DUN PENGKALAN KUNDOR |
Kesihatan Menteri Besar bertambah baik Posted: 02 Aug 2011 02:16 AM PDT Selasa, 02 Ogos 2011 09:36 | Ditulis oleh Sarina Ismail ALOR SETAR, 2 Ogos 2011 – Keadaan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas setelah dinasihatkan doktor untuk berehat. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, YB Dr. Ismail Salleh, keadaan Azizan bertambah baik sejak semalam dan mampu berbual dengan tetamu. "Beliau membuat rawatan awal di Kedah Medical Centre (KMC) sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan susulan di IJN. "Beliau menjalani prosedur angiogram dan dimasukkan ke wad untuk pemantauan berterusan," ujarnya. Menurut beliau lagi, kemungkinan Azizan akan berehat daripada aktiviti rasmi kerajaan negeri antara satu dan dua minggu dan buat masa ini, semua majlis rasmi yang dijadualkan untuk beliau akan diwakili Exco. "Beliau masih memerlukan pemeriksaan rapi dan pemantauan. Walau bagaimana pun pihaknya tidak perlu lantik Pemangku Menteri Besar kerana tempoh berehat beliau tidak melebihi 30 hari," terangnya. Beliau juga mengharapkan Azizan akan segera sembuh dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa. dipetik dari Warta Kedah |
You are subscribed to email updates from DUN PENGKALAN KUNDOR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan