i n t a n h i j a u |
PAS : LUCUTKAN GELARAN PROFESOR ZAINAL KLING Posted: 10 Sep 2011 08:16 PM PDT Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mahu pihak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling bagi memelihara kredibiliti majlis ini kerana menimbulkan kekeliruan dengan mendakwa Malaya tidak pernah dijajah oleh British. Mujahid (kiri) berkata, kenyataan Zainal yang mewakili MPN itu telah menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka "Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibiliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran profesor (beliau) ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut," kata pemimpin PAS itu dalam satu kenyataan media. Menurutnya, PAS juga menuntut ahli akademik itu menarik balik kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah tetapi sebaliknya hanya dinaungi oleh British. "Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja," katanya. Menurut Mujahid yang juga pengerusi Perpaduan Nasional PAS, kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka! "Ia tidak memerlukan seorang profesor untuk memahami bahawa 'Merdeka' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan. Kenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'? Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British?" soalnya. Jumaat lalu, Zainal pada sidang akhbarnya di Putrajaya berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. Mujahid bagaimanapun menyangkal hujah itu dan berkata jika benar negara ini tidak dijajah mengapa kekayaan negara dan hasil bumi dieksploitasi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah? "Tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah? "Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutar belitkan istilah penjajah kepada penaung? "Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti?" katanya ladi. Sehubungan itu, kata Mujahiud, PAS mahu kerajaan, khususnya kementerian pelajaran supaya bertindak tegas terhadap Zainal yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini.(malaysiakini) |
WACANA MERDEKA TAMBAH KELIRU - PAS PERAK Posted: 10 Sep 2011 08:08 PM PDT IPOH, 10 Sept: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyifatkan Wacana Merdeka yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) semalam gagal menjelaskan tajuk asal perbincangan mengenai tragedi Balai Polis Bukit Kepong: Siapa wira sebenar. Malah, kata Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri al-Amin berkata pentas wacana tersebut lebih menjadi medan mencetuskan polemik baru yang menyanggah fakta besar yang telah diterima pakai selama 54 tahun dengan menafikan sejarah kemerdekaan negara. Katanya, penafian terhadap kemerdekaan negara pada tahun 1957 itu lahir dari fakta yang disebut berulang kali oleh para panelis wacana bahawa Tanah Melayu langsung tidak pernah dijajah oleh British, suatu kenyataan yang tidak disiarkan oleh media massa perdana yang dikuasai kerajaan. Malah, menurutnya bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar juga menggambarkan bahawa penubuhan Umno pada tahun 1946 bukan untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi hanya untuk memastikan bahawa Tanah Melayu dikembalikan kepada pemerintahan dahulu. Tambahnya, manakala penekanan Tun Hanif berkaitan tragedi Bukit Kepong hanya mengisyithar bahawa kematian pasukan polis sebagai wira walaupun tidak menafikan polis ketika itu di bawah pemerintahan British. Katanya, nama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sering menjadi sebutan Tun Hanif semalam sepatutnya turut dijemput pihak IDR bagi menjelaskan isu berkaitan Ahmad Indera @ Mat Indera. "Jika ianya diadili sebaiknya, wacana tersebut perlu dihadiri juga oleh Haji Mohamad untuk memperkatakan perkara tersebut. "Sesungguhnya hasil wacana semalam telah menimbulkan lebih banyak kekeliruan dari menjelaskan keadaan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini. Soalnya, bagaimana status pejuang-pejuang Melayu Perak seperti Datuk Maharaja Lela Pandak Lam yang dihukum buang negeri dan pejuang-pejuang Melayu lain yang terbunuh ketika dikatakan menentang British. Katanya, jika Tanah Melayu tidak dijajah, siapakah yang mereka tentang dan siapakah pula yang menghukum dan membunuh mereka. "Adakah ini angkara Melayu gunakan British untuk menentang dan membunuh sesama Melayu?" soalnya lagi.(harakahdaily) |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan