:: cina islam | 2011 :: |
- Khutbah Jumaat : Hidup ini medan ujian.
- Cerita Untuk Datuk Seri
- Tarik subsidi: Awas harga minyak akan naik
- Forum Malaysia dan Sejarah yang belum selesai, 7 Oktober
- Teknologi nano kesan minyak subsidi
- Kita mahu Bajet yang merangsang ekonomi
- ‘Kenapa anak saya dibunuh sebelum dibukti bersalah’
- Berambuslah MCA: Warga internet Cina tampil bela PAS
- Mufti Perak nasihat pusat benarkan Kelantan laksana hudud
- Saya tertidur kerana demam - Ibrahim Ali
- Nota Mudah Memahami Hukum Hudud. - Siri Pertama
- Kes serangan asid di Lembah Klang belum selesai
- Menteri: Kompaun Tajuddin ditangguh
- Dua maut dalam kejadian tembakan di kuari di AS
- Fitnah II: Pakar tulang rawat Anwar jadi saksi
- Hapus Monopoli Untuk Kurang Kos Sara Hidup
- Haji Mabrur
- Gaji minimum Pakatan tepat pada masa
- Cincin Rosmah terus hangat selepas dipulangkan
- Beberapa peraturan diperkenal di Madinah untuk keselesaan haji
- Taj Mahal runtuh 2016?
- Jambatan terpanjang adalah Jambatan Asian di Miri?
- Al Fatihah : Pegawai Khas ADUN Lubuk Merbau meninggal dunia.
- Bajet Pakatan bukan untuk 'pancing undi'
- Tahap stres pelajar kita tinggi
Khutbah Jumaat : Hidup ini medan ujian. Posted: 06 Oct 2011 05:13 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - ( 9 Zulkaedah 1432H / 7 Oktober 2011M) HIDUP INI MEDAN UJIAN اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ، ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ ﴿٢﴾ Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) - Surah al-Mulk:2
أَشْهَدُ أَنْ لآإِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah sekelian!
Siapa pun kita, sebesar mana pun kedudukan kita, sekaya manapun kita, insaflah bahawa akhirnya kita akan kembali menemui Allah SWT apabila tiba saat dan ketikanya. Semuanya kita akan tinggalkan kecuali bekalan sejauh mana kita berjaya laksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah merangkap khalifahNya di atas muka bumi ini. Maka bertaqwalah kita kepada Allah SWT kerana taqwalah sebaik-baik bekalan kita apabila menemui Allah SWT kelak.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Naluri semulajadi sebagai ibu dan bapa sudah tentu menginginkan anak-anak mereka berjaya di dalam peperiksaan yang dilalui oleh anak-anak kesayangan mereka. Seolah-olah peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM dan lain-lain peperiksaan itu umpama 'medan perang' yang menentukan hidup mati anak-anak mereka di masa hadapan. Segala prasarana dan kemudahan cuba sedaya upaya disediakan agar mendapat deretan 'A' tercatat dalam slip keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
Islam tidak pernah sekali-kali menghalang dan mencantas naluri semulajadi ini, bahkan Islam mendorong agar penganutnya mengungguli setiap kecemerlangan yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kecemerlangan di dalam peperiksaan kerana ia akan membawa wajah yang cantik dan indah kepada Islam, lebih-lebih lagi di dunia persaingan yang lebih terbuka dengan penganut-penganut agama yang lain.
Namun perlu diinsafi oleh kita bahawa, Islam memerintahkan kita sebagai bapa mengajarkan kepada anak-anak kita bahawa kecemerlangan sebenar adalah kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Peperiksaan umum yang telah dan akan kita duduki adalah peperiksaan-peperiksaan kecil yang telah kita sedia maklumi sukatannya, telah kita maklumi tarikh dan jangkamasa untuk menjawabnya bahkan kita mampu menghafal jawapan-jawapannya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebenarnya di hadapan kita, banyak lagi peperiksaan- peperiksaan yang akan kita tempuhi dari masa ke semasa. Bentuk soalannya yang berbagai-bagai yang perlu kita jawab adakalanya dengan pertuturan dan adakalanya dengan tindakan. Kita diuji dengan senarai perintah-perintah Allah SWT untuk kita laksanakan, kita diuji dengan senarai larangan-larangan Allah SWT untuk kita jauhi. Tidak ada had umur tertentu untuk menduduki peperiksaan-peperiksaan ini melainkan kita akan menerima sijil berhenti sekolah dengan diberikan kepada waris kita satu sijil kematian. Malah semasa di alam barzakh, kita akan terus diajukan soalan demi soalan untuk memastikan ketenangan atau kesengsaraan kita untuk tinggal di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW :
ماَ تَزَالُ قَدَمَا عَبدٍ يَومَ القِيَامَةِ حَتَّى يُسأَلَ عَن أَربَعٍ عَن عُمرِهِ فِيمَ أَفنَاهُ وَعَن شَبَابِهِ فِيمَا أَبلاَهُ وَعَن مَالِهِ مِن أَينَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنفَقَهُ وَعَن عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanyai tentang empat soalan; tentang umurnya pada perkara apakah ia musnahkan, tentang zaman mudanya untuk tujuan apa dihabiskan, tentang hartanya daripada mana ia perolehi dan di mana ia habiskan, tentang ilmunya apakah yang dipraktikkan.(Hadith sahih dalam al-Targhib wa al-tarhib )
Prestasi dan kemampuan sebenar kita, akan kita terima keputusannya pada hari graduasi sebenar tatkala kita menerima catatan amalan kita samada melalui tangan kanan atau sebelah belakang. Firman Allah SWT :
فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ﴿٧﴾ فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًۭا يَسِيرًۭا ﴿٨﴾ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًۭا ﴿٩﴾ وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ ﴿١٠﴾ فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًۭا ﴿١١﴾ وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا ﴿١٢﴾ kemudian sesiapa yang diberi surat amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.(Surah al-Insyiqaq 7-12)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bertitik tolak dari kefahaman di atas, seorang ayah sepatutnya tetap tidak bergembira jika anaknya beroleh 5A di dalam UPSR jika anaknya gagal melaksanakan 5 kali solat sehari semalam. Kita sepatutnya tidak terlalu gembira bila anak kita mampu menjawab semua soalan peperiksaan namun gagal menjawab satu soalan mudah iaitu ' mengapa kamu tidak menutup aurat? '. Apalah sangat kecemerlangan dengan mahirnya anak-anak kita dalam membaca, menulis dan mengira (3M) jika dia gagal dan tidak tahu membaca al-Quran. Kerajaan sepatutnya tidak berbangga dengan peningkatan prestasi pencapaian peratusan matapelajaran setiap tahun sedangkan peningkatan ini mengiringi peningkatan kes buang bayi, ponteng sekolah, penagihan dadah dan sebagainya.
Oleh kerana falsafah kebendaan telah menguasai masyarakat kita, sehingga kejayaan diukur dengan pencapaian material maka falsafah peperiksaan ini semakin tersasar sehingga ada kes anak-anak dihalang memasuki peperiksaan disebabkan kononnya demi menjaga prestasi sekolah. Beritahulah anak-anak kita bahawa niatkanlah kejayaan dalam peperiksaan untuk berkhidmat kepada agama nescaya akan lajulah mereka meluru ke arah kejayaan-kejayaan yang lain.
Setiap kali datangnya musim peperiksaan sepatutnya mengingatkan kita tentang peperiksaan sebenar yang sedang dan bakal kita hadapi, nescaya kita akan cuba menyediakan jawapan yang sebaik-baiknya melalui tindakan dan amalan kita. Samada kita seorang ayah mahupun seorang anak, kita semua adalah sama di sisi Allah dari sudut kita sedang dan akan diuji olehNya seterusnya kita akan dihujani dengan soalan-soalan yang akan menzahirkan sejauh mana kita menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan sebagai khalifahNya. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. |
Posted: 06 Oct 2011 05:07 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Saya tak pandai menulis surat. Saya hanya pandai bercerita. Blog saya juga adalah blog cerita. Ini cerita baru, ini pula cerita lama kalau sudi untuk dibaca. Cerita ini untuk Datuk Seri Memanda Perdana Menteri Malaysia, tanah air saya. Juga untuk mereka yang sudi menadah telinga dan mata untuk membaca lantas menyebarkannya. Demi agama, bangsa dan negara. Jumaat akan datang, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pada hari itu, Kabinet akan bersidang, Memanda Perdana Menteri akan membentangkan bajet kewangan bagi tahun 2012. Bajet yang sedia ditunggu oleh seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. 1.3 juta penjawat awam semestinya menjadi orang paling awal tersenyum sambil mendengar bajet diumumkan untuk mereka. Tapi kami...? Saya terdengar cerita dari Malaysia, setiap kali beralih tampuk kepimpinan mahasiswa di IPT dalam negeri, mereka disediakan dengan sut persalinan lengkap. Saya tak tahu berapa nilainya. Presiden pelajar Malaysia di Jordan hanya memakai jaket bundle. Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam negeri juga diberikan bajet tahunan untuk memudahkan proses mereka mengurustadbir hal ehwal ahli di bawah jagaan mereka. Pejabat operasi disediakan oleh pihak universiti secara percuma malah berhawa dingin pula. Mereka bermesyuarat dengan tenang, tanpa pening memikir sumber kewangan untuk mengatur langkah bagaimana ingin menebar manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Jordan. Kenderaan awam juga jauh lebih selesa dan terurus berbanding perkhidmatan yang disediakan kepada kami di sini. Perhubungan di Malaysia sangat efektif. Kami hanya ada bas yang akan bergerak apabila penumpang penuh. Datuk Seri, pada September 2011, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan permohonan lebih 1000 pemohon ke Jordan. Dari jumlah itu, lebih 900 bertandang. Kawan-kawan saya bertungkus-lumus menyambut adik-adik baru yang tak pernah mereka kenali, tapi cukup mereka sayangi. Rumah dan penginapan dicari untuk dihuni. Menyewa van dan bas selepas bertengkar dengan kedegilan arab untuk menyambut mereka di lapangan terbang. Letih dan jerih mereka tak pernah berbayar, Datuk Seri. Mereka berkhidmat untuk Malaysia. Saya hanya tukang cerita, menyampaikan berita. Di tempat saya mengaji, Mu'tah University. Pekan kecil yang dipenuhi debu. Rumah kecil 3 bilik dengan dapur sempit dan ruang tamu kosong perlu disewa dengan harga lebih RM500. Kebanyakan kami pula datang dengan tanggungan sendiri selepas mendapat izin dari KPT. Di pekan kecil ini, lebih 400 warganegara Malaysia berteduh. Dengan kesedaran tanggungjawab sosial, sebuah persatuan ditubuhkan untuk memudahkan urusan antara kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Malaysia Jordan dan Educatian Malaysia Jordan. Di Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, juga persatuan lain di Jordan, kawan-kawan saya bekerja tanpa gaji. Kesedaran sosial mereka sangat tinggi. Atas dasar tanggungjawab, mereka rela menipiskan perut untuk berkhidmat. Keluarkan duit poket sendiri untuk tambang bas dan isi minyak demi menghadiri mesyuarat, pertemuan dan taklimat. Kenapa tak tuntut dari persatuan? Persatuan kami, sangat miskin, Datuk Seri. Saban tahun, kawan-kawan saya pening, bagaimana ingin dicari sejumlah wang untuk menampung kos pengurusan persatuan kecil itu. Kawan-kawan yang berada di Malaysia pula, menebalkan muka memanjat lif dan tangga, menghulurkan surat dan proposal untuk mencari sumbangan dan derma. Kos pengurusan rumah pejabat di pekan kecil Mu'tah menelan lebih RM 20000 untuk setahun. Tidak termasuk dengan program jatidiri dan tanggungjawab sosial yang dilaksanakan. Itu di pekan kecil bernama Mu'tah, terletak berhampiran dengan kota Karak yang masyhur. Di Irbid dan Amman bahkan Mafraq, kosnya pasti lebih tinggi. Mereka di bandar maju. Kami ada idea untuk memacu dan men-transformasi-kan ekonomi pelajar Malaysia di Jordan, tapi kami tidak punyai dana dan biaya kewangan. Datuk Seri pernah mengajar kami, anak muda dan mahasiswa adalah aset penting negara. Mahasiswa pembentuk negara pada masa akan datang. Kami pula sangat yakin akan peranan kami untuk Malaysia. Atas sebab itu, meski kami tahu kami akan letih dan sedih, kami tetap berhijrah untuk menjana transformasi diri agar lebih maju dan mampu untuk memacu negara pada masa akan datang. Datuk Seri, saya simpati kepada nasib mereka, lantas saya menulis. Saya harap, Datuk Seri turut menaruh simpati kepada kami, warganegara Datuk Seri yang bakal kembali ke Malaysia, menyambung legasi 1 Malaysia. Justeru, apa salahnya andai dicelah ratusan billion yang bakal Datuk Seri umumkan pada Jumaat nanti, selitkan juga barang sejuta dua untuk kami di luar negara. Ianya bakal meringankan beban kami, agar tidak perlu berletih jerih mencari dana saban Ramadhan. Moga nanti, masa keemasan dan pengurusan cemerlang hasil bantuan dan bajet kewangan itu dapat kami tumpukan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Datuk Seri, saya bercerita tentang Jordan yang saya kenali, tapi sebenarnya, mungkin seluruh dunia saya wakili. 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. HASANHUSAINI, Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan. http://www.hasanhusaini.com |
Tarik subsidi: Awas harga minyak akan naik Posted: 06 Oct 2011 02:00 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 6 Okt: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang semakin pasti menjanjikan beban ekonomi rakyat akan bertambah parah, kata kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Ketika membidas kenyataan ulangan dari pihak kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan selepas pilihan raya ini, beliau berkata, bukan cukai itu sahaja yang akan dipaksakan malah lebih banyak subsidi ditarik dan harga minyak akan naik jika BN menang pilihan raya. "Bukan GST sahaja yang akan dipaksakan. Jangan lupa, awal-awal lagi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Idris Jala sudah memberi amaran bahawa Malaysia akan bankrap atau muflis pada 2019 jika subsidi berterusan. "Amaran itu adalah isyarat yang sangat jelas bahawa BN akan menarik lebih banyak subsidi dari rakyat termasuk subsidi minyak yang dengan sendirinya bermakna harga minyak akan naik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Kenaikan harga minyak pula, katanya, akan mengakibatkan kesan berantai kepada kenaikan harga barangan lain. "Itulah bencana yang akan ditempuh oleh rakyat jika BN menang lagi dalam pilihan raya akan datang," Salahuddin mengingatkan. Hari ini, ketika ditanya mengenai rang undang-undang yang akan membuka laluan kepada GST, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menolak cukai itu akan dipaksakan selepas pilihan raya. "Mungkin selepas pilihan raya, apa-apa sahaja mungkin," katanya. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST". Sambil memberitahu bahawa GST tidak dimasukkan dalam belanjawan Pakatan Rakyat, Salahuddin mengingatkan, keinginan kuat kerajaan BN untuk memaksakan GST dan menarik balik lebih banyak subsidi sudah berulangkali dinyatakan oleh mereka. "Perdana Menteri sendiri pernah kata, antara langkah kerajaannya untuk memperkukuh aliran pendapatan ialah memperkenalkan GST. "Sebab itulah, rakyat mesti membuat pilihan sama ada hendak tersiksa di bawah GST dan kenaikan harga barang atau menolak BN ," katanya sambil berkata bayangan ngeri itu belum lagi mengambil kira berleluasanya rasuah sehingga Umno disebut parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Rakyat, kata Salahuddin, hendaklah sedar bahawa kerajaan BN semakin ketara tidak mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan negara selain membebankan rakyat dengan pelbagai cukai seperti GST, menarik balik subsidi malah memperbanyakkan pelbagai saman ke atas rakyat. Dalam ulasan terhadap pendapatan kerajaan baru-baru ini, professor ekonomi antarabangsa di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF), Prof Datuk Dr Mohamed Ariff berkata, pendapatan kerajaan tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan keadaan itu membimbangkan jika berlaku lagi krisis ekonomi. harakahdaily/- |
Forum Malaysia dan Sejarah yang belum selesai, 7 Oktober Posted: 06 Oct 2011 01:49 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - SHAH ALAM, 6 OKT : Satu forum bertajuk 'Malaysia dan Sejarah yang belum selesai' akan diadakan di Hotel Quality yang bertempat di Shah Alam pada 7 Oktober (Jumaat) ini. Forum yang dikendalikan Akademi Pak Sako mengandingkan empat ahli panel iaitu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya (UM), Budayawan, Hasmi Hashim , Dr Abu Hassan Hasbullah dan aktivis sosial Hishamudin Rais. Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali akan menghadiri forum tersebut yang terhad kepada 100 peserta terawal dan forum bakal membincangkan mengenai isu-isu sejarah di dalam negara. Tarikh : 7 Oktober 2011 Masa : 8.00 malam – 10.30 malam Tempat : Bilik kayangan 5, Quality Hotel , Shah Alam tv news/- |
Teknologi nano kesan minyak subsidi Posted: 06 Oct 2011 01:00 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggunakan teknologi nano bagi mengenalpasti minyak bersubsidi yang diseludup, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan menteri berkenaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, teknologi itu dapat membezakan minyak bersubsidi melalui warnanya. "Teknologi nano ini juga digunakan dalam kes-kes penyeludupan minyak subsidi yang dibawa mahkamah," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) mengenai bagaimana kerajaan memantau ketirisan yang berlaku melibatkan minyak bersubsidi. Rohani berkata, apa yang penting ialah maklumat daripada orang awam selain kementerian turut bekerjasama dengan polis, kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk sama-sama meronda di kawasan sempadan memastikan tidak berlaku ketirisan ke negara jiran. — Bernama |
Kita mahu Bajet yang merangsang ekonomi Posted: 06 Oct 2011 12:50 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - SHAH ALAM, 6 Okt: Kalau meneliti kembali belanjawan yang dikemukakan oleh kerajaan, kebanyakan yang disampaikan setiap kali pembentangan adalah mengulang kembali apa yang dilakukan tahun sebelumnya, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, jika konsep mengulang kembali belanjawan yang lepas, apakah kesan secara langsung akan diperolehi oleh negara. "Kita mahu belanjawan yang dibentangkan itu akan dapat merangsang ekonomi negara dan dapat dimanfaat sepenuhnya oleh rakyat. "Jadi pada belanjawan PR ini seluruh tumpuan diberikan untuk menjamin agar pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati oleh semua golongan melalui dasar dan kerangka yang menekankan peningkatan pendapatan 60 peratus isi rumah di Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor pada Forum Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam, semalam. Beliau menjelaskan belanjawan yang dikemukan Pakatan Rakyat telah diperincikan dari pelbagai sudut bagi mencari satu garis belanjawan yang terbaik untuk rakyat. "Dalam merangka belanjawan tersebut, Pakatan Rakyat telah meneliti dengan terperinci bagi mencari satu belanjawan yang terbaik untuk rakyat. "Belanjawan adalah merupakan satu instrumen mikro ekonomi dan ia sangat penting bagi sesebuah negara dalam arus pembangunan. Apabila menyebut penting, maka untuk merangka belanjawan ini tidak seharusnya tertumpu ataupun ciplak dari apa yang lepas," jelasnya. harakahdaily/- |
‘Kenapa anak saya dibunuh sebelum dibukti bersalah’ Posted: 06 Oct 2011 12:45 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 6 Okt: Keluarga mangsa tiga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam November tahun lalu hari ini ke Parlimen menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan dalam kes yang disifatkan sebagai 'pembunuhan dengan niat'. Ia ekoran tidak ada sebarang perkembangan mengenai kes tersebut meskipun mereka dengan bantuan pihak peguam sudah menyerahkan memorandum kepada pihak berwajib termasuk kepada Ketua Polis Negara sendiri. Peguam Lawyer for Liberty (LFL) menuntut polis yang teribat dalam tembakan tersebut didakwa dan dibicarakan di mahkamah. Mereka juga menuntut pihak polis membuat permohonan maaf terbuka kepada keluarga mangsa kerana laporan forensik menunjukkan mangsa sitembak dari jarak dekat. Peguam N. Surendran berkata, berasaskan laporan itu, besar kemungkinan seorang mangsa, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei berada dalam kedudukan melutut atau mencangkung ketika ditembak. "Mangsa yang ditembak di bahagian dahi dan dada sebenarnya berada pada jarak yang dekat dengan berkedudukan lebih rendah daripada penembak. "Luka berbentuk bulat selaras dengan luka tembakan masuk pada bahagian dahi di antara kedua-dua kening berdiameter 0.5 cm," kata Surendran pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ibu allahyarham Syamil, Norhafizah Mohd Razali pula menggesa Peguam Negara mendakwa polis yang terlibat kerana sudah setahun pihaknya menunggu tindakan daripada pihak berwajib. "Saya menggesa pihak KDN dan Peguam Negara ambil tindakan segera terhadap polis yang menembak anak saya. Dah setahun saya menunggu tapi belum ada tindakan. "Kenapa anak saya dibunuh sebelum dibuktikan bersalah? "Saya boleh terima kalau anak betul-betul melakukan kesalahan tapi janganlah dibunuh," katanya sebak. Sementara itu, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, KDN dan polis seharusnya berani bertanggungjawab dalam kes melibatkan pembunuhan itu. "Kita dah hantar memorandum ke Bukit Aman, dah jumpa KDN tapi kenapa tak diendahkan? Beginikah layanan mereka kepada rakyat?" soalnya yang juga Naib Presiden PKR. Menurut Nurul juga, pihaknya akan berusaha menyerahkan memorandum kepada Menteri KDN, Datuk Seri Hishammudin Hussein sesegera mungkin bagi menuntut campur tangan beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk mahfuz Omar pula berkata, pihak polis seharusnya menimbang cadangan peguam agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis ( IPCMC). "Dalam pada kerajaan mengumumkan NKRA polis meningkat, kenapa enggan tubuh IPCMC ini? Buktikan prestasi polis benar-benar bagus. Jangan bohong rakyat," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Hamidah Kadir, ibu kepada Mohd Khairul Nizam dan Noriah Darus, ibu kepada Mohd Hanafi Omar. Ketiga-tiganya ditembak kira-kira jam 4.45 pagi kerana disyaki terlibat dengan rompakan stesen minyak. harakahdaily/- |
Berambuslah MCA: Warga internet Cina tampil bela PAS Posted: 06 Oct 2011 12:30 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 6 Okt: Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet. Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam. Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim. Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak. Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS! Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah! XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau! Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa! XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila! XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan! Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita! Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim! Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO! Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka! XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!" Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?" MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia! Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau! XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh! Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional? PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan? Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah! Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu. Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada? Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri! Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)! *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. harakahdaily/- |
Mufti Perak nasihat pusat benarkan Kelantan laksana hudud Posted: 06 Oct 2011 12:23 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 6 Okt: Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu "percubaan" selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Taun Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993. "Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah. "Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia. "Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju," katanya. Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan. "Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam," katanya. Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata "hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud." Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP. Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13. Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu. Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994. Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan. Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat. Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama. harakahdaily/- |
Saya tertidur kerana demam - Ibrahim Ali Posted: 06 Oct 2011 12:15 AM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 6 Okt: Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat. "Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat. (Ibrahim menjelaskan beliau tertidur semalam kerana demam) "Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan PERKASA (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya dalam sidang dewan itu hari ini. Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011, berkata beliau kasihan dengan individu yang cuba menyerangnya menerusi penyebaran gambar itu, sedangkan umum tahu beliau merupakan antara Anggota Parlimen yang aktif. "Kalau nak burukkan saya pun carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan, ini merupakan penghormatan kepada saya," katanya sambil tertawa. Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan. harakahdaily/- |
Nota Mudah Memahami Hukum Hudud. - Siri Pertama Posted: 05 Oct 2011 11:30 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفة الأحكام و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على أصحابه إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه Muqaddimah. 1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 : وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا maksudnya : "dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata." 2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 : وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ maksudnya : "dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu." 3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229. تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ maksudnya : "demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim" 4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56. إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41. إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah." 5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 : سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ "Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." bersambung ...... Source: http://www.eperjuangan.com/2011/10/nota-mudah-memahami-hukum-hudud-siri.html |
Kes serangan asid di Lembah Klang belum selesai Posted: 05 Oct 2011 11:30 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Kesemua 25 kes serangan asid bersiri yang berlaku di Lembah Klang tahun ini belum dapat diselesaikan, Parlimen diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata walaupun polis telah mengenal pasti bahan berasid yang digunakan dalam serangan tersebut, tetapi penyerangnya masih bebas. Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, beliau berkata polis telah mengedarkan foto suspek dan berharap orang ramai akan membantu mengesannya. Bagaimanapun, Abu Seman berkata, belum ada langkah yang diambil untuk mengenakan kawalan yang lebih ketat ke atas penjualan asid, dan kementeriannya perlu mengkaji lebih lanjut perkara itu. malaysiakini/- |
Menteri: Kompaun Tajuddin ditangguh Posted: 05 Oct 2011 11:15 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bekas pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli boleh dikompaun atas satu kesalahan. Mohamed Nazri berkata, Tajuddin boleh dikompaun atas kesalahan mengikut Seksyen 131 Akta Syarikat 1965 itu dan Jabatan Peguam Negara telah mengemukakan kes tersebut kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan berkenaan. Dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini, Mohamed Nazri berkata Tajuddin bagaimanapun telah membuat permohonan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menangguhkan kompaun berkenaan. "Sehubungan dengan itu, Jabatan Peguam Negara telah membenarkan permohonan tersebut dan kompaun yang berkenaan masih ditangguhkan sehingga tuntutan sivil yang berkaitan selesai," katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. Jawapan berkenaan tidak menyatakan secara khusus kesalahan yang didakwa telah dilakukan oleh Tajuddin. Lim Kit Siang bertanya sekiranya peguam negara telah mengecualikan Tajuddin daripada liabiliti jenayah sedangkan MAS telah membuat laporan kepada polis dan juga SPRM. malaysiakini/- |
Dua maut dalam kejadian tembakan di kuari di AS Posted: 05 Oct 2011 09:30 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - LOS ANGELES 6 Okt. - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kuari di selatan San Francisco, Amerika Syarikat, semalam. Sekurang-kurangnya empat orang cedera parah dalam kejadian tersebut yang berlaku di kuari Hanson Permanente di Cupertino, kira-kira pukul 4 pagi (7 malam waktu Malaysia) selepas mesyuarat pertukaran syif. Beberapa pasukan khas polis, SWAT dikerahkan ke tempat kejadian untuk memburu penyerang terbabit. - AFP |
Fitnah II: Pakar tulang rawat Anwar jadi saksi Posted: 05 Oct 2011 09:20 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak permohonan mengenepikan sepina oleh Perdana Menteri dan isterinya supaya hadir menjadi saksi perbicaraan. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu dengan menyatakan kedua mereka tidak relevan sebagai saksi dalam kes berkenaan. Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor itu dibuat menerusi peguam mereka dengan mendapat sokongan penuh pihak pendakwaraya. Bagaimanapun peguam yang diketuai Karpal Singh membantah permohonan itu dengan menegaskan bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah berjumpa Najib, empat hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008. Selepas hakim membuat keputusan, pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi peguam bela. Beliau dijangka akan memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan fizikal Anwar. Berikut kronologi perbicaraan di mahkamah hari ini: 9.29: Galeri awam dipenuhi hadirin dan juga wartawan. 9.35 pagi: Mahkamah bersidang. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan beliau terhadap permohonan mengenepikan perintah sapina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Permohonan Najib dan isteri dibenarkan mahkamah. 9.44 pagi: Mahkamah terus bersidang untuk kes Fitnah II. Peguam-peguam yang mewakili Najib dan Rosmah beredar meninggalkan mahkamah. 9.45 pagi: Saksi ketujuh pembela, pakar tulang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland mengambil tempat di kandang saksi. 9.46 pagi: Dr Thomas mengangkat sumpah dan memberitahu beliau berumur 66 tahun. Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat. Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang. 9.54 pagi: Menurut Dr Hoogland, beliau pernah memberi keterangan dalam mahkamah sebelum ini dan keterangan beliau diterima mahkamah. Kali terakhir beliau memberi keterangan di mahkamah adalah sekitar bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City. 9.57 pagi: Dr Hoogland menerangkan struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah. Menurutnya, tulang belakang manusia ada 7 vertebra, 12 torasik dan 5 vertebra lumbar. 10.17 pagi: Dr Hoogland pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001. Rawatan seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara. 11.02 pagi: Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit 11.44 pagi: Mahkamah kembali bersidang. 11.55 pagi: Sankara Nair bertanya kepada Dr Hoogland samada Anwar bertanya kepada beliau tentang pergerakan dalam solat (selaku seorang pesakit tulang belakang). Dr Hoogland berkata beliau banyak ditanya perkara itu oleh pesakit Muslim terutamanya dari Timur Tengah. Beliau berpesan kepada Anwar agar melakukan sebarang pergerakan dengan sangat berhati-hati dan dengan sangat perlahan agar kecederaan tulang belakangnya tidak berulang. Sebelumnya, Dr Hoogland memberitahu mahkamah Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami stenosis. keadilandaily/- |
Hapus Monopoli Untuk Kurang Kos Sara Hidup Posted: 05 Oct 2011 08:54 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 6 OKT : Penghapusan sistem monopoli yang diamalkan di negara ini merupakan satu langkah terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup serta meningkatkan pelaburan. Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam Forum Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang berlangsung di Quality Hotel, Shah Alam Katanya, melalui penghapusan sistem monopoli ini akan membuka ruang persaingan sihat kepada ramai usahawan yang selama ini kekurangan peluang dari kesan sistem monopoli. "Kita tidak boleh memberikan angka tetap melalui hasil penghapusan monopoli. Namun kita percaya persaingan tanpa monopoli akan mengurangkan kos kehidupan rakyat," katanya. Melalui sistem monopoli ini merupakan satu langkah 'membunuh' pesaing lain yang mungkin turut terlibat dalam industri sama. Ujar beliau, kaedah monopoli yang diamalkan Barisan Nasional ini jelas menunjukkan mereka ketandusan idea untuk mencari jalan penyelesaian masalah ekonomi. Antara contoh bentuk monopoli yang berlaku di negara ini adalah monopoli Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) untuk mengimport beras, Telekom Malaysia (TM) untuk perkhidmatan jalur lebar dan monopoli Astro untuk perkhidmatan televisyen setelit siar terus berbayar. Bagi memecahkan dasar monopoli ini, Pakatan Rakyat mengesyorkan dasar tender terbuka untuk perolehan kerajaan yang memberi ganjaran kepada mereka yang berkebolehan, bukannya kroni dan kerabat yang berkepentingan. Satu Akta Kontrak Awam Tidak Adil akan digubal untuk mengkaji semula konsesi dan perjanjian yang dikenalpasti sebagai tidak adil dan bertentangan dengan kepentingan umum serta mengembalikan semula profesionalisme dengan memberikan ruang penyertaan kepada semua pihak. Selain itu, Akta Persaingan 2010 akan diperluaskan kepada semua sektor ekonomi termasuklah syarikat telekomunikasi dan sektor tenaga yang paling banyak menyaksikan herotan harga akibat monopoli. Untuk mengembalikan semula kecemerlangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pakatan Rakyat akan memastikan mereka bebas dari gangguan politik dan dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan keutamaan perniagaan. Dalam majlis sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan Goods Service Tax atau ringkasnya GST. Katanya, Pakatan tidak menolak mentah-mentah perlaksanaan GST namun ianya perlu dilihat dari sudut yang rasional terutama dari segi aspek kemampuan rakyat untuk membayarnya. Jelasnya, pendapatan rakyat kini bukannya di tahap yang sesuai untuk meletakkan mereka sebagai golongan yang layak untuk dikenakan cukai memandangkan peningaktan kos sara hidup semakin tinggi yang dialami mereka. "Kenapa rakyat tidak mampu membayar cukai? Kerana pendapatan mereka berada di bawah paras untuk melayakkan mereka untuk membayar cukai," katanya. Sementara itu, bagi Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, sebagai kerajaan yang prihatin, institusi pendidikan perlu diberikan perhatian terutamanya melibatkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Perkara ini perlu dinilai secara menyeluruh memandangkan terdapat beberapa kolej menawarkan kursus untuk pelajar namun akhirnya sijil berkenaan tidak bernilai apabila dibawa ke sektor pekerjaan. "Ada beberapa perkara drastik yang boleh kita lakukan. Pertama tawaran kursus di bawah pembiayaan PTPTN ada nilai kepada rakyat. Sekarang PTPTN membiayai kolej milik kroni yang mengeluarkan sijil dan bila dibawa ke sektor pekerjaan tidak laku. Di sini rakyat dan pelajar menjadi mangsa," katanya. Beliau menambah, kursus yang ditawarkan juga perlu dilihat agar memberikan nilai kepada rakyat dan bukannya memberikan keuntungan semata-mata kepada kroni dan membebankan rakyat. Jelasnya lagi, Pakatan konsisten dengan jaminan supaya bayaran perlu dibuat oleh peminjam apabila mereka mendapat surat pengesahan pekerjaan. "Jaminan kita dalam suasana susah masa kini, peminjam PTPTN hanya perlu membayar selepas mendapat pengesahan kerja. Yang ini jaminan kita dari dahulu sampai sekarang Ujar beliau lagi, profession perguruan juga perlu dipertingkatkan memandangakn mereka adalah penggerak utama dalam pendidikan dan bukan hanya mengubah struktur kurikulum pembelajaran semata-mata. "Kita naik taraf profession guru terlebih dahulu, kemudian baru kita membuat penambah baikkan untuk sistem pendidikan di negara kita," katanya. Forum Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengupas isu bajet Pakatan Rakyat yang telah dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tema 'Kesejahteraan Untuk Semua'. tv news/- |
Posted: 05 Oct 2011 08:47 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai segenap manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji atas kalian, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' berarti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian baginda bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah kuperintahkan kepada kalian. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kalian ialah karena mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kalian melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kalian, dan jika aku melarang kalian melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim) Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (yaitu haji yang fardhu) karena kalian tidak tahu apa yang akan menimpa diri kalian." (HR Ahmad) Nabi bersabda yang ertinya "Haji mabrur itu tidak ada balasannya kecuali syurga." (HR Bukhari) Link pilihan : Haji Mabrur |
Gaji minimum Pakatan tepat pada masa Posted: 05 Oct 2011 08:40 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 6 Okt: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS) merasakan Belanjawan 2012 yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam meletakkan gaji minimum RM1,100 sebagai gaji minimum tenaga kerja sebagai berpatutan dan kena pada masanya. Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, ini kerana dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan kenaikan harga barang, penetapan gaji minimum sebanyak RM1,100 amat sesuai dilaksanakan. "LPAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang cukup memahami kehendak serta keperluan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya kepada Harakahdaily. Ini juga, ujarnya bersesuaian dengan tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam CEUPACS serta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahukan kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM900.00. Katanya, dalam keadaan kerajaan teragak-agak untuk membantu rakyat berpendapatan rendah, PR tanpa berlengah panjang terus membentangkan bajet yang antaranya menetapkan gaji minima yang kena pada golongan sasaran. Bagi LPAS, kata beliau kerajaan sepatutnya telah lama menetapkan gaji minimum bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah agar keluar dari kepompong kemiskinan. Menurutnya, apa yang berlaku pada hari ini adalah ramai pekerja berpendapatan rendah yang mendapat gaji terlalu sedikit, sehingga ada yang kurang daripada RM800 sebulan. "Dengan gaji demikian, bagaimana golongan pekerja ini dapat hidup dalam suasana di bandar khususnya di Kuala Lumpur ini," ujarnya yang juga ahli Parlimen Jerai. Katanya, mereka pula mempunyai keluarga, dan dengan pendapatan yang sebegini semakin ramai yang terhimpit dengan masalah kewangan. Baginya, pembentangan bajet PR membuktikan bahawa PR sentiasa meletakkan rakyat sebagai agenda utama. "LPAS menunggu-nunggu apakah pula reaksi kerajaan dalam menawarkan kebajikan kepada golongan berpendapatan rendah," katanya. Justeru, tambahnya LPAS mengharapkan supaya kerajaan dapat menetapkan gaji minimum yang lebih baik daripada PR sesuai dengan sifatnya sebagai kerajaan persekutuan. harakahdaily/- |
Cincin Rosmah terus hangat selepas dipulangkan Posted: 05 Oct 2011 08:30 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 6 Okt: Isu cincin bernilai RM77 juta yang diposkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dan dikatakan telah dipulangkan terus hangat diperkatakan. Ini kerana, jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mengesahkan cerita kewujudannya dan kini masing-masing tertanya 'apakah benar ia telah dipulangkan'. Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya. Kolumnis terkenal Harakahdaily yang juga bekas pemimpin PAS, Haji Subky Latif dalam kolumnya kali ini mengulas panjang mengenai isu ini dari segi lojiknya. "Menteri Nazri dalam jawapannya kepada soalan mengenainya di Parlimen memberitahu bahawa cincin itu telah dikembalikan kepada syarikat pemunyanya. "Apabila ia telah dikembalikan kepada sipengirim, bererti pernah dibawa masuk ke negara ini dan dihantar kepada Rosmah di alamatnya. "Bagaimana ia dibawah masuk telah didedahkan oleh Cikgu Bard. Bagaimana ia dipulangkan tidak pula diketahui," tulis Subky dalam kolumnya di sini. Penafian Sebelum ini, apabila ia didedahkan Cikgu Bard (gambar) atau nama penuhnya Badrul Hisham Shahrin, para blogger Umno menghentam balik beliau dan Rosmah pula menafikannya. Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit. Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah. Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah. Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah. Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu. Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan. "Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau. Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor sebelum ini bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat. Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu. Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri. Beliau berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima. "Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda,"katanya kepada Tv Selangor. Badrul berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya. "Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor. "Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,"katanya lagi. harakahdaily/- |
Beberapa peraturan diperkenal di Madinah untuk keselesaan haji Posted: 05 Oct 2011 08:20 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - MADINAH - Badan pengurusan perjalanan haji Arab Saudi di kota Madinah memperkenalkan beberapa peraturan baru tahun ini bagi kemudahan dan keselesaan jemaah haji. Pengerusi Muasassah Adillak (National Adilla Establishment) Dr Yusof Hawala berkata pada musim haji tahun ini, para jemaah tidak akan dibenar meninggalkan Madinah menuju ke Makkah bagi menyempurnakan urusan haji selepas pukul 11 malam. Beliau berkata peraturan itu bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah haji apabila mereka tiba di Makkah nanti, bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lebih sempurna dan selamat. "Jemaah juga diminta meninggalkan Madinah untuk ke Makkah selewat-lewatnya 5 Zulhijjah (empat hari sebelum hari wukuf)," katanya kepada kumpulan petugas media Tabung Haji di sini, Rabu. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama dengan Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman yang membuat kunjungan hormat di pejabatnya. Dr Yusof berkata bagi fasa dua urusan haji pula, para jemaah hanya dibenar memasuki kota Madinah selepas 14 Zulhijjah, iaitu lima hari selepas hari wukuf untuk program ziarah. Beliau berkata segala usaha yang dilakukan pihaknya disasarkan untuk memberi kemudahan keluar dan masuk jemaah haji di kota Madinah, agar dapat memberi keselesaan kepada para jemaah dalam menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Merujuk kepada urusan haji jemaah dari dari Malaysia, katanya beliau mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Tabung Haji yang banyak mengadakan perbincangan dengan pihaknya untuk melicinkan perjalanan haji. Beliau berkata pihak Tabung Haji mengadakan beberapa perjumpaan dengan pihaknya sejak awal tahun, dan beliau berharap hubungan baik dengan Tabung Haji itu akan berterusan. - Bernama |
Posted: 05 Oct 2011 08:00 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Taj Mahal AGRA: Mercu tanda India yang sering dianggap satu daripada tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal, bakal runtuh dalam tempoh lima tahun lagi, kecuali langkah segera diambil bagi mengukuhkan asasnya. Bangunan marmar berusia 358 tahun itu menjadi daya tarikan paling popular di India dan dilawati kira-kira empat juta pelancong setahun. Terletak di Agra, Taj Mahal berdepan dengan pelbagai masalah persekitaran apabila sungai yang terletak berhampirannya diancam pencemaran serta aktiviti perindustrian serta penebangan hutan. Aktivis berpendapat, asas yang menampung bangunan Taj Mahal semakin lemah dan longgar. Beberapa retakan dikesan di bahagian makam dalam Taj Mahal pada tahun lalu, manakala empat menara yang ada di bucu bangunan itu menampakkan tanda condong. Taj Mahal dibangunkan pemerintah Mogul, Shah Jahan, yang bersedih akibat kematian isteri tercintanya, Mumtaz Mahal, ketika melahirkan bayi. Imej Taj Mahal yang selalu dikaitkan dengan romantik turut menjadi perhatian selebriti dan kerabat diraja, termasuk Puteri Diana, yang pernah bergambar di depannya selepas rumah tangganya dengan Putera Charles menemui kegagalan. Sejarawan India, Prof Ram Nath, berkata kedudukan Taj Mahal terletak berhampiran tebing Sungai Yamuna yang semakin susut. "Keadaan ini tidak pernah dijangka pembinanya. "Sungai Yamuna adalah sebahagian daripada reka bentul Taj Mahal dan jika ia mati, Taj Mahal juga tiada maknanya lagi," katanya. metro/- |
Jambatan terpanjang adalah Jambatan Asian di Miri? Posted: 05 Oct 2011 07:45 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Di Malaysia seringkali dikatakan bahawa, jambatan terpanjang di Malaysia adalah Jambatan Pulau Pinang. Tetapi saya katakan bahawa jambatan terpanjang di Malaysia adalah Jambatan Asian di Kuala Baram, Miri. Saya katakan demikian kerana tol bagi setiap pengguna Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya sejauh 15km adalah RM7.50 sementara tol yang dikenakan kepada pengguna Jambatan Asian adalah RM10. Secara logiknya Jambatan Asian ini semestinya lebih dari 15km. (Jambatan Asian [yang tolnya] mahal giler nak mampus!!!, tulis satu blog foto) Sedikit informasi berkenaan Jambatan Asian. Jambatan Asian merupakan jambatan yang menghubungkan Kuala Baram menghala ke Miri dan Kuala Baram menghala ke sempadan Malaysia-Brunei. Jambatan ini telah siap dibina pada awal tahun 2000. Jambatan ini merupakan laluan utama menghubungkan Miri, Brunei, Limbang, Lawas dan Sabah. Jambatan Asian ini telah di bina oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Shin Yang iaitu sebuah syarikat yang dikatakan sebagai proksi atau kroni kepada Ketua Menteri Sarawak sekarang. Dalam masa yang sama, syarikat yang sama juga telah membina jambatan yang hamper sama di Sibu iaitu di Lanang. Tol yang dikenakan kepada pengguna Jambatan Lanang pula hanya RM3. Fakta yang lebih mengejutkan adalah kedua-dua jambatan ini panjangnya adalah hanya lebih kurang 400 meter. Ini merupakan suatu perkara yang amat menyedihkan dimana projek pembinaan jambatan ini semestinya projek kerajaan untuk rakyat dan seharusnya secara prinsip sesuatu projek itu sudah tentunya ada pembayaran diberikan kepada pihak pemaju daripada kerajaan. Namun kenapa perlu ada pembayaran tol yang amat tinggi dikenakan kepada pengguna jambatan ini sementara jambatan yang hampir sama yang dibina oleh pemaju yang sama hanya mengenakan tol serendah RM3. Sekiranya alasan penyelengaraan digunakan, kenapa Jambatan Pulau Pinang yang jauh lebih panjang hanya mengenakan RM7.50 untuk jambatan sepanjang 15km. Penindasan ini bukan hanya membabitkan membabitkan pengguna jalan yang ingin ke negara jiran malah telah membabitkan penduduk-penduduk yang tinggal di kampong seberang Kuala Baram iaitu Kampung Masjid. Penduduk kampung terbabit memberitahu bahawa mereka dikenakan tol RM1 untuk penggunaan sehala unutk jambatan terbabit. Jika inign ke pusat bandaraya mereka terpaksa membayar RM2 untuk perjalanan pergi dan balik. Untuk mendapat kemudahan terbabit, penduduk kampong terpaksa pula berkunjung ke pejabat pemaju terbabit untuk membuat permohonan dengan menggunakan MyKad yang beralamat di kampong tersebut dengan sokongan ketua kampong. Situasi ini amat merumitkan penduduk kampung sedangkan sebelum ini ketika perkhidmatan feri masih beroperasi penduduk kampung tersbut tidak dikenakan bayaran sekiranya memiliki pas laluan yang disahkan. Sementara itu, jambatan tersebut akan berhenti beroperasi pada jam 12 tengah malam dan penduduk kampung seolah-olah hidup di dalam penjara dengan jadual perjalanan harian mereka keluar kampung terhenti pada jam 12 tengah malam dan akan hanya bermula pada jam 6 pagi. Perkara ini benar-benar mengecewakan kita. Pertama, projek pembinaan jambatan ini yang sepatutnya menjadi kemudahan nilai tambah kepada rakyat sebaliknya menjadi projek tambah duit syarikat-syarikat kroni Ketua Menteri. Rakyat berhak mendapat kemudahan awam dengan bebanan kewangan tambahan yang minima, namun sekarang terpaksa membayar sekali ganda berbanfing sebelumnya ketika perkhidmatan feri digunakan. Kedua, kita amat risau dengan ketirisan duit rakyat dibawah jagaan pemerintah yang sedia-ada sekarang iaitu Barisan Nasional yang pada asasnya pembayaran terhadap projek terbabit sepatutnya telah diuruskan sebaiknya. Namun bila mana rakyat terpaksa lagi membayar sejumlah tol yang cukup mahal bagi melalui sebuah jambatan yang hanya panjangnya 400 meter seolah-olah pembayaran untuk projek pembinaan jambatan tersebut hanya melalui pembayaran tol yang dikenakan kepada rakyat. Ketiga, penduduk di Kampung Muhibah secara khususnya terpaksa menghadapi kesan secara langsung terhadap pembinaan jambatan tersebut. Kesan yang diterima oleh penduduk di kampung tersebut bukan hanya terpaksa menampung perbelanjaan tambahan bagi pergi ke tempat kerja masing-masing di pusat bandaraya malah terpaksa hidup dalam kepungan di tempat asal sendiri. Penduduk kampung terpaksa berada di kampung sebelum jam 12 malam dan pernah dikongsikan oleh wakil penduduk kampung bahawa pernah suatu masa, seorang penduduk kampung yang perlu dibawa ke hospital akibat kecemasan kesihatan tidak dapat dibawa ke hospital akibat daripada jambatan yang tidak beroperasi pada ketika itu. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat negeri Sarawak khususnya penduduk di bahagian Miri mendesak pihak kerajaan untuk: 1) Mendedahkan maklumat pembayaran projek pembinaan Jambatan Asian serta kos penyelenggaraannya semenjak ia mula beroperasi 2) Mendedahkan kepada masyarakat umum berkenaan perjanjian berkenaan dengan kutipan tol bagi penggunaan Jambatan Asian, kenapa harga tol yang dikenakan begitu tinggi berbanding tol di Jambatan Lanang dan berapa lamakah konsesi bagi tol Jambatan Asian tersebut? 3) Mengurangkan jumlah kutipan tol bagi penggunaan Jambatan Asian daripada RM10 kepada RM3 seperti mana yang dikenakan terhadap pengguna Jambatan Lanang yang memiliki kepanjangan yang hampir sama dan dibina oleh syarikat yang sama. Sekali lagi saya menyeru pemerintah kerajaan yang ada sekarang iaitu Barisan Nasional untuk benar-benar melaksankan tanggungjawab dalam menguruskan kekayaan serta hak milik rakyat dengan sebaiknya. Rakyat pastikan akan bangkit bagi memperbetulkan keadaan dan menghukum kerajaan yang gagal dalam menguruskan kekayaan negeri dan negara yang tercinta ini. Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak/Ketua Penerangan PAS Miri./- |
Al Fatihah : Pegawai Khas ADUN Lubuk Merbau meninggal dunia. Posted: 05 Oct 2011 07:41 PM PDT |
Bajet Pakatan bukan untuk 'pancing undi' Posted: 05 Oct 2011 07:30 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Pakatan Rakyat semalam mempertahankan bajet bayangannya dan menolak dakwaan bahawa ia menawarkan pelbagai bonus sebagai memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Bercakap pada forum mengenai bajet bayangan di Shah Alam, ketua strategi PKR Rafizi Ramli berkata pelbagai bonus dan kenaikan gaji yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah selaras dengan dasar Pakatan dan bukannya sebagai umpan 'gula-gula". "Kita tidak cuba untuk melunakan perkara sebelum pilihan raya (seperti) BN yang gunakan kenaikan gaji perkhidmatan awam sebagai cara untuk meraih undi. "Pakatan melihat ini melalui rangka kerja dasar. Sebagai contoh, elaun RM500 untuk guru dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan taraf pengajaran dan merupakan satu pelaburan untuk pendidikan," katanya kepada kira-kira 150 hadirin. Beliau berkata perkara sama juga dengan peruntukan RM5.7 bilion bagi menaikkan skala gaji kakitangan awam. "Ini adalah kerana kita mahu melaksanakan gaji minimum bagi semua rakyat, dan bukan hanya untuk pekerja swasta," katanya. Rafizi yang merupakan sebahagian daripada jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka bajet bayangan itu berkata bahawa sebenarnya adalah "mudah" bagi Pakatan Rakyat untuk mencari wang untuk membayar pelbagai bonus yang dijanjikan kerana belanjawan mereka lebih kecil daripada bajet kerajaan BN bagi tahun 2011 iaitu sebanyak RM227 bilion. "Pada bajet 2012, ia dijangka akan mencecah sehingga RM238 bilion. Ini adalah RM18 bilion lebih banyak daripada bajet kami," katanya. Selain itu, menurut Rafizi, defisit 4.4 peratus di dalam bajet Pakatan jauh lebih rendah daripada apa yang bakal ditawarkan oleh kerajaan persekutuan. "Kalau BN hanya mampu mengumumkan belanjawan RM14 - 15 billion lebih tinggi daripada angka yang dikemukan oleh kita, adalah tidak munasabah bagi BN untuk mempersoalkan sama ada kita mampu atau tidak lunaskan janji RM220 billion ini, kerana sudah tentu kita mampu, belanjawan kita lebih baik." Merujuk kepada rekod belanjawan BN selama ini, Rafizi meramalkan Najib tidak mampu mengurangkan kadar defisit lebih rendah daripada 4.4 peratus. "Berdasarkan kutipan cukai yang agak baik kebelakangan ini, mereka (BN) merasakan ada tambahan pendapatan kerajaan untuk tahun hadapan, sebab itu mereka begitu yakin untuk mengumumkan belanjawan mencecah lebih RM230 billion," katanya . Hadir sama, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong. ma;aysiakini/- |
Tahap stres pelajar kita tinggi Posted: 05 Oct 2011 07:20 PM PDT 8 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi. Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stres, keresahan dan kemurungan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk. Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga, kata beliau, seramai 2,345 iaitu 36 peratus murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental. Sejumlah 279 guru pula dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid. "Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian kementerian sedang berusaha untuk meningkatkan latihan dan kemahiran Gaya Daya Tindak ke atas pelajar di seluruh negara. "Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya tetapi apa yang penting ialah melakukan persediaan awal mengenai kemahiran menangani stres," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Projek rintis kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada Mac lalu dan dijalankan di enam buah sekolah di enam negeri. Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka; Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak dan Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah. Dua lagi ialah Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya. Menurut Tiong Lai, kementerian akan memperluaskan projek itu di semua sekolah dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di kalangan murid dan warga sekolah serta sebagai persediaan mengelakkan perkara lebih serius berlaku. "Bukan sahaja pelajar, malah projek ini turut melibatkan latihan kepada guru-guru bagi mengendali masalah stres di kalangan pelajar. "Ia penting bagi memastikan tiada masalah yang lebih serius berlaku kepada pelajar yang memerlukan khidmat nasihat ketika saat-saat genting," katanya. Dalam pada itu, Tiong Lai turut berharap Kementerian Pelajaran mempertimbangkan cadangan untuk memperluaskan Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar di seluruh negara. Sementara itu, kata beliau, saringan kesihatan mental di klinik kesihatan juga telah diperluaskan secara berperingkat di klinik seluruh negara bermula Jun lalu. "Perkhidmatan ini akan dapat mengenalpasti lebih awal masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, sehingga kini seramai 637 klinik kesihatan telah melaksanakan perkhidmatan ini. "Dari segi latihan pula, seramai 687 pegawai kesihatan yang terdiri daripada 138 doktor dan 549 paramedik telah menerima latihan kesihatan mental komuniti bagi mengesan masalah mental di kalangan masyarakat," katanya. utusan/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan