Jumaat, 23 September 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Dato Seri Anwar Ibrahim Sampai Mesej PRU 13 di Terengganu Hari Ini

Posted: 23 Sep 2011 01:44 AM PDT

Harakah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan mesej sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Setiu dan Kuala Nerus, hari ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, siri lawatan Anwar ke negeri ini bagi menyampaikan mesejnya secara langsung kepada rakyat.

"Hari ini, Datuk Seri Anwar akan berkunjung ke Permaisuri, Setiu dan Batu Enam, Kuala Nerus untuk bertemu rakyat secara langsung.

"Anwar akan menyampaikan sendiri mesej kepada rakyat di Terengganu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, insya Allah," ujarnya kepada Harakahdaily ketika berkunjung ke Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota melahirkan rasa bangga dengan sambutan rakyat terhadap rumah terbuka PAS Terengganu.

Menurutnya, pelbagai lapisan masyarakat Melayu, Cina dan India termasuk di kalangan pemimpin MCA Terengganu hadir meraikan majlis tersebut.

Ini katanya, petanda penerimaan rakyat terhadap kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

"Saya lihat sambutan rakyat hari ini cukup baik dan meriah kerana semua lapisan masyarakat sama ada Melayu, Cina dan India hadir.

Menurutnya, usia kepimpinan Umno dan BN sudah berada dipenghujung yang mesti digantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama ke majlis tersebut mantan Pengerusi PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof serta beberapa orang pemimpin PKR Cabang Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kenyataan Media Berhubung Sikap SKMM Dalam Isu Klip “Undilah”

Posted: 23 Sep 2011 01:32 AM PDT

Saya amat terkejut membaca berita bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu ini telah mengarahkan penyiar tempatan supaya berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (public service announcement, PSA) “Undilah” yang diterbit saudara Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia yang baru lepas.

PSA ini, yang disertai diri saya sendiri dan ramai lagi tokoh masyarakat Malaysia, adalah satu usaha tak berpihak (non-partisan) untuk mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi bila tiba masa pilihanraya nanti demi mengukuhkan proses demokrasi yang diamalkan di negara kita. Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong.

Di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal “demokrasi terbaik” di dunia, tindakan seperti yang dilakukan SKMM ini jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.

Saya memohon SKMM untuk menjelaskan arahan yang dikeluarkan kepada penyiar tempatan, malah memohon agar SKMM menterbalikkan arahan tersebut dan mempromosi video ini sebagai satu langkah yang dapat memperkukuh demokrasi di negara tercinta ini.

Janganlah kebebasan SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden KEADILAN

====

For Immediate Release
23 September 2011

I am disturbed after reading the news that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has directed local broadcasters this week to not use the “Undilah” public service announcement (PSA) that was produced by Pete Teo and launched on Hari Malaysia.

This PSA, in which I and numerous other Malaysian public figures participated, is a non-partisan rallying call for all Malaysians to stand up, register as voters, and let our voices be heard through the democratic process of voting in elections. It is meant to rouse the democratic spirit of all Malaysians, regardless of political leanings.

At a time when those leading the country clamour about making Malaysia the “best democracy” in the world, actions taken by entities like MCMC clearly undermines such efforts and belittle the intelligence of Malaysians.

I call on the MCMC to clarify its orders to local broadcasters regarding this PSA, and in fact I urge MCMC to reverse its order and promote the video as a step to strengthen democratic practise in our beloved country.

Let not MCMC’s independence be subjected to the political machinations of an archaic and dogmatic minister, who is lost in the undercurrents of partisan politics and quite out of touch with the latest developments in Malaysia’s political scene.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai and
Vice President of KEADILAN

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Undilah Video Taken Off-Air Over Ku Li Speech,Opposition Figures

Posted: 22 Sep 2011 09:08 PM PDT

The Malaysian Insider

A video promoting the right to vote has been taken off the air by local broadcasters despite a push for greater democracy because it contains opposition figures and Tengku Razaleigh Hamzah's speech talking about Malaysia having problems.

The Malaysian Insider learnt that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) directed local broadcasters this week not to use the public service announcement (PSA) produced by musician Pete Teo just days after its launch on September 16.

"MCMC emailed both Astro and Media Prima Bhd about the issue, telling them the video clip should not be aired because Ku Li speaks about the country having problems and also because it features opposition leaders," an industry source told The Malaysian Insider,referring to Tengku Razaleigh by his popular nickname.

Teo said the move not to play the video is fundamentally undemocratic in intention. — Picture by Jack Ooi
"Only NTV7 used it but the MCMC email was sent to both organisations which control the majority of television channels in the country," the source added.

A government source confirmed that MCMC sent the email to Media Prima, which is linked to Umno and owns the NTV7 channel, and Astro, the direct broadcast satellite pay-television service.

"The email about the PSA was sent this week," the source said, adding he was puzzled about the directive as it referred to Tengku Razaleigh, who happens to be the Gua Musang MP for the ruling Barisan Nasional (BN) government.

The MCMC is an independent regulator but it reports to Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim, who was incidentally the Kelantan prince's comrade in Semangat 46 before the party was dissolved for the politicians to join Umno Baru, the successor party to the original Umno that was declared illegal in 1988.

Apart from Tengku Razaleigh, the 4.38-minute video also features Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong, Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin and opposition figures Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad and Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad.

Teo, who produced the independent video as a voluntary project, said the alleged directive was "disturbing" as it went against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's latest announcement to loosen media control and strengthen civil liberties in the country.

Najib had announced on September 15, the eve of Malaysia Day, that his administration would repeal several security laws including the Internal Security Act (ISA) and review media laws to bring about more democracy in the country.

Teo said Tengku Razaleigh's comments that Malaysia has problems, such as rising cost of living, brain drain, corruption, worsening ethnic relations, declining economic competitiveness, et cetera, was "a commonly acknowledged fact even within the government, let alone among the rakyat".

"Any objection to the mentioning of 'problems' not only flies in the face of reality, it also implicitly denies the need for reform, including those initiated by the PM.

"I think it'd be more constructive if people in authority would help seek solutions to these commonly-known problems rather than try to limit the viewership of our PSA video for mentioning them," Teo told The Malaysian Insider.

He also responded to the "apparent objection" to the equal representation to Pakatan Rakyat (PR) figures as well as their BN counterparts by saying that "the rakyat's interest is best served by being offered a choice between competing parties at the ballot box".

"I believe our unbiased representation of both the government and the opposition honours this crucial idea. Thus, a move to put pressure on broadcasters not to play our non-partisan public service video because it contains opposition figures is fundamentally undemocratic in intention.

"Further, it also goes against the PM's recent announcement to loosen media control and strengthen civil liberties in the country. For this to happen so soon after the PM's historic announcement is very disturbing," he added.

Teo disclosed that the video clip at www.undilah.com has seen just under 300,000 views on the video-sharing site YouTube for all four language subtitled versions since the launch last Friday.

"I am very pleased to have done this sort of numbers despite the difficult release conditions. Anyway, the plan was to massively increase (on-site, broadcast and print) publicity in the coming week so we can get more people to see it, but I guess that might be more complicated now." he said.

Teo confirmed that NTV7 ran the video clip for the first three days of the release and a special interview with those involved, rapper Namewee, actor Afdlin Shauki, director Benji Lim and himself.

"To date, no other broadcaster has committed to broadcasting it, although one has expressed interest. Am not sure if the interest still holds," said the musician behind the successful 15Malaysia project that featured short films last year.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi Enam Bulan Pertama 2011

Posted: 22 Sep 2011 09:46 AM PDT

Negeri Selangor terus mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merekodkan pelaburan tertinggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM5.2 bilion.

Dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing sebanyak RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM2.1 bilion.

Sebanyak 135 projek telah diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan membuka 9,847 peluang pekerjaan. Jumlah projek ini yang diluluskan ini jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Daripada 135 projek ini, 89 adalah pelaburan baharu manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada.

Mengulas perkembangan positif ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah ini menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pelabur asing dan tempatan terhadap kerajaan negeri.

"Kerajaan Selangor bekerja keras untuk menyakinkan pelabur dan kita amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ini.

"Selangor mencatatkan pelaburan tempatan dan asing yang seimbang dengan mencatatkan 135 projek berbanding negeri-negeri lain yang merekodkan antara 2 hingga 93 projek sahaja," kata Menteri Besar.

Mengikut pecahan sektor, industri pembuatan elekronik mencatatkan pelaburan tertinggi dengan RM1.3 bilion daripada 18 projek yang diluluskan membabitkan RM110 juta pelaburan tempatan dan RM1,149 bilion pelaburan asing.

Jepun menjadi pelabur terbesar di Selangor dengan 13 projek membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1.136 bilion, diikuti Korea Selatan sebanyak RM652 juta ( tiga projek) dan Singapura dengan RM510 juta (8 projek).

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kadar Pertumbuhan Ekonomi Selangor Memberangsangkan

Posted: 22 Sep 2011 09:35 AM PDT

TV Selangor

Kadar pertumbuhan ekonomi bagi Negeri Selangor sehingga tahun 2030 dijangka pada kadar lima peratus setahun. Statistik juga menunjukkan hampir 22 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disumbangkan oleh negeri Selangor.

Perkara ini dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Majlis itu adalah sempena lawatan rasmi ke bawah duli tuanku ke Selangor.

Taklimat tersebut turut dihadiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, para EXCO kerajaan negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Tambahnya, dari segi pelaburan, pada tahun 2010, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM10.6 bilion.

Sementara bagi enam bulan pertama tahun ini, Selangor telah mengatasi negeri-negeri lain dalam usaha membawa masuk pelaburan ke Malaysia dengan nilai pelaburan mencecah RM5.2 bilion.

Katanya, Selangor akan terus menumpukan kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

"Prinsip Merakyatkan Ekonomi Selangor didasarkan pada hakikat bahawa pelbagai sumber negeri adalah kepunyaan rakyat. Oleh itu adalah sewajarnya Kerajaan memulangkan kekayaan negeri kepada rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan pembezaan agama,"  kata Khusrin.

Menurutnya, Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor ini bakal memanfaatkan seluruh rakyat di negeri ini daripada lahir hinggalah ke usia emas.

"Sehingga kini program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor fasa pertama hingga fasa keempat sudah dijayakan dengan jayanya," kata Khusrin.

Tambah Khusrin, dengan pentadbiran negeri yang telus dan berorientasi pelaburan, Selangor akan terus menjadi negeri pilihan pelabur asing serta komuniti perniagaan dalam dan luar negara.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan:

Nuffnang