Jumaat, 23 September 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


KITAR-PUTAR HUDUD

Posted: 23 Sep 2011 03:04 AM PDT

(Inilah kepala kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e memeterai Perjanjian yang antaranya menolak penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan syariat Islam 18.12.2009)

Salam 2 all.

Kitaran-putaran semula isu hudud dimainkan. Tengah dema sesak mengah dengan isu murtad, gereja dakyah, kes liwat Anwar, Mat CD berkondang-kondi dengan China-DOLL, Datuk Hasan Ali dimaki hamun kerana rela dipecat pertahankan aqidah umat, Mat Sabu mengagungkan komunis, Hantu Kamar 121 kembali , videoklip 13 Januari nak meletop, dan macam-macam lagi yang tidak terjawab oleh kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e ini; maka akhirnya Nik Aziz kitar lagu lama untuk menyelamatkan tengkok yang terjerat, konon PAS nak laksanakan hudud di Kelantan! Dan yang paling syok, Mat CD kali ni sokong Nik Aziz nak laksanakan hudud pulak. Kalau dah pembohong dan kaki putar alam. Sebab tu semalam teman buat statement, ni semua kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja ni yop!

Yang paling teman syok ialah respon Karpal setelah Anwar tiba-tiba sokong Nik Aziz nak buat hudud PAS Kelantan. Dia ingatkan antara lain, "dalam hudud, orang berzina kena rejam dengan batu sampai mati". Eh, macam Karpal dah tengok videoklip kondang-kondi China-DOLL dengan Mat CD je bunyinya. Ialah dia kapior yop, tak perlu 4 saksi macam Hadi. Tajam perli Karpal tu yop. Jangan lupa ni lah punjabi yang kata dia ada bukti Anwar kaki homoseks & liwat pada 22.10.1997 dalam Parlimen!

Perlu teman tegaskan bahawa teman tidak menolak hudud, atau apa sahaja undang-undang Islam. Malah teman percaya dan yakin perlaksanaan syariat Islam serta penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu umat Islam. Dan teman berpegang teguh kepada pendirian ini sejak dulu, kini dan selamanya insyallah. Dan teman tetap akan memperjuangkan kepada penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan syariat Islam, walaupun terpaksa berbuat sedemikian seorang diri. Teman lebih rela syahid memperjuangkan Islam, daripada hidup tetapi memperkudakan Islam!!!

Cuma teman paling benci kaum yang memperkuda dan melacurkan Islam untuk kepentingan politik kepartian. Dan teman nak tanya Nik Aziz dan kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengannya, cuba jawab soalan-soalan dibawah ni sebelum nak bercakap tentang perlaksanaan hudud:

1. Bukankah Nik Aziz sendiri yang merestui Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Dis 2009 (yang mana teman adalah antara Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengannnya) dimana PAS-PKR-DAP bersetuju jika mereka membentuk Kerajaan Persekutuan (na'uzubillah mintak dijauhkan ALLAH), maka penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar pakatan pembangkang dan tidak akan dilaksanakan. Ini yang Karpal peringatkan Nik Aziz, seolah-olah Nik Aziz dengan begitu mudah melupakan perjanjian tersebut, atau sengaja buat-buat lupa! Nik Aziz bukan sahaja merestui, malah hadir dalam majlis tandatangan tersebut, siap berpeluk bergambar dengan Karpal lagi. Tu yang Karpal marah tu yop!

2. Presiden PAS Haji Hadi dalam ucapan muktamar PAS 2011 dan kenyataan-kenyataan selepas itu jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan melaksanakan dan menubuhkan Negara Islam, atas alasan tidak ada dalam Al Quran. Perlaksanaan hudud adalah termasuk didalam ciri penubuhan Negara Islam yang kini ditongsampahkan oleh PAS. Dan Nik Aziz antara orang yang menyokong kenyataan Haji Hadi dan pendirian baru PAS tersebut. Jadi dimana rasional tiba-tiba Nik Aziz nak bercakap tentang nak laksanakan hudud?

3. Presiden PAS, Haji Hadi Awang dalam kenyataan semasa menjadi Menteri Besar Terengganu menyatakan bahawa melaksanakan hudud bukan keutamaan bagi Kerajaan PAS Terengganu. Teman ingat lagi kenyataan Haji Hadi bahawa hudud hanya "0.0001%" sahaja dalam Islam! Jadi yang Nik Aziz beriya-iya sekarang kitar-putar balik isu hudud apa hal?

4. YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dalam kenyataannya menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana "Kelantan tak sama dengan Kedah". Malah YAB Datuk Seri Azizan menegaskan "jangan samakan PAS Kedah dengan PAS Kelantan". Alasan yang digunakan oleh YAB Datuk Seri Azizan ialah di Kedah, PAS berkongsi kuasa dengan DAP & PKR. Nampaknya alasan YAB Datuk Seri Azizan sama sahaja dengan alasan yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, dan disokong oleh ilmuan kegemaran Pakatan pembangkang Dr. Asri Zainul Abidin. Persoalannya, dengan percanggahan kenyataan Nik Aziz dan YAB Datuk Seri Azizan, adakah ini bermakna Islam pada PAS adalah mengikut selera negeri masing-masing?

5. Teman nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang fahaman pluralisma yang dianuti oleh idolanya Anwar Ibrahim. Anwar jelas adalah penganut fahaman pluralisma, dan mengakui membuat ucapan di London School of Economic pada bulan Mac 2008 menyatakan semua agama adalah sama, menuju matlamat yang sama! Sehingga Anwar membuat pendirian jelas bahawa kristian kafir la'natullah juga berhak mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam bentuk triniti @ 3-dlm-1, iaitu ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci (na'zubillah). Para ulama' sependapat bahawa fahaman pluralisma adalah sesat, dan boleh membawa kepada murtad. Murtad adalah isu hudud. Jadi sebelum nak bercakap tentang nak laksanakan hudud, Nik Aziz wajib nyatakan pendiriannya mengenai fahaman pluralisma anutan idolanya Anwar!

6. Teman juga nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang gelagat Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang menjadikan komunis saperti Mat Indera sebagai idola, sehingga ada yang meletakkan Chin Peng la'natullah sebagai pejuang kemerdekaan! Komunis adalah berteraskan fahaman atheist, iaitu menolak ketuhanan. Ini adalah jelas fahaman yang murtad terkeluar daripada aqidah Islam. Murtad adalah isu hudud. Jadi sebelum nak bercakap tentang hudud, Nik Aziz wajib menyatakan pendiriannya mengenai isu mengagungkan komunis oleh Mat Sabu ini!

7. Teman juga nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang fahaman syiah. Apa yang jelas ada kalangan mereka didalam kepimpinan PAS sekarang ni yang menganut fahaman syiah, sehingga balun bini kawan pun kira halal. Sedangkan Nik Aziz sendiri tahu bahawa fahaman syiah adalah sesat, malah ada kategori syiah yang dikafirkan oleh para ulama' muktabar. Ini masalah aqidah. Menganut fahaman sesat merosakkan aqidah, dan ini persoalan hudud. Jadi sebelum Nik Aziz nak bercakap tentang melaksanakan hudud, beliau wajib menyatakan pendirian dia tentang penularan fahaman syiah didalam PAS, malah sudah merebak ke peringkat mereka yang kini dimartabatkan dan dinobatkan sebagai kepimpinan tinggi dalam PAS!

8. Teman juga nak tanya Nik Aziz apa pendirian dia tentang perisytiharan Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim yang sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh? Apa hukumnya orang mengaku Islam tiba-tiba bersedia mati untuk Karpal kafir harbi yang terang-terang menentang Islam. Kalau Nik Aziz nak tahu, petang tadi Karpal buat statement menyatakan Nik Aziz jangan nyanyuk lupe pasal Perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang 18.12.2009 yang menolak Negara Islam & perlaksanaan syariat. Adakah menyokong kafir harbi macam Karpal dan sanggup mati untuk dia itu tidak menjejaskan aqidah?

9. Teman juga mahu bertanya kepada Nik Aziz, apa pendirian dia tentang isu perbicaraan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful. Ternyata Anwar bukan sahaja bacul dan dayus untuk bersumpah muhabalah menafikan aduan Saiful sebagaimana yang dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, malah dia memilih untuk tidak memberi keterangan didalam perbicaraan. Bukan itu sahaja, dia memaksa pulak orang yang tidak ada kena mengena dengan perliwatan dia terhadap Saiful menjadi saksi untuk dia dan memberi keterangan, termasuk YAB PM sendiri! Sedangkan isu liwat dan zina adalah isu hudud. Persoalan yang teman nak tanya, adakah Nik Aziz bersedia mengheret Anwar ke Mahkamah Syariah di Kelantan untuk menjawab aduan liwat Saiful. Ini tak perlu tunggu perlaksanaan Enakmen Hudud, sebab didalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan pun dah ada peruntukkan untuk membawa pertuduhan jenayah liwat terhadap Anwar. Sanggupkah Nik Aziz buat begitu?

Sebenarnya yop, teman tahu Nik Aziz tidak akan mampu memberi jawapan ikhlas terhadap kesemua soalan diatas. Kerana apa? Kerana saperti mana lagu lama, macam itulah Nik Aziz dengan bijaknya cuba mengkitar-putar isu hudud. Nampak sangat Nik Aziz lebih berminat untuk mempolitikkan isu ini kerana dengan secepat kilat Nik Aziz menyalahkan Tun Mahathir. Kata dia, PAS Kelantan tidak dapat laksanakan hudud kerana Tun Mahathir tak bagi.

Pertama, ini adalah kenyataan paling tak cerdik kerana bidangkuasa hal ehwal Islam, termasuk penggubalan undang-undang berkaitan Islam terletak kepada Kerajaan Negeri (Jadual 9 Senarai 2). Jadi mengapa setelah lebih 20 tahun dudok memanaskan kerusi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz langsung tak laksanakan hudud? Samada hukumannya boleh dilaksanakan atau tidak itu soal kedua. Soal utamanya mengapa undang-undang hudud sendiri tidak ada di Kelantan?

Kedua, Nik Aziz dengan sengaja melupakan, atau buat-buat lupa, bahawa penyokong kuat Tun Mahathir pada masa itu ialah manusia yang di idolakan Nik Aziz sekarang: Anwar Ibrahim! Anwar lah yang menjadi balaci dan barua pencacai untuk Tun Mahathir selama lebih 16 tahun termasuk memaki hamun PAS. Malah Anwar pernah melabelkan ustad-ustad PAS termasuk Nik Aziz sebagai "ulamak terompah"!!! Kenapa Nik Aziz tak kutuk dan maki Anwar sekali? Jawapannya mudah, sebab Anwar sekarang tidoq sebantal dengan Nik Aziz. Jadi soalnya bukan isu nak laksanakan hudud, tetapi soal politiking kepartian yang memperkudakan Islam sebagai bahan politik!

Ketiga, adakah bagi Nik Aziz agama Islam ni terletak hanya pada hudud sahaja? Adakah dengan melaksanakan hudud maka selesailah segala perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam. Adakah itu sahaja perjuangan Nik Aziz, nak jadi MB sebab nak laksanakan hudud sahaja? Sampai lebih 20 tahun jadi MB masih tak buat-buat lagi! Bagaimana dengan banyak permasalahan dan isu lain? Bagaimana dengan masalah ekonomi? Contohnya membina gerai dinamakan Bazar Tok Guru yang begitu kecil sehingga peniaga tak boleh nak berniaga, Islamik sangat ke tu? Bagaimana dengan kemudahan prasarana umat dan rakyat? Berpuluh tahun rakyat Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang kronik? Bukankah itu juga perjuangan Islam. Bagaimana dengan soal pentadbiran Islam? Adakah wajar Nik Aziz meletakkan menantunya sendiri mengepalai syarikat Kerajaan. Dan apabila menantunya disiasat SPRM, mengapa Nik Aziz tidak mengambil sikap saperti Rasulullah saw yang bersabda "demi ALLAH jika Fatimah anak ku sendiri mencuri nescaya akan ku potong tangannya!".

Pada teman, kitar-putar semula isu hudud ini hanyalah sandiwara dan gimik politiking kepartian melampau oleh Nik Aziz dan yang sewaktu dengannya. Nik Aziz konon nak buat hudud supaya umat Islam kembali sokong PAS. Lepas tu Karpal pulak akan maki hamun tolak hudud supaya Cina sokong DAP. Mat CD pulak tiba-tiba meroyan sokong hudud sebab nak lepaskan tengkok dia dari isu liwat dan videoklip China-DOLL, termasuk videoklip baru 13 Jan yang akan muncul tak lama lagi! Semuanya untuk persiapan untuk plihanraya ke 13 akan datang! Itu sahaja! Kalau dema berani, teman cabar Nik Aziz, Karpal & Mat CD buat manifesto Pakatan pembangkang dan nyatakan dengan jelas tanpa berselindung bahawa Pakatan pembangkang akan laksanakan hudud jika memerintah (na'zubillah).

Mike tak terkejut beruk ke yop tiba-tiba Mat CD buat kenyataan menyokong Nik Aziz untuk laksanakan hudud, tapi hanya hudud PAS untuk dilaksanakan di Kelantan sahaja! Kenapa tak laksanakan hudud di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? Kenapa hanya di Kelantan?

Dan mike tak pelik Mat CD mahukan hudud? Mat CD sokong hudud? Orang yang dulu menyokong gila babi Tun Mahathir menentang hudud, hari ni jadi hero nak hudud? Orang yang menganut fahaman pluralisma tiba-tiba mahu hudud. Orang yang menghadapi pertuduhan meliwat stafnya sendiri tiba-tiba berkokok mahukan hudud? Orang yang enggan dan tak mau memberi keterangan dalam Mahkamah kerana meliwat stafnya Saiful tiba-tiba melalak mahukan hudud? Orang yang enggan bersumpah muhabalah menafikan videoklip yang didedahkan oleh kawannya sendiri tiba-tiba menyampuk mahukan hudud? Come on lah yop, waraskan aqal tu sikit! Ini semua sandiwara & gimik politiking oleh kaum yang dah terdesak aje.

Pokok pangkalnya, gunakanlah aqal. Aqal tu dok dalam otak yop. Otak tu ALLAH bagi bukan suruh buat masak lemak cili api, tapi untuk diguna buat berpikior! Pikior-pikior sikitlah yop. Janganlah mike jadi kaum PBB: Pekak, Bisu & Buta. Main ikut na'am aje apa yang pemimpin mike cakap. Pemimpin mike tu semua dah gila, jangan ikut gila macam dema. Sebab ini kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni yop.

KITA BUKAN GILA KUASA!!!
TETAPI KITA NAK HALANG ORANG GILA DARI BERKUASA!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
25 Syawal 1432
23 Sept 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang