PARLIMEN BUKIT GANTANG |
"Photographer" cerminkan kekuatan PAS- DS Nizar Posted: 22 Aug 2011 10:52 AM PDT KUALA LUMPUR : Gambar dan video adalah elemen yang penting untuk memberi informasi dan penerangan kepada rakyat serta memberi kesan yang baik kepada PAS. Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyeru kepada ahli fotografi PAS supaya memainkan peranan dalam perjuangan PAS. " 'Photographer' akan mencerminkan kekuatan PAS dan menjadi bukti tentang keburukan UMNO," katanya ketika merasmikan Kursus Fotografi dan Videografi yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Pusat di Pejabat Agong PAS Pusat. Tambahnya lagi, Kelebihan PAS ialah mempunyai tenaga kerja banyak dan tidak mementingkan ganjaran berbeza dengan blogger pro UMNO yang mendapat upah. "Ahli fotografi ini perlu diberi tunjuk ajar agar mereka lebih berkemahiran agar berperanan untuk membantu Pakatan Rakyat terutama PAS menjelang pilihanraya yang semakin hampir," tegasnya lagi. |
Akta Murtad: Pemuda PAS Perak sokong Harussani Posted: 22 Aug 2011 10:48 AM PDT IPOH, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan sokongan terhadap cadangan mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) agar menyegerakan Akta Murtad baru-baru ini. "Kami yakin usaha untuk memelihara akidah umat Islam perlu kepada penegasan agar tindakan untuk memesongkan umat Islam terjebak kepada gejala murtad dapat diatasi," ujar setiausahanya, Salman Saleh dalam surat yang diemelkan kepada Harussani, hari ini. Menurutnya, Pemuda PAS negeri berharap cadangan tersebut dapat dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan mereka juga mencadangkan agar semua parti politik menyatakan sokongan secara terbuka demi memelihara akidah umat Islam. Tambahnya, adalah menjadi harapan Pemuda PAS negeri juga untuk membincangkan dengan lebih lanjut lagi perkara tersebut dan berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Harussani dalam tempoh yang terdekat ini. "Kami bersedia membincangkan isu yang semakin parah buat umat Islam ini dan berharap ianya dapat dijayakan dengan kadar segera," ujarnya |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan