Isnin, 17 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


(video)SATU LAGI BUKTI UMNO TOLAK AL QUR'AN

Posted: 17 Oct 2011 09:19 AM PDT


"Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita (UMNO)..."

HIMPUN : PAS AKAN BUAT PENDIRIAN SABTU INI

Posted: 17 Oct 2011 04:14 AM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Okt – PAS akan membuat pendirian rasmi sama ada menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam, Sabtu ini yang diadakan, antara lain untuk menyatukan umat Islam dalam satu saf bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu mencegah murtad.

Penganjur sebelum ini berkata ia akan merupakan "permuafakatan akbar" seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam esok untuk membuat pendirian sama ada menyertai himpunan itu ataupun sebaliknya.

"Setakat ini PAS Selangor belum membuat pendirian sama ada menyertai ataupun tidak, kami akan mengumumkan pendirian (kemungkinan Rabu ini) sebaik sahaja PAS pusat mengambil pendirian pada mesyuarat khas yang diadakan esok," kata Dr Rani ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Kata beliau, buat masa sekarang tidak timbul soal PAS Selangor keluar daripada perhimpunan itu sebab "kami belum masuk lagi, tetapi ini bergantung pada hasil mesyuarat esok."

"Pendirian kami masih statik... belum masuk (menyertai perhimpunan), jadi tak timbul isu PAS mengambil pendirian keluar," kata beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru ini berkata mesyuarat esok, yang akan dihadiri beberapa pemimpin kanan parti, akan mengambil pendirian dengan melihat matlamat penganjuran perhimpunan.

Katanya, PAS tidak mahu satu perhimpunan diadakan untuk memecahbelahkan keharmonian kaum dan mencetuskan kacau-bilau.

"PAS Selangor mahu mematuhi titah Sultan Selangor (baru-baru ini) yang menggesa agar keharmonian kaum dipertahankan dan dijaga," kata Dr Rani sambil menambah bahawa "ada pihak-pihak tertentu dalam masyarakat mahu melaga-lagakan persefahaman yang wujud antara masyarakat Islam dan kaum bukan Muslim di negara ini."(malaysianinsdier)

Tiada ulasan:

Nuffnang