ZULKIFLI BIN NOORDIN |
Posted: 08 Oct 2011 01:06 AM PDT Salam 2 all. Teman ni dah dengar pembentangan bajet tak tau berapa kali, dan sebagai MP dah 3 kali. Tapi teman tak pernah berasa begitu berminat dengan pembentangan saperti yang dibentangkan oleh YAB PM semalam. Buat pertama kalinya teman berasa sangat teruja dan kagum dengan bajet yang dipanggil "Bajet Transformasi Nasional: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara". Pada teman, bajet ini merangkumi semua aspek kehidupan, duniawi dan kerohanian, mencakupi semua lapisan masyarakat, dari si fakir hingga ke korporat, dari penjaja hingga ke konglomerat, dari kanak-kanak sehingga warga tua, dari sektor swasta mahupun kerajaan, dari kakitangan biasa hingga ke pasukan keselamatan, merentasi semua agama dan kaum, tanpa mengorbankan prinsip Islam dan kepentingan Melayu, malah penjenayah pun mendapat habuan melalui penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Sebab itu teman labelkan bajet ini sebagai "BAJET SYUMUL", bajet yang merangkumi semua. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang boleh diberi penambahbaikan bagi memantapkan lagi bajet ini. Pertama mengenai kebenaran untuk semua pencarum KWSP menggunakan Akaun 2 untuk mendaftar bagi kerja haji sekiranya simpanan sudah mencukup RM1,300-00. Ini bermakna pencarum hanya perlu menunjukkan surat pengesahan daripada KWSP yang Akaun 2 mereka sudah mencukupi RM1,300-00 dan boleh terus mendaftar untuk mengerjakan haji, tanpa perlu wang itu dikeluarkan. Alhamdulillah sebenarnya ini adalah usul teman dalam bahas bajet tahun lepas. Teman ucapkan terima kasih khusus kepada YAB PM, YB Datuk Seri Husni Hanadzlah, YB Datuk Awang Adek dan pengurusan KWSP yang menjadikan usul itu satu realiti. Ini juga sebenarnya satu pengajaran berharga untuk teman. Kalau kita dekati para Menteri ini dengan cara baik, dan yakinkan mereka mengenai usul kita, insyallah mereka akan membantu dengan serius. Dah banyak kali teman melalui pengalaman sama. Samaada usul mengenai penghapusan amalan di Tugu Negara, koc khas wanita KTMB (komuter dan antara bandar), bas khas RapidKL untuk wanita, termasuk usul menghalang judibola, dan banyak lagi; teman dapati bila kita berusaha untuk berjumpa sendiri dengan Menteri dan kemukakan cadangan secara baik, insyallah mereka akan membantu! Cuma dalam isu KWSP untuk kerja haji ini, teman berharap YAB PM dapat menimbang untuk memberi kebenaran kepada pencarum yang mempunyai caruman yang mencukupi untuk membuat kerja Haji supaya dibenarkan mengeluarkan caruman daripada Akaun 2 untuk membayar kos kerja haji itu tanpa perlu menunggu sehingga berumur 55 tahun. Kerana pada teman, kerja haji ini adalah perkara rukun. Jadi elok benar kalau hal rukun ini diselesaikan secepat yang boleh. Caruman di KWSP adalah "pelaburan untuk hari tua", sedangkan mengerjakan haji adalah "pelaburan untuk hari akhirat". Teman akan usulkan perkara ini semasa bahas nanti (samada peringkat dasar atau kementerian). Kita berdoa semoga ianya diluluskan, insyallah. Begitu juga pakej bantuan kepada para pemandu teksi persendirian. Teman sangat mengalu-alukan pakej ini. Malahan tadi teman berkesempatan bertemu dengan sekumpulan pemandu teksi, dan mereka melahirkan rasa syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada YAB PM atas pakej tersebut. Kita berharap selepas ini kita akan dapat perkhidmatan teksi persendirian yang lebih selesa. Namun pakej ini boleh ditambah-baik dengan merangkumkan juga pengusaha Bas Sekolah. Kita tahu kebanyakan bas sekolah (termasuk van) berada dalam keadaan sangat usang lagi uzur. Sedangkan yang nak menaikinya adalah anak-anak kita juga, terutama dari golongan marhaen. Alangkah baiknya kalau pakej sokongan saperti yang diberi kepada pemandu teksi persendirian diberikan juga kepada pemilik dan pengusaha bas/ van sekolah. Teman juga mengucapkan terima kasih kepada YAB PM yang memberi pertimbangan untuk elaun dan sara perkhidmatan Ahli Parlimen dikaji semula untuk dinaikkan, sesuai dengan beban kerja dan kos yang makin meningkat. Cuma syaratnya kesemua Ahli Parlimen, Kerajaan dan Pembangkang mesti bersetuju. Yang teman pelik, tak pasal-pasal Anwar dan konco-konconya konon membantah. Teman kata pelik tu sebab antara yang lantang mendesak Kerajaan menaikkan elaun Ahli Parlimen ialah MP PKR sendiri. Contohnya Ahli Parlimen Kuala Langat. Dan teman menghormati pandangan MP Kuala Langat ini sebab beliau sangat berpengalaman dalam hal ehwal perkhidmatan, dengan pengalaman bertahun-tahun didalam kesatuan pekerja. Malah MP Kuala Langat ini duduk sama dengan teman dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen, dan beliau sendiri bersetuju, malah mendesak supaya elaun MP dikaji semula untuk dinaikkan. Tau-tau Bos dia Mat CD kata tak mahu. Pada teman ini semua kenyataan politiking konon mahu bersimpati dengan rakyat. Mat CD mungkin tidak memerlukan penambahan elaun MP, mungkin dia ada sumber pendapatan dan kewangan lain. Tapi teman cukup yakin ramai MP Pakatan pembangkang sendiri sangat mengalu-alukan kenaikan ini. Malah ada beberapa MP Pakatan yang sempat teman berhubung mengutuk Anwar kerana isu kenaikan elaun ini pun dia mahu putarbelit dan politikkan. Kata teman, nasyib ngkorang lah yeh, dapat bos kaki pembohong dan pemutar-belit saperti Anwar! Masalahnya dema tak berani nak tegur Anwar secara terus-terang, almaklumlah nak jaga piuk-nasik yop! Apa pun, teman cukup yakin rakyat jelata menyambut baik pembentangan bajet semalam. Ini adalah benar-benar bajet yang boleh membantu rakyat. Pada teman, ini adalah bajet yang membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat, dan mengotakan janji yang diberikan. Tidak saperti pembangkang, yang kononnya membentangkan apa yang mereka panggil sebagai bajet. Pada teman, itu adalah satu penghinaan kepada perkataan "bajet" itu sendiri. Sebenarnya apa yang mereka bentangkan adalah "gula-gula yang nak dirasuahkan kepada rakyat" semata-mata untuk mendapat sokongan dan undi untuk pilihanraya. Mereka boleh taburkan pelbagai janji, tapi mereka tidak perlu mengotakannya sebab mereka bukan kerajaan. Persoalan besarnya ialah dimana mereka nak ambil duit RM220 billion untuk mengotakan janji mereka tu. Ini semua tidak lain hanya untuk mengelabukan rakyat. Sebab itu teman pernah sebut, semasa Tun Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998, belaiu menyatakan antara sebabnya ialah kerana Anwar ni jahil (atau dengan kata lain BODOH) dalam hal mengurus ekonomi dan kewangan negara. Kita masih ingat semasa itu dunia termasuk Malaysia berdepan dengan krisis kewangan dan ekonomi yang sangat serius. Anwar memilih untuk menerima-pakai pakej pemulihan mengikut acuan badan Yahudi International Monetary Fund (IMF) yang hampir pasti akan menjahanamkan negara, dan menjadikan Malaysia "hamba tambatan" IMF. Bila Tun Mahathir kata dia pecat Anwar sebab BODOH dalam hal urusan ekonomi/ kewangan negara, teman kurang percaya. Tapi bila melihat "bajet 2012 Pakatan pembangkang" yang dibentangkan Anwar, teman rasa mungkin Tun Mahathir itu betul. Apa pun, teman yakin Bajet Tranformasi yang dibentangkan oleh YAB PM menjadikan "bajet" pakatan pembankang setakat Kitab Jinggay ajelah yop! Dan teman ada juga dengar lalakan segelintir kaum Anwarinas yang mendakwa Bajet Transformasi ni menciplak Bajet Pakatan pembangkang. Isyk..isyk..isyk..sampai macam tu sontot otak kaum ni. Teman cukup yakin dema bukan sahaja tak baca Bajet Transformasi, malah dema tak baca pun bajet dema sendiri. Kalau dema baca Bajet Transformasi dengan Bajet pembangkang, jauh langit dengan bumi. Dan yang paling malang, ada antara kaum Anwarinas ni mengutuk Bajet Transformasi ni sebagai bajet duit haram. Kalau macam tu, teman cabar kaum Anwarinas ni supaya jangan sentuh sesen pun duit bajet ini. Dan bagi kakitangan Kerajaan, GLCs, badan berkanun Kerajaan dan lain-lain yang beriya sangat menyembah pembangkang dan mengutuk bajet Kerajaan sebagai bajet haram, eloklah berhenti serta merta daripada pekhidmatan. Pergilah bekerja dengan anak jantan Kitsiang tu ke, atau dengan Nik Aziz ke. Jangan kerja dengan Mat CD yop, takut dia nyonDOLL mike macam Azizan dengan Saiful kena tu! Ni tidak, bila Kerajaan usulkan semua tak betul, semua haram. Tapi bila diberi bonus, kenaikan gaji dan macam-macam lagi, biasanya kaum ni yang rembat paling lahap dan rakus!!! Apa pun, teman ucapkan terima kasih kepada YAB PM atas pembentangan Bajet Transformasi semalam, bajet yang mendengar suara rakyat, dan mengotakan janji Kerajaan. Bajet yang merangkumi semua aspek dan lapisan kehidupan, suatu Bajet Syumul! Bravo! Adios amigos, grasias senor. Wallahua'lam & Wassalam. Zulkifli Bin Noordin Sabtu 10 Zul Qaedah 1432 08 Okt 2011 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan