pensyarah-pensyarah universiti. "Gamis harapkan pengumuman ini tidak berulang sepertimana pengumuman mansuhkan ISA yang lalu, sehingga kini masih menjadi tanda tanya pada rakyat bila akan mansuh," katanya. HARAKAHDAILY/- |
Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik Posted: 24 Nov 2011 12:19 AM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. "Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran. liow tiong lai pc on kr1m products 231111 01"Produk itu mesti ditarik balik segera," kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang. "Keputusan analisis dua produk sos tiram itu menunjukkan produk itu masing-masing mengandungi sebanyak 0.8 dan 1.0 peratus protein berbanding standard iaitu tidak kurang daripada 2.5 peratus protein," katanya. Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. "Kementerian Kesihatan tidak sekali-kali akan bertolak ansur kepada pihak yang mengeluarkan produk makanan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat," kata Liow. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Liow berkata, Kementerian Kesihatan mendapati susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berbahaya untuk kesihatan. Katanya, hasil analisis menunjukkan kandungan vitamin A dalam produk susu itu ialah 3240 I.U (unit antarabangsa) bagi setiap 100gram dan ia tidak melebihi had sebenar iaitu 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama. "Pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua yang menyatakan produk susu itu mengandungi lapan kali lebih banyak vitaman A daripada had dibenarkan. Liow berkata Tony telah mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan tumbesaran itu dengan peraturan susu rumusan bayi. Beliau berkata peraturan kandungan susu rumusan bayi menetapkan had maksimum vitaman A yang dibenarkan ialah 500 I.U. Sementara itu, Liow berkata pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes miniman buah-buahan Blackucurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985. MALAYSIAKINI/- |
Nafi tinggalkan anak sendirian Posted: 24 Nov 2011 12:00 AM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - MELAKA: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan dengan sengaja menganiaya anak perempuannya sendiri dengan meninggalkan mangsa sendirian di tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu. Tertuduh, Hii King Kit, 23, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dan beralamat di Lorong 3, Jalan Pisang Barat, Kuching, Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan meminta dibicarakan di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad@ Shaharuddin. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar, sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela. Mengikut kertas pertuduhan, Hii sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan iaitu bapa kepada Anna yang berusia setahun dan 11 bulan didapati sengaja menganiaya iaitu dengan meninggalkan dia seorang diri di tempat awam. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pada 5 November lalu, kira-kira jam 8.48 malam di dalam tandas lelaki Tingkat 1, Mahkota Parade, Jalan Merdeka, dekat sini. Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Haslinda mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. TERTUDUH...Hii dibawa keluar dari mahkamah, semalam. Hakim yang menimbangkan rayuan tertuduh menetapkan jaminan RM5,000 dan syarat melapor diri di balai polis. Kes itu akan disebut semula pada 14 Disember depan untuk lantikan peguam bela. Sementara itu, suasana sedikit kecoh sebelum prosiding bermula apabila bapa tertuduh melarang jurugambar dan media merakam gambar Hii dan menulis namanya di dalam akhbar. Lelaki terbabit juga sanggup merayu dan menyembah wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi termasuk meminta nombor telefon untuk berhubung dengan editor akhbar. Isteri tertuduh yang ditemui di luar pula menyatakan dia belum menemui Anna yang kini masih ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan. Sejurus selepas membayar denda, tertuduh kemudiannya ditahan anggota polis sebelum dibawa menaiki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Harian Metro sebelum ini melaporkan kontinjen negeri memberkas seorang lelaki yang juga bapa kandung kanak-kanak perempuan berusia setahun yang disifatkan tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan mangsa di tepi tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu. HARIAN METRO/- |
Hak asasi bukan tiket wanita Islam tanding ratu cantik Posted: 23 Nov 2011 11:45 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - APABILA isu penyertaan wanita dalam pertandingan ratu cantik kembali memanggil khalayak untuk berdiskusi mengenainya, ia tidak lain seolah-olah berbicara mengenai musim durian, bunga yang lebat, buah menjadi dan bakal mengisi ruang pasaran buah-buahan di seluruh negara. Ada yang menjadikannya tempoyak, lempuk, keropok dan tidak kurang juga suka makan durian yang segar dan baunya menerjah merata-rata. Apabila musimnya sudah sampai ke penghujung, tumpuan mula beralih kepada hal lain pula. Begitulah juga pertandingan ratu cantik yang pernah menggegarkan negara lebih 10 tahun lalu apabila tiga peserta pertandingan ratu cantik ditangkap penguat kuasa agama. Namun, kes itu tidak mampu memberi pengajaran apabila dikaitkan dengan hak asasi termasuk pertandingan menyalahi hukum agama. Mungkin kita lupa setiap perbuatan bertentangan dengan syarak dan menjadi fitnah kepada agama adalah jenayah terhadap agama yang dikelek. Hak asasi individu untuk bertanding akan berkubur apabila seseorang itu menafikan hak umat Islam, iaitu untuk memelihara kesucian agama dianuti. Menteri berkenaan sekali lagi memberi peringatan wanita Islam diharamkan menyertai apa juga pertandingan ratu cantik. Setiap wanita Islam dilarang menonjolkan aurat melainkan keadaan darurat, apatah lagi dalam keadaan yang mengundang ghairah atau berlumba-lumba untuk kelihatan cantik dan menawan. Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan demikian pada 1997. Mungkin orang awam tidak menyedarinya kerana kesedaran mengetahui fatwa agama terkini pada masa itu tidak begitu tinggi dan kurang disebarkan media. Walaupun tidak difatwakan secara khusus, pertandingan ratu cantik yang menghendaki peserta membuka aurat serta dipertontonkan kepada umum untuk diadili adalah jelas haram dan berdosa. Fatwa pengharaman oleh Majlis Fatwa Kebangsaan jelas menegaskan pertandingan ratu cantik bertentangan dengan agama Islam dan apa-apa jenis pertandingan serupa, walaupun bukan dinamakan pertandingan ratu cantik dilarang. Walaupun begitu, larangan itu hanya bersifat nasihat kerana selagi fatwa tidak diwartakan di setiap negeri, undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan dan tiada pihak berhak menyekat aktiviti berkenaan daripada terus dianjurkan. Perlu diingat, wanita Islam bukanlah alat pertandingan. Banyak perkara boleh dijadikan mainan, tetapi bukan wanita Muslimah. Wanita Islam perlu memiliki sifat tawaduk dan tidak membanggakan diri, apatah lagi menunjukkan kebatilan kepada orang lain. Islam adalah agama yang dibangunkan atas paksi kemuliaan yang menolak kesombongan. Justeru, Islam menyeru umatnya sentiasa rendah hati dan tidak cintakan populariti. Banyak cara untuk menonjolkan kecantikan dan keperawanan Muslimah sebenar. Tentulah ia berbeza dengan cara wanita bukan beragama Islam kerana perbezaan kepercayaan dan budaya. Paras rupa setiap wanita Islam yang disucikan dengan kemuliaan hati, kelembutan tutur kata dan tindak-tanduk, sudah cukup mengagumkan setiap mata memandang. Amal salih mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya menjadikan wanita Islam istimewa dalam kelasnya tersendiri. Itulah yang menjadikan wanita Muslimah dicintai Allah SWT dan disayangi setiap orang yang mengenalinya. Hadis diriwayatkan Muslim: "Sesungguhnya jika Allah SWT mencintai seorang hamba, Dia memanggil malaikat Jibril seraya berfirman: Sesungguhnya Aku telah mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu Jibril mencintainya dan kemudian Jibril menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu penduduk langit mencintainya. Kemudian ia disambut dan diterima penduduk bumi. Dan jika Allah SWT membenci seorang hamba, Dia memanggil malaikat Jibril seraya berfirman: Sesungguhnya Aku telah membenci si fulan, maka bencilah dia. Lalu Jibril membencinya, kemudian Jibril menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah SWT telah membenci si fulan maka bencilah ia. Lalu penduduk langit membencinya, kemudian di dibenci penduduk bumi." Justeru, Muslimah perlu mengambil iktibar daripada setiap peringatan disampaikan Allah SWT melalui perantaraan sama ada yang disedari atau tidak. Setiap larangan yang diseru melalui apa juga jalan dakwah secara langsung atau tidak langsung, melalui penguatkuasaan undang-undang ataupun tidak perlu dijadikan benteng kukuh supaya tidak runtuh, sekali gus membinasakan dinding akidah dan keimanan kepada Allah SWT. HARIAN METRO/- |
Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej pada 2013 Posted: 23 Nov 2011 11:40 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa. "Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-Barisan Nasional) yang bertanya, bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Mohd Puad berkata, kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik. Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun). Menurutnya, pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua. SINAR HARIAN/- |
Hutang Perak makin besar, defisit membuncit Posted: 23 Nov 2011 11:27 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - IPOH, 24 Nov: Hutang kerajaan negeri Barisan Nasional Perak amat mengejutkan kerana telah meningkat hampir RM1 bilion pada tahun ini. Secara khusus, hutang negeri tahun lalu yang berjumlah RM903.8 juta telah meningkat sebanyak RM72 juta dalam masa 12 bulan sahaja untuk menjadikannya RM975 juta pada masa ini. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (gambar) berkata, jumlah hutang itu lebih besar daripada segala program kerajaan seperti skim kredit mikro, bantuan rumah, bantuan barangan makanan, bantuan wang tunai musim perayaan, skim Tabaruk dan program kluster ekonomi keluarga, lapor Roketkini. "Semua program untuk rakyat hanya berjumlah RM19 juta sahaja," katanya membahaskan Bajet 2012 bagi negeri Perak, semalam. Menurutnya, sikap suka berhutang telah dimulakan oleh BN sejak sedekad lalu apabila hutang negeri naik mendadak dari hanya RM182 juta pada tahun 2000 kepada RM975 juta tahun ini. "Jumlah hutang ini adalah kenaikan sebanyak 535 peratus! Jika ada lagi pihak yang masih membisu atau memilih untuk berpura-pura, saya rasa mereka perlu insaf dan kembali ke pangkuan jalan. "Bah kata pepatah Melayu, jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah," ujarnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis berkata, kerajaan BN perlu menjelaskan tentang hutang RM72 juta yang dicipta dalam masa 12 bulan lalu. Nga juga mempertikaikan defisit bajet RM50.14 juta dan yan kos perbelanjaan kerajaan RM915 juta kerana jumlahnya terlalu besar bagi Perak. Menurutnya, keadaan itu tidak seimbang dengan laporan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang mencatatkan bahawa Perak kini mempunyai paling ramai bilangan keluarga yang berpendapatan rendah. Mengikut laporan itu, katanya, Perak kini mempunyai 192,000 keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM2,300, iaitu mewakili 12.2 % dari semua keluarga yang berpendapatan rendah. "Jumlah tersebut adalah paling ramai di seluruh tanah air kita. Ini jelas terbukti selepas 54 tahun di bawah BN, bukan sahaja BN gagal menerajui negeri kita menuju ke paras pendapatan yang bermaruah, sebaliknya ramai rakyat kita masih hidup melarat khususnya orang Melayu," tambah beliau. Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat Perak selama setahun sejak pilihan raya umum 2008 hingga rampasan kuasa oleh BN pada Februari 2009 adalah jauh lebih baik daripada salah urus dan salah keutamaan BN. Beliau memberi contoh di mana semasa pemerintahan Pakatan Rakyat, kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk memilih ketua kampung di semua 817 kampung Melayu tradisonal di mana sekitar 30 peratus dimenangi oleh warga kampung yang menyokong Umno. Bagaimana pun, setelah rampasan kuasa di Dun Perak, kerajaan Umno BN yang zalim telah memecat semua ketua kampung yang dipilih oleh rakayat dan digantikan sistem perlantikan yang bercorak kuku besi untuk konco-konco mereka sahaja. "Pemecatan ketua kampung tanpa sebarang pampasan kepada mereka yang mendapat mandat rakyat adalah satu perbuatan yang zalim dan menjijikkan. Apakah salah mereka? Adakah mereka rasuah? Rompak? Curi? Semuanya tidak tetapi mereka tetap dipecat kerana tidak menyokong Umno," katanya. Menurutntya, Bajet BN Perak hanyalah pembaziran wang rakyat demi kroni Umno BN di samping bakal menjadikan anak negeri deritadengan hutang yang semakin meningkat. "Ini adalah bajet defisit beri gula-gula, bajet pancing undi, bajet angkat hutang untuk memperdayakan rakyat. Ini bajet pilihan raya. Namun, rakyat nampak semua ini. "Jadi ini juga bajet yang akan memenangkan Pakatan Rakyat, insya Allah," katanya. – Roketkini.com |
Posted: 23 Nov 2011 11:20 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 10 ) Dun PR/DAP dari Bercam menarik perhatian dewan dengan perbahasan mengenai masalah perumahan rakyat didalam Dun yang diwakilinya. Beliau mengatakan kerana banyaknya masalah di Dunnya , sebelum dia menang rambutnya hitam dan selepas menang sudah beruban/putih, iaitu merujuk banyak masalah didalam Dunnya. ( 9 ) Perbahasan dari yb sivakumar yang mempertikaikan daifnya dan jaminan bantuan kepada SRJK tamil mendapat perhatian dari Adun Slim dari BN. Beliau membela tidakan kerajaan Perak melalui yayasan perak memberi bantuan kepada pelajar perak tanpa mengenal bangsa. Yb Sivakumar juga mencelah supaya jaminan mestilah ada dari kerajaan perak untuk bantu srjk tamil. |
4 - 5 orang di Singapura cuba bunuh diri setiap hari Posted: 23 Nov 2011 11:11 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - SINGAPURA - Empat atau lima orang dilaporkan cuba membunuh diri di Singapura setiap hari. Sekurang-kurangnya seorang berjaya. Doktor dan pekerja sosial perubatan berkata, mereka yang cuba membunuh diri kini merebak di kalangan lebih muda, lapor The Straits Times. Harian itu menyebut Ketua Perkhidmatan Sosial Perubatan, Hospital Besar Singapura (SGH), Esther Lim sebagai berkata, masalah itu pernah menjejas orang-orang tua saja, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ia merebak di kalangan mereka dalam usia 30-an dan 40-an. Bagi mereka, penyebabnya biasanya adalah perhubungan yang gagal dan hutang yang besar, kata beliau. Kadar percubaan bunuh diri ini berdasarkan maklumat hospital. Hospital lebih besar seperti SGH dan Hospital National University (NUH), berkata mereka menangani satu kes sehari. Hospital kecil seperti Hospital Khoo Teck Puat menangani kes itu selang sehari. — Bernama |
Posted: 23 Nov 2011 11:00 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BALING - Walaupun banyak ibu bapa yang memilih kaedah berkhatan secara moden namun bagi penduduk Kampung Lanai dekat sini lebih selesa menggunakan khidmat tok mudin. Majlis berkhatan yang berlangsung di Masjid Intan Safinaz, Kampung Lanai merupakan anjuran masjid dan rukun tetangga kampung berkenaan. Seramai 36 kanak-kanak melibatkan umur empat hingga 10 tahun dikhatankan menggunakan kaedah tradisional seperti duduk di atas batang pisang. Majlis bertambah meriah apabila kanak-kanak ini turut diarak dan dimandikan sebelum mereka dikhatankan. Pengerusi Tunas Jiran Rukun Tetangga Kampung Lanai, Mohd Dakroh Yaso berkata, kaedah tradisional tidak sepatutnya dilupakan kerana ia turut mempunyai kelebihan tertentu. "Sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun kita menawarkan kaedah tradisional. "Selain itu, kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan ini tidak menunjukkan perasaan gugup mahupun takut," katanya. Mohd Dakroh berkata, majlis ini merupakan kali kedua dianjurkan pihak masjid dan rukun tetangga. Katanya, perarakan kanak-kanak ini membuatkan mereka bertambah bersemangat dan dapat menghilangkan perasaan gemuruh mereka. "RM60 dikenakan kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyertai majlis ini. Wang berkenaan melibatkan majlis perarakan, kenduri dan wang sagu hati kepada setiap kanak-kanak," katanya. sinar harian/- |
PAS Perak tubuh Bilik Gerakan Banjir Posted: 23 Nov 2011 10:40 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - IPOH, 24 Nov: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengambil perhatian serius mengenai ramalan kaji cuaca yang menjangkakan berlaku hujan lebat berterusan yang akan mengakibatkan banjir di sebelah Utara Perak pada pertengahan atau akhir bulan November ini. Ketua penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, langkah pertama yang telah diputuskan oleh pimpinan parti ialah menubuhkan satu Bilik Gerakan Banjir di peringkat negeri dan PAS kawasan yang terbabit di bawah pemantauan dan seliaan, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Misbahul Munir Masduki. Menurutnya, PAS Perak juga telah menyusun beberapa langkah persediaan awal bagi menghadapi suasana banjir di Utara Perak pada kali ini termasuk persediaan keselamatan. Malah, ujarnya PAS negeri yang memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan juga akan menawarkan bantuan yang sesuai seperti membersihkan rumah selepas banjir surut kelak. Bagi persediaan itu juga, katanya Jabatan Amal Negeri Perak yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri akan menyiapkan anggota mereka membentuk satu pasukan bantuan banjir bagi menghadapi sebarang kemungkinan musibah banjir kali ini. "Kami juga mengalu-alukan bantu orang ramai dalam semua aspek keperluan bagi membantu mangsa banjir kelak dan berharap persediaan awal ini nanti akan melicinkan gerak kerja bantuan yang akan disalurkan kelak. "Kami juga mendoakan agar Allah SWT dapat melindungi kita dari segala malapetaka dan memberi kita kekuatan untuk bersabar dalam menghadapi segala ujian-Nya," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Untuk sebarang pertanyaan, maklumat dan sumbangan, bolehlah menghubungi talian 05-3136377. Harakahdaily/- |
Bajet Ketua Menteri tidak mesra rakyat! Posted: 23 Nov 2011 10:29 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Kuching-23 November 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) hari ini secara terperinci telah meneliti dan memahami bajet Negeri Sarawak yang telah dibentangkan pada persidangan DUN yang lepas oleh Ketua Menteri (KM) Sarawak Pehin sri Hj. Abdul Taib Mahmud. Secara umum, bajet KM tidak terperinci dalam menjelaskan ke mana wang negeri dibelanjakan. Pembahagian peruntukan lebih kepada sektor-sektor umum dan bukan projek-projek khusus. Bajet KM juga dilihat amat pro-industri dan bukan pro-rakyat. Tiada peruntukan jelas untuk mengurangkan tahap kemiskinan negeri yang dianggarkan pada 27,065 keluarga mengikut PLI sedia ada (2009). Bajet Pakatan rakyat (PR) pula memperuntukkan RM 100 juta khusus untuk golongan miskin ini & tambahan RM 117 juta untuk bonus warga emas. Ini tidak termasuk program peningkatan pendapatan seramai 250,000 pekerja Sarawak yang berjumlah RM 300 juta (Program 'Fair Wage'). Menurut DPPNS lagi, tiada peruntukan jelas untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar Sarawak di semua peringkat. Ini berkemungkinan kerana Kerajaan BN Sarawak melihat ini sebagai tanggungjawab Kerajaan Pusat. Lebih membimbangkan lagi, tiada peruntukan jelas untuk pembangunan Islam dan sekolah-sekolah Islam di Sarawak. Walaupun diterajui oleh KM yang Muslim, masih tiada peruntukan jelas untuk pembangunan Islam dan umat Islam Sarawak. Bajet KM juga amat fokus kepada pembangunan sektor perindustrian melalui SCORE dan pelancongan dengan peruntukan 56.8% daripada perbelanjaan pembangunan. Walau bagaimanapun, pembahagian antara 2 sektor ini tidak dinyatakan. Dalam satu perspektif lain, sebenarnya, kedua-dua sektor ini saling bertentangan antara satu sama lain kerana sektor industri selalunya mencemarkan persekitaran dan tidak hijau. Bukan setakat itu Bajet yang disifatkan hanya melepaskan batuk di tangga ini juga menunjukkan tiada peruntukan yang jelas untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran bagi menyokong SCORE dan berkemungkinan akan menyebabkan lambakan pekerja-pekerja mahir asing akan berlaku di Sarawak jika tiada tindakan serius dari Kerajaan Negeri yang boleh menjejaskan peluang penduduk tempatan. Berikut adalah beberapa butiran dalam bajet KM dan bezanya dengan bajet mesra rakyat PR: i. Anggaran pendapatan oleh BN dengan 'growth rate' = 5% ialah RM4.043 bilion vs Anggaran pendapatan oleh PR dengan 'growth rate' = 4% (lebih konservatif) = RM 4.500 bilion jelas menunjukkan tahap kecekapan yang rendah oleh BN dalam mentadbir negeri. ii. Lebihan pendapatan oleh BN hanya RM 79 juta vs PR sebanyak RM 215 juta . *Walau bagaimanapun terdapat kekeliruan dalam bajet KM ini, di m/s 15 dalam tajuk 'Expenditure Estimates 2012' dinyatakan perbelanjaan pembangunan = RM 2.550 bilion (rujuk poin 1.ii.b) tetapi kemudiannya dalam tajuk 'Development Expenditure Estimates 2012' dinyatakan jumlah perbelanjaan pembangunan = RM 3.263 bilion (rujuk poin 3). Jika jumlah RM 3.263 bilion digunakan (tambahan pula, jumlah ini yang diperincikan peruntukan-peruntukannya), sepatutnya bajet ini adalah bajet defisit sebanyak RM 634 juta (-15.7%)! iii. Pemisahan hasil cukai loteri berjumlah RM 100 juta daripada bantuan-bantuan yang mungkin akan disalurkan kepada rakyat Muslim. iv. Pendapatan negeri terlalu bergantung kepada hasil tidak boleh diperbaharui iaitu sebanyak 52.9% (perhutanan, petroleum & gas) dan jika hanya petroleum & gas diambil kira, kebergantungan adalah sebanyak 40.3%. Kerajaan negeri gagal mempelbagaikan sumber pendapatan negeri. v. Tiada peruntukan yang jelas untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran bagi menyokong SCORE. Justeru DPPNS berharap agar rakyat mula menilai kecekapan KM dan juga Menteri kewangan yang hanya sekadar "melepaskan batuk ditangga" sahaja dalam pengurusan kewangannya. Sedarlah bahawa hasil negeri ini yang begitu kaya disalurkan hanya kepada tumpuan industry semata-mata. Rakyat juga patut sedar bahawa Mereka (BN) tidak lebih hanyalah untuk member kesenangan kepada kroni masing-masing. Zharudin Narudin/- |
Kg Baru: Pemuda PAS Titiwangsa kecewa sikap MAS Posted: 23 Nov 2011 08:35 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa) mencabar Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) agar memainkan peranan penting sebagai pembela tanah penduduk Kampung Baru sebagaimana yang dimainkan oleh Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB). Timbalan ketuanya, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, DPPK Titiwangsa berpandangan, MAS sejak akhir-akhir ini tidak memainkan peranan dalam membela tanah orang Melayu di kampung warisan tersebut, sehingga ia akhirnya terlepas ke tangan pihak lain. "DPPK Titiwangsa merasa sedih kerana sejak ura-ura Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru hendak dibentangkan dalam bacaan kali pertama tahun 2010, sehinggalah ia dibentang dan diluluskan di Parlimen bulan Oktober 2011, MAS tidak langsung membantah isu ini, bahkan menyokongnya pula," ujarnya Harakahdaily. Tambahnya, lebih memeranjatkan apabila MAS turut 'bersubahat' dengan cuba menafikan peranan Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Selangor untuk membantu menyelamatkan hak penduduk Kampung Baru. Sepatutnya, kata beliau MAS berterima kasih kerana keprihatinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang cuba sedaya upaya memastikan Kampung Baru dimiliki oleh penduduk asalnya. Sebaliknya, ujar beliau Sekretariat Pembangunan Kampung Baru yang diterajui oleh Saudara Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pula bangkit membela nasib penduduk Kampung Baru. Beliau berkata, rakyat khususnya penduduk Kampung Baru melihat SPKB lebih berperanan aktif dan lantang dalam memastikan isu Kampung Baru diperjuangkan sebaiknya. "Dalam hal ini, DPPK Titiwangsa mengingatkan MAS, jangan sampai rakyat melupai jasa dan sejarah panjang MAS sehingga menjadi bahan cemuhan malah sebaliknya mengangkat Saudara Ahmad Zamri dan SPKB sebagai ikon baru Kampung Baru. "Justeru, DPP Kawasan Titiwangsa mendesak agar MAS kembali kepada perjuangan asal bagi memastikan jawatankuasanya lebih proaktif dan menjadi 'mata' dan 'telinga' penduduk Kampung Baru dalam Perbadanan Pembangunan Kampung Baru," ujarnya lagi. Sehubungan itu, katanya DPPK Titiwangsa meminta agar setiap rancangan atau cadangan pembangunan Kampung Baru dibincangkan dahulu dengan penduduk Kampung Baru dan dapatkan persetujuan mereka, dan tidak dibuat secara melulu. Selainnya, tambah beliau DPPK Titiwangsa mengharapkan MAS akan utamakan kepentingan penduduk lebih daripada menuruti nafsu sesetengah pihak yang gelojoh mahu meratah tanah 'emas' warisan orang Melayu itu. HARAKAHDAILY/- |
Posted: 23 Nov 2011 08:00 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - SEJUMLAH penunjuk perasaan antipemerintahan tentera berlari ketika bertempur dengan anggota-anggota polis di Kaherah semalam. KAHERAH - Tiga orang lagi mati di Kaherah semalam, kata seorang anggota perubatan ketika keganasan yang telah meragut nyawa puluhan penduduk berterusan pada hari kelima walaupun pihak tentera yang memerintah buat sementara berjanji mempercepatkan peralihan ke arah demokrasi. Beberapa pertempuran dengan pihak berkuasa keselamatan berlaku di Jalan Mohammed Mahmud dekat Dataran Tahrir di sini yang merupakan lokasi ribuan penunjuk perasaan berhimpun bagi menuntut pemerintahan tentera ditamatkan dengan segera selepas berkuasa ekoran peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden pada Februari lalu. Anggota-anggota polis pencegah rusuhan melakukan sekatan di jalan itu, melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke arah para penunjuk perasaan. Seorang doktor di hospital terbuka di Omar Makram berkata, tiga orang terbunuh dalam keganasan terbaharu melibatkan anggota-anggota keselamatan yang berdepan dengan para penunjuk perasaan yang membaling batu dan bom petrol. "Ia seperti peluru hidup tetapi saya tidak berpeluang untuk memeriksa sebelum (tiga mayat itu) dibawa ke hospital," katanya. Seorang budak berusia 10 tahun merupakan antara mangsa terbaharu yang terkena tembakan, kata seorang paderi, Fawzi Abdel Wahid. Menurut agensi berita Mena, seramai 32 orang telah mati sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Sabtu lalu. - AFP |
Posted: 23 Nov 2011 07:30 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 8 ) Sekarang wakil dari tronoh Yb Sivakumar menyampaikan perbahasan bajet. ( 7 ) Wakil dari Dun Selama merayu kepada kerajaan negeri supaya menjayakan IKS di Selama sedangkan pru 13 sedang hampir sedangkan sejak 2004 telah diumumkan. Dan sebidang tanah juga telah dikenal pasti untuk tujuan itu. ( 6 ) Sesi soalan lisan berakhir dan sesi perbahasan bajet bermula dengan peruntukan waktu yang diumumkan adalah 20 minit bagi setiap pembahas. Adun kerajaan dari Selama memulai perbahasan. |
Dua askar Mesir ditembak mati oleh penyeludup Posted: 23 Nov 2011 07:20 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BAITULMAQDIS: Dua askar Mesir terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan penyeludup berhampiran sempadan Israel semalam, kata jurucakap tentera Israel. "Kejadian berlaku kira-kira 6 petang (waktu tempatan) di wilayah Mesir berhampiran bandar Haluza, Israel dengan dua askar Mesir ditemui terbunuh dalam pertempuran dengan penyeludup ketika mereka cuba memasuki Israel," kata jurucakap tentera Israel, Avital Leibovitz kepada media. Kira-kira 45 minit kemudian, sekumpulan penyeludup kedua berjaya melepasi halangan keselamatan Israel dan mendorong askar negara itu melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang tercedera, katanya. - AFP |
Kenderaan baharu teroka Marikh Posted: 23 Nov 2011 07:00 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa juruteknik memerhatikan kenderaan Curiosity di Makmal NASA di Pasadena, California. CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan kenderaan baharu sebesar sebuah kereta yang akan meneroka planet Marikh. Kenderaan itu yang diberi nama Curiosity mempunyai lengan sepanjang dua meter dan dilengkapi laser untuk memusnahkan batu di planet tersebut. "Ini ialah mesin impian saintis Marikh," kata timbalan ketua projek saintis Marikh di NASA, Ashwin Vasavada. Kenderaan itu bernilai AS$2.5 bilion (RM7.94 bilion) dan ia akan bergerak ke kawasan yang mempunyai organik dan karbon di Marikh pada Ogos tahun depan. Kenderaan itu membawa seberat 4.8 kilogram plutonium yang boleh menjana kuasa selama dua tahun di Marikh. Ia sepanjang dua meter, lebar sembilan meter dan setinggi dua meter. - Agensi |
Posted: 23 Nov 2011 06:45 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 5 ) Adun setiawan memohon penjelasan tambahan mengenai statistik sasaran 5 juta orang pelancong domestik. Pihak kerajaan mengatakan. Pelancong asing berjumlah 400 ribu lebih dan 3 juta lebih pelancong domestik makanya kerajaan sasarkan 5 juta pelawat pada TMP 2012. ( 4 ) Pihak kerajaan wakil dari Sungai Rapat mengucapkan terima kasih dari tebing tinggi dengan keperihatinan dan menjawab pihaknya akan menambah risalah tahun melawat perak 2012 yang kemungkinan habis dan akan berusaha menambah dengan segera. ( 3 ) Wakil PR dari Tebing Tinggi yang bangun mempersoalkan tentang persiapan tahun melawat Perak 2012 sedangkan waktu tinggal sebulan lebih sahaja. Dia menunjukan beberapa risalah yg diambil beberapa hari lepas dan katanya tidak ada mengenai tahun melawat perak. |
Posted: 23 Nov 2011 06:30 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 2 ) Sesi soalan lisan sedang berjalan dengan soalan ke 5 dari wakil hulu kinta mengenai tahun melawat perak 2012. Sebentar tadi dewan dihangatkan mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh wakil pr dari mengelembu mengenai bacaan meter elektrik. Persoalan yang diperkataan ialah aduan mengenai penukaran meter baru yang menyebabkan bacaan naik dari biasa. ( 1 ) Dewan dihangatkan dengan isu siapakah yang meluluskan anugerah tanah 45 ekar kepada pondok pak the di pengkalan hulu. Nizar mempertahankan bahawa mesyuarat exco kerajaan perak semasa PR perintah perak ianya diluluskan. Berlaku sedikit kekecohan bila Zambry juga mendakawa ianya diluluskan oleh Pengkalan Hulu semasa menjadi MB. Nizar juga menjelaskan permohonan semasa BN perintah sebenarnya telah ditolak. |
Posted: 23 Nov 2011 06:10 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Sidang DUN Perak untuk hari ke 4 bermula tepat pada jam 10.00 pagi tadi dengan dimulai dengan bacaan doa dan pengumuman dari pihak speaker Ganesan sebagai mana biasanya dengan mengingatkan supaya seluruh Ahli Yang Berhormat memeatuhi peraturan dewan yang telah ditetapkan. Sesi sidang bermula dengan soalan-soalan lisan selama sejam seperti biasa. Soalan pertama dari wakil dari Majoi mengenai Maahad tahfiz. |
Laman web 1 Malaysia digodam "hacked" oleh hacker Indonesia. Posted: 23 Nov 2011 06:00 PM PST 28 Zulhijjah 1432H. [MOD] - LAMAN web 1 Malaysia milik perdana menteri hari ini digodam "hacked" oleh individu yang dipercayai warga Indonesia. Hal itu disedari sebentar tadi menyaksikan laman web peribadi Najib Tun Razak itu memaparkan latar belakang hitam dengan mesej ringkas ditinggalkan oleh penggodam. Antara mesej yang ditinggalkan ialah "this site has been hacked by Tofan Batam" serta logo besar bertulis "Darkness Batam". Sebelum ini beberapa laman web Malaysia turut digodam (hacked) oleh hacker yang dipercayai dari Indonesia difahamkan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia. Tinjauan pada pukul 6:54 pagi tadi menyaksikan gambar bendera Malaysia pula dikencingkan oleh karikatur memakai topi dengan bendera Indonesia dipaparkan pada halaman utama web 1 Malaysia. MILO SUAM/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan