Rabu, 7 September 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Tahniah kepada YDP MDM yang baru

Posted: 07 Sep 2011 03:24 AM PDT

Marang : ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan tahniah kepada Encik Zulkefli Ali diatas perlantikannya sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Marang (MDM) yang baru kelmarin.

Beliau mengharapkan agar kerjasama lebih erat dengan pihak MDM dapat dijalinkan untuk kepentingan rakyat di daerah Marang amnya dan di kawasan Bukit Payong khasnya.

Beliau juga mendoakan agar Allah membimbing YDP MDM yang baru dengan sifat taqwa dan amanah.

Petikan Sinar Harian:

Zulkefli Yang Dipertua MDM baru

Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol, Zulkefli Ali menerima tugas sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM) bagi menggantikan Ibrahim Mohamad yang bertukar ke Majlis Daerah Besut (MDB).

Majlis penyerahan tugas dilakukan di pejabat Majlis Daerah Marang (MDM), kelmarin.

Zulkefli sebelum ini pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Dungun pada 1991 hingga 1995 dan menguruskan perihal tanah, sebelum ditugaskan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol.

Zulkefli yang ditemui selepas majlis penyerahan tugas itu mengucapkan terima kasih atas pelantikan itu dan akan menjalankan tugas dimanahkan dengan sebaik mungkin.

"Dari segi pelaksanaan, seperti yang saya sedia maklum, MDM adalah agensi barisan hadapan kepada orang ramai. Jadi maklumat dan segala respons daripada orang ramai akan kita ambil kira untuk memenuhi kehendak rakyat," katanya.

Ditanya strategi yang akan dijalankannya, Zulkefli berkata, beliau akan meneruskan segala perancangan yang telah dibuat sebelum ini, selain melihat potensi yang boleh dimajukan lagi di daerah Marang yang terkenal dengan pelbagai produk pelancongan.

"Mengenai keperluan rakyat, saya akan mengambil inisiatif untuk mendapatkan apa juga maklumat diperlukan dan terjemahkan ia dengan pelaksanaan. Maklumat yang sama juga akan diperoleh daripada pemimpin masyarakat.

"Saya berharap, kesemua pihak khususnya semua kakitangan MDM dapat memberikan kerjasama baik kepada saya selepas ini demi memastikan semua perancangan yang dibuat sebelum ini dapat diteruskan tanpa halangan," katanya

Program ziarah YB Bukit Payong

Posted: 06 Sep 2011 08:29 AM PDT

(Makcik Semek yang kematian suaminya)




(Encik Aziz Deraman menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu)




(Haji Salleh Cik yang kematian isterinya hajjah Zainon pada hari raya kedua)




(Makcik Aisyah hampir 80 tahun sudah tak mampu berjalan)



Petang tadi kira-kira jam 5.30 petang, Ustaz Mohd Nor memulakan program ziarah beliau ke beberapa lokasi di sekitar DUN Bukit Payong. Ada beberapa orang yang dikenal pasti sebagai uzur dan kematian waris telah dikunjungi oleh Ustaz Mohd Nor.Alhamdulillah ada kira-kira empat orang yang telah berjaya ditemui dalam masa kira-kira sejam itu.



Mereka ialah Encik Aziz Deraman di Kampung Wakaf Kedondong yang sudah setahun tidak bekerja kerana menghidap kencing manis yang akhir-akhir ini semakin teruk. Haji Salleh di Kapung Padang Air Deras yang kematian isterinya Hajjah Zainon pada hari raya kedua yang lalu.


Makcik Aisyah jiran Haji Salleh seorang warga emas yang sudah tidak mampu berjalan berumur hampir 80 tahun dan Makcik Semek juga dari Kampung Padang Air Deras yang kematian suaminya kira-kira setahun yang lalu.

Ustaz Mohd Nor juga mengambil kesempatan untuk menghulurkan bantuan peribadi kepada mereka-mereka yang berkenaan. Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga Mak Long Lijah di Kampung Undang atas pemergiannya tengahari tadi.Moga Allah mengampunkan kesalahannya

Walaupun dengan keterbatasan masa dan kewangan namun kesungguhan wakil rakyat kita untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat atas dasar amanah yang dipikul mengatasi segala-galanya tanpa mengira parti. Kita mendoakan semoga YB terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjalankan amanah ini. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Nuffnang