Rabu, 19 Oktober 2011

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS 18 Oktober 2011

Posted: 18 Oct 2011 09:34 PM PDT

Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas (2011)

SOALAN KE-10. PR-1243-L45299

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah tahap
perancangan dan perlaksanaan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya
Kesaksamaan Peluang (Equal Opportunity Commission) untuk
merealisasikan objektif penubuhan suruhanjaya tersebut.

JAWABAN MENTERI:-

Tuan Yang Di-Pertua,

Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang (Equal Opportunity Commision). Konsep 1 Malaysia yang berteraskan negara berpendapatan tinggi, terangkum dan mampan adalah intipati kepada hala tuju negara. Empat prinsip utama iaitu, mesra pasaran, berdasarkan keperluan, berasaskan merit dan ketelusan untuk memastikan setiap rakyat menikmati peluang yang saksama sudahpun mula dilaksanakan dalam GTP dan ETP.


Ulasan:

Kita hairan dengan dasar dan pendirian flip flop PM Najib Tun Razak sedangkan pada tahun 2010 PM Najib sendiri yang telah mengesorkan dasar dan suruhanjaya ini. Pimpinan harus ada keyakinan dan konsisten dalam mencadangkan dasar dan prinsip. Apakah ada desakan oleh pihak-pihak tertentu sehingga penubuhan suruhanjaya ini dibatalkan? Mohon PM Najib memberi respond?

SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS

Posted: 18 Oct 2011 08:37 PM PDT


Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas (2011)

17 OKTOBER 2011 - ISNIN

PR-1243-L45289


Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta
MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) rasional cadangan Kerajaan sering menukar kegunaan
pesawat pejuang bermula dengan Nortrop F5 kepada
Skyhawk A4 (kedua-duanya buatan Amerika) dan akhir
sekali kepada MIG (Rusia); dan

(b) sekarang merancang membeli pesawat baru pula dari
Rusia.

JAWABAN - Menteri :

Tuan Yang Di-Pertua,

Tindakan Kerajaan menambah atau menggantikan pesawat sedia ada TUDM adalah selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan teknologi moden yang berkembang dari masa ke semasa. Ini adalah penting untuk mengurangkan jurang perbezaan keupayaan atau teknologi pesawat TUDM bagi menghadapi senario dan perkembangan ancaman serantau.

Buat masa ini Kementerian tiada perancangan untuk membeli pesawat baru dari Rusia.

Tiada ulasan:

Nuffnang