Selasa, 23 Ogos 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 22 Aug 2011 10:45 PM PDT

Muslihat di sebalik permohonan maaf Kompas
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 23, 11
10:06am
Kongsi 330
Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevAntara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

NONEMenurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

NONEArtikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: "Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.

Sumber: MKini

Posted: 22 Aug 2011 04:09 AM PDT

Selangor Tubuh Majlis Syura Selesai Isu Pemeriksaan Gereja Oleh JAIS

Monday, 22 August 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 22 OGOS – Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Majlis Penasihat Syura ini akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

"Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh DYMM Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu. Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan," kata Menteri Besar.

"Saya juga telah berjumpa dengan Mufti Negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura," kata beliau lagi.

Majlis ini akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti. Sekiranya perlu. Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

"Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti," kata Menteri Besar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Posted: 15 Aug 2011 05:58 PM PDT

Selepas 20 tahun, Jalan Kampung Lombong Di Turap Semula


Kg Jalan Kebun, 13 Ogos 2011 - Selepas kira-kira 20 tahun menanti, penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong menarik nafas lega apabila Jalan Kampung Lombong di turap semula.

Mulai Julai lepas, projek penurapan itu telah di mulakan dan sehingga semalam, kerja-kerja penurapan telah mencapai 90 %.

Pihak JKKK Kg Jalan Kebun, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 11, JPKK Kg Lombong dan semua penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penurapan jalan tersebut terutamanya ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafie yang membawa perkara ini sebanyak 5 kali ke dalam dewan negeri. Turun naik berjumpa JKR Klang dan Negeri, barulah penurapan jalan ini dapat dilaksanakan.

Juga pihak JKKK Kg Jalan Kebun, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 11, JPKK Kg Lombong dan semua penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penurapan jalan tersebut seperti Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Pejabat Daerah Klang dan JKR Klang/Selangor.

Jalan tersebut yang bermula di tapak pasar malam hari selasa Kg Jalan Kebun dan berakhir di Kg Lombong, telah lama rosak akibat digunakan oleh lori pasir yang berulang alik membawa pasir dari kuari pasir di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat, ke destinasi pembinaan di sekitar lembah Klang.

Permohonan sebelum ini kepada JKR agar jalan tersebut di turap telah banyak kali di tolak atas alasan kerosakan akan terus berlaku selagi lori pasir masih menggunakan jalan tersebut.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, JKKK Kg Jalan Kebun dan MPP Zon 11 telah berjaya berunding bersama pengusaha lori pasir yg terbabit agar tidak lagi menggunakan jalan tersebut sebaliknya menggunakan jalan lain yang perlu mereka baiki yang terletak di sempadan kampung dengan estet kelapa sawit.

Perkara ini telah mendapat perhatian khas dan sokongan penuh dari YB Shuhaimi Shafie yang telah meninjau sendiri beberapa kali ke lokasi jalan alternatif tersebut seperti lapuran sebelum ini di sini.

Mulai Oktober 2010, Jalan Kampung Lombong tidak lagi di gunakan oleh lori pasir dan hasilnya jalan tersebut dapat di turap semula sekarang.

Semuga dengan perkembangan terbaru ini, penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong dapat menggunakan jalan tersebut dengan lebih selesa dan selamat di bandingkan sebelum ini.
Papan Tanda

Jalan Kg Lombong bermula di Tapak Pasar Malam (Sebelum di turap)

Lori-lori Pasir Menggunakan Jalan Kg Lombong

Kerosakan Jalan Akibat Muatan Lori Pasir


Kerosakan Jalan


Kerja-kerja penurapan pada 22 Julai 2011

90% Kerja-kerja Penurapan pada 12 Ogos 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang