Rabu, 7 September 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


MUSLIMAT PAS PUSAT CABAR KHAIRY BERDEBAT...!

Posted: 07 Sep 2011 12:50 AM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Sept: Selepas Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Muslimat pula hari ini ingin menyahut 'keberanian' Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berdebat berhubung isu pejuang kemerdekaan.

Bagi ketua penerangannya Aiman Athirah Al-Jundi, muslimat PAS bersedia berada sepentas dengan Khairy berdebat isu itu malah akan menghantar surat jemputan dalam masa terdekat.

"Semalam dia (Khairy) heboh menghentam Timbalan Presiden PAS (Mohamad Sabu) sebagai penakut la, bacul, tiada maruah la.

"Sekarang Muslimat pula nak cabar dia berdebat isu yang sama, kita nak tengok dia nak terima atau tidak," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Rembau itu semalam yang menyifatkan Mohamad sebagai bacul dan tiada maruah ekoran tidak mahu berdebat dengannya.

Mengulas lanjut, Aiman berkata penolakan timbalan presiden PAS itu dibuat kerana debat tersebut bukan anjuran PAS Pusat malah hanya inisiatif kerajaan negeri Kelantan.

Lebih dari itu katanya, gandingan Mohamad dengan Khairy juga dilihat bukan padanan setara kerana Mohamad adalah Timbalan Presiden PAS manakala Khairy hanya Ketua Pemuda Umno yang dipinggirkan.

"Dia (Mohamad) tolak sebab lihat pemuda, bagi la dengan pemuda, timbalan presiden dengan timbalan presiden la," katanya.

Debat tersebut sebelum ini dicadang oleh kerajaan negeri Kelantan yang mahu mempertemukan timbalan presiden PAS itu dengan Khairy berhubung isu pejuang kemerdekaan.

Mohamad dalam kenyataannya semalam bagaimanapun, menyerahkan kepada Dewan Pemuda PAS untuk berdebat dengan Khairy sebagai 'lawan yang sama padan'.

Menurut Mohamad, beliau hanya bersedia berdebat dengan lawan seangkatan iaitu Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang menyerang beliau termasuk menggesanya "bertaubat dan bertakwa" ekoran ceramahnya berhubung isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat berharap Khairy sedia menyahut cabaran debat mereka jika beliau tidak mahu dilihat betul-betul penakut dan bacul seperti yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang