Mohamad Taufek Abd Ghani |
Posted: 22 Sep 2011 09:24 PM PDT Isu bas awam belum selesai Sinar Harian 23 Sep 2011 SIMPANG DURIAN - Isu pengangkutan awam di daerah ini masih belum berkesudahan menyebabkan penduduk mahu kerajaan melakukan sesuatu dan bukan sekadar janji. Penduduk di pekan Simpang Durian yang turut menghadapi masalah sama mahu penyelesaian isu pengangkutan awam dapat disegerakan, biarpun masalah itu sudah dibangkitkan beberapa kali sejak bertahun lalu. Tinjauan Sinar Harian mendapati, kemudahan prasarana di pekan berkenaan seperti pondok bas berada dalam keadaan baik. Namun, apa yang mendukacitakan, tiada perkhidmatan bas dan teksi yang boleh didapati di pekan berkenaan. Penduduk, Nur Shira Mohd Daud, 21, berkata, perkhidmatan bas di kawasan itu mula mengalami masalah sejak bulan Jun tahun lalu. Nur Shira yang tinggal di Kampung Bemban berkata, tahun lalu, dia bergantung kepada kemudahan bas untuk ke tempat kerja. "Dulu saya tunggu bas dalam jam 10.30 pagi dan hanya mengambil masa 10 minit untuk ke tempat kerja. "Sekarang susah untuk mendapatkan bas dan sejak kebelakangan ini semakin teruk kerana bas hanya lalu sekali dalam sehari dan kini tidak ada bas langsung di kawasan ini,"katanya kepada Sinar Harian. Nur Shira berkata, keadaan turut menyukarkan adik iparnya yang menuntut di sekolah berasrama di Kuala Pilah untuk pulang bercuti. Katanya, adik iparnya terpaksa menaiki teksi yang mengenakan caj diantara RM50 hingga RM60 berbanding tambang bas RM4.50 sahaja. "Saya harap perkhidmatan bas dapat dikembalikan ke kawasan ini kerana ia menyukarkan khususnya pelajar sekolah dan warga emas yang tidak mempunyai kenderaan. "Dahulu masa zaman sekolah, saya dan rakan-rakan sering menaiki bas ke Kuala Pilah untuk bersantai dan sebagainya. "Perjalanan dari Simpang Durian hingga Kuala Pilah hanya mengambil masa satu jam. Kini penduduk terpaksa bergantung harap kepada khidmat teksi sapu. "Teksi sapu lazimnya hanya menawarkan perkhidmatan dari pekan Simpang Durian hingga ke Felda Pasoh kerana penumpangnya dikatakan ramai," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9555819.asp |
Majlis jamuan Hari Raya Dun Paroi Posted: 22 Sep 2011 02:44 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan