Dr Siti Mariah Mahmud |
Posted: 15 Sep 2011 06:00 PM PDT Dari blog SAKMONGKOL AK47 Kita mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjaya menggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang penjajahan. Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung pemerintahan penjajahan. Pilihan contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu. Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi perbalahan kaum yang cukup enak. Resipi ini kegemaran parti politik seperti UMNO. Pengunaan serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. Tapi ia mesti di politikkan sebagai suatu yang besar kerana inilah peluang UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. Saya percaya, jika polis yang mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan. Bagaimana penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa? Namun oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara, pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. Pembukaan dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol, rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya sendiri. Mat Indera jangan di lihat sebagai CT. Jawapan nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULA keatas peranan UMNO dalam menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO lakukan? Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2 lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah subsidi dari parti politik lain .... |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan