Sabtu, 8 Oktober 2011

.

.


Bajet: Reaksi pemimpin Pakatan Rakyat

Posted: 07 Oct 2011 05:40 PM PDT

Bajet: Reaksi pemimpin Pakatan Rakyat


Mahfuz Omar (Pokok Sena)

Gembira kerana kerajaan mengambil tawaran-tawaran dalam bajet Pakatan Rakyat, "yang penting rakyat dapat sesuatu."

NONE"Tetapi apa yang saya bimbang, banyak bantuan itu bersifat one off. Apakah jaminan bahawa bantuan ini tidak akan ditarik balik selepas ini?

"Segala pemberian itu dapat ditarik balik oleh PM mengikut harga minyak yang diumumkan pada masa akan datang."

"Tidak bersetuju dengan pengecualian cukai ke untuk pengusaha teksi, sebab yang untung syarikat teks.

"Mereka ini yang banyak dapat permit daripada kerajaan, bukannya pemilik teksi individu."

Lim Guan Eng

Bantuan yang diberikan kepada rakyat itu kali pertama diberikan. Sebelum ini tidak diberikan langsung, tentulah kita rasa itu amat wajar. Tapi jumlah yang diberikan amat kecil (bantuan untuk warga emas).

lim guan engLebih baik beri RM1,000 seperti dicadangkan Buku Jingga. Kita tidak tahu apakah ia hanya diberikan setiap tahun atau hanya lima tahun sekali.

Hanya masa pilihanraya saja bagi, lepas itu tak ada bagi lagi. Bukan macam negeri Pakatan Rakyat, setiap tahun kita bagi tak kira ada pilihan raya atau tidak.

Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai)


Saya bimbang, tak tahu kerajaan nak dapatkan dari mana sumbernya untuk perbelanjaannya.

nurul izzah 050407 smilePotongan perbelanjaan pun tidak disebut, kemudian mahu ditambah pula elaun untuk ahli parlimen.

Kita nak perkasakan parlimen tetapi tidak semestinya dengan naikkan gaji ahli parlimen bila masa rakyat terbanyak sedang susah.

Dalam pendidikan, dan juga elaun kepada kerajaan, dan juga bonus kepada pesara itu serupa.

Saya tidak tolak, demi rakyat kita terbuka. Pertembungan idea, dasar diambil merupakan idea terbaik demi rakyat.

Tian Chua (ahli parlimen Batu)

PM sebut budaya politik baru, konfrontasi antara kerajaan dengan pembangkang itu bukan lagi corak budaya yang hendak diteruskan. Kita setuju.

Tapi kalau ini hendak diteruskan, bukan saja atas mulut saja. Media tian chua 01 240505harus dibuka supaya kedua-dua pihak dapat berbahas dan membanding.

Penekanan Pakatan dalam tiga tahun ini ialah kebajikan. Kita telah berjaya alihkan tumpuan ekonomi dulu, BN dengan projek mega, kini ada persamaan dalam tumpuan kepada golongan bawahan.

Orang yang terima gaji lebih rendah, keluarga miskin dapat bantuan. Tapi tak cukup dengan bantuan one off.

Lebih penting lagi ialah kukuhkan institusi supaya pembahagian harta negara ini lebih telus dan adil.

Kita juga tekankan kecekapan institusi kerajaan di mana rasuah dapat dikurangkan dan ketirisan dikurangkan.

Ini tidak banyak ditekankan dalam bajet PM, contohnya pengukuhan SPRM, Suhakam, dan kehakiman. Ini tidak disebut dalam belanjawan.


Source: http://malaysiakini.com/news/178035

Tiada ulasan:

Nuffnang