Anwar Ibrahim |
- Parti KEADILAN Rakyat Tidak Akan Sertai Himpunan Sabtu Ini
- Pakatan Tubuh Jawatankuasa Kaji Laporan Audit
- DSAI Terima Kunjungan Hormat Speaker MPR Muhammad Tawfik Kiemas Serta Ahli Parlimen Indonesia
- Debat Anwar-Najib: Akademi Penulisan Tawar Jadi Penganjur
- Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak
Parti KEADILAN Rakyat Tidak Akan Sertai Himpunan Sabtu Ini Posted: 19 Oct 2011 03:42 AM PDT This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Pakatan Tubuh Jawatankuasa Kaji Laporan Audit Posted: 19 Oct 2011 03:32 AM PDT Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sudah membentuk jawatankuasa untuk mengkaji isi kandungan Laporan Audit Negara yang belum diterima oleh Dewan Rakyat sehingga hari ini. Ahli Parlimen Kuantan, Azan Ismail berkata, jawatankuasa tersebut melibatkan lima wakil Pakatan Rakyat, bagaimanapun belum menamakan invidu-individu tersebut. “Buat pertama kali kita tubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji segala aspek dalam laporan audit yang sudah hampir dua minggu lewat daripada waktu sepatutnya ia dikeluarkan,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, jawatankuasa itu juga akan mengemukakan pandangan Pakatan Rakyat tentang laporan audit yang akan dikeluarkan dan mencari sebab kenapa ia lambat dikeluarkan. “Jawatankuasa ini bukan sahaja untuk mengkaji isi kandungan semata-mata tapi kita nak kemukakan pandangan kita sebagai satu pandangan daripada pembangkang untuk lihat kenapa berlaku kelewatan yang sangat ketara ini,” katanya. Menurut beiau juga, jawatankuasa tersebut akan mengkaji dan membuat perbandingan Laporan Audit Negara dengan laporan-laporan lain termasuk laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dan laporan GLC. “Kita akan maklumkan penemuan daripada jawatankuasa ini walaupun penemuan itu baik kepada kerajaan atau sebaliknya, kita akan maklumkan,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Isnin lalu, Ahli Parlimen Salahuddin Ayub mengemukakan usul di Dewan Rakyat meminta Speaker menjelaskan tentang kedudukan laporan audit tersebut. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menjelaskan pihak Parlimen sehingga waktu itu masih belum menerima Laporan Audit Negara dan menyifatkan parlimen juga senasib dengan Ahli Parlimen yang lain. |
DSAI Terima Kunjungan Hormat Speaker MPR Muhammad Tawfik Kiemas Serta Ahli Parlimen Indonesia Posted: 18 Oct 2011 10:16 PM PDT Keadilan Daily Kunjungan selama kira-kira dua jam itu berlangsung di Kelab Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, yang turut dihadiri pimpinan tertinggi KEADILAN, kira-kira jam 8.30 malam. Pertemuan dalam suasana mesra itu menyaksikan kedua pihak berbincang mengenai soal demokrasi dan hubungan kerjasama antara kedua negara Taufiq, yang juga Ketua Dewan Pertimbangan Pusat Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), juga dikenali sebagai suami Presiden Indonesia kelima, Megawati Soekarnoputri. MPR adalah lembaga legislatif bikameral yang merupakan salah satu lembaga tertinggi negara dalam sistem ketatanegaraan Indonesia. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Debat Anwar-Najib: Akademi Penulisan Tawar Jadi Penganjur Posted: 18 Oct 2011 09:01 PM PDT Sebuah akademi penulisan sedia menjadi penganjur bagi debat antara Ketua Pembangkang, dan Perdana Menteri berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012. Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu merupakan perkembangan sihat bagi membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. "Perdebatan seperti ini akan memberi ruang yang adil kepada rakyat untuk menilai secara rasional dasar-dasar yang digarap demi kepentingan mereka. "Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim," kata Hilman dalam satu kenyataan media. Katanya, pihaknya akan menghantar undangan kepada perdana menteri dan ketua pembangkang itu, Jumaat ini. "Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat," ujar Hilman. Isnin lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentang baru-baru ini. Ia berikutan kenyataan Najib mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya gagal memahami kehendak rakyat. Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, debat itu juga perlu disiarkan secara langsung melalui televisyen ke seluruh negara |
Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak Posted: 18 Oct 2011 04:55 PM PDT DEMI RAKYAT Khamis 20 Oktober 2011 Program 1 6.00 – 7.30 mlm – Ceramah Demi Rakyat di Parlimen Mambong Lokasi: No 155, Kampong Seratau, Jalan Kucing / Serian, Serian. Program 2 8.00 – 9.00 mlm – Ceramah Demi Rakyat di Parlimen Mas Gading Lokasi : Caguor Café, Kampong Sebuloh, 4th Mile Bau / Lundu Road, Bau Program 3 10.00 – 11.00 mlm – Ceramah Demi Rakyat di Parlimen Santubong Lokasi: Buntal Seafood, Kampong Buntal, Petrajaya, Kucing. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan