Anwar Ibrahim |
- Rakyat Mesti Berterima Kasih Pada BN?
- Malaysia Bakal Melewati Batas Hutang Negara
- Malaysia Is On Course To Breach The National Debt Limit
- Don to Dr M: Look Who’s Talking
- Beza Diantara Bajet BN Dengan Belanjawan Pakatan Rakyat
- After What He Did To The Rulers, Dr M Has The Least Right To Rebuke Aziz Bari
- Fitnah II: Pendakwa Mahu Panggil 4 Saksi Balas
- MACC’s Outrageous Spending: RM90k For Vanezis, RM150k For Shafee
Rakyat Mesti Berterima Kasih Pada BN? Posted: 17 Oct 2011 06:28 AM PDT Oleh Aspan Alias Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat. Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama 5 dekad sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja. Oleh kerana berkuasa terlalu lama secara terus menerus BN menyangka yang hak untuk berkuasa itu adalah hak mereka sahaja. Bagaimana mereka yang telah dimandatkan untuk memerintah meminta rakyat berterima kasih sedangkan merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana telah diberikan mandat itu sebegitu lama kepada BN. Bagaimana mereka yang memberi itu mesti mengucapkan terima kasih kepada yang menerima? Selama ini BNlah penerima kuasa yang rakyat berikan dan BN jugalah yang tidak berterima kasih kerana tidak lagi menjaga pemberi mandat dengan jujur dan telus. Dalam pilihanraya ini pemberi mandat itu adalah rakyat dan jika BN masih ingin berkuasa BN khususnya UMNO patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat bukannya mundar mandir minta rakyat yang berterima kasih kepada BN pula. Hakikatnya bukan BN yang memberi mandat kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang akan memilih kepada siapa yang mandat itu hendak diberikan. Oleh kerana sifat BN yang tidak berterima kasih kepada rakyat itulah yang menyebabkan UMNO dan BN semakin hari semakin lemah. UMNO sudah begitu tidak terurus kerana sokongan rakyat terhadap parti itu sudah berkurangan dengan begitu nyata sekali. Rakyat ramai sudah merasakan yang mereka hanya diperkudakan oleh BN untuk kepentingan kroni dan 'warlords' dalam UMNO sahaja dan ini adalah sikap tidak berterima kasih kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat bukan untuk membina kumpulan 'war lords' tetapi untuk memerintah mengikut kehendak dan cita rasa mereka. Yang melakukan rasuah bukannya rakyat tetapi pemimpin-pemimpin, 'war lords' serta kroni di dalam pentadbiran kerajaan BN itu. Rakyat. Merasa 'fed-up' mendengar pemimpin UMNO macam Muhyiddin supaya rakyat berterima kasih sedangkan kita tahu yang mereka tidak pernah berterima kasih kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka selama ini. Sebaliknya mereka salah gunakan kepercayaan rakyat dengan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa dan seterusnya menyalahkan semua pihak yang lain kerana masalah keresahan yang dihadapi rakyat. Bagaimana rakyat hendak berterima kasih kerana sumbangan BN dalam menyusahkan rakyat? Pemimpin kita tidak pernah mengaku bersalah tetapi kesalahan mereka akan sentiasa dilemparkan kepada pihak lain pula. UMNO patut berusaha untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakyat tetapi bukannya dengan memberikan tunai secara 'one-off' yang tidak seberapa untuk melekakan orang Melayu dan seterusnya melakukan segala perkara yang tidak senonoh itu secara berterusan. Rakyat sedar seribu ringgit bantuan 'one-off' itu hanya menambah pendapatan rakyat sebanyak RM 2.73 sen sehari dalam setahun itu. Kenaikan pedapatan sebanyak itu tidak akan menjayakan niat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Bila hendak bercakap itu elok berfikir dahulu. Rakyat tidak lagi pekak dan bisu seperti anggapan setengah pemimpin kita. Rakyat pun sudah ke sekolah sikit-sikit. Setakat hendak membahagikan RM1000 dengan 365 hari dalam setahun itu sudah boleh sekarang. Untuk mendapatkan mandat rakyat hanya dibayar RM2.73 sen sehari sahaja bagi tahun 2012. Hebat kan? Untuk itu rakyat mesti berterima ksih kepada BN. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Malaysia Bakal Melewati Batas Hutang Negara Posted: 17 Oct 2011 12:49 AM PDT Kenyataan Akhbar Adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Dato’ Seri Najib Razak menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai “belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat.” Ini membuktikan Dato’ Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni. |
Malaysia Is On Course To Breach The National Debt Limit Posted: 17 Oct 2011 12:45 AM PDT PRESS RELEASE Dato' Seri Najib Tun Razak's labelling of Pakatan Rakyat's Belanjawan 2012: Kesejahteraan Untuk Semua as a "right-wing Republican budget that failed to address the needs of the people" is uncalled for. This is a clear attempt to deflect from the fundamental issue of poor governance, endemic corruption and BN policies to enrich family members and cronies. |
Don to Dr M: Look Who’s Talking Posted: 16 Oct 2011 11:21 PM PDT Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar. "Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul? "Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini. Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk "Ehhh….look who’s talking?" menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya. Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas. "Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis. "Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya)," katanya. Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar. Kurang ajar Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral. "Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata Mahathir. Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka. "Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin). "Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK)." Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi. Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam. Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja. Mahathir, Ezam juga disaman Sementara itu, Aziz Bari juga berkata akan turut menyaman Dr Mahathir dan bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor berhubung kenyataan mereka yang menyelarnya dalam isu titah Sultan Selangor. Aziz berkata, perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya Hanipa Maidin. “Berdasarkan pendapat peguam saya, saya rasa kita perlu masukkan Mahathir sekali, berdasarkan apa yang dikatakannya dan dilaporkan di muka depan Utusan (Malaysia) hari ini. Aziz berkata, notis tuntutan akan dihantar kepada Dr Mahathir dan Ezam pada bila-bila masa pada minggu ini. Aziz semalam hanya memutuskan menyaman Utusan kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama. |
Beza Diantara Bajet BN Dengan Belanjawan Pakatan Rakyat Posted: 16 Oct 2011 10:23 PM PDT Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang “menjanjikan bulan dan bintang” yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus. Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Bukti-bukti kejujuran Pakatan Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT). Kejayaan ini yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara juga mendapat pujian Tranparency Internationaldi Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah. Pentadbiran yang bersih itu telah menghasilkan “dividen anti-rasuah” yang dikumpulkan bagi mengadakan program untuk membantu warga emas, orang kurang upaya dan banyak lagi yang mana kebanyakan penerimanya adalah kalangan orang Melayu dan umat Islam negeri. Kerajaan Pakatan Selangor pula mengadakan banyak program membantu warga emas dan golongan miskin serta menghidupkan kembali projek perumahan rakyat yang terbengkalai sewaktu pemerintahan BN dahulu. Yang terbaru, statistik Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) mengenai pelaburan di Malaysia bagi separuh penggal tahun ini menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak mempunyai projek yang diluluskan. Sebanyak 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor dan ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia, menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok. Kerajaan negeri Pakatan Kedah yang juga bebas rasuah telah berjaya mengamalkannya melalui cara kepimpinan melalui teladan di mana pimpinan negeri tidak menggunakan jet kerajaan, tidak tinggal di hotel mewah, malah membuat potongan gaji dan elaun yang dapat menjimatkan pentadbiran daripada pembaziran. Begitu juga kerajaan negeri Pakatan Kelantan yang telah sekian lama diterima oleh anak negeri kerana cara hidup sederhana dan anti-rasuah yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu. Ini bererti Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri dengan baik, telus dan serius menangani masalah rakyat. Memang benar Pakatan menawarkan pemberian tunai dan pelbagai program kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang ditiru oleh BN tetapi ada satu perbezaan besar yang tidak ditawarkan oleh BN – pentadbiran yang adil, bersih, telus dan anti-rasuah. Melihat Bajet BN 2012, ternyata bajet yang dibentangkan oleh Najib baru-baru ini bukan sekadar bajet pilihan raya tetapi memperlihatkan ketandusan idea pentadbiran BN, malah sebahagian daripadanya dicedok dari idea Belanjawan Pakatan Rakyat sendiri. BN gagal angkat martabat insan BN terdesak sehingga terpaksa mengulangi berapa banyak subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat sedangkan perkara ini telah pun kita ketahui. Malah, lebih memalukan apabila BN yang sebelum ini bermati-matian mengatakan subsidi akan menjadikan negara bankrap terpaksa menelan ludah sendiri apabila terpaksa mengekalkannya. Sudah tentu ia bukan kerana BN sayangkan rakyat tetapi semata-mata mahu memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, mengapa perlu lidah bercabang? Bukanlah Pakatan Rakyat lebih konsisten dalam membuat tawaran ikhlas kepada rakyat? Rakyat berhak mendapat subsidi yang lebih banyak dari sekarang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Jika kerajaan BN kesempitan wang, ia adalah berpunca daripada pentadbirannya yang penuh dengan ketirisan, kebocoran dan tidak telus. Ini menunjukkan bahawa BN gagal menangani masalah ekonomi dengan baik apatah lagi bergelut dengan pelbagai isu ketirisan wang negara yang parah. Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak. Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini? Menurunkan cukai, mengurangkan harga petrol? Jauh sama sekali. Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu. Apakah pengecualian yuran sekolah yang sememangnya hanya beberapa ringgit itu sudah cukup untuk memperbaiki status ekonomi rakyat? Apakah pemberian bonus untuk kakitangan awam sahaja mampu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat terbanyak? Sedangkan jumlah pekerja yang ramai adalah dari sektor swasta. Jadi di mana pelaksanaan gaji minima untuk mereka? Mengapa pula Akta Pekerjaan mahu dipinda untuk member lebih kuasa kepada majikan? Siapa sebenarnya yang dibela oleh kerajaan BN? Najib dan BN bukan sahaja gagal menangani masalah ekonomi rakyat malah gagal mengangkat martabat insan untuk mendapat keadilan dan kesaksamaan yang sewajarnya. Apakah kita sebagai rakyat wajar mendapat layanan sebegini dari sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah? Dan sampai bilakah kita harus membiarkan negara ini ditadbir oleh orang-orang yang gagal? This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
After What He Did To The Rulers, Dr M Has The Least Right To Rebuke Aziz Bari Posted: 16 Oct 2011 10:13 PM PDT In what many political pundits termed as one of the greatest ironies and an act of great hypocrisy, former prime minister Mahathir Mohamad has condemed law lecturer Aziz Bari as being ‘kurang ajar’ or rude for questioning the recent decision by the Selangor Sultan over an alleged apostasy and church raid incident. “It is hypocritical of Mahathir to now defend the Sultans. Who could have been ruder than him and Umno,” opposition MP for Batu Tian Chua toldMalaysia Chronicle. Aziz, an outspoken and well-respectecd professor at the International Islamic University of Malaysia, had reportedly said that Sultans could be questioned. There had been much unhappiness over the Selangor Ruler’s decision which was deemed unfair by Christian groups. "In Malay, we call it 'kurang ajar'. Whether it is against the law or not, I do not know, but morally, it is rude," Mahathir told reporters on Sunday. The former PM was seen to be ‘politicking’. It is a favorite ploy of the ruling Umno-BN coalition to accuse the Pakatan Rakyat, led by Opposition Leader Anwar Ibrahim, of wanting to dismantle the Constitutional Monarchy system in Malaysia and turn the country into a Republic. The Pakatan has denied this and pointed out that its manifesto promises to protect the sanctity of the Rulers. Selangor Sultan’s controversial ruling Indeed, although Sultan decreed that no action should be taken against anyone for alleged apostasy, it was because of a lack of ‘legal evidence’. He was also seen to have sided the Umno-linked Selangor Islamic Religious Department or Jais in the decision, where Jais had on August 3 raided a dinner event at the Damansara Utama Methodist Church centre on suspicion Christians were trying to proselytize 12 of the Muslim guests presents. While clearly indicating, he believed there was such a proselytization attempt but could not gather legal evidence to punish, the Sultan disregarded the fact that Jais dod not have a search warrant. This was why his ruling was criticised by many Malaysians, including Muslims. The entire episode is viewed as a bid by Prime Minister Najib Razak’s Umno party to discredit the Pakatan Rakyat state government and rally Muslim support behind Umno leaders. As if on cue, a coalition of Muslim NGOs called Himpun was immediately set up to defend the Islamic faith. It now plans to ride on the back of the Sultan’s statement and organise a One Million Muslims gathering on October 22. “They are also trying to challenge PAS for the Malay-Muslim vote, but I don’t any support for them apart from their own members,” Hatta Ramli, the Kuala Krai MP, told Malaysia Chronicle. What Mahathir did to the Rulers in the 80s But above all, the most nonsensical touch in the entire affair must surely be Mahathir’s latest comments against Aziz because the former premier was the man who had whittled away the Rulers’ powers during his tenure as PM from 1981 to 2003. Never trust Umno when they start talking about the Monarchy in Malaysia, is the actual clarion cry of political watchers in the country. In 1983, Umno under Mahathir’s leadership took on the royalty, launching the first of many maneuvers. Mahathir, then also the Umno president, stepped forward to introduce amendments to the constitution to limit the Agong's or King’s authority over Parliament. The Agong would have to assent to a bill within 15 days of being passed by Parliament and most importantly the amendments would remove the royal power to declare a state of emergency – shifting it from the Agong and to the Prime Minister. At first, the Agong refused to bend to Mahathir's will and His Majesty was supported by the Sultans, conservative UMNO politicians, a large number in the Malay community and an even larger number from the Chinese community. But Mahathir had the media on his side and took to the streets, organising mass rallies to show public support was behind him. Ironic that none of these street rallies were illegal nor were they deemed a threat to national security or damaging to the country's economy. After five months, the two sides reached a compromise with the power to declare Emergency still in the Agong's hands but if a bill was not assented to by the Agong, the bill would be returned to Parliament to be endorsed, which meant that Parliament could over-ride the Agong's veto. In the 90s In his second decade in office, Mahathir again found himself battling Malaysia’s royalty. In 1992, the late Sultan Iskandar’s son, a hockey player was suspended from competition for five years for assaulting an opponent. Sultan Iskandar retaliated by pulling all Johor hockey teams out of national competitions. When his decision was criticised by a local coach, Sultan Iskandar ordered him to his Palace and promptly had the coach beaten up. The federal Parliament unanimously censured Sultan Iskandar, and Mahathir leapt at the opportunity to remove the constitutional protection of the Sultans from civil and criminal suits. The mainstream media, as usual, backed Mahathir and in an unprecedented development started airing allegations of misconduct by members of Malaysia’s royal families. As the press revealed ‘examples’ of the Rulers’ extravagant wealth, Mahathir resolved to cut financial support to royal households. Faced with a hostile press and federal government, the Sultans capitulated to the government’s proposals. Their powers to deny assent to bills were further limited by other constitutional amendments passed in 1994. So it was that after several fell swoops, Mahathir became the country’s ‘uncrowned King’. And along with that, UMNO effectively gained control over the royals – imposing its grip over the authority of the Agong. |
Fitnah II: Pendakwa Mahu Panggil 4 Saksi Balas Posted: 16 Oct 2011 08:23 PM PDT Kes Fitnah II yang kini di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bersambung semula hari ini dengan pendakwa raya memohon memanggil empat saksi balas (rebuttal witness) mereka untuk memberi keterangan. Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden dijangka berbuat demikian untuk membidas keterangan pakar tulang belakang Jerman, Dr Thomas Hoogland, yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Pada perbicaraan sebelum ini, Dr Hoogland mengesahkan Anwar masih lagi menderita sakit tulang belakang yang mengehadkan pergerakannya. Beliau juga mengesahkan Anwar tidak mampu untuk membongkok dan berlutut di atas lantai tanpa mengalami kesakitan teruk, sekaligus membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak melakukan aksi fitnah seperti yang didakwa pengadu, Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam untuk mengeluarkan sepina terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak danisterinya, Datin Seri Rosmah mansor sebagai saksi dalam kes itu. Keputusan itu dibuat hakim Zabidin Mohamad Diah, meskipun jelas Saiful ada menemui perdana menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Peguambela juga pada minggu lalu memilih untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Mohd Yusof memberi keterangan kerana menganggap ia sudah tidak lagi relevan. Berikut kronologi perbicaraan hari ini: 8.49 pagi: Pendakwa raya yang diketuai peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden berada di bilik mahkamah Jalan Duta 9.05 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah kelihatan tiba di perkarangan mahkamah. 9.22 pagi: Peguam Anwar, Karpal Singh tiba. Terdapat kira-kira 50 orang di galeri awam termasuk wartawan. 9.39 pagi: Kedua pihak dilihat masuk ke kamar hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah dna dilihat keluar semula. 9.58 pagi: Anwar dan peguamnya dilihat berbincang sesuatu. 10.38 pagi: Hakim Zabidin memulakan prosiding. 10.40 pagi: Yusof berkata terdapat isu yang dibawa oleh saksi ke tujuh peguam, Hoogland yang memberi keterangan terhadap tahap fizikal Anwar. Berikutan itu katanya, pihaknya akan memohon untuk memanggil saksi balas. Karpal berkata pihaknya tidak ada bantahan, tetapi ia tertakluk kepada bukti peraturan. 10.42 pagi: Yusof berkata terdapat empat saksi balas yang akan dikemukakan yang akan disoal oleh DPP Nordin Hassan. Hakim Zabidin akan mendengar keterangan mereka esok. 10.48: Mahkamah ditangguhkan. |
MACC’s Outrageous Spending: RM90k For Vanezis, RM150k For Shafee Posted: 16 Oct 2011 10:30 AM PDT Malaysia has had several high profile corruption cases in recent months brought to the public’s eye. Ironically, in cases like the Scorpenes scandal and the Ananda Krishnan India investigations, these corruption cases are being investigated by foreign agencies. It is embarrassing to think that the Malaysian counterpart to these foreign corruption-busting agencies is slow and inattentive to act on its own homeground. Although outfitted with a new mandate in 2008, the Malaysian Anti-Corruption Commission has little fruit to show although its annual allocation from the national budget has been steadily increased over the years. With an increasing budget, why is it that the MACC has such poor showing when it comes to solving corruption cases and bringing the perpetrators to justice? Outrageous spending The Teoh Beng Hock case highlights the rather illogical use of public funds to help protect and justify the role of MACC in investigating corruption cases. Since 2008, MACC has had two deaths within its compound and involving individuals under its watch. Teoh Beng Hock was one such person who met his death after a bout of questionable interrogation in the MACC offices. The other was senior Customs director Ahmad Sarbaini. The subsequent Royal Commission of Inquiry into Beng Hock's death saw the MACC defending itself and washing its hands off the case, refusing to take an ounce of responsibility for its misconduct. Compare this against Thai forensic expert Dr Pornthip Rojanasunand. She came to Malaysia 4 times to testify in the coroner's court and the RCI. She also participated in the 2nd autopsy on Teoh Beng Hock’s remains. For all her efforts, she did not charge a single cent for her professional services because she is driven by her conscience. Both Karpal Singh and Gobind Singh have been fighting on behalf of the Teoh family in court since 2009, from the coroner's court to the current ongoing appeal and judicial review – a period of three long, painstaking years. The father-and-son team is also fighting for justice for the Teoh family on a completely pro-bono basis. Contrast this with the amount of money the MACC used on bringing in experts like the famous forensic expert from England, Peter Vanezis, and Muhamad Shafee Abdullah, a prominent Umno lawyer, to represent the agency. According to a written reply from the Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz to Teo Nie Ching, MP for Serdang, the total expenditure incurred by MACC for Peter Vanezis, including air fare, accommodation, food and beverage, transportation and professional fees, amounted to RM90,680; whereas the professional fees paid to Muhamad Shafee Abdullah was RM150,000. Is this not outrageous? Biggest joke is that it is the worst performer in the region For 2012, MACC's federal allocation has been increased to RM211 million, so spending the above amount of money on experts may not be a big deal. Yet, why did the MACC spend so much when the Dr Pornthip came four times for free and Karpal Singh could work pro-bono? The best joke of all is that despite having such huge resources to fund its way, MACC's success rate pales in comparison with its various counterparts in other ASEAN countries. MACC’s conviction rate is 73%, compared to Indonesia’s 100%, Singapore’s 85% and Hong Kong’s 95%. It is clear that with such high expenses, MACC returns a pretty poor yield on investment by the government and people of Malaysia. Despite getting increased allocations to fund costly experts flying in to represent them and installing the latest equipment at their offices, MACC has little to show in terms of increased efficiency and results. It looks like MACC is all talk, a big spender but poor performer unable to justify the amounts allocated to it. Pumping more money into a venture with little return makes poor business sense. And this can be said about the MACC. The Malaysian public should demand that the agency be made accountable to the nation for abusing public funds. It would be the biggest irony if the very agency set up to rid Malaysia of corruption is itself corrupted by the overly generous budget set aside for it. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan