:: cina islam | 2011 :: |
- Apa rasional burukkan PAS di kursus imam, bilal
- Solar Ranger 2 Uniten sertai cabaran dunia
- Tiada Persidangan Dewan Rakyat Pada 25 Oktober
- 77 kes cerai setiap hari
- Kisah Pemuda Yang Mengawal Nafsu
- Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun
- Kerajaan Negeri Sokong Muzakarrah Perkasa Sekolah Agama
- Lelaki tangkap 13,000 burung liar dipenjara
- Warga Asing Dipaksa Ikrar Undi BN
- Remaja Maut Dipanah Petir
- Pesawat Tentera Terhempas: Enam Dikhuatiri Maut
- PAS Perak bantah UMNO tayang video lucah.
- Buku Kisah Najib Tak Laku Dipasaran!!!.
- SPR tiada alasan lengah guna dakwat kekal
- Zionis enggan kendur kepungan
- Program SEJATI Bantu Warga Tua, OKU
- Pembohongan & Fitnah Blogger Umno Terdedah Luas
- Somalia serah PM laporan jurukamera Bernama mati ditembak
- TV tak sesuai untuk budak
- Projek Pembesaran Mina bermula tahun depan
- Jerung bermata satu ditemui di Teluk California
- Lapangan terbang angkasa pertama dunia dibuka
- Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran
- Drebar teksi jadi mumia
- Himpun: Tidak sertai bukti PAS beretika
Apa rasional burukkan PAS di kursus imam, bilal Posted: 19 Oct 2011 12:40 AM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mempersoal rasional kerajaan mewajibkan imam, bilal dan siak masjid di Kedah dan Pulau Pinang menyertai kursus berunsurkan politik khususnya memburuk-burukkan PAS. Menurut Firdaus, beliau menerima maklumat daripada beberapa imam, bilal dan siak bahawa mereka diwajibkan hadir ke Kursus Pemantapan Nilai Islam di Institut Pembangunan Desa Infra, Bangi pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu. Namun katanya, mereka terpaksa mendengar ceramah brain wash memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ditayangkan video perhimpunan Bersih 2.0, Jemaah Islam (JI) dan Al-Maunah. "Saya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagitahu siapa yang gunakan imam dan bilal untuk kepentingan politik," kata Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat mempertikai perkara itu apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata bahawa elaun dan kursus adalah perkara berbeza. Firdaus sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat sebelum itu meminta Jamil menyatakan pihak mana yang terlibat menganjurkan kursus tersebut. Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat menaikkan elaun siak masjid selari dengan kenaikan elaun imam dan bilal, baru-baru ini. Jamil bagaimanapun tidak menjawab soalan Firdaus mengenai kursus tersebut sebaliknya berkata kerajaan pusat hanya bertanggungjawab terhadap elaun imam dan bilal manakala elaun siak tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri. Ekoran jawapan itu, Firdaus membangkitkan mengenai kursus melibatkan ketiga-tiganya itu. "Kalau menteri kata elaun imam dan bilal berbeza dengan elaun siak, kenapa libatkan siak dalam kursus ini? "Saya ada bukti bergambar, rakaman mengenai apa yang diperkatakan dalam kursus ini," katanya. Tambahnya, peserta kursus turut diberikan buku berjudul PAS bukan parti Islam. Elaun bagi imam dan bilal ialah RM750 daripada Kerajaan Pusat dan RM50 daripada kerajaan negeri. Manakala elaun bagi siak ialah RM290 yang dibayar kerajaan negeri. harakahdaily/- |
Solar Ranger 2 Uniten sertai cabaran dunia Posted: 19 Oct 2011 12:30 AM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - PESERTA pasukan Solar Ranger 2 Uniten membuat persiapan terakhir sebelum menyertai pertandingan Cabaran Kereta Solar 2011 di Darwin, Australia kelmarin. KUALA LUMPUR - Pasukan Solar Ranger 2, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kini dalam misi perlumbaan kereta solar pada Cabaran Kereta Solar 2011 di Darwin, Australia yang berlangsung selama tujuh hari bermula kelmarin. Uniten dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, cabaran itu bermula di Darwin sehingga ke Adelaide yang kesemuanya melibatkan sebanyak 42 pasukan dari seluruh dunia. Menurut kenyataan itu, para peserta harus menghabiskan perjalanan sejauh 3,000 kilometer (km) dengan menggunakan tenaga solar bagi menjana kuasa keseluruhan kereta mereka. "Pasukan kami telah tiba di Darwin pada 4 Oktober yang lepas untuk persiapan akhir perlumbaan. Uniten Solar Ranger 2 telah berjaya melepasi dua ujian yang ditetapkan iaitu ujian statik dan dinamik. "Pada hari pertama perlumbaan, pasukan kami telah berada 300km dari Darwin dan masih berusaha memperbaiki kedudukan," ujar kenyataan itu. Jelas kenyataan itu lagi, Uniten mengharapkan kereta Solar Ranger 2 akan memperolehi kemenangan pada perlumbaan itu. Antara pihak yang terlibat dalam pembuatan kereta solar tersebut ialah Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airlines Berhad dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). kosmo/- |
Tiada Persidangan Dewan Rakyat Pada 25 Oktober Posted: 19 Oct 2011 12:15 AM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Tiada persidangan Dewan Rakyat pada 25 Oktober depan iaitu sehari sebelum sambutan perayaan Deepavali pada 26 Oktober. Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada permulaan sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat. "Saya menerima perutusan daripada Perdana Menteri bahawa tidak akan diadakan persidangan Dewan Rakyat hari Selasa, 25 Oktober berikutan sambutan Deepavali keesokkan harinya. "Sehubungan itu saya ingin meminta bahawa semua soalan lisan pada hari berkenaan dijawab secara bertulis," katanya di sini, Khamis. Minggu lalu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran meminta pertimbangan kerajaan agar menangguhkan persidangan pada 25 Oktober kerana ia akan menyukarkan ahli Parlimen terutamanya yang beragama Hindu untuk membuat persediaan menyambut perayaan tersebut. Mstar/- |
Posted: 19 Oct 2011 12:00 AM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - PENYANYI Kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali adalah antara senarai pasangan yang bercerai tahun lalu selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan Shazlin Sharif selepas lima tahun berkahwin. KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu. Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu. Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan. Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri. Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza. "Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif. Kosmo |
Kisah Pemuda Yang Mengawal Nafsu Posted: 18 Oct 2011 11:50 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Nabi s.a.w berbda dr Abi Hurairah: "Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (diantranya) dan lelaki yg diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan semesta alam.(Bukhari dan Muslim) Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dgn batu besar. salah seorang bertawassul dgn amalannya seperti berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan . Suatu hari dia dlm kesusahan dan meminta kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari wang sebanyak yg diminta dan memberinya dgn syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun menyerahkan tubuhnya dlm keadaan terpaksa. Ketika aku berada dicelah kedua pehanya; dia pun berkata "Hai Abdullah hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan janganlah dicabut dara melainkan dgn pernikahan. " Lantas aku terus bangkit meninggalkannya bersama wang seratus dinar. Sekiranya engkau tahu aku melakukannya itu kerana Mu ya Allah maka bukalah pintu gua ini." Maka Allah membukanya sebahagian.(Hr Bukhari dan Muslim) Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanmu kagum dgn pemuda yg tidak mengikut keinginan hawa nafsunya." (Hr Ahmad) Pada zaman dulu di kufah, Iraq ada seorang pemuda yg cantik dan sgt kuat beribadat dan melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia tutun bersama kaumnya dan terpandang seorang wanita yg sgt lawa; lalu terpikat dan sgt cinta kpd wanita itu. Wanita itu juga terpikat dgn pemuda tadi. Pemuda itu terus meminangnya tetapi ditolak kerana dia sudah bertunang dgn sepupunya. Apabila cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka; wanita itu terus menghantar surat yg tertulis "Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu. Jika kamu setuju aku akan menziarahimu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dgnmu." Lalu si lelaki itu menjawab "Aku tidak memilih salah satu dr 2 pilihan ini. (ayat Quran)aku takut azab pd hari kiamat yg agung sekiranya aku membuat maksiat kpd tuhanku."(15: Al-Anam) aku takut api neraka yg tidak akan terpadam dan tidak hilang kepanasannya. " Apabila wanita itu mendengar kata2 lelaki tadi terus dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama." Kemudian wanita itu terus meninggalkan dunia dan beribadat sungguh2. Walaupun begitu cinta pemuda itu makin memuncak sehingga akhirnya mati kerana cintanya. Pemuda itu menziarahi kubur wanita itu sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur. Dlm tidurnya dia bermimpi menjumpai wanita itu dlm keadaan yg amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dgn keadaanmu dan apa yg kamu buat setelah kematianku." dan wanita itu mendedangkan satu rangkap syair: "Sebaik2 cinta wahai permintaanku adalah cinta kpdmu ; cintamu membawa kepada kebaikan dan ihsan" Lelaki itu bertanya "Apa yg engkau dapat sekarang?" Wanita itu menjawab: "Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah" Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kpd Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh2 utk mendapatku. " Lelaki itu bertanya "Bila aku boleh berjumpa dgn mu?" Wanita itu menjawab "Engkau bertemu dgn ku tidak lama lagi." Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya. Marilah kita bersama2 meninggalkan hubungan cinta melainkan setelah kita berkahwin. Jauhkanlah maksiat dan wujudkan hubungan Allah dgn inteam. -khalifah |
Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun Posted: 18 Oct 2011 11:40 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini. Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam. Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur. "Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily. Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini. Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini. Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama. "Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat. Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain. Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah. Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain. "Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil. "Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu," katanya. HARAKAHDAILY/- |
Kerajaan Negeri Sokong Muzakarrah Perkasa Sekolah Agama Posted: 18 Oct 2011 11:30 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 19 OKT : Usaha Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis pendidikan seluruh negara yang menganjurkan Muzakarrah Pertubuhan Pendidikan Islam NGO disokong penuh oleh kerajaan negeri. Ini kerana muzakarrah ini bertujuan mengangkat pendidikan Islam sebagai keutamaan dalam bidang akademik. Selaini itu kata, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, ia juga bertujuan membincangkan kedudukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor yang tidak diberikan tumpuan khas berbanding sekolah jenis kebangsaan (SJK) lain semasa pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri baharu-baharu ini. Menurut Dr Halimah, menerusi muzakarrah ini juga, NGO dan aktivis pendidikan yang terlibat telah bersatu bagi membincangkan kedudukan SAR sekaligus bertindak sebagai suara padu yang akan dibawa ke hadapan untuk memberi indikasi kepada pihak kerajaan yang mengatur dana bagi tujuan pendidikan. "Jadi sudah tentunya kerajaan negeri mendengar rintihan daripada NGO yang mengusahakan SAR dan kita melihat mereka perlu dibantu serta disokong dan kita juga memberikan ruang serta peluang untuk bersama-sama memikirkan bagi menilai semula ke arah mana sebenarnya aliran pendidikan Islam ini di dalam agenda kerajaan Malaysia yang memerintah. "Jadi kita juga telah mewujudkan Mappis ini sebagai usaha serius untuk memastikan SAR mendapat perhatian yang sewajarnya sama ada daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri," katanya. Tambah beliau, sebagai menghargai pengupayaan Mappis yang bertindak sebagai sendi penting dari perspektif kerajaan Selangor, kerajaan negeri turut menyumbangkan dana tambahan bagi tujuan pembangunan pendidikan supaya NGO yang turut terlibat boleh bersatu dan memperkasakan lagi pendidikan Islam di masa hadapan. Sementara itu, Pengerusi Mappis, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam berkata, beberapa resolusi telah dicapai semasa muzakarrah itu antaranya mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan Islam khususnya di Selangor selain mengupas tujuh isu utama untuk diketengahkan, digarap serta dibincang selanjutnya menerusi Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia yang bakal berlangsung bulan depan di Shah Alam. Bercakap lanjut mengenai isu yang bakal dibincangkan semasa konvensyen nanti, Zainal menjelaskan ia termasuk mempertimbangkan sama ada sistem pendidikan Islam sedia ada harus kekal sebagai sistem pendidikan sampingan atau dijadikan sistem pendidikan arus perdana(utama). TV NEWS/- |
Lelaki tangkap 13,000 burung liar dipenjara Posted: 18 Oct 2011 09:30 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - SEJUMLAh burung dan ayam yang dikurung di dalam reban ayam di rumah Pierre Johansson di Hudiksvall, Sweden. STOCKHOLM - Seorang lelaki Sweden yang menangkap 13,000 burung liar dan mengurung hampir ratusan haiwan itu di dalam sebuah rumah telah disabitkan atas kesalahan menyeksa haiwan dan pemburuan haram. Mahkamah Daerah Hudiksvall kelmarin menjatuhkan hukuman penjara satu tahun enam bulan terhadap lelaki berkenaan, Pierre Johansson, 39, kerana menggunakan jaring dan perangkap yang menyalahi undang-undang untuk menangkap burung-burung tersebut. Antara burung yang ditangkap ialah burung hantu, helang, pipit, ayam, dan belatuk. Selepas merakamkan aktiviti penangkapan tersebut, dia telah membebaskan beberapa ekor burung tersebut tetapi masih bersalah atas kesalahan mengurung ratusan burung lagi di dalam sangkar dan dikunci termasuk sebuah reban ayam di garaj rumahnya. Johansson mengaku tidak bersalah dengan menyatakan perbuatannya itu adalah untuk memberi perlindungan kepada burung-burung tersebut pada musim sejuk dan tidak berniat untuk menyeksa haiwan itu. - Agensi |
Warga Asing Dipaksa Ikrar Undi BN Posted: 18 Oct 2011 09:20 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Kuala Lumpur: PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar mengundi parti kerajaan. Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ikrar secara lisan itu dilihat saksi yang berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya. Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai. "Wanita itu kemudiannya memberi taklimat tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor. Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort. Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan. "Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini," kataya. Himpunan di Parlimen Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 ini bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit. Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan, Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC). Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN. "Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu. "Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu," katanya. -FMT |
Posted: 18 Oct 2011 09:15 PM PDT |
Pesawat Tentera Terhempas: Enam Dikhuatiri Maut Posted: 18 Oct 2011 09:00 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KATHMANDU: Sebuah pesawat tentera yang membawa enam orang terhempas pada Selasa di kawasan simpanan berburu di tengah barat Nepal, kata pihak tentera. Pesawat Britten-Norman Islander dalam perjalanan pulang ke Kathmandu selepas menamatkan misi menyelamat di barat daya sempadan India apabila terputus hubungan dengan menara kawalan. Kedudukan tempat pesawat terhempas dan nasib enam penumpang serta anak kapal, kesemuanya rakyat Nepal tidak dapat dipastikan ketika anggota penyelamat bergegas selepas saksi terdengar letupan sebelum ternampak kapal terbang itu terhempas di tepi bukit dan terbakar. -AFP |
PAS Perak bantah UMNO tayang video lucah. Posted: 18 Oct 2011 08:58 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Hafez Sabri IPOH:Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat. Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini. Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir. Memetik ucapan beliau, "PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah". Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut. PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya. Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa. "Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti," ujar beliau. |
Buku Kisah Najib Tak Laku Dipasaran!!!. Posted: 18 Oct 2011 08:50 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Korang ingat tak lagi buku mengenai Najib yang bertajuk 'Najib Razak : Prime Minister of Malaysia' yang diterbitkan pada 15 June 2009 dan ditulis oleh Chamil Wariya? Dari synopsis buku tersebut yang kelihatan hanyalah ayat-ayat mengampu Najib sahaja, antaranya Najib dikatakan beliau telah mengikuti jejak langkah Ayanhnya Tun Razak sebagai seorang Ahli Politik yang berjaya, malah melebihi pencapaian Ayahnya Tun Razak'.. Buku tersebut dikhabarkan oleh seorang sahabat kini dijual di MPH dengan potongan harga 50% dari harga asalnya iaitu RM19.90.. Bagaimanapun biarpun telah diberikan potongan hingga 50% buku tersebut masih gagal menarik pembeli.. atau dalam lain ayat TAK LAKU. Kesian kat Najib.. tak ramai rakyat Malaysia yang nak tahu pasal dirinya biarpun dah berpuluh juta ringgit dihabiskan untuk membina imej.. Kenapa 3 Juta Ahli UMNO itu tidak berminat memilikinya agaknya? -Anaksungaiderhaka |
SPR tiada alasan lengah guna dakwat kekal Posted: 18 Oct 2011 08:50 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 19 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) agar segera melaksanakan tuntutan rakyat iaitu penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13. Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap proses menunggu 'lampu hijau' dari Majlis Fatwa Kebangsaan telah selesai kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan mengenai hukum tersebut. Justeru, jelasnya DPPM memetik kenyataan daripada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Cetakan Kedua 2010, terbitan JAKIM, m/s 144 yang menyebut bahawa: "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Inedible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Inedible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Inedible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Inedible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja." "Bagi DPPM, Fatwa ini terang dan jelas bahawa tiada masalah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU ke-13 nanti," katanya. Justeru, tegasnya SPR tidak perlu berlengah dan tidak perlu bimbang kerana hukum dari pihak yang berautoriti dalam bidang agama telah dikeluarkan lebih awal. Beliau menambah, rakyat khususnya umat Islam akan selamat dengan kaedah ini kerana ia tidak akan mengganggu amal ibadat serta mengandungi perkara yang syubhat mahupun haram. Menurutnya, DPPM mengingatkan bahawa SPR sedang menjadi bahan cemuhan dan mendapat krisis ketidakyakinan bukan setakat rakyat di Malaysia, bahkan masyarakat dunia. Bagi mengelakkan prasangka yang lebih buruk, katanya SPR perlu melaksanakan sistem celup jari secepat mungkin. Setidak-tidaknya, ujar beliau rakyat akan memberi sedikit harapan dan kepercayaan bahawa SPR sedang berusaha menjadikan sistem pilihan raya di Malaysia bebas, bersih dan adil. Justeru, tambahnya DPPM meningatkan agar SPR tidak mencari dalih lain bagi melengahkan pelaksanaannya dalam PRU ke-13 nanti. Jika tidak, katanya SPR akan dianggap gagal dan rakyat tidak akan memaafkan kesalahan besar ini buat selama-lamanya. "Jangan hampakan harapan rakyat Malaysia yang inginkan satu sistem pilihan raya yang bersih, adil, telus dan diyakini. "Usahalah agar sistem pilihan raya di Malaysia menjadi antara yang terbaik di dunia," ujarnya. harakahdaily/- |
Posted: 18 Oct 2011 08:40 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - RAMALLAH: Tentera Israel tidak akan mengendurkan kepungan terhadap Semenanjung Gaza walaupun selepas pembebasan anggota tenteranya, Gilad Shalit sebagai pertukaran kepada pembebasan 1,027 tahanan Palestin. Radio Tentera Israel memetik pegawai rejim berkenaan sebagai perkata, kepungan tetap diteruskan untuk menghalang penyeludupan senjata ke Semenanjung Gaza. Menurut laporan itu, isu kepungan tidak dibangkitkan ketika perbincangan Kabinet untuk meluluskan perjanjian berkenaan. Rejim Zionis itu berkata demikian sehari selepas Presiden Mahmod Abbas menggesa Israel menarik balik kepungan itu. - Agensi |
Program SEJATI Bantu Warga Tua, OKU Posted: 18 Oct 2011 08:30 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - PETALING JAYA :Sekurang-kurangnya dua buah keluarga miskin dari kalangan orang kelainan upaya (OKU) terpilih menerima bantuan menerusi Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) yang dianjurkan oleh Pejabat Dun Taman Medan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) di sini hari ini. Adun Taman Medan, Haniza Talha ketika berucap pada majlis pelancaran program SEJATI berkata pihaknya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan seperti hari ini. Namun mengingatkan penduduk agar bersikap tidak hanya menerima sebaliknya berusaha untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin selaras dengan corak bantuan negeri Paktan Rakyat yang memberi joran dan bukannya memberi ikan. "Kita mesti bantu diri kita sendiri dalam mencari kehidupan yang lebih baik, jadi apa yang saya harapkan kita sama-sama semai benih bantu membantu, benda yang berat menjadi ringan dan yang sedia ringan bertambah ringan,"katanya. Sementara itu, Puan Fatimah Raihan Ayop, 64, yang terpilih menerima bantuan hari ini menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih di atas keperihatinan MBPJ dan Adun Taman Medan. Beliau bergantung harap sepenuhnya kepada kerusi roda akibat mengalami sakit lutut yang kritikal sejak tujuh tahun lalu. Keadaan ini menyukarkan pergerakkan beliau untuk ke tandas. "Susah juga pergerakan mak cik, terpaksa berpaut pada kerusi roda untuk melakukan apa-apa kerja, sampai pintu bilik air, kerusi roda ini tidak boleh lalu, jadi perkara seperti ini menyukarkan mak cik untuk mandi dan buang air," jelasnya. Melihat kepada keperluan ini, MBPJ menaiktaraf kemudahan tandas sedia ada di kediaman Fatimah yang melibatkan kerja-kerja mengubahsuai tandas cangkung kepada tandas duduk, penyambungan paip, pemasangan jubin dan pemegang (handrail) yang menelan belanja sekitar RM1,900. Kegembiraan yang sama turut dikongsi N.Vasanthimalar A/P P.Narayanan, 45, ibu kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang lumpuh dan hilang daya penglihatan akibat demam panas ketika berusia enam bulan apabila menerima bantuan kerusi pancuran (Shower Chair) "Selepas anak saya kena demam panas, dia diserang sawan dan dimasukan ke wad icu selama hampir sebulan, sejak dari kejadian itu sehinga sekarang keadaan fizikalnya kekal seperti hari ini," ceritanya sayu. Dua keluarga yang terpilih menerima bantuan SEJATI hari ini, merupakan keluarga perintis sebelum program ini diteruskan ke atas 110 keluarga miskin OKU yang telah tersenarai menerima bantuan dikawasan pentadbiran MBPJ. tv news/- |
Pembohongan & Fitnah Blogger Umno Terdedah Luas Posted: 18 Oct 2011 08:23 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - http://greenboc.blogspot.com
Berikutan pendedahan bahawa ada anak seorang VVIP meraba tetek rakan sekolahnya, beberapa blog pro-Umno dengan membabi buta membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Dan amat malang dan lucu sekali, apabila Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian turut percaya dengan berita pembohongan tersebut.Macam mana seorang menteri begitu mudah percaya dengan spekulasi bodoh macam itu? Jelas, dia ni memang tidak patut jadi seorang menteri pun!Elok join Beraim Ali tidor kat Parlimen ajerrr! Beriya-iya benar blogger pencacai Umno memaparkan gambar budak-budak tersebut seperti diatas yang di mulakan oleh blogger ini di sini dan diikuti oleh yang lain- seperti di sini dan di sini . Saya tidak pasti sama ada gambar budak lelaki tu benar anak LGE.Rakan-rakan lain tentu boleh tolong komfomkan nanti. Tetapi gambar budak perempuan tu adalah dari gambar asalnya seperti dibawah: kaitan degn isu tersebut. Klik sini Kantoi blogger pencacai Umno! Lim Guan Eng telah pun menafikan cerita merepek mereka.Tidak ada bukti yang kukuh seperti mana gerombolan itu nyatakan yang kononnya LGE cuba menutup isu tersebut dengan RM200ribu! Kita minta Mat Indon Mali (blogger MiM) yang mendakwa dengan berkata, "Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !" supaya membuktikan kata-katanya itu. Nampak sangat gerombolan pencacai Umno ini munafiq! -al-husseyn
|
Somalia serah PM laporan jurukamera Bernama mati ditembak Posted: 18 Oct 2011 08:19 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Selasa menerima laporan terperinci daripada kerajaan Somalia mengenai insiden yang mengorbankan jurukamera Bernama TV (BTV) allahyarham Noramfaizul Mohd Nor semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan, 2 September lepas. Laporan itu diserahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Somalia Mohamed Mohammud H Ibrahim ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di pejabatnya di Bangunan Parlimen hari ini. Ketika pertemuan itu, kerajaan Somalia turut menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia atas kejadian terbabit. Allahyarham Noramfaizul terkorban akibat terkena tembakan curi ketika berada di Mogadishu untuk membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia. Dalam kejadian itu, jurukamera TV3, Aji Sarigar Mazlan turut mengalami kecederaan di lengan akibat terkena serpihan peluru yang menembusi bahu Noramfaizul. Dipetik Bernama Online, Mohamed yang juga Menteri Luar Somalia memberikan jaminan bahawa kerajaannya akan mengambil semua usaha untuk melindungi rakyat Malaysia apabila mereka pergi ke Somalia di masa depan. "Saya dengan tulus ikhlas mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat (Malaysia) dan kerajaan Malaysia berhubung insiden itu. Saya hari ini telah serahkan bagi pihak kerajaan saya, laporan dan juga ucapan takziah kami kepada beliau (Perdana Menteri). "Saya berada di sini khusus untuk menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas apa yang telah berlaku. (Dalam) kapasiti saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, saya akan mengambil semua langkah dan usaha untuk melindungi saudara kami di masa depan apabila mereka datang untuk membantu kami di Somalia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan kira-kira 30 minit dengan Perdana Menteri. Mohamed, yang diiringi Timbalan Menteri Sumber Laut dan Alam Sekitar Somalia Ahmed Hassan Aden, berkata lawatan mereka itu juga bertujuan menjalin hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Pada perjumpaan itu, Mohamed berkata Najib turut menyatakan kesediaan untuk membantu Somalia dalam membangunkan semula negara itu. "Kami berharap Malaysia akan terus menghulurkan bantuan mereka kepada Somalia. "Ini merupakan lawatan pertama saya ke Malaysia...terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberikan sambutan mesra kepada kami," katanya. malaysian insider/- |
Posted: 18 Oct 2011 08:00 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam. Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak. Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya. Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, televisyen atau lain. Brown berkata, pemantauan diperlukan berikutan ledakan DVD bayi menyasarkan kumpulan usia dari satu hingga dua tahun, selain pengakuan 90 peratus ibu bapa yang menjadi responden bayi mereka menonton media elektronik. Apa yang jelas ramai ibu bapa tidak peduli dengan hasil kajian ini. Dalam dunia layar yang berada di mana-mana, saya fikir kita perlu mencari jalan mengendalikan dan menjadikan satu diet media sihat. AAP menggesa pakar pediatrik membincangkan penggunaan media dengan ibu bapa dan menyatakan golongan dewasa perlu sedar betapa terganggunya mereka apabila televisyen bersiaran. - AFP |
Projek Pembesaran Mina bermula tahun depan Posted: 18 Oct 2011 07:52 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - MAKKAH: Amir Makkah, Putera Khaled al-Faisal mengumumkan, semalam, Projek Pembesaran Mina akan bermula tahun depan dan bakal menyaksikan 'bandar raya khemah' dapat menyediakan kemudahan kepada lebih ramai jemaah. Dalam sidang akhbar, pagi semalam selepas merasmikan kempen kesedaran 'Haji adalah ibadah dan tingkah laku bertamadun', Khaled berkata, sebilangan pakar sudah direkrut bagi menangani masalah perkhidmatan yang diberikan kepada tetamu Allah. Keputusan penyelidikan akan dimasukkan dalam pelan Projek Raja Abdullah bagi pembangunan Makkah. Beliau berkata, bilangan jemaah yang menunaikan haji tanpa permit sudah berkurangan tahun lalu. Menurutnya, mereka yang menunaikan haji tanpa permit seperti merampas hak orang lain. Harian Metro |
Jerung bermata satu ditemui di Teluk California Posted: 18 Oct 2011 07:40 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - CALIFORNIA: Seorang nelayan menemui seekor jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu. Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu. Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ia adalah palsu. Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan. Pakar ikan jerung, Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: "Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies tidak normal seperti itu sudah direkodkan." metro/- |
Lapangan terbang angkasa pertama dunia dibuka Posted: 18 Oct 2011 07:15 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KAPAL induk White Knight TWO yang membawa kapal angkasa SpaceShipTwo dipamerkan di hangar Lapangan Terbang Spaceport di New Mexico kelmarin. UPHAM, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair Britain, Richard Branson (gambar kecil) dan Gabenor New Mexico, Susana Martinez mengalu-alukan kehadiran beratus-ratus orang semasa perasmian Lapangan Terbang Angkasa Lepas pertama di AS dikenali sebagai Spaceport America kelmarin. Pada majlis tersebut, orang ramai berpeluang menyaksikan penerbangan pesawat utama, White Knight TWO yang akan membawa pelancong mengelilingi orbit di angkasa lepas. Ibu Branson, Eve turut hadir pada majlis tersebut. Wanita itu berkata, dia sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa orang awam akan dapat berkunjung ke angkasa lepas. Mennurutnya, dia merancang untuk menaiki penerbangan White Knight TWO. Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson, Virgin Galactic dijadual memulakan penerbangan komersial angkasa lepas dari terminal ini yang dibina di sebuah gurun di Sierra. Spaceport America akan menempatkan kapal angkasa lepas Virgin Galactic, pusat kawalan dan tempat persediaan untuk pelancong-pelancong angkasa lepas yang menempah penerbangan ke orbit bumi. - Agensi |
Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran Posted: 18 Oct 2011 07:15 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar. Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam. Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan. Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM. Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM. Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu. Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut. Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit. Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan. "Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang," katanya. Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm Ulasan GB Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya. إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikra (Al-Qur'an), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9 Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat yang besar. Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya? Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya. Lebih dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran dan hukum Allah dan RasulNya. KELAB GREENBOC/- |
Posted: 18 Oct 2011 07:00 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - MAYAT Billis yang sudah diawet menjadi mumia. LONDON: Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay. Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama. Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu. Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru. Billis yang gemar menonton dokumentari bersetuju supaya tubuhnya diawet selepas menyaksikan iklan syarikat televisyen yang berhasrat merakam proses pengawetan itu. Isterinya, Janet, 68, memberitahu suaminya berkata: "Saya baru menghubungi seseorang mengenai proses pengawetan mayat. "Saya terkejut kerana ia sesuatu yang dijangka akan dilakukan oleh Billis," katanya. Bagaimanapun, Janet dan tiga anak mereka merestui keputusan Billis dan hasilnya: - Proses Mumia Alan: Rahsia Terakhir Mesir - dijangka ditayangkan pada Saluran 4, Isnin ini. Billis yang digelar Tutankhamun Torquay menjelaskan keputusan luar biasanya itu dalam dokumentari berkenaan sambil berkata: "Manusia menyerahkan tubuh mereka kepada sains sejak bertahun-tahun lamanya dan jika mereka tidak menawarkan diri untuk kajian tiada penemuan dapat diperoleh," katanya. Sejak beberapa bulan ekoran kematiannya Januari lalu, organ dalaman Billis diambil dan disimpan di dalam balang kecuali otak dan jantungnya. Kulitnya dilumur dengan campuran minyak serta resin dan dimandikan dengan natron, sejenis garam ditemui di dasar sungai kering di Mesir. Selepas sebulan berada dalam tangki kaca di Pusat Perubatan di Sheffield yang menempatkan rumah mayat di bandar raya itu, mayatnya dikeluarkan, diletakkan di kamar kering serta dibalut dengan kain. Dr Stephen Buckley dari Universiti York yang membantu melakukan penyelidikan mengenai teknik pengawetan mumia sebelum program itu berkata, mayat Billis kini dapat bertahan hingga beberapa milenium lagi. metro/- |
Himpun: Tidak sertai bukti PAS beretika Posted: 18 Oct 2011 06:50 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 19 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyambut baik keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat yang menegaskan tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Ummat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang akan diadakan di Shah Alam pada 22 Oktober ini. Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menyifatkan tindakan PAS Pusat untuk tidak menyertai majlis Himpun tersebut kerana menghormati pihak penganjur yang tidak mahu majlis himpunan tersebut dijadikan pentas politik telah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang sangat beretika dan bertanggungjawab. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak penganjur himpunan tersebut akan dapat mengawal suasana majlis supaya tiada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab 'merosakkan' suasana himpunan tersebut dengan mainan politik murahan dan perkauman," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, ujar beliau, pihaknya mendoakan semoga majlis Himpun akan berjalan dengan lancar dan baik dan akan menatijahkan satu resolusi yang akan memperkasakan kehidupan beragama yang syumul kepada seluruh warga Muslim di dalam negara ini. Selain itu, tambahnya peserta himpunan perlu mendesak pihak kerajaan supaya dapat menggubal dan melaksanakan undang-undang hudud untuk mempertahankan aqidah umat Islam masakini yang telah semakin 'rosak' bersama arus perubahan semasa. PAS Selangor menyeru penganjur Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun), menjauhkan diri dari sebarang usaha melaga-lagakan penganut agama hanya disebabkan dakwaan tanpa bukti mahkamah. Kelmarin, Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abd Rani Osman berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme. "Sebarang usaha melaga-lagakan antara penganut pelbagai agama dengan tidak beserta sebarang bukti kesalahan yang diputuskan mahkamah perlu dijauhi. "Tindakan sebegini hanya bertujuan untuk menutup masalah sebenar yang menimpa umat Islam, di mana aqidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya yang pada akhirnya meletakan kesalahan itu dibahu pihak lain," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Selangor di Shah Alam. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan