Selasa, 2 Ogos 2011

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 02 Aug 2011 02:53 AM PDT

Sdr Anonymous

Merujuk kepada aduan kerja lebih masa di PV 2 oleh pemaju di Tmn Melati.

Untuk maklumat Sdr pihak kami telah menghubungi Jabatan Bangunan untuk mendapatkan maklum balas berkenaan aduan tersebut tetapi gagal.

Pegawai berkenaan Tuan Hj Ismail, dimaklumkan dalam mesyuarat sekarang, saya juga telah menghantar SMS kepada beliau dan sedang menunggu panggilan daripada beliau.

Kami akan follow up perkara ini.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo keong

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 01 Aug 2011 09:29 PM PDT

Sdr Anonymous

Terima kasih atas aduan dan maklumat Sdr.

Merujuk kepada aduan Sdr dan no repot 26869, pihak kami masih belum menerima jawapan dari Jabatan Bangunan mengenai pemaju yang masih melakukan kerja-kerja lebih masa yang ditetapkan.

Mengenai dengan aduan terbaru Sdr, pihak kami telah pun membuat lapuran ke Call Center DBKL, no repot adalah 037811. Pihak kami juga telah menulis surat rasmi untuk melapurkan aduan Sdr.

Pihak kami akan cuba untuk mendapatkan jawapan dari pihak Jabatan Bangunan mengenai tindakan yang telah diambil terhadap pemaju berkenaan. Dan pihak kami merasakan bahawa hanya tindakan sebagaimana yang dikenakan terhadap pemaju KP Property saja barulah semua pemaju akan mematuhi undang-undang DBKL.

Sekiranya pihak Sdr memerlukan satu salinan surat tersebut, Sdr boleh menghubungi saya di no 41433322 dan memaklumkan alamat rumah Sdr supaya pihak kami boleh mengirimkan salinan surat tersebut.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo keong

Tiada ulasan:

Nuffnang