Jumaat, 16 September 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


BN tunduk dan akui tuntutan rakyat: BUKU JINGGA BERJAYA tentu masa depan MALAYSIA!!

Posted: 15 Sep 2011 06:32 PM PDT

K'jaan mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri
Sep 15, 11 9:03pm
Kongsi 2992
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.
Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.
sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.
"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.
Gubal dua undang-undang baru
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.
"Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan.
"Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk.
"Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya," tambahnya.
[Baca teks ucapan penuh perdana menteri]

Syabas kepada seluruh pemimpin dan penyokong PAKATAN RAKYAT yang akhirnya membuktikan mereka mampu menyedarkan kerajaan lapuk BARISAN NASIONAL daripada cengkaman undang-undang rimba.
Teruskan perjuangan.
Kepada mangsa ISA dan keluarga usaha dan kesabaran anda berbaloi jua akhirnya.

EXCO Pendidikan Lancar Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Perpustakaan

Posted: 15 Sep 2011 09:24 AM PDT

 Khamis
15.9.11
Kpg Sg Udang KLANG

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor terus maju mengorak langkah ke depan sebagai salah satu aset negeri terpenting yang mampu merancang kemudahan awam gedung ilmu yang bukan sahaja mencerdikkan penduduk malah menyediakan suasana kondusif untuk menggalak pembangunan holistik insan.
   Selari dengan misi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor yang mahu menjadikan Selangor hub ilmuwan, hub pendidikan, maka PPAS(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) memutus untuk mencari ruang dan peluang untuk menyediakan kemudahan pusat sehenti sumber ilmu pengetahuan di seluruh Selangor. Setelah berjaya menyediakan bangunan baru di Seksyen 13 Shah Alam, hari ini PPAS melancarkan majlis pecah tanah untuk pembinaan kompleks perpustakaan PPAS di Kpg Sg Udang, Klang.
Majlis disempurnakan oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali.Turut hadir YB Dr Yunus Hairi selaku Pembantu Exco Pendidikan, Pengarah PPAS, Hjh Mastura,Ketua Penolong Pengarah BPI JAIS, Hjh Amir Danuri, Ketua Kampung Sg Udang dan Kpg Delek, Nazir Masjid, Imam, Guru-guru dan pelajar-pelajar serta penduduk setempat.
 YB Dr Halimah dalam ucapannya menekankan bahawa dewan usang yang berada di atas tapak kompleks ini yang selama ini diguna untuk aktiviti yang negatif oleh penagih dadah, kumpulan lepak dan tempat letak sampah yang haram bakal di tukar kepada premis yang mampu melahirkan modal insan BUKAN menjadi sarang 'insan liabiliti' seperti yang berlaku selama ini.Semua pemimpin setempat serta seluruh rakyat diseru untuk menggunakan kemudahan ini dan membantu secara bersinergi untuk melahirkan generasi cemerlang yang bakal membantu pencapaian visi kerajaan Selangor untuk menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.
Dalam ucapan YB Exco juga menyatakan bahawa perpustakaan dua tingkat ini bakal dilengkapi oleh bilik seminar yang mampu memuatkan seramai 100 orang, bilik mesyuarat, bilik perbincangan bagi pelajar dan oranga wam dan ruang rujukan.Ia juga akan turut dilengkapi dengan kemudahan surau dan mini kafe.PPAS juga telah mengambil inisiatif untuk menyediakan satu ruang santai dan kondusif di samping perkhidmatan wi fi kepada pelanggan.
Dr Halimah bersama dif-dif kehormat dan pelajar tahfiz

Di antara yang hadir bersama

Gimik pelancaran: menanam pokok

SAMAN EKOR: TESTIMONI MANGSA

Posted: 15 Sep 2011 06:15 AM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang