:: cina islam | 2011 :: |
- Anak lawat mangsa simbah asid
- Natasha gagal bawa lari kekasih
- Keluarga tuntut kerajaan bersihkan nama Mat Indera
- MB Selangor Ke Jerman Tarik Pelabur
- Pelancong Turki jadi mangsa Israel
- Pekebun sayur tuai tanaman gergasi
- Wisma Putra Akan Bawa Pulang Pelajar Di Syria
- 3 terbunuh, 3 cedera apabila van terbabas masuk parit
- Umno sorok resit rawatan Mohamad Sabu?
- Obama seperti Bush
- Seminar Siasah Syar'iyah.
- Lelaki disiasat kes jual gelaran ‘Datuk Naning’
- Puasa Sunat Enam Syawal
- Kelantan, Kedah, Terengganu Dan Negeri Sembilan Kutip Mata Penuh
- Nyaris maut terminum racun
- Serang bas dekat plaza tol
- 'Mat Indera murid bapa Muhyiddin'
- Video Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka
- Kubur Mat Indera.
- 10 maut gempa di Aceh
- Beribu-ribu guru di Kenya mogok
- Adakah Rosli Dhoby juga pengkhianat?
- 200,000 guru di Kenya mogok
- Belut gergasi....
- Sejarah disolek sesuka hati.
Posted: 07 Sep 2011 02:00 AM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - JERANTUT, 7 Sept: Penderitaan dua beradik berusia 13 dan 10 tahun yang pernah menggemparkan negara akibat disimbah asid oleh jiran mereka sehingga parah dan cacat seumur hidup, mendapat perhatian dan simpati Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan PAS Kawasan Jerantut. Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dan Naib Yang Dipertua PAS Jerantut, Yuslaidiyy Mat Esa kelmarin bertandang ke rumah ibu mereka di Jengka 9 di sini, berziarah sambil menghulurkan sumbangan barangan dan wang. Menurut datuk mereka Che Sam Abu, 68, yang turut hadir, kedua cucunya Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi dan adiknya Shafiyy Aiman pada sebelah malam 19 Julai lalu ketika dalam perjalanan pulang mengaji al-Quran telah disimbah asid oleh seorang lelaki bekas anggota tentera wataniah yang juga merupakan jiran mereka. Tambahnya, akibat kejadian 8.30 malam itu kedua-dua beradik yang disimbah ketika sedang menunggang motosikal untuk pulang telah mengalami kecederaan parah pada muka dan badan selepas disimbah cuka getah. "Saya yang bergegas ke situ mendapati kedua cucu saya meraung-raung kesakitan dan segera dibawa ke Hospital Jengka sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan masih `berasap'. "Sebulan lamanya mereka menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan baru dibenarkan pulang dua hari menjelang hari raya lalu," katanya. Shafiq Haikal, yang juga anak sulung daripada empat beradik itu belajar di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Jengka 12, manakala Shafiq Aiman, anak kedua belajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 9. "Kedua-dua cucu kesayangan saya itu adalah pelajar pintar dan aktif di sekolah tetapi kini sudah ditimpa cacat seumur hidup di bahagian mata dan telinga," kata Che Sam. Difahamkan, penyimbah asid berkenaan yang juga seorang buruh ladang telah dihukum penjara lapan tahun dan empat kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh 26 Julai lalu setelah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap dua beradik malang itu. Sementara itu kedua beradik malang itu ketika ditanya, mengaku masih trauma dengan tragedi berkenaan tetapi tidak sabar untuk ke sekolah kerana sudah rindu dengan kawan-kawan. Dalam pada itu Mazlan Aliman berkata kedua beradik itu masih memerlukan ihsan orang ramai kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi rawatan susulan dan terapi. Justeru belua menyeru sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang bolehlah menghubungi Che Sam di talian: 0139449296. harakahdaily/- |
Natasha gagal bawa lari kekasih Posted: 07 Sep 2011 01:30 AM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - KANGAR – Hajat seorang pondan, Natasha yang mahu membawa diri bersama temannya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang menerima aib setelah disimbah asid ekoran cemburu dengan perhubungan mereka, nampaknya terpaksa ditangguhkan sementara. Ini kerana, menurut jurujual tersebut yang berusia 28 tahun, rancangan mereka untuk menjalani kehidupan baharu di negeri lain tidak menjadi apabila Mohd. Hafizuddin 'dirampas' daripadanya oleh ahli keluarga pemuda itu kelmarin. Katanya, Mohd. Hafizuddin telah dibawa pulang oleh bapa saudaranya ketika mereka berdua sedang menikmati minum petang di sebuah gerai makan di Padang Besar dekat sini. "Kejadian tersebut berlaku dengan pantas, bapa saudara Hafizuddin bersama seorang lagi rakannya yang menaiki kereta telah menghampiri kami di gerai tersebut. "Tanpa bercakap sepatah, tiba-tiba tangan Hafizuddin ditarik oleh bapa saudara mereka ke dalam kereta dan mereka meninggalkan saya," katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Seri Bakau, di sini semalam. Mengimbas kejadian tersebut, Natasha memberitahu, dia amat terkejut dan takut dengan insiden tersebut ekoran Mohd. Hafizuddin dibawa dengan paksaan oleh ahli keluarga tersebut. "Kami telah merancang untuk teruskan hidup bersama dan Hafizuddin dengan rela hati ikut saya tetapi lain pula jadi hubungan kami mendapat tentangan keluarganya," ujarnya. Sehingga kini jelasnya, dia masih gagal menghubungi temannya itu dan situasi tersebut menyebabkan hatinya tidak tenteram. Tambahnya, dia akui hubungannya itu mendapat tentangan keluarga Hafizuddin dan ramai pihak namun jurujual tersebut meneruskannya ekoran pemuda itu banyak keistimewaannya. kosmo/- |
Keluarga tuntut kerajaan bersihkan nama Mat Indera Posted: 07 Sep 2011 01:13 AM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kerajaan BN diminta membersihkan imej Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara kerana beliau ternyata seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. Sehubungan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula memandangkan sejarah yang ada kini terdapat terlalu banyak penyelewengan dari fakta yang sebenar. Adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, berkata, fakta sejarah perjuangan sebenar mengenai abangnya sememangnya terlalu banyak yang diselewengkan dan amat perlu dikaji semula oleh ahli-ahli sejarah. [Gambar: Baharom Shah (tengah) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor bersama Suhaizan dan Khairul Faizi pada sidang media di Pejabat Agung PAS.] Menurut beliau, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan. Katanya, namun abangnya telah dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak British ketika menjajah negara kita dulu dan ia perlu dikaji semula bagi membersihkan imej dan nama baik ahli keluarganya. "Dalam hal ini, para pemimpin Umno perlu bersikap jujur terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ahli-ahli sejarah juga perlu mengkaji semula fakta-fakta sejarah yang telah diselewengkan itu dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja. "Bagaimana abang saya boleh dituduh pengkhianat, sedangkan beliaulah yang telah menyelamat salah seorang anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar, anak kepada anggota polis marin di Bukit Kepong," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Selain itu, menurut beliau, terdapat ramai lagi mangsa yang telah diselamatkan oleh abangnya dalam tragedi di Bukit Kepong. harakahdaily/- |
MB Selangor Ke Jerman Tarik Pelabur Posted: 07 Sep 2011 01:00 AM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 7 SEPT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Jerman bermula 11 hingga 16 September ini bagi mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan paling menarik di negara ini. Sepanjang berada di Jerman, menteri besar dijadualkan melawat beberapa kilang di Wiesbaden, Stuttgart, Muenchen, Bitterfeld-Wolfen dan Munich selain mengadakan beberapa siri dialog dengan pengusaha kilang di negara berkenaan, lapor malaysiakini. Rombongan perniagaan ini akan turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Dato' Jabar Ahmad Kembali. Dalam lawatan kerja rasmi ini, menteri besar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Minister President of Baden Wurtterberg untuk memperkenalkan Selangor dan peluang-peluang pelaburan. Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) semalam, menteri besar berkata, lawatan kerja ini bagi menarik lebih ramai pelabur Jerman ke Selangor terutama dalam industri berkaitan teknologi hijau. Beliau berkata, Selangor telah menerima pelaburan RM2 bilion menerusi kilang pengeluaran sel suria, Q-CELLS, yang beroperasi di Banting. "Industri teknologi hijau berkembang pesat di seluruh dunia dan kita komited untuk menjadikan Selangor sebagai peneraju industri ini," kata menteri besar. tv news/- |
Pelancong Turki jadi mangsa Israel Posted: 07 Sep 2011 12:45 AM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - ISTANBUL - Rakyat Turki mengadu diasingkan dan diperiksa di lapangan terbang Israel, kelmarin, menunjukkan kesan awal ketegangan hubungan diplomatik antara kedua negara. Pelancong Turki mula merasakan kehadiran mereka tidak dialu-alukan, tiga hari selepas Ankara menghalau duta Israel kerana keengganan rejim itu memohon maaf terhadap serangan ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza, tahun lalu yang membunuh sembilan warga Turki. Agensi berita Turki melaporkan, rakyat Turki yang tiba di Lapangan Terbang Ben-Gurion, Tel Aviv diarah menjalani pemeriksaan tubuh badan sebelum dibenarkan meninggalkan Israel. "Rakyat Turki dipilih secara khusus untuk diberikan layanan buruk berbanding pelancong lain, dan bagasi kami diperiksa berkali-kali oleh pegawai keselamatan Israel," menurut pemandu pelancong Turki, Eyup Ansar Ugur yang melawat Israel semasa Ramadan lalu. Dalam masa sama, pelancong Israel pula membuat aduan serupa dengan seorang peniaga Israel, Hayuta Leibovich mendakwa diarah berdiri di sudut terminal setibanya di Istanbul dan disoal siasat serta perlu menunggu sehingga 90 minit sebelum dilepaskan. Pihak lapangan terbang Istanbul menegaskan, Kementerian Luar Turki mengarahkan pelawat Israel diperiksa dengan lebih tegas sebagai tindak balas terhadap layanan buruk rejim itu kepada pelancong Turki. Jumaat lalu, Turki membekukan kerjasama ketenteraan dengan Israel, menghalau wakil Tel Aviv dan mengancam mengambil tindakan undang-undang selepas laporan serangan itu dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. sinar harian/- |
Pekebun sayur tuai tanaman gergasi Posted: 07 Sep 2011 12:04 AM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - RUMAH kaca milik Joe Atherton di Mansfield Woodhouse, Nottinghamshire. LONDON – Seorang pekebun, Joe Atherton menanam sayuran-sayuran gergasi di rumah kaca miliknya di Mansfield Woodhouse, Nottinghamshire dengan harapan dia dapat memecahkan rekod dunia tanaman yang bersaiz luar biasa, lapor sebuah akhbar semalam. "Anda tidak tahu apa yang akan anda temui setiap kali anda menggali hasil tanaman anda," katanya. Atherton, 56, merupakan pemegang rekod dunia lobak merah terpanjang berukuran 5.84 meter yang ditanamnya pada tahun 2007. Pada tahun 2001 pula, bapa kepada dua anak itu memegang buat seketika rekod dunia daun bawang kucai paling berat dengan tanaman gergasi seberat 6.6 kilogram. "Pada tahun berikutnya, pekebun lain memperoleh hasil yang lebih besar dan sejak itu, saya gagal mengatasi rekodnya," ujar Atherton. Kebanyakan sayuran gergasi yang ditanam olehnya dipamerkan kepada orang ramai dalam Pertunjukan Perkebunan Kebangsaan yang diadakan pada setiap tahun di Bath, barat daya negeri England. – Agensi |
Wisma Putra Akan Bawa Pulang Pelajar Di Syria Posted: 06 Sep 2011 11:40 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - HOMS 7 SEPT : Wisma Putra dilaporkan akan membawa pulang semua pelajar Malaysia di Syria ekoran dinegara bergolak itu semakin meruncing, lapor Radio Sinar FM pagi tadi. Terkini tentera Syria dilaporkan menembaka mati dua orang awam dalam serangan dibandar Homs, Syria. Dalam pada itu ketegangan juga telah menyebabkan rancangan lawatan wakil negara Arab di Syria terpaksa dibatalkan. |
3 terbunuh, 3 cedera apabila van terbabas masuk parit Posted: 06 Sep 2011 11:30 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - IPOH 7 Sept – Tiga orang terbunuh, manakala tiga yang lain cedera parah apabila sebuah van persiaran yang membawa 10 anggota keluarga terbabas ke dalam parit di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Merah, kira-kira 120 kilometer dari sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan yang dihubungi dari sini berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.40 pagi. Katanya, mereka yang terbunuh ialah pemandu van Chua Wee Chor, 33; Tukijah Isa, 59; dan anaknya, Nurul Haniza Mohd Jamil, 34. Mangsa yang cedera parah ialah suami Tukijah, Mohd Jamil Anuar, 68; anak lelaki mereka, Mohd Nazir, 29; dan cucu mereka, Aliya Madiha Abdullah, 1 tahun. Mat Fauzi berkata, keluarga berkenaan yang berasal dari Muar, Johor menyewa sebuah van persiaran dan dalam perjalanan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah bagi menghantar anak Tukijah, Shahila, 19, yang telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu. Beliau berkata, van berkenaan dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di sebelah kiri lebuh raya di Km 186.6 menghala ke utara. – Bernama |
Umno sorok resit rawatan Mohamad Sabu? Posted: 06 Sep 2011 09:30 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno Pulau Pinang didakwa sengaja 'menyorokkan' satu lagi resit pembayaran kos rawatan kecederaan lutut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi meneruskan agenda fitnah mereka ke atas kerajaan Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam berkata, terdapat dua resit yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor untuk bayaran rawatan pembedahan lutut Mohamad yang cedera dirempuh kereta polis semasa dalam perjalanan menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Kedua-duanya adalah resit kos hospitaliti dan satu lagi resit kos konsultansi yang masing masing berjumlah RM5,060.54 dan RM3,373.50. Sehubungan itu jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang adalah berjumlah RM8,434.05 yang sepenuhnya ditanggung PBA. Bagaimanapun ujarnya, hanya satu resit didedahkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican manakala satu lagi seperti sengaja disembunyikan. "Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk…saya yakin ini semua telah diatur, ini semua fitnah (Umno)," ujar beliau pada sidang media semalam. Turut serta pada sidang media itu, Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa. Jaseni berkata, tidak berlaku sebarang salah guna kuasa dalam isu tersebut malah pembiayaan kos perubatan untuk Mohamad selaku ahli lembaga pengarah itu dibuat secara telus dan profesional. Menjawab kewajaran PBA membiayaai rawatan terhadap Mohamad itu, beliau berkata ianya sebagai tanggungjawab korporat memandangkan Mohamad perlu menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBA pada 19 Ogos lepas. "Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah 'manfaat perubatan', ini adalah keputusan korporat. "Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku (dalam PBA)," ujar beliau. Umno yang kini pembangkang di Pulau Pinang sebelum ini mempersoal tindakan PBA membiayai kos rawatan Mohamad yang didakwa tidak wajar kerana cedera akibat menyertai himpunan haram, sedangkan kecederaan itu berlaku sebelum himpunan berlangsung. Dengan hanya mendedahkan resit kos hospitaliti berjumlah RM5,060.54, mereka juga mendakwa berlaku penyelewengan pembayaran itu kerana jumlah bayaran yang dibuat PBA lebih tinggi iaitu berjumlah RM8,434.05. Padahal terdapat satu lagi resit kos konsultansi berjumlah RM3,373.50 yang tidak didedahkan. harakahdaily/- |
Posted: 06 Sep 2011 09:00 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengecewakan aktivis hak asasi manusia yang sebelum ini menyangka beliau akan menarik balik pelbagai kekangan diperkenalkan kerajaan bekas presiden AS, George Bush selepas serangan 11 September 2001. Semasa mula berkhidmat pada Januari 2009, Obama berjanji kononnya akan menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo dalam masa setahun namun sehingga kini, penjara itu masih dibuka dan terus mengamalkan penderaan terhadap banduan. "Pencabulan hak asasi manusia nampaknya menjadi sesuatu yang kekal dalam landskap perundangan negara ini," menurut Michael Ratner, Presiden Pusat Hak Asasi Perlembagaan yang berjuang mengembalikan hak asasi manusia sejak 1960an. Ratner yang menjadi antara kumpulan peguam pertama mewakili tahanan Guantanamo dalam kes penyeksaan terhadap mereka berkata, Obama masih mengamalkan undang-undang berbentuk ketenteraan. "Semua yang kami perjuangkan kini hanya sia-sia. Pihak berkuasa bebas melakukan apa sahaja. Mereka menyasarkan orang Islam yang dijadikan kriteria utama untuk diintip," katanya lagi. sinar harian/- |
Posted: 06 Sep 2011 08:42 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR'IYYAH DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 Tarikh : 19 SYAWAL 1432 Sabtu | 17 September, 2011 | 8.00 Pg - 6.30 Ptg | Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan Yuran pendaftaaran seperti berikut : Pegawai Kerajaan : RM 100 Peserta Umum : RM 80 Pelajar : RM 40 Borang ini hendaklah diisi dan dihantar bersama bayaran yuran. Bayaran boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu : 1. CEK atas nama PKPII, KIAS Melalui Akaun BIMB bernombor 03036010036772 2. Wang Pos/Money Order atas nama SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR'IYYAH DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 3. Bayaran Secara TUNAI. Cek/Slip Bank-in/Wang Pos atau Money Order hendak lah dihantar kepada : SEKRETARIAT SEMINAR PELAKSANAAN SIASAH SYAR'IYYAH DALAM KONTEKS SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra [KIAS] KM 12, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, 15730, Kota Bharu, Kelantan. [IPTS 07010-KP [JPS] 5195/IPTS/1007] [Cik Tengku Fairos Syakila binti Tuan Mohd Faisool] Pendaftaran dibuka SEKARANG sehingga 11 SEPTEMBER 2011 SEBARANG PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI : PEJABAT KIAS : 609-712 9386 / 87 FAX : 609-712 6161 ATAU Ustaz Zulqarnain Hassan 013-530 5369 Ustazah Rosmini Mohd Zinon 014-525 2959 Ustazah Nurul Akma Mohamed 013-996 8751 Tengku Fairos Syakila binti Tuan Mohd Faisool 014-512 8410 ATAU EMAIL DI ALAMAT : seminarsiasah2011@gmail.com Seminar ini juga boleh dilayari di alamat seminarsiasah.blogspot.com MEMAPARKAN PENCERAMAH TERSOHOR : 1. Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Aziz bin Hj. Hanafi 2. Tan Sri Syeikh Ghazali Abd. Rahman 3. Prof. Madya Dr. Shukeri bin Mohamed 4. Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman 5. YB. Dr. Mohd Fadhli bin Hj. Hassan 6. Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin 7. YB Dato' Dr. Johari bin Mat " SIASAH SYAR'IYYAH MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA " ANJURAN | JABATAN AL-SYARIAH KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA [KIAS] |
Lelaki disiasat kes jual gelaran ‘Datuk Naning’ Posted: 06 Sep 2011 08:32 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki di sini kelmarin bagi membantu siasatan kes seorang ahli perniagaan diperdaya sebanyak RM150,000 untuk mendapat gelaran Datuk Naning pada tahun lepas. Penahanan suspek berusia 47 tahun yang mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan itu dibuat pada pukul 4 petang di sebuah pusat beli-belah di ibu negara. Suspek tersebut ditahan hasil risikan polis selepas mangsa yang berusia 50 tahun itu membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu. Berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa suspek menawarkan gelaran Datuk Naning kepada beliau dengan bayaran sebanyak RM150,000. kosmo/- |
Posted: 06 Sep 2011 08:25 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha campur Sunat بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين. Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, 'Asyura' dan enam hari dalam bulan Syawal). Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata'aala berfirman (dalam hadis Qudsi): (( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم. Maksudnya: "Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu)." (Rasulullah menjelaskan): "Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi." [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda: (( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري. Maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun". [Sahih Al-Bukhari no: 2840] Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini. Dalil Puasa Sunat Enam Syawal Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda: (( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم. Maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun." [Sahih Muslim hadis no: 1164]. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama' menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya. Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama': "Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai". Hukum Puasa Sunat Enam Syawal. Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: "Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi'e, Imam Ahmad, Daud dan ulama' yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal). Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan." [Syarah Sahih Muslim 8/56] Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal? Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: ( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم. Maksudnya: "Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha." [Sahih Al-Bukhari no: 1991]. Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal? Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama' ialah: 1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus? Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt: ] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133] Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Aali Imran:133] 2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan Wujud perbincangan di kalangan para ulama', apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat. Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya'ban yang akan datang. Aisyah ra berkata: ( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري Maksudnya: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya'ban." Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa'id.] Para ulama' yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya'ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan. Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun." Rasulullah saw mensyaratkan "berpuasa Ramadhan" terlebih dahulu, kemudian barulah "mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal". Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat. Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra. Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh ('ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya". [Syarah Sahih Muslim 8/22]. قال النووي في شرح مسلم: "وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان." Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat". [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]. 3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu? Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama', sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Ada dikalangan ulama' Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi 'Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah] Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: "Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama' yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)". [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut] Setelah dikaji, pandangan ulama' yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur'an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a'lam. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama' mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw. Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal. Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan. Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw: (( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري. Maksudnya: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat" [Sahih Al-Bukhari no. 2834] Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin. وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين. harakahdaily/- |
Kelantan, Kedah, Terengganu Dan Negeri Sembilan Kutip Mata Penuh Posted: 06 Sep 2011 08:20 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 7 SEPT : Pasukan pilihan Kelantan, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan memulakan saingan Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi. Juara bertahan Piala Malaysia edisi lepas, Kelantan menang mudah 2-0 terhadap Sarawak pada saingan kumpulan C yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching. Rentak perlawanan pada babak pertama seimbang apabila kedua-dua pasukan mengawal kebocoran barisan petahanan masing-masing. Namun pada separuh masa kedua, Norshahrul Idlan Talaha memecah kebuntuan pasukan "The Red Warriors" dengan gol sulung pada minit ke-64 dan diikuti gol kedua melalui S.Chanturu pada minit ke-79. Dalam satu lagi saingan kumpulan C, Felda United turut mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Johor FC 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Faderin Kadir menjadi wira pasukan Felda United apabila menyumbang dua gol pada minit ke-44 dan 67. Dalam saingan kumpulan B pula, Juara Piala FA musim lepas, Terengganu menepati ramalan apabila menumpaskan pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Sime Darby 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Skuad Penyu memperoleh gol pertama sewal minit ke-6 hasil jaringan Joseph Kalang Tie dan diikuti Reeshafiq Alwi pada minit ke-33. Turut mengutip tiga mata penuh pada saingan kumpulan B naib juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan yang menewaskan Selangor PKNS 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya. PKNS terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-8 hasil jaringan Mohd Norhafizzuan Jailani sebelum skuad rusa bangkit menyamakan kedudukan selang enam minit kemudian hasil jaringan Hairuddin Omar dan Shahurain Abu Samah menyumbang gol kemenangan pada minit ke-45. Dalam perlawanan kumpulan D, Selangor yang memburu misi ke-33 mengejar Piala Malaysia kurang bernasib baik apabila tumpas 0-1 kepada pasukan tuan rumah T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Jaringan tunggal itu disumbangkan oleh Nor Fazly Alias pada minit ke-72 hasil hantaran Indra Putra Mahyuddin membolehkan pasukan tuan rumah memperoleh tiga mata penuh. Satu lagi pasukan dalam kumpulan D, Kuala Lumpur membuat kejutan dengan kemenangan besar 3-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Kesilapan pemain PDRM, Mohd Azrul Azman menjaringkan gol sendiri pada minit ke-44 memberi kelebihan kepada Kuala Lumpur untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-64 menerusi Badrul Hisyam Azmi diikuti Yong Kuang Yong (minit ke-76). Sementara itu dalam perlawanan kumpulan A, Mohd Khairil Mohaimin menjadi wira Kedah apabila menjaringkan dua gol seawal minit ke-7 dan 80 untuk menewaskan Johor pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin. Sabah dan Perak pula terikat seri tanpa jaringan di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Bernama |
Posted: 06 Sep 2011 08:00 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - KOTA BHARU - Seorang wanita dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini selepas terminum racun semut disangka sirap dibancuh suaminya di rumah mereka di Kampung Rambutan Rendang di sini, semalam. Norhafiza Badli Afendi, 27, mengalami kekejangan dan mulut berbuih selepas terminum racun itu dalam kejadian pada 11 pagi. Suaminya, Mohd Din Yusof, 27, berkata, sebelum itu beliau membancuh racun semut itu yang berwarna hijau dan memasukkannya dalam gelas dan diletakkan di atas meja makan. "Saya keluar bagi mengambil pam penyembur racun dan tidak sangka isteri saya yang menyangka ia sejenis sirap pandan telah meminumnya ketika saya keluar sebentar. "Isteri saya sukar bercakap dan terketar-ketar selepas meminumnya. Keadaan dia sekarang sukar untuk bercakap dan darah mengalir dari mulut dia," kata Mohd Din ketika ditemui di wad kecemasan hospital itu. Pasangan itu mempunyai empat anak, dua daripadanya sudah bersekolah. Mohd Din berkata bahawa sebelum ini racun itu tidak dibancuh menggunakan air dan dia hanya menabur serbuk racun dibeli di pasar malam itu di seluruh kawasan rumah. "Tapi kali ini saya rasa nak guna air dan menyembur pula sebab sebelum ini nampak tidak berkesan," katanya kepada Sinar Harian. sinar harian/- |
Posted: 06 Sep 2011 07:15 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - SEBAHAGIAN daripada 25 penumpang bertindak keluar dari bas ekspres selepas berlaku kekecohan. IPOH – Seramai 25 penumpang sebuah bas ekspres melalui pengalaman mencemaskan apabila mereka 'ditawan' selama 10 minit oleh sekumpulan empat individu termasuk dua wanita bersenjatakan kayu dan payung dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Jelapang di sini kelmarin. Kejadian mencemaskan pukul 7.30 malam itu berlaku apabila penyerang terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas tersebut kerana didakwa enggan berhenti selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza kira-kira dua kilometer sebelum plaza tol tersebut. Kejadian itu didakwa berlaku apabila bas tersebut merempuh belakang Perodua Alza terbabit hingga menyebabkannya terbabas ke dalam longkang. Ekoran itu, salah seorang daripada tiga penumpangnya cedera manakala kesemua penumpang bas terselamat. Pemandu bas tersebut merupakan warga Thailand dan mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Hatyai, Thailand. Rata-rata penumpang dari Singapura dan Hatyai. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, pemandu bas berusia lingkungan 50-an tersebut kemudian meneruskan perjalanan sejauh 1.2 kilometer sebelum berhenti di lorong kecemasan yang lebih selamat dan tidak membahayakan pengguna lebuh raya. Katanya, sebaik berhenti, sebuah kereta Proton Iswara yang dinaiki empat individu terbabit berhenti berhampiran bas lalu bertindak memecahkan cermin bas dengan membaling batu. kosmo/- |
'Mat Indera murid bapa Muhyiddin' Posted: 06 Sep 2011 07:00 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (gambar sebelah, kanan), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri. "Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah (gambar atas, kiri) - semalam. Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu. Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru. "(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu. Dibuang daerah, diseksa British Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British". Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya: - Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun. - Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954. - British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000. - Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut. - Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono. - Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil. - Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama. - Mat Indera tidak pernah berkahwin. malaysiakini/- |
Video Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka Posted: 06 Sep 2011 06:44 PM PDT |
Posted: 06 Sep 2011 06:33 PM PDT |
Posted: 06 Sep 2011 06:30 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - BEBERAPA penduduk memeriksa rumah yang rosak akibat gempa bumi di Singkil, Aceh semalam. JAKARTA – Seramai 10 orang terbunuh dalam gempa bumi sekuat 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah pantai barat, di Selatan Aceh awal semalam. Pengesahan angka kematian itu dibuat oleh Menteri Sosial, Salim Segaf Al-Jufrie. Gempa bumi itu menyebabkan penduduk berasa panik sehingga mereka melarikan diri dari rumah, hotel dan hospital. Ia berlaku pada pukul 1 pagi waktu tempatan sekali gus menyebabkan penduduk di beberapa bandar dan kampung di Pulau Sumatera terjaga kerana merasai gegaran. Gempa bumi itu berpusat 100 kilometer (km) ke barat daya bandar Medan dan kedalaman 78km di dalam tanah. Datuk Bandar di Subulussalam, Maura Sakti memberitahu stesen televisyen TVOne, seorang budak lelaki berusia 12 tahun turut terbunuh dalam gempa bumi itu. – Agensi |
Beribu-ribu guru di Kenya mogok Posted: 06 Sep 2011 06:00 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - NAIROBI 7 Sept. - Kebanyakan sekolah di Kenya terpaksa ditutup hari ini apabila beribu-ribu orang guru melancarkan mogok meminta kerjaan menambah bilangan guru di sana. Kesatuan Guru Kenya Kebangsaan (KNUT) yang mempunyai seramai 200,000 orang ahli, meminta kerajaan untuk mengupah lebih ramai guru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah selepas Presiden Mwai Kibaki memperkenalkan pendidikan sekolah menengah dan rendah percuma. "Kesemua sekolah rendah kerajaan dan 40 peratus sekolah menengah ditutup, dan 11.1 juta pelajar terjejas," kata pegawai kesatuan, David Okuta. - Reuters |
Adakah Rosli Dhoby juga pengkhianat? Posted: 06 Sep 2011 05:30 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - MIRI, 7 Sept: "Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby (gambar), adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?" tanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee. Beliau juga bertanya adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero. Jelasnya, Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. "Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949," jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri. Beliau berkata, faktor yang menyebabkan Rosli terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibunya yang telah diugut akan ditembak. "Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak. Justeru, katanya PAS Sarawak ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan tentang sejarah sebelum kemerdekaan Malaya. Menurutnya, sebelum tanggal 31 Ogos 1957 Malaya masih lagi dijajah oleh British jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak kerana mereka telah diberi amanah untuk menjalankan tugas dan patuh pada arahan pemerintah British pada zaman tersebut. Jadi persoalannya sekarang, kata beliau adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British. Tambahnya, adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya. "Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis. "Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan mereka," katanya lagi. Katanya, kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati mereka. "Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero," ujarnya. PAS juga, tambah beliau meminta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya. Beliau menegaskan, PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutarbelitkan kenyataan Mohamad Sabu kononnya PAS menyokong komunis. harakahdaily/- |
Posted: 06 Sep 2011 04:08 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - NAIROBI 7 Sept. - Kebanyakan sekolah di Kenya terpaksa ditutup hari ini apabila sekitar 200,000 orang guru melancarkan mogok meminta kerajaan menambah bilangan guru di sana. Kesatuan Guru Kenya Kebangsaan (KNUT) yang mempunyai seramai 200,000 orang ahli, meminta kerajaan untuk mengupah lebih ramai guru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah selepas Presiden Mwai Kibaki memperkenalkan pendidikan sekolah menengah dan rendah percuma. "Kesemua sekolah rendah kerajaan dan 40 peratus sekolah menengah ditutup, dan 11.1 juta pelajar terjejas," kata pegawai kesatuan, David Okuta. - Reuters |
Posted: 06 Sep 2011 04:02 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] -SEKUMPULAN kanak-kanak mengangkat seekor belut air tawar sepanjang satu meter dan berat enam kilogram yang ditangkap penduduk kampung di Sungai Kitapol, Tuaran, Sabah, baru-baru ini. Belut itu yang dikenali sebagai 'sinsilog' dalam bahasa tempatan mempunyai bentuk tubuh bulat memanjang dan licin serta boleh ditemui di beberapa sungai di Tuaran, Penampang dan Kota Belud. Belut air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat dan dikatakan setanding dengan ikan tenggiri. Ia juga boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan, selain menguatkan daya tahan tubuh, menyeimbangkan tekanan darah, menghaluskan kulit dan mencegah penyakit mata. - Foto Edmund Samunting |
Posted: 06 Sep 2011 03:21 PM PDT 9 Syawal 1432H. [MOD] - http://www.tongkatbahaman.com 54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…" 1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang? 2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar? Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM? 4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ? 5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ? 6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya? 7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM. 8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya? 9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan. 10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu. 11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa? 12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat - imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ? 13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya? 14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa? 15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British). 16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal", dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada? 17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban. 18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London. 19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan. 20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ? 21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris? 22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshall yang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara). 23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia. 24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama' telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa? 25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis? 26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama' seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris. 27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka. 28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275). 29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang sosialisme yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba? 30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding? 31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu takhta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO. 32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang MalayanUnion 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya. 33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang MalayanUnion pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain. 34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ? 35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ? 36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini? 37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989. Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat. 38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat. 39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal. 40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini ? 41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan. 42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih ? 43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh UMNO - apakah dosa UMNO hingga ia semakin dibenci. 44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan? 45. Kenapa UMNO masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah - tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat? 46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa? 47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil. 48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah - kenapakah UMNO terus-terusan mahu membela penjajah? Adakah kita masih belum merdeka? 49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM ? 50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikit daripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli UMNO) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan? 51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini.? 52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh UMNO? 53. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah. 54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain? |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan