Ustaz Mokhtar Hj. Shafie |
Kerajaan Negeri lulus bina 11 ribu rumah mampu milik Posted: 01 Aug 2011 09:33 PM PDT Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan bahawa ia gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada 2008. Sebaliknya, menurut ketua menteri, Lim Guan Eng sejak menumbangkan BN, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah membina 11,596 rumah yang berharga antara RM42,000 (kos rendah) dan RM72,500 (kos sederhana). Pada sidang akhbarnya hari ini, Lim berkata kerajaan negeri juga bercadang membangunkan semula beberpa projek perumahan yang akan membabitkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana. "Setakat ini kami amat bersabar dengan dakwaan pembangkang (BN) yang menuduh kami tidak meluluskan rumah mampu milik dan rumah kos sederhana. "Di sini, kami ingin mengemukakan bukti bahawa selepas 2008, kita telah meluluskan pembinaan rumah-rumah itu walaupun dana kita terhad kerana tidak murah bagi membina rumah-rumah berkenaan," kata Lim. Beliau kemudian mengedarkan risalah dan gambarajah bagi membuktikan hujahnya dan berkata perkara tersebut juga telah dijelaskan di dewan undangan negeri. "Ini adalah fakta. Kenyataan pembangkang bersifat fitnah menuduh kami tidak membina sebuah pun rumah ( kos rendah dan sederhana) amat jahat," katanya. Beliau merujuk kenyataan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman yang membidas kerajaan negeri kerana didakwa tidak membina sebarang rumah mampu milik untuk golongan miskin sejak tahun 2008. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Mokhtar Hj. Shafie To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan