Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Pendapat umum keperluan Menara MAINS
- Kenderaan Unit Amal N.Sembilan
- Adakah pejabat Jabatan Mufti N.Sembilan akan diroboh?
Pendapat umum keperluan Menara MAINS Posted: 07 Sep 2011 12:44 AM PDT Sepertimana yang sedia maklum Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di bandar Seremban. Sila berikan pendapat anda samada pembinaan Menara MAINS ini merupakan satu keperluan yang mendesak dan perlu diutamakan. Sila buat undian anda di bahagian kanan atas blog ini serta berikan komen anda di ruangan komen artikel ini. MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA 6 September 2011 "Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013," katanya. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=611737 MENARA MAINS JADI MERCU TANDA Sinar Harian 28 Ogos 2011 CHUAH - Negeri Sembilan bakal memiliki menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang akan menjadi mercu tanda di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menara ini akan dibina setinggi 12 tingkat dan tiga tingkat pada bahagian podium menara tersebut. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9472939.asp |
Kenderaan Unit Amal N.Sembilan Posted: 06 Sep 2011 07:16 PM PDT Unit Amal N.Sembilan kini mempunyai sebuah kereta Kancil sumbangan dari individu untuk kegiatan aktiviti Unit Amal N.Sembilan di mana sebelum ini pergerakan Unit Amal NS terdapat kekangan kenderaan. Kenderaan ini masih dalam keadaan baik. Bagaimanapun sumbangan adalah diharapkan dari kita semua untuk menyenggara kenderaan ini serta memperbanyakkan lagi aktiviti Unit Amal yang sekarang ini terhad akibat kekangan kewangan. Kepada mereka yang ingin mentransformasikan Unit Amal N.Sembilan ini bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan iaitu Sdr Izamri melalui akaun CIMB 05020693061526 serta menghubungi beliau di 013-3906540. Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pendawaian elektrik di rumah atau pejabat serta kejuruteraan awam boleh juga menghubungi Sdr Izamri. |
Adakah pejabat Jabatan Mufti N.Sembilan akan diroboh? Posted: 06 Sep 2011 06:29 PM PDT Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan membina menara setinggi 15 tingkat dengan kos RM50 juta. Persoalannya, apa akan jadi kepada tanah dan bangunan Jabatan Mufti, Baitulmal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pusat Zakat dan anak syarikat MAINS serta mungkin juga Bazaar MAINS yang sedia ada. Adakah bangunan sedia ada milik MAINS, akan dijual, akan dikekalkan sebagai bangunan warisan sejarah atau akan dirobohkan? Sudah pasti ramai pihak berminat terhadap bangunan lama tersebut. MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA 6 September 2011 SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di sini. Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin berkata menara tersebut yang akan dinamakan sebagai Kompleks Mains akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung. "Kompleks Mains ini akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. "Manakala Bank Islam akan menjadi penyewa utama menara ini," katanya kepada Bernama Selasa. Beliau berkata 13 tingkat menara berkenaan adalah untuk blok pejabat manakala satu tingkat untuk parkir dan satu tingkat lagi sebagai podium. Kamal Amran berkata selain dataran untuk mengadakan pelbagai acara, antara kemudahan lain yang terdapat ialah kemudahan tempat makan dan gerai membeli-belah. "Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013," katanya. Beliau berkata pembiayaan menara tersebut datang dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains. "Ini bermakna, menara ini dibiayai sebahagiannya daripada pinjaman bank dan sebahagian lagi dari dana sumber am Mains," katanya. – BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=611737 |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan