Anwar Ibrahim |
- Malaysia Judge Quashes PM Subpoena in Anwar Trial
- Pakar: Anwar Masih Mengalami Sakit Belakang
- Pakar Tulang Dr. Thomas Hoogland Beri Keterangan
Malaysia Judge Quashes PM Subpoena in Anwar Trial Posted: 05 Oct 2011 11:14 PM PDT A judge on Thursday quashed subpoenas ordering Malaysian Prime Minister Najib Razak and his wife to testify in the sodomy trial of opposition leader Anwar Ibrahim. The ruling by High Court Judge Zabidin Mohamed Diah removes the prospect of a sensational court appearance by Najib and his wife Rosmah Mansor, whom Anwar says are behind what he calls bogus charges. Anwar, 64, is charged with sodomising a young male aide in June 2008, but he denies the allegations and says they were cooked up with Najib’s involvement in an attempt to cripple the opposition’s chances in coming elections. Najib has admitted meeting Anwar’s accuser Mohamad Saiful Bukhari Azlan two days before the alleged sodomy, but both he and Rosmah deny any connection to the case. Sodomy is illegal in Muslim-majority Malaysia and punishable by up to 20 years in prison. The defence says Najib’s meeting with Saiful indicates the premier’s involvement and called for the couple to testify. Zabidin issued the subpoenas last month but he ruled in favour of an application by the couple to strike them out, saying the defence failed to show their involvement. “Hence, I allow the applications and order the trial to continue,” he told a packed courtroom in the capital Kuala Lumpur. Anwar expressed disappointment with the ruling, saying the couple “were clearly involved”. “Our position is that this was planned. Now he (Najib) should come and deny it,” Anwar told reporters. Anwar was deputy prime minister and in line for the premiership when he was ousted in 1998 in a bitter falling-out with then prime minister Mahathir Mohamad. Anwar was subsequently arrested and convicted on sodomy and corruption charges widely seen as politically motivated. The sodomy conviction was overturned and Anwar was freed in 2004. He led an opposition alliance to historic gains against the long-ruling Barisan Nasional coalition in 2008 polls, and the new sodomy accusation emerged shortly afterwards. Najib is required to call new elections by early 2013 but is widely expected to call them within months. |
Pakar: Anwar Masih Mengalami Sakit Belakang Posted: 05 Oct 2011 11:11 PM PDT Pakar tulang belakang Belanda, Dr Thomas Hoogland yang telah melakukan pembedahan pada belakang Anwar pada tahun 2004, telah dipanggil sebagai saksi. Dr Hoogland memberitahu mahkamah bahawa beliau telah melakukan 14,000 pembedahan tulang belakang. Beliau telah menulis lima buah buku mengenai pembedahan tulang belakang. Beliau adalah ahli Persatuan Orthapaedik Jerman. Hoogland kemudiannya menerangkan mengenai bahagian lumbar tulang belakang dan fungsinya. Beliau menjelaskan bahawa cakera yang tergelincir menyebabkan kesakitan di belakang. Ia boleh menyebabkan banyak masalah, terutama apabila berdiri. Hoogland menggunakan imej komputer yang dipasang pada skrin putih untuk menjelaskannya dari kandang saksi. Beliau menjelaskan bahawa stepnosis adalah merupakan penyempitan terusan di tulang belakang. 10.17am: Hoogland (kiri) berkata beliau bertemu dengan Anwar pada bulan April 2001, ketika Anwar berada di penjara di bawah pengawasan polis. Dia bertemu dengannya sekali lagi pada September 2004, selepas Anwar dibebaskan. Menurutnya, Anwar tiba di Klinik Alpha di Munich, Jerman dan membuat keputusan untuk menjalani pembedahan.” 10:19am: Saksi itu berkata beliau menyediakan laporan pembedahan Anwar dan memberikan Anwar satu salinan laporan itu atas permintaannya. 10:21am: Katanya, Anwar mengalami lumbar sclerosis, yang memberi kesan kepada kali dan tangan pesakit. “Secara khususnya, pada kaki kiri, berikutan masalah lama pada leher.” Hoogland berkata beliau telah bertemu dengan Anwar pada 4 September 2004, dan Anwar mengadu dipukul ketika dalam tahanan polis enam tahun sebelumnya. 10:30am: Anwar mempunyai masalah membongkok ke hadapan dan dengan pergerakan tulang belakang. 10:32am: Hoogland berkata berdasarkan pada sistem itu, beliau membuat diagnosis lateral stonosis, yang akan mengecilkan saluran tulang belakang. 10:36am: Menurutnya, Anwar berada di hospital selama tiga minggu, dari 6 September hingga 27 September 2004. “Tidak ada komplikasi.” 10:43am: Anwar, bagaimanapun, kesakitan pada sebelah kiri. 10:43am: Hoogland ditanya sama ada masalah itu akan berulang, di mana beliau menjawab kadar berulang adalah 5 hingga 20 peratus. “Mengenai sclerosis, ianya adalah 15 peratus.” 10:47am: Hoogland berkata, kemerosotan tulang bukanlah satu proses semula jadi, tetapi ia adalah perkara biasa. 10:50am: laporan perubatan Hoogland ditandakan sebagai bahan bukti. Hoogland menerangkan mengenai pembedahan yang dilakukan ke atas Anwar pada 6 September 2004. 10:56am: laporan pembedahan Hoogland ditandakan sebagai bahan bukti. 11:00am: Hoogland berkata cakera lumbar keempat dan kelima Anwar telah sembuh, tidak seperti sebelum ini pada tahun 2001. 11:02am: Peguam Sankara meminta untuk rihat sekejab dan hakim membenarkannya. 11:45am: Perbicaraan disambung. 11:46am: Hoogland berkata, tiga bulan selepas pembedahan, Anwar pergi sekali lagi ke kliniknya di Munich pada bulan Februari 2005. Saksi itu berkata pada 7 Februari, beliau melakukan pemeriksaan dan ia menunjukkan bahawa Anwar masih sekali sekala mengalami sakit belakang. 11.50am: Katanya, terdapat peningkatan yang ketara dalam keadaan Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak berubah selepas beliau keluar dari hospital pada 24 September 2004. “Otot belakang adalah penting untuk mengawal pergerakan belakang.” 11:54am: Hoogland berkata, beliau telah merawat ramai pesakit Islam dari negara-negara Timur Tengah, dan solat selalunya menjadi isu. “Saya menasihatkan Anwar untuk solat, dengan melakukannya secara berhati-hati dan perlahan-lahan. “Anda boleh bengkok ke hadapan dengan cepat tetapi apabila anda kembali, lakukannya dengan sangat perlahan-lahan (bergerak kembali tegak dan berdiri).” This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Pakar Tulang Dr. Thomas Hoogland Beri Keterangan Posted: 05 Oct 2011 07:58 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak permohonan mengenepikan sepina oleh Perdana Menteri dan isterinya supaya hadir menjadi saksi perbicaraan. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu dengan menyatakan kedua mereka tidak relevan sebagai saksi dalam kes berkenaan. Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor itu dibuat menerusi peguam mereka dengan mendapat sokongan penuh pihak pendakwaraya. Bagaimanapun peguam yang diketuai Karpal Singh membantah permohonan itu dengan menegaskan bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah berjumpa Najib, empat hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008. Selepas hakim membuat keputusan, pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi peguam bela. Beliau dijangka akan memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan fizikal Anwar. Berikut kronologi perbicaraan di mahkamah hari ini: 9.29: Galeri awam dipenuhi hadirin dan juga wartawan. 9.35 pagi: Mahkamah bersidang. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan beliau terhadap permohonan mengenepikan perintah sapina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. 9.44 pagi: Mahkamah terus bersidang untuk kes Fitnah II. Peguam-peguam yang mewakili Najib dan Rosmah beredar meninggalkan mahkamah. 9.45 pagi: Saksi ketujuh pembela, pakar tulang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland mengambil tempat di kandang saksi. 9.46 pagi: Dr Thomas mengangkat sumpah dan memberitahu beliau berumur 66 tahun. Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat. Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan