Selasa, 29 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Diterkam tiga penyamun

Posted: 28 Nov 2011 10:56 PM PST



Diterkam tiga penyamun
November 29, 2011

CHENGKAU – Seorang warga emas yang tinggal berseorangan sejak 10 tahun lalu berhadapan dengan detik cemas apabila diterkam tiga penyamun sebaik sahaja keluar bilik untuk ke bilik air kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Mangsa, Puziah Abdul Rahman, 71, dari Kampung Mayon, dekat sini, berasa sangat terkejut dan sempat memegang parang salah seorang penyamun sebelum ditumbuk di bahagian pipi kirinya.

Menurutnya, dia juga merayu kepada tiga penyamun berkenaan, di mana dua daripadanya bertubuh kurus, manakala seorang lagi bertubuh gempal untuk membenarkannya ke bilik air terlebih dahulu, namun tidak diendahkan mereka.

"Selepas itu, mereka menumbuk pipi kiri makcik sebelum merentap rantai leher.

"Ini adalah kejadian kali kedua sejak lebih 15 tahun makcik menetap di sini," katanya ketika ditemui Sinar Harian dirumahnya, semalam.

Puziah berkata, berikutan kejadian­ itu, dia mengalami kerugian ribuan ringgit apabila seutas rantai dan gelang, dua bentuk cincin serta wang tunai dilarikan penyamun berkenaan.

"Hampir setengah jam juga penyamun ini berada di dalam rumah makcik dan sebaik sahaja mereka melarikan diri mengikut jalan di bahagian belakang rumah menuju ke keretanya yang terletak berdekatan landasan kereta api, makcik mendail talian 999," katanya.

Puziah berkata, kejadian kali pertama dahulu berlaku sekitar 2005 di mana pada waktu itu dia tiada di rumah kerana pergi menunaikan solat Tarawih.

Katanya, ketika kejadian itu, dia kehilangan barangan kemas bernilai RM15,000 dan kali ini lebih menakutkan lagi apabila dia turut berada di dalam rumah selain penyamun berkenaan sanggup mencederakan­nya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan Puziah sudah melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/diterkam-tiga-penyamun-1.8584

Rompak Pecah Rumah Semakin Menjadi-jadi di Rembau

Posted: 28 Nov 2011 02:54 PM PST

Pihak polis dari Bukit Aman, IPK dan IPD Rembau perlu menubuhkan pasukan petugas khas (special task force) untuk membanteras jenayah samun pecah rumah yang semakin menjadi-jadi ketika ini sekitar Rembau.

Didera tiga penceroboh
Harian Metro 29 Nov 2011

REMBAU: "Saya terpaksa membuang air kecil atas lantai rumah kerana mereka tidak menghiraukan permintaan saya untuk ke tandas dan mengarahkan supaya diam," kata Puziah Abdul Rahman, 71, yang berdepan detik mencemaskan apabila kediamannya di Kampung Mayon, Chengkau di sini, diceroboh tiga penjenayah, awal pagi semalam.

Warga emas itu kerugian ribuan ringgit, malah menanggung kesakitan akibat ditumbuk penjenayah.

Menceritakan detik getir itu, Puziah yang juga ibu tunggal, berkata dia terjaga daripada tidur kerana mahu ke tandas membuang air kecil, kira-kira jam 3 pagi.

"Namun, sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, saya ternampak kelibat tiga lelaki memegang parang di tangga dapur rumah.

"Mereka yang menyedari kemunculan saya kemudian terus menerkam dan menutup mulut saya. Saya sempat melawan dan bergelut tetapi secara tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menumbuk pipi saya," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Puziah yang tinggal bersendirian selepas kehilangan suami sejak 10 tahun lalu berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah masuk ke dalam bilik mencari barang berharga.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011112903342620111129033426/Article

Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa

Posted: 28 Nov 2011 05:01 AM PST



Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa
Harakahdaily

AMPANG, 28 Nov 2011 : Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.

Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar.

"Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (kiri).

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari.

Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".

Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.

Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan.
Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun.

"Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'.

"Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6749-hina-peneroka-jkpp-felda-mahu-saman-isa

Tiada ulasan:

Nuffnang