:: cina islam | 2011 :: |
- PKR bantah lantik KSU, KSN dari sektor swasta
- Lori rempuh 8 kereta di persimpangan lampu insyarat
- Culik tak sengaja
- Pembangkang keluar dewan bantah bil perhimpunan
- Anak kambing berwajah pelik
- PAS tolak RUU, desak bawa ke JK Khas Parlimen
- Pemuda PAS sokong tindakan Majlis Peguam
- Felda bergelora: Najib nak terus bela ‘biawak hidup’?
- Toyota perkenal kereta telefon pintar
- Wi-fi Percuma di Selangor Mulai Tahun Depan
- Hanya pemimpin zalim takut himpunan rakyat
- Ibu tanam bayi tidak cukup bulan
- 500 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta
- 2 rentung kapal meletup di jeti
- RUU Himpunan Transformasi palsu halal kezaliman
- Serangan berani mati di penjara Iraq, 15 maut
- Bekas Perdana Menteri Yugoslavia meninggal dunia
- Angka kematian tragedi jambatan runtuh meningkat
- Didera tiga penceroboh
- Peguam, orang ramai mula berhimpun
- ‘Tak Nak BN’, jawapan kepada rayuan Najib
- Banjir Kelantan semakin pulih
- Rakyat Mesir keluar mengundi hari ini
- Esakan di makam keramat
- Lagi tahanan mati dalam lokap polis
PKR bantah lantik KSU, KSN dari sektor swasta Posted: 29 Nov 2011 01:00 AM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - Pemuda PKR (AMK) menentang tindakan kerajaan mengubah suai skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk. Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi (gambar bawah, kiri) berkata, mekanisme seperti itu memperlihatkan seolah-olah perdana menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kualiti dan kemampuan penjawat awam sedia ada. NONE"Malah ini secara tidak langsung bakal menyekat pengayaan dan perkembangan kerjaya penjawat awam yang berpotensi untuk menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan negara," katanya. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pengubahsuaian itu bermakna mana-mana pekerja swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian. Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, jawatan terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian. Utusan juga difahamkan, bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak; sementara pihak dalam dan luar perkhidmatan awam boleh memohonnya. PERKASA: Jangan terburu-buru Dalam kenyataannya semalam, Najwan berkata, di negara maju, jawatan utama dan strategik dalam sektor perkhidmatan awam tidak sesekali dikontrakkan, malah diberikan kepada penjawat awam yang berpotensi dan berkemahiran luas. Malah, tambahnya, turut diberikan kepada golongan masih muda berumur sekitar 35 ke 40-an. "Apakah jawatan-jawatan tertinggi dan strategik kerajaan ini dengan sewenang-wenangnya 'diswastakan' bawah agenda transformasi perdana menteri? "Dan apakah jaminan kerahsiaan maklumat kerajaan yang boleh diberi menerusi pelaksanaan program ini sekiranya wujud ruang kondusif untuk tenaga profesional swasta keluar masuk dengan mudah?" soalnya. syed hassan syed aliDalam perkembangan berkaitan, kumpulan pendesak Melayu PERKASA turut dilaporkan tidak selesa dengan skim baru itu kerana ramai pegawai kerajaan akan kecewa kerana mereka selama ini merupakan tonggak yang menjayakan dasar kerajaan. "Mereka merangkak dari bawah untuk ke atas dengan pelbagai pengetahuan pentadbiran dan kerap mengikuti kursus serta memberi kursus. Mereka lebih faham agenda kerajaan dan memahami perasaan kakitangan awam. "Apakah mereka yang memegang jawatan di sektor swasta seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tahu tentang perjalanan sektor awam? Oleh itu, jangan buat sesuatu yang terburu-buru," setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali dipetik sebagai berkata. malaysiakini/- |
Lori rempuh 8 kereta di persimpangan lampu insyarat Posted: 29 Nov 2011 12:40 AM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - IPOH 29 Nov 2011 Sebuah lori muatan pasir hilang kawalan telah merempuh 8 buah kereta di persimpangan lampu insyarat di Medan Gopeng Ipoh pada pukul 2.20 petang tadi. Lori berkenaan dipercayai gagal berhenti akibat fungsi brek namun kemalangan ini diberitakan hanya seorang pemandu kereta yang cedera ringan. Kemalangan ini mengakibatkan kesesakan jalanraya sehingga 2 KM. -BP |
Posted: 29 Nov 2011 12:30 AM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - LEGA...ibu bapa kanak-kanak lima tahun lega selepas anak mereka ditemui semula. TAHAN...anggota polis (kiri) membawa dua daripada empat suspek yang ditahan, semalam. TAHAN...anggota polis (kiri) membawa dua daripada empat suspek yang ditahan, semalam. KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menempuh detik hitam hampir lima jam apabila 'diculik' secara tidak sengaja oleh seorang lelaki yang melarikan kenderaan mewah jenis BMW milik bapanya, semalam. Dalam kejadian di Jalan KIP 1, Desajaya, di sini kira-kira jam 9.30 pagi itu, kanak-kanak malang terbabit ditinggalkan bapanya berusia 37 tahun dalam kenderaan di bahu jalan seketika kerana mahu membeli makanan di sebuah restoran di kawasan berhampiran. Difahamkan, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba meluru masuk ke dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjinnya itu ketika bapa mangsa baru meninggalkan kenderaan itu. Menyedari kenderaan dan anak lelakinya dilarikan, bapa mangsa bergegas membuat laporan di Balai Polis Kepong, sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Desajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. Menurut sumber, suspek yang melarikan kenderaan mewah itu dikatakan hanya menyedari ada seorang kanak-kanak lelaki di tempat duduk belakang selepas mangsa menangis ketakutan lima minit kemudian. "Suspek bagaimanapun masih meneruskan niatnya melarikan kenderaan berkenaan tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak itu," katanya. Sumber berkata, sebaik laporan mengenai insiden itu diterima pihak berkuasa, usaha mengesan kanak-kanak terbabit giat dijalankan. "Selain menghebahkan kejadian itu kepada semua unit peronda, beberapa sekatan jalan raya dilakukan bagi mengesan suspek di sekitar ibu negara," katanya. Usaha hampir lima jam itu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa menerima maklumat mengatakan mangsa sedang di disembunyikan di sebuah hotel di Sri Damansara. Sumber berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Sri Damansara yang dimaklumkan bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan empat individu termasuk seorang wanita masing-masing berusia antara 20 hingga 34 tahun, kira-kira jam 2 petang. "Ketika ditahan, pihak berkuasa turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Latio dipercayai milik kumpulan terbabit," katanya. Katanya, sebaik ditahan, seorang daripada suspek mengaku hanya berniat melarikan kenderaan mewah milik bapa mangsa tanpa menyedari terdapat kanak-kanak dalam kereta berkenaan. "Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis berhampiran kawasan itu untuk soal siasat," katanya yang turut memberitahu, pihak berkuasa sudah mengenal pasti lokasi kereta BMW milik mangsa disembunyikan. Difahamkan, selepas merakamkan percakapan bapa mangsa, kanak-kanak malang itu kemudian diserahkan kembali kepada keluarganya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi, mengesahkan penahanan keempat-empat suspek. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 379A kerana menculik daripada penjaga yang sah. metro/- |
Pembangkang keluar dewan bantah bil perhimpunan Posted: 29 Nov 2011 12:20 AM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih. opposition walkout parliament 081210 anwarAhli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan). Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini. malaysiakini/- |
Posted: 29 Nov 2011 12:00 AM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - GERIK – Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid, 69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di kampung Air Suda 2, di sini. Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai. Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. "Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk," katanya kepada Sinar Harian. Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang. Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya. Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan. "Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal. "Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain," katanya. Sinar |
PAS tolak RUU, desak bawa ke JK Khas Parlimen Posted: 28 Nov 2011 11:30 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS berpendirian akan memprotes dan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman melainkan ianya dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, hal itu kerana pembentangan RUU tersebut dilihat tidak lebih kepada respon negatif kerajaan terhadap kejayaan perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu. "Pas protes dan menolak sepenuhnya rang undang-undang ini kecualilah ianya dibawa kepada Jawatankuasa Khas Parlimen dahulu. "Rang undang-undang ini sebenarnya menghukum rakyat terutamanya yang berhimpun di Bersih 9 Julai lalu. "Ini adalah reaksi negatif kerajaan bagi menghukum rakyat kerana mengadakan perhimpunan 9 julai yang lalu dan untuk memastikan rakyat tidak boleh lagi berhimpun bukan 100 ribu, bukan 500 ribu malah beberapa ratus ribu pun tidak boleh lagi berhimpun dan melakukan apa yang berlaku pada 9 julai lalu," kata beliau pada sidang media bersama Majlis Peguam di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Tumpat itu juga berkata, RUU tersebut jelas membuktikan kerajaan tidak bersedia menghadapi kemaraan rakyat yang berlansung dalam keadaan aman. "Umno BN tidak toleran, tidak sanggup untuk menghadapi rakyat yang boleh berhimpun dan berarak secara aman seperti yang berlaku pada perhimpunan Bersih itu," katanya. Majlis Peguam wakili rakyat Sementara itu, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, tindakan Majlis Peguam mengadakan perarakan aman membantah RUU tersebut adalah mewakili suara rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi. "Apa yang dijalankan oleh Majlis Peguam memang menyuarakan hasrat rakyat Malaysia kerana kita tidak mahu satu akta perhimpunan haram sebaliknya hendak dibebaskan daripada pengharaman ataupun pemenjaraan hak asasi manusia selama ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan. Tambah beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah membuktikan kebenaran berhimpun secara aman yang diberikan kepada rakyat tidak mendatangkan keburukan malah dihormati rakyat. "Kita telah buktikan di Pulau Pinang kita adakan satu sudut pidato sebanyak dua kali seminggu dan rakyat dibenarkan berhimpun secara bebas tanpa sebarang provokasi. "Ini berjalan hampir dua tahun dan tak ada masalah dan saya rasa kerajaan Malaysia harus mempunyai keyakinan terhadap kematangan rakyat," katanya sambil berkata, DAP bersama Pakatan Rakyat menyokong penuh Majlis Peguam untuk menolak RUU tersebut. Cintakan kebebasan Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berjaya menyerahkan draf RUU yang disediakan pihaknya dan surat terbuka kepada Timbalan Menteri di Jabata Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Leong dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan, Majlis Peguam tidak anti kerajaan atau pro pembangkang sebaliknya hanya pencinta undang-undang dan kebebasan. "Majlis Peguam tidak anti kerajaan atau pro pembangkang tapi kami anti ketidakadilan, perlanggaran perlembagaan dan pencinta undang-undang," kata beliau yang sebelum itu berarak secara aman dari Taman Tasik Perdana bersama lebih kurang seribu peguam termasuk penyokong demokrasi menuju ke bangunan Parlimen. Turut diserahkan ialah surat terbuka kepada Ahli Parlimen yang menyatakan beberapa peruntukann dalam RUU Perhimpunan adalah lebih ketat berbanding sebelum ini. Ia termasuk penyenaraian tempat-tempat larangan berhimpun yang disifatkan sebagai tidak munasabah seperti sekolah, rumah ibadat dan stesen minyak. Harakah Daily |
Pemuda PAS sokong tindakan Majlis Peguam Posted: 28 Nov 2011 11:24 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong penuh tindakan Majlis Peguam Malaysia dan Kumpulan Aktivis Occupy yang mengadakan perarakan membantah RUU Perhimpunan Aman di Parlimen hari ini. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, exconya, Mohd Sany Hamzan berkata, sememangnya usaha menbantah undang-undang yang disifatkan 'kejam' itu wajar disokong oleh semua rakyat Malaysia. "Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Majlis Peguam Malaysia, Kumpulan Aktivis Occupy yang telah melakukan bantahan secara serius terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 201. "Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan perlu melahirkan sokongan terhadap usaha untuk membantah dan memprotes cadangan Rang Undang-Undang perhimpunan Aman 2011 ini," katanya yang juga pengarah pilihan raya dewan itu. Beliau mengulas himpunan yang disertai ribuan peguam dan orang awam di parlimen pagi tadi. Selain membantah undang-undang itu, himpunan itu juga bagi mendesak seluruh wakil rakyat untuk tidak menyokong usul tersebut diluluskan. Dalam pada itu, Mohd Sany juga menyelar sikap Umno BNselaku Kerajaan Persekutuan yang telah membohongi rakyat apabila berjanji untuk memberikan lebih kebebasan kepada rakyat, namun perkara sebaliknya berlaku. "Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap sebarang usaha mana-mana pihak untuk membantah dan memboikot Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 nanti," katanya. Harakah Daily |
Felda bergelora: Najib nak terus bela ‘biawak hidup’? Posted: 28 Nov 2011 11:16 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - Kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FELDA Global Venture Holdings (FGVH), yang dimiliki 100% oleh FELDA. Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak sewaktu membentang belanjawan negara bergegar-gegar memaklumkan bahawa peneroka bakal mendapat durian runtuh bilamana Felda akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pertengahan bulan 2012 nanti. Di bawah pentadbiran Najib, cadangan untuk menyenaraikan FGVH akan memperlihatan peneroka di bawah KPF terpaksa melepaskan 51% kepentingan mereka di FHB - yang mencatatkan keuntungan RM760 juta tahun lepas untuk duduk di bawah FGVH dan memegang 61 peratus dalam FGVH, yang anak-anak syarikat antarabangsanya telah dilaporkan kerugian RM500 juta sehingga 2010. Bagaikan kedengaran guruh di langit dengan pengumuman Najib, maka Isa Samad yang menjadi 'key person' yang diharap menjayakan hasrat yang pernah dibantah rakyat era Tun Dr Mahathir ini terus mengisytiharkan beberapa langkah ke arah 'meruntuhkan durian' tersebut. Antaranya memasukan dirinya menjadi pengerusi KPF, mengambilalih kesemua ladang Felda Plantation untuk dipajak selama 99 tahun, menggerakkan aset Felda di semua lot kosong dalam Felda dan pelbagai caturan lain untuk memastikan hasrat menjadikan saham Felda antara yang tertinggi apabila dilancarkan. Namun, hasrat tersebut disedari oleh beberapa pimpinan peneroka yang terlihat ada agenda tersembunyi pihak berkepentingan dalam usaha ini. Mereka bangkit membantah bukan kerana menolak durian runtuh, tetapi demi masa depan generasi Felda, tanah milik Felda dan pendapatan peneroka yang menjadi ahli KPF. Apa tidaknya, FGVH sebuah syarikat yang terus membuat kerugian beratus juta ringgit dan bergantung hidup pada Felda Holding Berhad (FHB) bakal 'menelan' telur emas peneroka, FHB di dalam struktur baru dari penstrukturan semula dan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Pada minda mereka terfikir bagaimana syarikat yang rugi dan lemah boleh 'menelan' sebuah syarikat yang maju dan terbukti 'profitability'nya? Belum reda desakan agar Isa Samad digugurkan daripada jawatan Pengerusi Felda, kini wujud pula tuntutan daripada warga Felda untuk mengetahui berapa gaji dan elaun yang dibayar kepada beliau dan ahli lembaga pengarah Felda yang ditugaskan bersungguh-sungguh ingin merampas tanah Felda Plantation untuk dipajakkan. Bantahan cara pentadbiran Isa Samad dalam mengurus Felda oleh beberapa pimpinan utama telah menimbulkan polemik cabar-mencabar. Terbaru, ialah tindakan menuntut permohanan maaf dan terhadap Isa akibat penghinaan kepada pengerusi peneroka Felda Saudara Shamsuddin Othman. Bukan itu sahaja, peneroka kini bangkit melalui Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) untuk memberikan amaran bahawa saman akan dikeluarkan jika mereka tidak diberi jaminan bertulis penyenaraian ke BSKL dapat menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka seluas 360,000 hektar kepada FGVH dengan pelbagai syarat tidak munasabah dan jumlah nilai pajakan yang sangat kecil iaitu RM500 juta sahaja berbanding RM2 bilion yang diperolehi sekarang. Mereka mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput untuk berbicara sebelum pengumuman dibuat, dan mengapa ada sesuatu yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan peneroka dalam usaha FGVH mengambilalih aset Felda khususnya KPF. Senario ini membuktikan apa yang dibimbangi oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ternyata ada kebenarannya, kerana apalah makna bagi peneroka dan persatuan peneroka bilamana mereka dikesampingkan dalam sebarang agenda besar berkaitan Felda. Hura-hara yang timbul kini nampaknya akan menyebabkan hasrat Najib untuk 'meruntuhkan durian' tidak akan menjadi kenyataan. Persoalan besar kini ialah apakah haji Najib terus bersedia memikul ' biawak hidup' yang menimbulkan kemarahan warga pengurusan dan Felda, atau adakah beliau berani untuk menyahkan Isa dari Felda. Mungkin persoalan ini bukan hanya perlu ditanya kepada Haji Najib, tetapi elok juga ditanya kepada Hajah Rosmah. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 29 November 2011 Harakah Daily |
Toyota perkenal kereta telefon pintar Posted: 28 Nov 2011 10:50 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - PRESIDEN syarikat Toyota Motor Corp., Akio Toyoda bergambar di sisi kereta konsep dan skuter yang ditunggang sambil berdiri, Winglet di Tokyo semalam. TOKYO - Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam. Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat". Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut. Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar. "Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda. Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan. - Agensi |
Wi-fi Percuma di Selangor Mulai Tahun Depan Posted: 28 Nov 2011 10:30 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik. Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif. "Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN," katanya. Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar SelangorKini serta Selangor Times. Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma. Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi. "Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya. Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan. Nor Azli Abdul Aziz/- |
Hanya pemimpin zalim takut himpunan rakyat Posted: 28 Nov 2011 10:30 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendakwa hanya pemimpin dan kerajaan yang zalim sahaja yang takut untuk berdepan bantahan dan himpunan rakyat. Bercakap sewaktu membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata tindakan kerajaan memperkenalkan RUU itu dilihat seolah-olah semakin menyempitkan ruang kebebasan rakyat. Selain itu beliau mendakwa, pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa tentunya takut akan perhimpunan aman rakyat. "Apa alasan kerajaan Malaysia mempersulitkan lagi perhimpunan aman sehingga menjadi teruk daripada negara Zimbabwe dan Myanmar yang demokrasi mereka semakin baik? "Pemimpin yang zalim sahaja yang takut rakyat buat perhimpunan," katanya. Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas menggesa RUU itu ditarik balik dan dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk dibincang dan diteliti. "Saya mencadangkan sebaik-baiknya menteri tarik balik rang undang-undang ini dan sebaiknya kemukakan dalam tempoh yang singkat untuk dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan berikan satu contoh bagaimana nak memperkenalka RUU yang begitu penting ini," kata beliau . Menurut Anwar, ianya kerana RUU itu memberikan impak yang besar kepada rakyat yang mahukan kebebasan untuk bersuara dalam sesuatu isu. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, RUU itu gagal dibahaskan dengan semasak-masaknya sebaliknya kerajaan hanya menggunakan kuasa majoriti mereka untuk meluluskannya. "Di Malaysia, (kerajaan)selalu guna kuasa majoriti untuk memaksa terima rang undang-undang tanpa perbahasan panjang dan tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan. "Saya tegaskan sikap Pakatan Rakyat kepada rakyat untuk menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang ini," katanya. harakahdaily/- |
Ibu tanam bayi tidak cukup bulan Posted: 28 Nov 2011 08:00 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - TAMPIN – Seorang ibu muda dipercayai dalam proses penceraian, ditahan kerana disyaki membuang dan menanam bayi dipercayai lahir tidak cukup bulan, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, suspek berusia 25 tahun itu, ditahan sebaik menerima laporan daripada Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi ketika suspek sedang menerima rawatan. Beliau berkata, susulan penahanan serta hasil soal siasat, suspek terbabit kemudian membawa anggota polis ke lokasi mayat bayi yang ditanam di dalam semak, berdekatan sebuah lorong di Jalan Batu Belang, di sini. "Polis mengambil hampir setengah jam, menggali lokasi dikatakan suspek, bagi mengeluarkan mayat bayi lelaki yang telah reput. "Mayat bayi dilahirkan 22 November lalu itu, dibawa ke Hospital Tampin, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Sinar Kooi Cheang berkata, suspek berasal dari Taman Indah, ditahan reman tiga hari mulai kelmarin bagi mem bolehkan suspek disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan susulan menyembunyikan kelahiran. Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta tampil membantu polis menjalankan siasatan dengan menghubungi balai berdekat an atau Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Azmi Abdul Salam di talian 06-4411221 atau 06-4411222. Kosmo |
500 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta Posted: 28 Nov 2011 07:45 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini. Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan. Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil. Perarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini. Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama. LAPORAN LANGSUNG 11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk. "Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!," katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat. Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu. 11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan tepukan gemuruh. 11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang. 11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini. Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu. 11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat." Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna. Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan 'boo' para hadirin. "Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?" "Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM." 11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin. 11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'. 11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik. Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini. 11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir. 11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media. 11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan. "Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara." 11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa." Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam. 11:05am: Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas. 11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning. 11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari. 11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba. 10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang. 10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam. 10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang. 10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini. Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan. 10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen. 10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja. malaysiakini/- |
2 rentung kapal meletup di jeti Posted: 28 Nov 2011 07:30 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - TIGA buah kapal nelayan turut musnah terbakar dalam kejadian letupan di Jeti Angkasa Baru dekat Kudat, kelmarin. Seorang lagi mangsa lemas ketika terjun ke laut cuba selamatkan diri KOTA KINABALU: Dua rentung manakala seorang lagi lemas apabila tangki minyak sebuah kapal nelayan yang berlabuh di Jeti Angkasa Baru, di Kudat, kira-kira 200 kilometer (km) dari sini, meletup lalu terbakar, malam kelmarin. Mangsa yang rentung dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu adalah masing-masing seorang lelaki dan wanita, manakala mangsa lemas adalah wanita yang dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke laut. Semua mangsa berusia 20-an itu yang masih dikenal pasti identitinya dipercayai berada di atas kapal nelayan berkenaan ketika kebakaran berlaku. Kebakaran itu juga menyebabkan empat lagi rakan mereka termasuk seorang wanita berusia di antara 21 hingga 50 tahun yang berada di bahagian luar kapal mengalami cedera parah, iaitu Richard Mohd, 21; Hamid Gabin, 35; Muhd Ayob Buyong, 50 dan seorang wanita dikenali sebagai Mylen Masarap, 27. Semua mangsa yang mati dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian. Katanya, siasatan awal mendapati tiga mangsa yang mati dipercayai berada di atas kapal nelayan yang terbakar akibat letupan tangki minyak itu. Beliau berkata, mangsa pertama iaitu wanita yang mati dipercayai akibat lemas kerana tiada kesan terbakar, ditemui kira-kira jam 6.50 pagi manakala dua mangsa yang rentung termasuk seorang lelaki di temui kira-kira jam 11.30 pagi, tidak jauh dari lokasi kejadian. "Semua mangsa yang selamat itu mengalami kecederaan parah selepas bertindak terjun dari kapal dan bot mereka untuk menyelamatkan diri. "Siasatan awal juga mendapati dua daripada tiga mangsa yang mati dipercayai rakyat Filipina," katanya. utusan/- |
RUU Himpunan Transformasi palsu halal kezaliman Posted: 28 Nov 2011 07:24 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS mengingatkan kerajaan Umno BN bahawa transformasi yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. "Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah," ujarnya dalam sat kenyataan. Katanya, PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran "aman" sebagaimana dicanangkan. "Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. "Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat?" tanya beliau. Bahkan, ujarnya mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu. RUUHA, katanya merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan. Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno BN walaupun ia jelas menindas mereka, ujarnya. "Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak," ujarnya. Jelasnya, kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu". Harakah Daily |
Serangan berani mati di penjara Iraq, 15 maut Posted: 28 Nov 2011 07:00 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - BAGHDAD 29 Nov. - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, termasuk anggota polis dan pekerja penjara, dalam satu serangan berani mati di sebuah penjara Iraq di utara Baghdad, semalam. Penyerang berani mati meletupkan sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan kira-kira pukul 8 pagi (11 pagi waktu Malaysia) dan disasarkan di pintu utama penjara Hout di Taji, kira-kira 25 kilometer di utara Baghdad. Menurut pegawai, kira-kira 15 orang turut dilaporkan cedera dalam serangan itu yang berlaku ketika ramai ahli keluarga datang melawat banduan. - AFP |
Bekas Perdana Menteri Yugoslavia meninggal dunia Posted: 28 Nov 2011 06:45 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - BELGRADE 29 Nov. - Bekas Perdana Menteri Yugoslavia, Ante Markovic, semalam meninggal dunia pada usia 88, lapor media tempatan. Markovic yang dilantik menjadi Perdana Menteri pada 1989, telah memperkenalkan mata wang ditukar dan dilaksanakan penswastaan secara meluas walaupun mendapat tentangan dari republik persekutuan yang berjuang untuk kemerdekaan. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menyebut punca dan lokasi kematian beliau. - dpa |
Angka kematian tragedi jambatan runtuh meningkat Posted: 28 Nov 2011 06:30 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - SEBUAH bot (kiri) melintas Jambatan Kutai Kartanegara yang runtuh di bandar Samarinda, Kalimantan Timur pada Sabtu lepas.- AFP TENGGARONG, Indonesia - Angka kematian akibat jambatan runtuh di Kalimantan Timur yang menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan terjunam ke dalam sungai kini meningkat kepada 11 orang, kata beberapa pegawai semalam ketika siasatan bagi mengenal pasti punca nahas sedang dilakukan. Lebih 30 orang dipercayai masih hilang selepas jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 720 meter yang dibina menyerupai jambatan Golden Gate di San Francisco runtuh ke dalam Sungai Mahakam pada Sabtu lepas. "Jumlah mangsa yang terbunuh ialah 11 orang," kata ketua agensi pencari dan penyelamat wilayah Kalimantan Timur, Harmoni Adi. Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, mayat-mayat mangsa terdampar di tebing sungai berkenaan. "Sebanyak 39 orang cedera dan berdasarkan laporan orang ramai, sekurang-kurangnya 33 yang lain hilang," katanya. "Sukar untuk mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang hilang kerana kami tidak tahu bilangan kenderaan dan orang ramai yang jatuh semasa jambatan itu runtuh," ujarnya. Menurutnya, usaha mencari juga sukar berikutan keadaan air sungai yang keruh. Sungai Mahakam memiliki kedalaman hingga 40 meter. Punca jambatan itu runtuh tidak dapat dipastikan tetapi Nugroho memberitahu bahawa satu kabel sokongan jambatan itu putus semasa kerja-kerja membaiki sedang dilakukan. Jambatan berkenaan siap pada tahun 2002. - AFP |
Posted: 28 Nov 2011 06:20 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - REMBAU: "Saya terpaksa membuang air kecil atas lantai rumah kerana mereka tidak menghiraukan permintaan saya untuk ke tandas dan mengarahkan supaya diam," kata Puziah Abdul Rahman, 71, yang berdepan detik mencemaskan apabila kediamannya di Kampung Mayon, Chengkau di sini, diceroboh tiga penjenayah, awal pagi semalam. Warga emas itu kerugian ribuan ringgit, malah menanggung kesakitan akibat ditumbuk penjenayah. Menceritakan detik getir itu, Puziah yang juga ibu tunggal, berkata dia terjaga daripada tidur kerana mahu ke tandas membuang air kecil, kira-kira jam 3 pagi. "Namun, sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, saya ternampak kelibat tiga lelaki memegang parang di tangga dapur rumah. "Mereka yang menyedari kemunculan saya kemudian terus menerkam dan menutup mulut saya. Saya sempat melawan dan bergelut tetapi secara tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menumbuk pipi saya," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam. Puziah yang tinggal bersendirian selepas kehilangan suami sejak 10 tahun lalu berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah masuk ke dalam bilik mencari barang berharga. METRO/- |
Peguam, orang ramai mula berhimpun Posted: 28 Nov 2011 06:00 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini. Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan. Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil. NONEPerarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini. Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama. LAPORAN LANGSUNG 11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning. 11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari. 11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba. 10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang. 10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam. 10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang. 10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini. Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan. 10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen. 10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja. MALAYSIAKINI/- |
‘Tak Nak BN’, jawapan kepada rayuan Najib Posted: 28 Nov 2011 05:40 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Nov: 'Tak Nak BN' adalah jawapan kepada rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya memilih lagi BN untuk memastikan agenda transformasi beliau terlaksana. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pada mula rakyat mungkin kagum dengan gagasan awal Datuk Seri Najib, seolah-olah beliau mahu membuat perubahan di negara ini. Tetapi, katanya lama-kelamaan Najib menunjukkan siapa sebenarnya beliau kerana rakyat sudah mual dengan slogan transformasi yang bertukar menjadi nasi basi. Apa tidaknya, jar beliau semakin hari semakin terserlah siapa sebenarnya Datuk Seri Najib. "Ahli Umno sudah maklum beliau memang terkenal sebagai seorang yang kaya dengan retorik sejak daripada beliau memegang Ketua Pemuda Umno lagi. "Buktinya ketika beliau mengumumkan untuk menghapuskan ISA, 13 mangsa di Sabah ditangkap," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, ketika Najib mengumumkan untuk memberi kelebihan kepada rakyat berhimpun, tiba-tiba pindaaan yang lebih teruk daripada sebelumnya, malahan lebih teruk daripada Myanmar. Katanya lagi, ketika indeks rasuah negara semakin teruk, beliau masih berasmara dengan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, walaupun beliau memang disabit rasuah di dalam pemilihan Umno. "Cuba bayangkan daripada 3.2 juta ahli Umno, yang dipilihnya ialah Tan Sri Isa Samad, apa kelebihan yang ada pada Isa Samad, sehingga Datuk Seri Najib tidak nampak selain daripada beliau, sedangkan Felda adalah satu institusi yang cukup penting yang mempunyai dana dan eset yang begitu banyak selepas Petronas. "Sekarang beliau merayu supaya rakyat memilih lagi BN?" soalnya. Idris berkata, dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau selama menjadi Perdana Menteri telah gagal menggulakan rakyat dengan slogan 1Malaysia yang terbaru ialah slogan wasatiah. "Beliau tidak sedar ketika beliau beretorik dengan slogan transformasi rakyat menunggu dengan penuh ketekunan dan mencatat apa yang beliau cakap. "Tiba-tiba rakyat nampak ini hanya slogan kosong setelah menunggu sekelian lama," ujarnya. Belia menambah, rakyat percaya jika BN menang maka GST, cukai 6 % prepaid, harga minyak, gula, tepung dan keperluan rakyat akan naik. Akhirnya, kata belia rakyat akan menjawab 'Tak Nak BN' dalam PRU ke-13 nanti. HARAKAHDAILY/- |
Posted: 28 Nov 2011 05:30 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - SEORANG penduduk terpaksa memegang tali bagi mengelaknya dihanyut air deras di Kampung Derdap, Pengkalan Kubor semalam. KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin reda apabila jumlah mangsa pemindahan banjir di negeri ini terus menurun kepada 1,247 orang membabitkan 347 keluarga malam tadi berbanding 1,327 orang pada sebelah petang. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, sehingga malam tadi enam buah pusat pemindahan di Pasir Mas dan Tumpat masih beroperasi. "Cuaca di Kelantan semakin baik apabila dilaporkan cerah di beberapa kawasan. Mangsa banjir pulang secara berperingkat sementara menunggu air yang menenggelami kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya," katanya. Beliau berkata, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang juga menurun kepada 10 meter, namun masih melebihi paras bahaya sembilan meter. Jurucakap itu berkata, sehingga malam ini lima laluan di Pasir Mas dan Tumpat masih ditutup kepada kenderaan ringan. "Di Pasir Mas, empat laluan ditutup iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di Kilometer 10; Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, Kilometer 1; Jalan Pengkalan Rakit, Kilometer 3 dan Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram Kilometer 3. kosmo/- |
Rakyat Mesir keluar mengundi hari ini Posted: 28 Nov 2011 05:00 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - KAHERAH: Rakyat Mesir hari ini keluar beramai-ramai untuk mengundi bagi memilih pemerintahan demokrasi, iaitu kali pertama sejak berakhirnya era pemerintahan Hosni Mubarak. Selepas 10 bulan berada dalam peralihan kuasa dan berakhirnya 30 tahun pemerintahan autokrasi oleh Hosni Mubarak yang disingkirkan selepas protes jalanan, lebih 40 juta pemilih akan menentukan anggota Parlimen yang baru hari ini. "Kami tidak pernah mengundi sebelum ini. Suara kali langsung tidak dilayan," kata Mona Abdel Moneim, salah seorang daripada pengundi wanita yang mengundi buat kali pertama di Daerah Shubra, di ibu negara itu. Pengundian untuk memilih Ahli Parlimen akan ditentukan menerusi tiga peringkat bermula di bandar raya utama iaitu Kaherah, Alexandria dan beberapa kawasan lagi dengan parti sederhana Islam, Muslim Brotherhood dijangka akan menang. Peringkat pemilihan yang dijangka lebih sulit ialah pemilihan pada perhimpunan penuh Parlimen yang dijangka berlangsung sehingga hujung Mac depan. Sejak dua minggu lalu tercetus demonstrasi besar-besaran apabila penunjuk perasaan meminta kerajaan sementara yang dipimpin tentera agar berundur. Tunjuk perasaan itu menyebabkan 42 terbunuh manakala lebih 3,000 lagi cedera. Sementara itu, proses pengundian dilaporkan berjalan dengan aman dan lancar dengan pusat pengundian ditutup sehingga jam 9 malam waktu tempatan sebelum proses pengiraan bermula. - AFP |
Posted: 28 Nov 2011 04:40 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - KUNCI...Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor. KUALA TERENGGANU: "Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar," kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut. Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini. Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu. Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan. Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi. metro/- |
Lagi tahanan mati dalam lokap polis Posted: 28 Nov 2011 04:30 PM PST 3 Muharram 1433H. [MOD] - Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas. "Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan. "Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi. - Bernama |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan