N45 Dr Halimah Ali |
- Pandangan EXCO -EXCO Selangor mengenai pengumuman PM tentangISA
- ADUN SELAT KLANG SANTUNI PENGANTIN DAN KELUARGA
- PM perlu buktikan kerajaan pusat ikhlas mansuh ISA
Pandangan EXCO -EXCO Selangor mengenai pengumuman PM tentangISA Posted: 17 Sep 2011 05:20 AM PDT |
ADUN SELAT KLANG SANTUNI PENGANTIN DAN KELUARGA Posted: 17 Sep 2011 03:45 AM PDT 17.9.11 DUN SELAT KLANG Sudah menjadi lumrah wakil rakyat, hari Sabtu dan Ahad adalah waktu yang sangat sibuk menghadiri kenduri-kendara dan jemputan lain.Lebih-lebih lagi bila bertembung di bulan Syawal. Maka ditambahkan pula dengan jemputan hari raya samada daripada pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan rakan YB EXCO dan ADUN/AHLI PARLIMEN. ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali juga perlu melaksanakan tanggungjawab sosial tersebut. Apabila terlalu banyak jemputan beliau memulakan ' kenduri round'nya awal. Adakala pukul 8-9.00 pagi.Walaupun tuan rumah tidak bersedia hidangan tetapi niatnya adalah untuk menunaikan jemputan. Pada hari ini, YB sempat berjumpa dengan saudara mara pengantin. Seorang saudara yang berada di kerusi roda terasa haru disapa dan diambil peduli oleh YB.Beliau merupakan salah seorang penerima bantuan sumbangan Muslimat PAS DUN SELAT KLANG dalam program Ihya' Ramadhan baru-baru ini. |
PM perlu buktikan kerajaan pusat ikhlas mansuh ISA Posted: 17 Sep 2011 02:56 AM PDT Tunjuk keikhlasan, bebas tahanan ISA sekarang PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapusan akta tersebut. "Jika tidak dapat dibebaskan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan ke mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa mereka adalah golongan pengganas," tegas ketua penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Katanya, amatlah dikesali kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein "yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan BERSIH 2.0, dengan mengumumkan tahanan ISA akan kekal ditahan sehingga dua akta baru menggantikan ISA disiapkan. "Dua akta itu pula, mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz - hanya akan dibentangkan tahun depan dan semua ini menambahkan perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Seharusnya, tegas beliau, menteri dalam negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin. "...sebagai langkah keikhlasan dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan beliau. "Kita yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik. "... seperti yang berlaku pada enam ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Najib mesti memilih antara dua pilihan ini - sama ada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan," tegasnya. Di samping itu, katanya, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran perdana menteri mengakui terdapat kepincangan dalam akta drakonian tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini. "Janganlah pula cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf, kepada bapa-bapa negara yang lalu, kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini. "Sebaliknya Najib patut mewakili bapa-bapa negara yang lalu untuk memohon maaf kepada semua tahanan ISA kerana mereka adalah daripada rumpun yang sama iaitu Barisan Nasional. "Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan sama ada dari sudut mental, fizikal mahupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini," tambahnya. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan