Isnin, 8 Ogos 2011

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Negeri Jerman

Posted: 08 Aug 2011 09:43 AM PDT

Saya telah dijemput untuk bertemu dengan Werner Hoyer, Timbalan Menteri Luar Negeri Jerman, petang tadi. Bersama-sama saya, seperti kelihatan dalam gambar, ialah Tn Hj Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS, dan YB Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong, yang mewakili DAP. Tidak ketinggalan H.E. Dr. Guenter Gruber, duta Jerman ke Malaysia, turut bersama dalam pertemuan ini.

Alhamdulillah, satu sesi yang cukup menarik dan saya pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara Pakatan Rakyat dan kerajaan Jerman. Mereka juga amat tertarik dengan janji terbuka PM untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia agar sejajar dengan taraf antarabangsa.

Ya, kita nantikan pelaksanaan tersebut, khusus sebelum PRU ke 13 tiba, InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Nuffnang