Selasa, 2 Ogos 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Jadual Berbuka puasa

Posted: 02 Aug 2011 12:08 AM PDT

Posted: 01 Aug 2011 07:14 PM PDT

Anwar kekal Ketua Pembangkang

SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk menggantikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memandangkan Pakatan Rakyat (PR) masih memerlukan khidmat serta pandangan beliau untuk meneruskan cita-cita PR untuk 'merampas' Putrajaya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, setakat ini belum ada pemimpin yang dilihat layak untuk menggantikan kedudukan Penasihat PKR berkenaan.

"Dakwaan yang mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menggantikan Anwar adalah bohong semata-mata apatah lagi ia dikeluarkan oleh pemimpin yang mempunyai nilai moral rendah serta tidak berintegriti.

"Malah, kita lihat Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu tiada keperluan untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana beliau sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan parti kita," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Shuhaimi, Anwar menjadi faktor kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Kenapa perlu pertikaian kewibawaan Anwar kerana beliau adalah aset kepada PR dan layak dijadikan ikon kerana mampu menjadi penghubung penyatuan antara Timur dan Barat.

"Setakat ini kita belum melihat pemimpin yang mampu menggantikan kedudukan beliau," katanya.

Dalam perkembangan sama, Shuhaimi mempelawa Ku Li menyertai PR kerana Barisan Nasional (BN) sekarang dilihat tidak lagi mampu untuk menyatukan rakyat di negara ini.

"Walau bagaimanapun, kita tidak meletakkan sebarang prasyarat kepada beliau untuk menyertai PR. Kita tidak mahu tawarkan sebarang jawatan kepada beliau.

"Kita mahu beliau sertai kita atas keikhlasan, keterbukaan serta ketulusan diri beliau sendiri seperti yang diamalkan dalam PR," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Posted: 31 Jul 2011 07:32 PM PDT

Permit kepada pemandu teksi jika Pakatan tadbir Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

"Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

"Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku,"

"Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan," katanya dalam pertemuan pemandu teksi dengan pemimpin Pakatan Rakyat, di majlis perhimpunan pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

Jelas Anwar- seperti dilapor Malaysiakini- pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah rasmi Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka.

Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso), meminda perjanjian sewa beli antara pemandu dan syarikat teksi.

Turut dinyatakan tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

Kumpulan pemandu teksi berkenaan turut menuntut supaya kadar premium insurans bagi kenderaan teksi juga disemak semula supaya sesuai dengan kemampuan pemandu teksi.

Anwar berjanji bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian yang dibuat antara syarikat teksi dan pemandu supaya syarikat berkenaan tidak dapat lagi menyewakan teksi mereka kepada kira-kira 30,000 pemandu berkenaan.

"Kita nak tengok datuk-datuk dan tan sri-tan sri ini pula kerja bawa teksi," katanya yang menambah, isu berhubung permit teksi sememangnya menjadi masalah sejak beliau masih di dalam kerajaan.

Anwar berkata, seorang bekas menteri pernah diberikan 100 permit teksi walaupun telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.

"Tapi menteri suruh (pemandu teksi) senyum. Macam mana nak senyum, bini duduk gaduh barang makan tak cukup. Senyum hotak kamu," katanya lagi yang disahut dengan "laungan hidup datuk seri" daripada hadirin.

Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17981

Posted: 31 Jul 2011 07:31 PM PDT

Kes PKFZ: Dakwaan terhadap Liong Sik sandiwara – Shuhaimi Shafiei

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, merupakan satu lagi sandiwara Kerajaan UMNO-BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menyifatkannya perbicaraan tersebut yang bermula hari ini, merupakan satu lagi episod baru Kerajaan mengaburi mata rakyat-.

Ia katanya sama seperti kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan beberapa tokoh berprofil tinggi sebelum ini yang akhirnya dibebaskan.

"Pendakwaan Ling ini merupakan satu babak episod bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka terutamanya golongan atas pagar,"

"Sistem demokrasi Malaysia cukup sempurna bagi mata pemerintah namun dilihat jelek pada masyarakat malah di mata dunia," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Tambahnya, kerajaan UMNO-BN kononnya ingin menunjukkan mereka membasmi rasuah namun keyakinan rakyat tetap tipis.

Dakwaan terhadap Liong Sik hanya satu sandiwara menyemai kes-kes rasuah berprofil tinggi yang lain- Shuhaimi (Gambar dari Mkini)

"Kita tunggu dan lihat kerana jika diperhatikan rasuah yang melibatkan pimpinan BN tidak akan diberikan hukuman yang berat atau dilepaskan begitu saja"

Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Skandal PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17986

Posted: 31 Jul 2011 07:17 PM PDT

Ramadhan Bulan Pembersihan Jiwa

Monday, 01 August 2011 | Ruangan: Berita

KUALA LUMPUR 1 OGOS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa di mana Allah memberi ruang kepada umat Islam beribadat bagi memuliakan bulan suci itu.

"Alhamdulillah, dengan limpah inayah dan izinNya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini," katanya yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor.

"Justeru wajarlah ia dimanfaatkan segenap masa agar Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita inshaAllah," kata Anwar dalam perutusan Ramadhan hari ini.

Menurut Anwar, Rasulullah SAW bersabda , "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.

"Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hari ini, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, umat Islam di Malaysia mula menunaikan ibadah puasa- rukun Islam ketiga yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W.

Posted: 29 Jul 2011 07:38 PM PDT

Thursday, June 30, 2011

POLIS KETAGIH SALAH GUNA KUASA KE ATAS PENYOKONG BERSIH

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hasrat menganjurkan perhimpunan Bersih secara aman pada 9 Julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program Bersih . Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan. Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara ( TPKN ) sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan. Apa gunanya permohonan permit dipohon jika TKPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan.

Sebenarnya kenyataan TKPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) . Jika TKPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan TKPN? Adalah jelas TKPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?

Tuduhan lain terhadap Bersih adalah perhimpunan Bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan. Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebgai pak nujum di sini?

Penganjur Bersih telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari Bersih sebaliknya boleh dihujahkan ianya datang dari mereka yang ada ajenda buruk yang ingin mengganggu perhimpunan aman Bersih.


Adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong Bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih .

Polis juga mesti jujur dan profesional. Adakah perhimpunan Bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?

Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula malangnya mempunyai rekod yang buruk dan kotor mengganggu perhimpunan aman Bersih.

Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan Bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut. Saksi- saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes Bersih yang pertama mengakui semasa disoal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan Bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan keselamatan . Yang lebih penting lagi Mahkamah sendiri membebaskan kesemua tertuduh yang didakwa terlibat dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu. Mengapakah pihak polis dan Peguam Negara tidak mahu berkongsi keputusan Mahkamah tersebut dengan rakyat.


Terdesaknya Umno ingin mensabotaj perhimpunan aman Bersih sehinggakan sanggup mennggunakan Mahaguru Silat untuk menakutkan orang ramai. Sejak bila pula menuntut pilihanraya adil dan bersih ada kaitan dengan pencak silat. Jika hendak pencak silat sangat kami cadangkan lebih baik pergi ke Gaza berpincak silat dengan Zionist di sana. Bukankah itu medannya yang sebenar ?

Portal Malaysikini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Onn yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan bersih kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut. Hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti bersih adalah haram maka memakai baju kuning bersih juga adalah haram.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang. Saya mengesyorkan kepada Hishamudin jika pun kamu benci sangat dengan bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu. Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita .

Haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri. Mungkin Hishamudin boleh tunjukkan pada kita di bawah peruntukkan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang bersih adalah satu kesalahan

Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning bersih adalah haram kerana aktiviti bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yag beliau tunggang adalah kesemuanya haram.

Memakai baju kuning berlambang bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning. Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai. Polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh di saman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah. Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

Menangkap mana mana orang yang memakai baju bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi Umno dan Hishamuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna. Jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera Pas, kini warna kuning pula yang ditakuti? Sampai bila Umno nak takut dengan warna?

Apa pun kami berterima kasih kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Perkasa , Pemuda Umno, Mahaguru Silat, Mufti Perak, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah.

Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin.

Posted: 27 Jul 2011 07:28 PM PDT

Pidato Rakyat 'Selangorku' di Gombak 28 Julai ini

Pidato Rakyat 'Selangorku' akan di adakan di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Seri Gombak pada hari Khamis 28 Julai bermula jam 9 malam.

Antara pemidato yang dijangkakan hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu ialah Ahli Parlimen Kuala Krai yang merupakan Pengarah Pilhan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli, ADUN Seri Muda Shuhaimie Shafiee dan Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

Senator Ramakrishnan yang merupakan Ahli Dewan Negara dari parti DAP turut diundang bersama Adun Gombak Setia, Datuk Hasan Ali dan Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

Tiada ulasan:

Nuffnang