Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Kuliah Us Norazman Mohamad 20 Ogos 2011 Senawang
- Usaha murtad, mana duit Pusat Zakat N.Sembilan?
- Jom sokong JUR 2011 Muslimat Rembau
Kuliah Us Norazman Mohamad 20 Ogos 2011 Senawang Posted: 07 Aug 2011 11:22 PM PDT KULIAH SUBUH Oleh Ustaz Norazman Mohamad , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan Tarikh : 20 Ogos 2011, SABTU Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com/ Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir |
Usaha murtad, mana duit Pusat Zakat N.Sembilan? Posted: 07 Aug 2011 06:29 PM PDT Bukan isu baru pihak gereja membantu orang Islam terutama orang Melayu yang kesempitan wang. Ianya isu yang lama, sejak dulu, kini dan harap tidak selamanya. Dalam kes Puan Nur di Seremban yang dibantu pihak gereja, masalahnya mana pergi duit Pusat Zakat N.Sembilan? Ingat lagi bagaimana kerajaan N.Sembilan pecah rekod buat rekod bubur lambuk pada bulan Ramadhan? Juga apa pula cerita tanah milik Pusat Zakat Negeri Sembilan di tengah bandar Seremban didirikan bangunan Restoran Segera KFC ! Apakah terdapat kepincangan dalam pengurusan zakat di Negeri Sembilan? Kisah NS Buat Rekod Bubur Lambuk Tapi Pinggir Orang Miskin di http://amkns.blogspot.com/2007/10/ns-buat-rekod-bubur-lambuk-tapi-pinggir.html Kisah KFC baru Seremban atas tanah Pusat Zakat di http://pasns.blogspot.com/2010/01/kfc-baru-seremban-atas-tanah-pusat.html Dalam tulisan Ustaz Hambali , pendakwah bebas terkenal dari Seremban, menurut beliau sesetengah ulama mengatakan bahawa jika masih terdapat fakir miskin yang tidak terbela maka sesungguhnya di sana pastinya terdapat sistem zakat tidak berfungsi dengan sempurna. Ulasan penuh beliau di http://hambalialorstari.blogspot.com/2011/08/nur-tiada-pilihan-isu-bantuan-gereja.html NUR TIADA PILIHAN Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011 SEREMBAN: "Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja," kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir. "Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu," katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam. Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah. "Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70. "Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak," katanya yang reda dengan keadaan itu. Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya. "Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai. "Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya," katanya. Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain. "Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak. "Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam," katanya. Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu. "Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nurtiadapilihan/Article/index_html |
Jom sokong JUR 2011 Muslimat Rembau Posted: 07 Aug 2011 07:24 AM PDT JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 2011 Seperti tahun- tahun sebelumnya, program Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR) Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) tahun 2011 ini dijalankan seperti biasa. Sasaran keluarga untuk tahun ini ialah 500 buah keluarga khususnya di DUN Paroi, Chembong dan Kota. Semalam (6 Ogos 2011) DMPKR telah membuat agihan kepada 10 orang penerima dan Insyaallah pada 7 Ogos 2011, 10 penerima lagi akan menerima bantuan barangan keperluan dan kewangan. Sasaran untuk satu keluarga ialah RM 50. Kepada yang ingin menaja atau menyumbang bolehlah menghubungi Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau BANK ISLAM , No. Akaun: 05-012-01-006165-3 Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/08/jejak-ukhuwah-ramadhan-2011.html |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan