Jumaat, 16 September 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Cemas diterkam penyamun

Posted: 16 Sep 2011 12:02 AM PDT

Cemas diterkam penyamun
Sinar Harian 16 Sep 2011

REMBAU – Seorang warga emas tidak dapat melupakan detik cemas diterkam penyamun ketika nyenyak tidur dan bergelut selama beberapa minit dalam kejadian pecah rumah kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Warga emas berkenaan, Kamariah Arifin, 80, dari Kampung Air Hitam, Chembong berkata, kejadian pecah masuk rumah itu merupakan kejadian kali ketiga berlaku sejak 2004 di mana majoritinya berlaku pada awal pagi.

Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal dan tidur sendirian terperanjat apabila diterkam penyamun.

"Saya sempat menjerit dan menendang-nendang penyamun sebelum mata dan mulut ditutup menggunakan tangan penyamun. Saya juga diarahkan untuk mendiamkan diri.

"Saya tidak tahu berapa orang penyamun yang ada di dalam rumah ketika itu tetapi percaya jumlahnya lebih daripada seorang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Kamariah berkata, susulan pergelutan itu, bajunya turut terkoyak di bahu lengan kiri dan kanan serta di pipi kanan terdapat kesan calar dipercayai terkena kuku salah seorang penyamun.

"Ketika pergelutan, penyamun berjaya membawa lari seutas rantai emas yang telah terputus dua dan gelang emas yang keseluruhannya bernilai hampir RM10,000 serta satu telefon bimbit.

"Saya percaya penyamun berkenaan masuk ke kediamannya melalui tingkap di bahagian dapur dan terdapat kesan roboh di pagar rumahnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9532840.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang