Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam |
Bersantai di Nat Jumaat di Kuala Jerlun Posted: 10 Sep 2011 11:41 PM PDT Nat Kuala Jerlun merupakan destinasi yang menjadi tumpuan masyarakat samada di dalam atau di luar Ayer Hitam. Uniknya, nat tersebut berdekatan dengan pelantar ikan yang dijual fresh dan segar kepada pengunjung. Selain memebeli ikan, ayam dan daging, mereka juga berpeluang membeli segala jenis barangan keperluan harian yang biasanya dijual di kedai-kedai runcit tetapi ada di jual di nat tersebut. YB Ust Hj Abd Ghani mencuri masa selepas Kuliah Jumaat bermesra dengan orang ramai. Beliau juga mengambil kesempatan minum pagi bersama pengunjung sambil bersantai di tepi sungai yang mana deretan kedai minum dan pasar sangat berhampiran dengan sungai. Selepas sungai tersebut, ternampak lautan sawah yang terbentang luas sayup mata memandang. Panorama ini sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin menenangkan fikiran atau ingin meredakan perasaan tertekan dalam tugas seharian. Di penghujung jalan menuju ke penempatan semula Kg Jeruju terdapat Homestay yang cukup selesa. Ramai pengunjung di dalam dan luar negeri serta pelajar-pelajar IPTA yang menginap di sana kerana kosnya murah dan ceria dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengursan Homestay. Di sana juga terdapat Restoran Ikan Bakar yang berhampiran dengan laut. Air laut yang pasang di waktu malam dengan angin sepoi-sepoi bahasa begitu mengasyikkan para pengunjung. Suasana sebegini jarang ada di tempat lain kerana ia berlaku dalam suasana kampong dan aman damai. YB Ust Hj Abd Ghani sedang berbual mesra dengan pengunjung sambil ditemani Hj Abu Seman B Saad, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu. YB Ust Hj Abd Ghani pernah mengemukakan cadangan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu untuk menaiktaraf nat tersebut menjadi nat yang maju dan berdaya saing. Selain menjadi tempat para peniaga memasarkan barangan jualan masing-masing, ia juga turut merangsang ekonomi masyarakat setempat dan menarik ramai pelancong berkunjung ke Homestay dan Restoran Ikan Bakar. Perkara ini akan menjadi kenyataan apabila MDKP mendapat peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam RMK 10 nanti. YB Ust Hj Abd Ghani menyapa kanak-kanak yang turut serta menemani ibu mereka ke nat tersebut. Pendek kata, bukan setakat pengunjung dewasa sahaja yang berminat dengan segela keperluan yang ada di nat tersebut bahkan kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk membeli barang-barang mainan dan makanan ringan yang menjadi kesukaan mereka |
Meninjau peniaga kecil di Pasar Kerpan Posted: 10 Sep 2011 10:33 PM PDT YB Ust Hj Abd Ghani turun padang meninjau Pasar di Pekan Kerpan sambil bertanya khabar kepada semua peniaga yang berniaga. Kelihatan beliau sedang bertanyakan sesuatu kepada peniaga sayur, Encik Hamzah Bin Alias. Selepas lawatan tersebut, Encik Hamzah telah meninggaldunia selepas serangan jantung di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Selepas dimaklumkan berita tersebut, beliau bergegas menziarahinya di rumahnya di Kg Ayer Hitam. Dalam masa yang sama, beliau juga sempat berbual-bual dengan salah seorang peniaga daging. Beliau difahamkan terdapat 3 orang yang menjual daging di pasar tersebut dan terdapat sedikit persaingan dalam jualan daging. Pada hari biasa,daging tersebut ada yang dapat dijual habis dan ada juga terpaksa disimpan untuk dijual ke hari esoknya. Walau bagaimanapun, ketika musim menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini, ada peniaga yang berjaya menjual sehingga 3 ekor sehari dan habis dijual. Sebelum mengakhiri lawatan tersebut, beliau sempat berbual mesra dengan isteri Encik Hamzah yang terkenal dengan panggilan mesra Mak Ngah Ma. Mak Ngah Ma turut serta membantu suaminya ketika masih hidup. Kini, selepas kematian Encik Hamzah, urusan jualan sayur diserahkan kepada anaknya. Ini disebabkan keadaan kesihatannya yang diserang kanser otak selepas mengalami kemalangan jalanraya. Beliau mendoakan agar Allah melimpah rezeki yang berkat kepada keluarga Allahyarham yang begitu mesra dengan pelanggannya. |
You are subscribed to email updates from Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan